April 22, 2011

:: terakhir di jalan telawi ::




okay. hari ini aku last day kat ofis di bangsar ni
tempat baru aku start 3may
excited dan sedih sebenarnya
nanti aku cerita. aku mesti cerita

cuma nak bagi tahu
lepas hari ini, aku susah nak update
insyallah bila di ofis baru nanti baru aku update. ye?
aku akan rindu kalian
adios
macam biasa
aku minta, kamu kamu doa kan aku yang baik baik ye?


assalamualaikum
sungguh. aku sayang kalian

:: kesah aryan ::


isnin ari tu @ 18 april 2011
semua nya macam biasa
amek aryan kat babysitter
lepas tu, bawak dia jalan jalan kat koridor
memang semua nampak macam biasa
tapi tiba tiba je malam tu dia muntah muntah dan badan panas
bawak pegi klinik @ pusrawi
sampai esok nya @ selasa keadaan sama
muntah entah berapa kali, cirit sepah sepah
aryan terkulai je. tidur sepanjang masa
belas betul aku tengok keadaan dia
tak dengar suara dia menjerit membebel
tak nampak dia mengemas kat dapur
dan tak nampak dia sibok2 nak pergi toilet
baring saje
makan tak mahu. minum susu muntah balik

rabu @ 20 april 2011
tengok dia masih macam tu. cirit tetap tak baik
then bawak dia ke pusrawi lagi
doc kate kene masuk air
aduhaaii :(
rasa jantung kene rentap
tapi untuk cepat baik, tabah kan je la hati aku
tapi aku yakin putera aku kuat
sebab dia nanges masa kene cucuk tu saje
lepas siap semua, dia terus tido sampai nak buka jarum semula

sampai ke hari ini, dia masih tak larat
aku cuma harap cirit dia berhenti dan selera makan dia kembali
tak sampai hati tengok muka dia cengkung
peluk dia rasa tulang
dukung dia tak rasa apa
alahai :(

aku cuti jaga dia dari 19 - 21 april
hari ini aku kena juga kerja sebab ari ni last day
aku tinggal aryan dekat umah mertua
"sorry mak, kalau aryan berak sepah sepah"
hik hik hik

"Aryan, lekas sembuh ye sayang
tak sampai hati betul tengok awak macam ni
runtun hati mummy, sedih hati daddy
cepat sembuh. cepat kembali debot. cepat kembali bising
sunyi la rumah tak dengar suara awak
mummy tahu awak kuat
daddy tahu awak tabah
get well soon ye sayang ?
*hug & kiss*

April 18, 2011

:: minggu lepas ::



lama nya tak update
tiada apa menarik nak diceritakan
semalam; kawan lama datang jengah
lin n maslia
seronok betol
macam lin tu, ada juga la aku jumpa
tapi si maslia tu, entah dah berapa tahun tak jumpa
hampir lebih 5 tahun kot
anak dia yang pertama dah 3 tahun
sekarang dia tengah mengandung 4 bulan
wah. tak tahu nak cakap aku punya gembira
borak borak
gossip gossip
macam macam cerita
tapi tak puas hati sebab sekejap sangat
lebih kurang 2 jam saje kot
:(
entah bila nak jumpa lagi, aku pon tak tahu
haaihh :(

semalam juga bawak aryan jalan jalan kat bawah blok
bagi dia tengok alam sekitar
jerit jerit dia tengok burung terbang
kejar kejar dia tengok kucing
lompat lompat tengok budak budak main bola
tak lama lepas tu, daddy dia sampai
apa lagi, sessi berfoto la sekejap kaaann
hihihihi







April 11, 2011

:: setel satu hal ::




hari ini 11april, aku dah letak surat resign
lebih kurang 6 bulan aku di sini, di bangsar
kerja tak stress, memang santai
sebab itu aku macam bosan
semua pon memang bole cakap
"best la kau, leh online hari hari"
"untung la, tak semak kepala"
"seronok la kerja goyang kaki, tak payah pikir apa apa"
ingat aku tak kecik hati ke?
ingat aku tak sedih ke?
aku bukan budak budak la
aku bukan budak lepas spm, cari kerja yang santai
cari kerja yang selamat. yang rilex
aku sedih sebab aku rasa tak diperlukan pon kat sini
aku rasa terpinggir sebab di beri tugas yang hanya membantu
aku rasa down sebab aku tak ada satu tugas tetap untuk aku
tugas aku adalah; bantu sane sikit, bantu sini sikit
haaihhh :(
entah apa nak jadi dengan life aku?

oh ye, mesti kamu kamu tertanye aku nak pergi mane lepas ni
ini; nanti lain hari aku cerita. oke?
aku janji. aku mesti cerita
banyak perkara perlu di selesaikan
banyak sangat









and; the hardest part of this is LIVING YOU..!!!!




oke dah
sambung di lain entry
doa kan saje yang baik baik untuk aku. ye?

April 9, 2011

:: selamat ulang tahun; suamiku ::


selamat ulang tahun sayang
hari ini genap umur suami aku 29 tahun
(di belakang aku setahun)
hihihihi

sayang;
gua tak ada apa nak beri lu
gua tak ada apa nak buat untuk celebrate befday lu
sebab sekarang ni gua memang tak ade apa apa
cuma gua nak cakap

"semoga di murah kan rezeki oleh tuhan selalu
semoga di panjangkan umur oleh tuhan
semoga ceria selalu
semoga menjadi suami gua yang terbaik. selalu
dan semoga menjadi daddy yg cool untuk aryan. selalu"

dan juga;
"gua sayang lu dari dulu, kini dan insyallah selamanya
sedikit pon tak pernah kurang
walau lu selalu cakap yang gua sekarang lebih2 kan aryan
tapi percaya lah
cinta gua pada lu tetap teratas

gua bersyukur sebab dari dulu sampai sekarang,
lu tak pernah berubah
lu tetap macam yang gua kenal dulu

sempena hari lahir lu hari ni;
gua ade sedikit terkilan sebab
kite tak jadi ke melaka
eh, bukan sedikit tapi banyak sebenarnya
hahahah
dan niat gua nak dating dengan lu berdua pon tak jadi
sebab lepas ni dah tak ada masa dah
:(
tak ape la
mungkin belom rezeki kita
gua akan tetap tunggu
sampai nanti bila rezeki kita akan sampai
untuk kita bercuti. untuk kita bertiga
untuk kita kita sahaja
insyallah nanti

gua sayang lu
insyallah; sampai nanti. sampai mati


April 8, 2011

:: ujian bertulis II ::



nak gelak dulu bole?
hik hik hik
sebab nak cerita pasal ujian semalam
aduhaaaii
soalan ada 5, kene jawab 2
esei dalam bahasa inggeris
berkaitan isu semasa
amek kau
tapi kalau nak di ikutkan
senang juga la soalan nya
kalau nak banding dengan soalan PTD lagi gempak
aku jawab soalan berkaitan pelajar asing dan pasal SME
apa yang aku jawab, jangan di tanya la
bak kata chem, hantar lukisan je laa
hahahahha
entah ada rezeki entah tidak
aku pon tak pasti, sebab ramai sangat yang amek ujian tu
cuma arap tuhan dengar doa aku la
:)

nak tahu aku pergi ujian bertulis apa?



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



"pegawai ehwal ekonomi - matrade"





*bwahahahahahahahahahh*

April 7, 2011

:: ujian bertulis ::


hari ini, kejap lagi, tengah hari kang, pukul 2.30 petang
ada ujian bertulis
di mana, ape jawatan, tak payah la aku cerita
nanti aku cerita lain kali. ye?
hhhihihi
dah lama tak pergi ujian bertulis
last dulu aku pegi masa ujian bertulis untuk PTD
masa tu aku tengah pregnant 4 or 5 bulan kot
ni tiba tiba ada panggilan lain pula

harap harap ada la rezeki aku kat sini
tapi itu lah, satu apa pon aku tak baca
macam mana nak tawakal kalau sendiri belum usaha
kan?

moga dipermudahkan; ye tuhan?
moga kau beri aku rezeki ini; ye tuhan?
insyallah

eh, kamu kamu
doa kan aku ye?
terima kasih

April 6, 2011

:: mencari rezeki ::



(gambar tak ada kene mengena dengan cerita. haha

dah lama tak update
malas dan juga tak ada cerita cerita menarik nak kongsi
tapi hari ni rasa macam nak kongsi sesuatu dengan kamu kamu
pasal cari duit
seawal umur berapa korang cari duit?
sekolah rendah? sekolah menengah? lepas habis belajar?
kalau aku masa umur 15 tahun

masa tu kalau tak silap aku, bapak aku dah berhenti kerja
kitorang anak beranak suruh dia berenti sebab kesian tengok dia
tapi masa tu, masih ada 3 orang anak dia yang masih belajar
akak aku (ting 5) aku (ting 3) adek aku (aku x ingat umur dia)
memang adek beradek lain beri bapak aku duit la
tapi; aku tak nak susah kan siapa siapa
so aku keje carik duit sendiri
kebetulan masa tuh, family kawan baik aku bukak kedai makan
so aku kerja la dengan dia
aku duduk rumah kakak aku, so dekat la dengan kedai tu
masuk kerja pukul 4 gitu
abis kerja pukul 11 or 12 malam
dapat la sehari rm20
cukup la untuk student macam aku
bole guna untuk belanja kat sekolah
kumpul sikit, bole beli beg, baju sekolah
cantu la
tak ingat berapa lama aku kerja dengan dia
tapi lama juga la

lepas tu kalau tak silap aku, akak aku buka kedai runcit
then aku kerja kat sane pulak
aku kerja masuk petang sampai malam juge la
pon aku rasa rm20 gaji aku
kedai runcit penat sikit la
nak susun barang. nak packing barang
tapi untung banyak. syookkkkkkkk
aku kerja kedai sampai aku masuk U
masa tu kerja lagi lama la
sampai tutup kedai . 2 pagi gitu
dapat rm25-rm30 sehari

tak lama lepas tu, sesuatu terjadi dan kedai terpaksa tutup. bungkus
aku hilang tempat cari duit
sebab masa ni, memang aku tak minta duit dari parents
aku tak nak susah kan adek beradek lain,
sebab masing masing ade tanggungan
bila dah belajar kat U lagi banyak nak pakai duit
fotostat la, beli buku la, macam macam ah

kakak aku yang duduk kat singapore, ajak aku join dia kerja
korang nak tau kerja ape?
kerja maid tauuuu
tapi bukan maid sepenuh masa
kakak aku jadi maid dekat banyak rumah
kitorg akan bergerak dari satu rumah ke satu rumah untuk mengemas
letih weh. mop, lap tingkap, iron baju, cuci toilet, menyapu
sehari tu ade la dalam 2-3 rumah
rumah pula memang besar besar
ada sekali tu, kitorang dapat kontrak kemas rumah doktor
3 tingkat wehhh
hahahahhahahh
masa tu, aku dapat gaji 100 sing dollar untuk seminggu
mantap kaaann ??
ulang alik masuk singapore masa tuh
nasib baik jadual kelas aku banyak weekend dan malam
so memang x kacau kerja aku la

tak lama lepas tu, akak aku terpaksa stop kerja tu
dia dapat kerja lain
lagi sekali, aku hilang tempat cari duit
heh
dan mungkin tuhan nak tolong
abang aku rekomen kerja ofis
since jadual kelas aku takde siang
jadi, boleh la aku bekerja
masa tu gaji aku rm750
kembang kembang hidung aku
kerja ofis seh
tahun 2003. sebab ni last year aku study so aku syukur sangat la
sebab tak ada la aku menganggur bila dah abes study nanti
tu la tempat pertama aku kerja "Century Total Logistic"
sampai aku berenti nak pindah KL
dari seorang kerani sampai ke supervisor
dari gaji kecik ke gaji besar
dari bonus 2 bulan, sampai ke 5 bulan

sampai ke hari ini aku tak pernah berhenti,
untuk cari kerja yang beri aku gaji yang best
di samping position yang mantap
umur semakin meningkat, tak kan nak kerja kerani saja
memang. aku bersyukur. terima kasih tuhan
tapi, aku juga punya cita cita
untuk menaik kan taraf hidup aku sendiri

sebab itu, aku dan suami telah buat satu keputusan yang amat sukar
tapi amat bermakna bagi kami
(ini nanti aku cerita lain hari )
semoga tuhan berkati kami
semoga tuhan beri jalan yang terbaik buat kami
dan semoga tuhan selalu tetap kan hati kami
demi putera kami
demi keluarga kami
doa kan. ye?

April 1, 2011

:: tiada idea ::



satu perkara yang aku memang dari dulu tak ambil berat;
sikat rambut
entah kenape aku malas betol sikat rambot
kadang tuh, aku bangun pagi ikat rambot
sampai ke petang cantu la rambot aku
hahahahha
gile selekeh




pic atas tu aku x sikat rambot
pic bawah tuh aku sikat rambot
kira dah abes cun la tuh
adooiihh .. hahah

_________________________________________

oh. bawah ni nak share video aryan
dia gigih usaha nak pakai kasut sendiri
adoiiihh...
lawak betol..
^-^