August 22, 2011

:: bersamamu 2011 ::



sabtu lepas @ 20 august company aku ade buat program bersamamu di Kluang
dulu aku pernah join sekali, then sekarang ni masuk kali ke-2 la aku join
aku termasuk dalam group big boss, so agak leceh la
sebab dia mst agak protokol plus kluang tu kampung dia
aku tak mahu cerita panjang
cukup aku bagi tahu ini program sangat bagus
sebab kite boleh tahu bahawa tak semua orang nasib nye baik
kau susah, ada lagi susah dari kau
kau sedih ade lagi sedih dari kau

tapi aku nak share pasal satu family dengan kamu kamu
Pasal keluarga Rubiah bt Kliwon
Umur dia dalam 40-an, stroke, anak 3, punya suami tapi seperti tiada
sebelum ini aku pernah ke sana untuk survey
aku pernah jumpa anak anak dia
2 orang anak perempuan nya yang dalam belasan tahun
cantik cantik. tapi sudah berhenti sekolah;
kata nya diberhentikan sebab sering ponteng
ponteng sebab perlu jaga ibunya
kalau lah..kalau lah aku tahu cerita sebenar......

kebetulan pada 20/8 itu, ada kawan Rubiah bersama
dan dia lah yang bercerita panjang hal kehidupan Rubiah
dan itu sangat menyedihkan
Rupanya, si Rubiah ini sering kali di pukul bantai oleh anak anak
seringkali di biar kelaparan oleh anak anak
seringkali di simbah air ketika tidur
seringkali dibiar pampers tidak bersalin
dan seringkali di maki hamun oleh anak anak
kami jadi sedih. airmata turun laju. aku genggam jari kawan aku kuat kuat
terbayang emak aku di rumah
terbayang emak mertua di kejauhan sana
insyallah, tak tergamak aku untuk buat begitu. insyallah

aku tak tahu kenapa sampai mereka sanggup buat emak begitu
kalau lah mereka tahu
betapa sakit nya kaum ibu ini untuk keluarkan kalian, wahai anak
sakitnya terlalu
dunia akhir zaman ini memang begini la agak nya
sudah hilang perikemanusiaan nya
sudah tiada hormat nya
dan sudah tiada kasih sayang nya


________________________________


aku kini juga sudah punya anak
dan aku akui seringkali menyakiti hati emak
mungkin dulu ketika muda remaja, jiwa memberontak
entah berapa kali aku sakiti hati tua itu
dan kerana itu lah, sebolehnya aku tak mahu sakiti dia lagi
walau aku sedar, syurga ku kini bersama suami ku
tapi dia tetap yang teratas

dulu, aku pilih suami ku kerana dia sangat menyayangi ibu nya
dan aku harap, kalau nanti aku punya anak lelaki,
aku mahu dia didik anak aku supaya lebih menghargai aku, ibunya
sebab sering terjadi anak lelaki yang terlalu melebihkan isterinya
aku tak mahu begitu
dan aku harap suami ku dari dulu hingga kini tetap melebihkan ibunya
tetap utuh sayangnya, sebab aku mahu aryan juga begitu
walau pada awal perkahwinan agak susah untuk aku sesuaikan
tapi perlahan-lahan aku cuba untuk biasakan
kalau ada aku terkecil hati, aku akan cuba secepatnya untuk ikhlas

sebab nya cuma satu, dia itu ibu
sejauh mana pon kau pergi
setinggi mana pon kau melompat
takkan tenang hati kau tanpa restu dia, tanpa doa dia
terguris hatinya, pincang lah hidup kau
mengalir airmatanya, jahanam lah hidup kau

tapi ibu itu, tetap ibu
macam mana kau koyak kan perasaan nye
dia tak kan doa kan yang tidak baik untuk kau
tiada seorang ibu pon yang akan mendoakan anak nya neraka
tiada
cuma sebagai anak, jangan guris rasa nya
jangan kecil kan hati nya
jangan di biar airmata nya keluar
lebih lebih lagi di ramadan ini
bulan yang termulia ini

kau rasa, kau ada salah dengan emak kau?
kau yakin tiada?
kalau ada, mari kita sama sama mohon maaf
cukup untuk bertanya kabar
sebab nyawa kita belum tentu panjang
entah entah hari ini, entah entah esok di jemput
selagi kau masih ada peluang, berbaik lah
ibu mu tunggu
^-^

*p/s : wah.. tiba tiba aku macam rindu kat mak aku
dan juge mertua aku tuh
tengah watpe la tuh
sorang jage aryan
sorang jage qaish
hahahahah

____________________________________

sedikit gambar @ bersamamu 2011









3 comments:

Es hash ei Ka Ei en said...

yelah yelah.. aku nk blk la ni jumpa mak aku.. hahaha..

td aku dgr ceramah pon, psl ibu ada sikit.

ustazah citer ms dia tgk filem hindustan dolu².. ms tu dia sekolah lg la.. dia xigt tajuk filem apa .. tp dia sgt terkesan dgn cerita ni..

ada seorg ibu ni lahir kan 2 org anak.. bila bsr sorg baik sorg jahat. satu hari yg jahat bunuh yg baik.. then pakcik diorg ni pi la umah mak diorg n mrh la kat mak dia.. ckp anak dia yg jht tu sanggup bunuh anak yg baik.. jahat btl anak tu..

tp tau mak dia ckp apa???
mak dia ckp.. jgn slhkn anak² aku.. yg slhnya aku.. sbb aku kurang doa dgn tuhan utk anak aku.

so kesimpulan ..mak mesti setiap ms doakan anak.. mesti. kalau nk anak tu jd baik.. so pd ibu² muda jgn la lupa doakan utk anak tu..

tp jgn kita slhkn mak kita kalau kita jd org yg xberapa soleha/soleh.. yes mungkin mak kita xbrp nk doa kan kita.. lelagi yg anak ramai cam mak ko kan.. but still kita kena bersyukur sbb mak kita sudi lahirkan kita di dunia ini.

heee sekian.

Anonymous said...

makcik tu hantu mlm kliwon kot.. tu yg anak2 dia pkul dia.. hauhauahau

-icha03- said...

chem;
betol betol

incik;
tak kelakar