October 31, 2011

:: last week ::


hujung minggu lepas adalah sangat meletihkan
jumaat malam lepas pulang dari kerja aku terus ke singapura
incik suami sudah awal awal ke sana
sebab nya ada tugas di majlis perkahwinan sepupu aku
dia macam biasa la, photographer
sampai je sana terus ke rumah pengantin
rewang rewang kecil kecilan sikit
(atau sebenarnya lebih kepada sibuk sibuk je. hahah )
lepas tu terus balik rumah abang aku. tidur
penuh la rumah abang aku tuh sebab semua stay situ
dah lama tak berkumpul ramai ramai
jadi nya, memang lambat la tidur. borak borak borak

sabtu; majlis bersanding
sampai petang kat situ
seronok sangat bual bual dengan saudara mara yang lama tak jumpa
malam nye terus ke espalanade sebab incik suami belum pernah jejak situ
sekali lagi jumpa saudara mara dan beramai ramai di situ
gigih betul jalan laju laju untuk snap gamba
sebab nya kejar masa takot train dah takde nanti
yang penting incik suami kate puas hati walau pon sekejap
kesian dia; sepanjang bercinta sampai dah ada anak
tak sempat sempat aku nak bawak dia jejak situ
hahahahahha



ahad nya pula, anak saudara aku tunang
sekali lagi suami aku jadi photographer
konsep nya ala ala bollywood
cantek
sebab nya tunang nya itu orang pakistan
cuma dah lama menetap di singapura
(gitu la agaknya cerita nya.. hihih )
niat di hati nak pakai kan aryan baju punjabi juga
tapi tak sempat nak mencari
huhuh
jadi, mummy je la yang pakai
itu pun baju pinjam dari adek ipar

selesai je dalam pukul 5 gitu
terus balik jb
sebab nya incik suami kene balik KL
kesian dia. sangat keletihan
at last, dia drive balik kl tadi pagi pukul 3.30
pukul 7.30 dia dah sampai KL
terus masuk opis
alhamdulillah semua jalan lancar
takpe lah penat sikit. tapi hati gembira
ewaahh
hahaha
^-^

kalian pula? bagaimana dengan hujung minggu?
mau cerita?

___________________________

p/s :: tengok date.
sebenarnya aku dah update semalam
tapi tak sempat sempat nak post
hahahahhaha
^-^

October 28, 2011

:: manusia manusia ::




hari tu di kuala lumpur; dapat berborak panjang dengan adek ipar aku
macam macam cerita sehinggalah cerita dalam pejabat
di ceritakan tentang kawan kawan sekeliling yang terlalu jaga tepi kain oran
dan yang terlalu obses dengan barang barang mewah
okeh sejujurnya; aku bersyukur sebab sepanjang aku hidup 30 tahun ini,
aku tidak pernah jumpa orang sebegini. alhamdulillah
sebab kalau aku jumpa aku tak tahu macam mana aku nak handle
dan aku salute adek ipar aku sebab,
dia boleh buat bodoh dengan sikap manusia sebegitu

aku pernah bekerja di syarikat besar
dan aku sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mengira gaji mereka,
memang selalu terkejut dengan jumlah jumlah
yang kadang kadang di luar jangkaan aku
aku tak nak cerita pasal gaji bulanan sebab dah biasa
yang luar biasa nya ialah gaji harian mereka
ada yang gaji hariannya sehari = rm50o
dan yang paling tinggi aku pernah kira ialah sehari = rm 2000
nampak macam tipu. kan?
tapi itulah hakikat nya
dan seingat aku, di situ; tidak pernah aku jumpa orang yang berlagak
tidak pernah aku jumpa orang yang perlekehkan orang lain
(dari segi dia dapat beli barang yang mewah mewah)
dan aku kadang kadang hairan kenapa orang melayu cepat lupa diri?
kenapa orang melayu suka bangga sangat bile dapat beli barang yang mewah
sudah lah gitu, di tunjuk tunjuk pula
dengan orang lain yang kau tahu dia tak mampu untuk beli
haaihh.. manusia manusia
tidak sedarkah kau satu hari nanti kau akan jatuh?
tidak sedarkah kau satu hari nanti tuhan akan uji ?
dan tidak takot kah kau satu hari nanti tuhan tarik rezeki kau?

dan aku, sejujurnya jarang untuk cemburu dengan benda benda macam ni
kalau aku cemburu selalu; mesti dah lama laki aku tinggal aku
kaannn ??aku tak kan cemburu kalau kau dapat beli handbag yang mahal
aku tak kan cemburu kalau kau dapat beli baju yang mahal
aku tak kan cemburu kalau kau mampu untuk pakai kasut yang mahal brand nya
dan oh ye..aku tak kan cemburu kalau kau kurus dan solid
hahahaahha.. lain la kalau aishah sinclair. memang aku cemburu
itu serius aku cemburu sebab dia sangat sangat cantek



hanya ada dua benda yang buat aku cemburu
satu; kalau aku tengok kau punya anak yang cerdik
contoh macam ladynoe
sungguh aku cemburu bile tengok sabrina anak nya yang comel itu
di usia setahun 8 bulan sudah kenal a-z
aku tanpa segan silu tanya dia macam mana dia didik sabrina
dan untung dia sudi untuk jawab
dan juga adik beradik darwishndarwisha
yang sungguh celik hati nya untuk hafal 30 juz al-quran ketika umur 3 tahun
menakjubkan. kan? dan jujur; aku cemburu

dua; kalau kau pakai tudung dan kau boleh menutup aurat kau dengan baik
serius aku rasa cemburu
aku selalu berdoa satu hari nanti aku akan ke arah itu
berhijab dengan betul
aku selalu meluah pada chem
entah bila aku dapat berhijab? berhijab dengan cara pakaian yang betol
insyallah. nanti. doa kan aku. ye?

contoh; macam ini

aku tiada niat untuk menyindir siapa siapa
sekiranya ada yang terasa, maafkan
tapi sungguh tiada niat
cuma nya aku geram dengan sikap orang yang suka menunjuk
tidak kasihan kah pada orang yang tidak mampu?
tidak kasihan kah pada orang yang teringin tapi tiada daya?
ini seperti juga aku mengingati diri aku
semoga aku tidak begitu
sama sama lah kita saling ingat mengingati
insyallah

October 27, 2011

:: kerja kerja ::



ah. kembali bekerja hari ini
setelah bercuti dari sabtu hingga semalam
banyak sangat kerja sepatutnya hari ini
lagi lagi sudah mahu hujung bulan
tapi aku curi masa sedikit untuk coret di sini

_________________________________

cerita I

ahad lepas, masa aku di Kuala Lumpur
anak saudara aku di singapura tunang
sedih juga tak dapat sama sama raikan
tapi aku cuma dapat doa dari jauh
moge semua nye jalan lancar
moge kekal hingga ke jinjang pelamin
hari besar nya insyallah; februari tahun hadapan
ramai yang sedang putus kasih ketika ini
dan aku harap yang ini kekal lah. insyallah






cerita II

semalam, dapat berita dari KL
adek ipar aku kemalangan
tapi alhamdulillah dia tiada apa apa
moge semua urusan di permudahkan; insyallah
pada suami aku, aku tahu dia resah gelisah
sebab dia di sini tidak di sana
moge dia tidak terlalu memikir
sempat juga ke tesco semalam
bawak aryan jalan jalan
(macam kelakar bawak aryan jalan jalan kat tesco)
hik hik hik






oke lah, mau kembali sambung bekerja
^-^
*logout laju laju*

October 24, 2011

: holiday - day 3 :

rasa macam hampeh sebab nk upload gambar tak bole
Memang tak bole upload pic ke if guna mobile?
Leceh betol.

Sekarang aku masih di rumah mertua
Incik suami kerja
Aryan asek nangis dan merengek
Letih.
Tapi bila atok bawak jalan, senyap pulak
Geram betol

Line digi agak terhad di sini
Nak online dengan senang lenang pon susah
Hihihihi
Ape ape pon
Selamat bercuti.
Daaaaaaaa
^-^

October 23, 2011

:: holiday ::


sudah di kuala lumpur. lokasi sekarang di batang kali @ rumah mertua
semalam pagi pagi terus bawak aryan pegi injek
last injection untuk pneumococcal
then ada juga aku tanya doktor pasal aryan yang belom pandai cakap
then doktor kata tengok sampai umur dia 2 tahun setengah

lepas tu jumpa ella dan incik paiz
plan awal nak makan di fullhouse
tapi tak jadi, so makan di garden @ viva home
patot chem juin juge, tapi sebab dia balik pahang
so tak dapat la jumpa dia. next time ye chem

tak dapat nak update panjang panjang
sile layan gambar
dan juga tak dapat nak masuk kan banyak banyak
^-^













October 21, 2011

:: cerita incik suami ::




sebenarnya; susah agak nya jadi lelaki ni. kan?
jadi seorang suami
jadi seorang anak lelaki
jadi seorang abang
susah kah ?

dulu; masa aku masih di KL dan ada adik ipar yang tinggal bersama
seringkali berselisih muka, seringkali ada yang tak kena
dan sebab teratak kami sangat kecil, aku cuma ada satu ruang untuk mengadu
bilik kami. dan kami perlu cakap dalam volume yang paling kecil
dan itu semua sangat menyesakkan
sebab kadang rasa tak puas. hahahah
dan setiap kali nya suami aku kate;
"lu nak ikot cakap lu, dia nak ikot cakap dia"
"tapi pernah tak korang pikir pulak perasaan gua?"
"gua tersepit. sebelah bini. sebelah adik"
"pergi sana, buang muka. pergi sini paling muka"
"abes gua macam mana?"

sejujurnya, aku tak pernah pikir perasaan dia
yang aku tahu, aku nak luah kan segala rasa tidak puas hati aku pada dia
aku nak dia pikir dan aku nak lambak kan segala masalah kat kepala dia
dia suami. dia ketua keluarga. dia pikir lah. decide
pada aku, sebagai lelaki dia tahu la nak handle ini semua
pandai la dia pikir mana yang baik

dan sehingga sekarang
aku masih tertanya-tanya;
ikhlas kah dia dengan keputusan aku kerja di sini. jauh dari dia
ikhlas kah dia semata untuk buat aku gembira
(walau aku tidak pernah meminta-minta dia beri izin)
ikhlas kah dia berjauhan dengan anak semata untuk mencari rezeki lebih

tempat isteri itu kan di sebelah suami nya?
tugas isteri itu kan untuk memberi bahgia pada suami nya?
kalau seorang di sini, seorang di sana
bahagia kah? gembira kah? tenang kah? ikhlas kah?
aku tiada jawapan untuk itu
sebab di situasi aku sekarang, sebagai anak dan isteri, aku juga tersepit
antara suami & keluarga
(ini cerita lain)
doa aku; moge tuhan bantu kami
pinta aku; moge tuhan pelihara hati kami dan tidak dipalingkan pada yang lain
harap aku; moge tuhan ada jalan yang lebih cantik untuk kami
dan moge ini yang terbaik untuk semua

sehinggalah ke hari ini;
bila mana dia telefon aku dan bagi tahu
"paiz nak pindah"
aku. di sini. sungguh sungguh menahan rasa sambil air mata bergenang
situasi nye begini; paiz kawan baik yang paling dekat
boleh di katakan tiap minggu dia bermalam di rumah paiz
jadi nya bila paiz tiada dengan siapa dia hendak bergurau-senda ?
dengan siapa dia hendak bermesra ?
dan siapalah kami untuk menghalang paiz dari pindah
pergilah paiz; itu rezeki kau. jangan pandang ke belakang lagi
ye? rezeki anak. amin

kalian pasti tidak begitu kenal suami aku
memang kadang gurau nye kasar
memang kadang bicara nya menyakitkan hati
tapi bila menyentuh tentang kawan baik
begitu lah dia
sedih nya. aku pon kadang tidak dapat sama rasa
sayang nya dia pada kawan sangat kuat
lebih lebih lagi paiz yang memang dengan kami tidak pernah berkira
*wah. aku sebak ni*
ah. sudahlah. paiz bukan pindah mana pon. kan?
sungai buloh je kot
piiisssssssssssssssssssss

dan aku?
aku tak tahu sampai bila aku akan di sini
dan sampai bila kami akan begini
sampai bila aku nak biar suami aku sorang sorang
salah aku. aku tahu
insyallah nanti. kita kembali bersatu. ye sayang?
jom beli rumah kat jb. meh duduk sini
^-^
ok. tak kelakar. bye


*makan seorang*
this is sad. so sad.

October 20, 2011

:: last 2 days ::



cerita satu






selasa @ 18/10 ari tu befday incik bos aku
the big bos
aku terpaksa lupa kan sebentar diet aku
sebab godaan nasi beriani gam tu sangat sangat mencabar
lagi lagi makan dalam dulang
perrghhhh ... heaven oke
satu dulang 4 orang
kalau ikot kan hati, memang nak sangat tambah lagi
tapi sabar...jangan ikutkan sangat rasa
dah berapa hari tak jamah nasi
jadi nya, hari tu rasa nikmat sungguh
hahahahah

__________________________________

cerita dua

semalam @ 19/10; aku mc. demam + batuk + selsema
dok umah dan tidur sepanjang hari
ubat yang doktor tu bagi sangat bagus
alhamdulillah, sehari saja selsema dah kering
dah takde berair-air dah hidung aku
batuk pon dah kurang
bersin pon dah hilang
tenkiu doktor. sebab bagi saya mc
hik hik hik

actually, aku jangkit dari aryan
dia yang demam + batuk + selsema dulu
so far, dia dah oke juge la
cuma hingus masih ada dan batuk pon masih ada

sepanjang tidur tu, dia memang tak kacau aku
dia wat hal dia sendiri
tu pon mak aku tengok tengok
patot lah dia senyap saje
rupanya tumpah kan air
pastu dia lari kat aku yang tengah tidur
hisshhh.. budak ni
tapi naseb baek dia tak merengek sepanjang aku tidur
kalau tak, tak dapat aku berehat
tenkiu sayang
^-^


*gambar lama*

October 18, 2011

:: diet ::



hasil susah payah aku berdiet minggu lepas
dapat lah turun 1kg
1kg je kot
tak payah la nak heboh sangat
main main kan perasaan aku betol
ingat kan dapat la turun 3kg
hahahahahha
takpe. minggu ni diet lagi
usaha lagi
caiyok
^-^

October 14, 2011

:: sibuk ::




terlalu sibuk dan tak sempat untuk update sini
apa pon
selamat berhujung minggu, kamu kamu
semoga hujung minggu kamu membahagiakan
*aku.rindu.kamu.incik.suami*

^-^

October 13, 2011

:: bersukan ::



tak sempat nak cerita apa apa hari ni
cuma nak share pic hari tu aku ber"netbal"
seronok
tak sangka masih hebat untuk jadi shooter
hik hik hik
best kalau buat selalu
tapi pikir kan nak tinggal anak tu yang kesian
tapi seriusly
memang seronok
berpeluh peluh basah satu badan

*aniwei tak ramai pon yg datang
nak buat 2 team pon tak dapat
banyak sangat hal memasing
huh






rasa nak bunuh diri tengok peha sendiri
adoiiiihhhhhhhhhhhhhhhh

October 12, 2011

:: contest ::



aku ada masok contest lagi
kalau korang sayang aku. tolong lah like
hik hik hik
klik je link bawah tu
then like
oke?
tenkiu





tak sempat nak betol kan koding
esok la
LIKE taaaauuuu


_____________________________________


UPDATE @ 13/10 @ 0931 AM

undian sudah cecah 226 like
tengs pada yang like
tengs juga pada anak saudara aku, alia
yang gigih promote kan
walau sebenarnya sudah kalah
(sebab ada satu pic tu dah cecah 4++)
tapi aku sangat hargai pada semua yang like
macam aku cakap
konsep "like" ni aku tak berapa nak suke
kene rajin promote sendiri
aku pon bukan ada masa nak ngadap seharian
cuba try luck saje!!
aniwei, tenkiu all
ailebiuall

tapi; undian sampai 31/10/2011
jadi..kalau rasa sudi nak tolong like
sile laaa
hihihih
^-^

:: ceria kan hari mu ::




*klik untuk tumbesaran*


dapat pesanan begini di facebook di pagi hari
buat hari ini macam indah
^-^


_______________________________________________



:: tangkuban perahu - bandung ::



buat chem & zam
selamat bercuti
selamat berbulan madu
(entah kali ke-berape)
selamat pegi & balik
selamat bersopping
selamat menjadi jutawan sementara
selamat semuanya
selamat selamat selamat

*dan oh ye, selamat belikan ole ole untuk aku.
^-^

October 11, 2011

:: diet - hari satu ::


*stok makanan aku, sekarang*


oke. semalam timbang. oh..oh..oh.. 57kg u'ollss.....
(mati la aku ni laki aku baca)
seronok sangat tinggal bersama emak
sarapan ade. balik umah dinner dah sedia
kadang kadang mak begitu rajin buat kan supper
wah.. heaven...!!
amek kau..berat badan naik dengan girangnya

aku dan seorang rakan ofis
sama sama nak turun kan berat badan
ada dapat menu diet untuk 3 hari
menu tu ulang ulang untuk 3 hari la
aku tak nak share dulu
tunggu nanti lepas 3 hari
kalau ada perubahan, aku share
kalau aku tak share, maknanya takde perubahan la teewwww
hahahahah

jadi. doakan aku!!
moge dapat menurunkan berat,
sekurang-kurang nya 3kg untuk bulan ini
kalau lebih, lagi bagus. alhamdulillah

^-^

October 10, 2011

:: appraisal..appraisal ::









"overall performances meet requirement
with less assistances required
to perform the day to day task given
Able to work under preasure"

-incik bos-


^-^

October 6, 2011

:: selamat ulangtahun; adekku ::


selamat ulang tahun


aku tak bole nak type apa apa
dari tadi tak henti menangis
aku cuma harap; kau tenang dan tidak terlalu sedih
itu saja
siapa pon kau
ape pon yang kau pernah buat
aku sayang kau; sampai mati
itu janji aku
*nangis*

October 5, 2011

:: exercise ::




_______________________________________

dalam banyak banyak artis yang cantik lepas bersalin
aku suka aishah sinclair
padan aku dia makin cantik dan makin kurus lepas bersalin
okay. tak boleh nak compare sebab dia duta "marie france bodyline"
banyak duit, semua boleh cerita


aku dah letih nak cerita pasal berat badan lepas bersalin ni
aryan dah 19 bulan
lagi berape bulan je dah 2 tahun dah
makna nya dah 2 tahun juga berat badan aku tang tu juge

kronologi nya;
di awal alam perkahwinan berat aku dalam 50kg - 52kg
selalu nya dan jarang sekali lebih dari itu
dan pada aku, itu sudah okay untuk aku
kemudian di pertengahan kehamilan aku berat naik mendadak
pernah sekali tu aku naik 6kg untuk sebulan
sampaikan doktor bising
dia takot aku ada kencing manis
dan aku kene minum air gula yang teramat la seksa untuk ditelan
dan di hujung kehamilan; berat aku cecah 82.5kg
huwaaaaaarghhhhhh
kalau ikot kan semasa hamil cuma 15-20kg saja kenaikan berat badan
tapi kena kat aku, amek kau...30 kg naik
gile hape? tu lah bahana makan tak ingat ingat
ikot tekak je. tak penah pikir macam mana nanti nak kurus kan semula
haaihhh .. andai dapat ku putar waktu
:(

saket juga telinga bila orang asek sindir
"kau pregnant ke?"
kalau lelaki tu aku malas sangat nak pikir

sebab sesetengah diorang ni memang bermulut longkang
tapi yang aku hangin bila yang sound tu perempuan
alloooo kawan, jaga sikit la hati orang lain
tak tahu ke ?
mentang kau belum mengandung; mentang kau masih slim
tak payah la nak sindir sindir orang
sebab kau tak kan rasa macam mana down nye aku;
tiap kali kau sindir macam tu
kau tak kan rasa macam mana kadang;
aku rasa takot nak makan
kau tak kan rasa macam mana kadang kadang;
rasa sedih yang teramat bila satu baju pon kau tak muat
kau tak kan rasa macam mana bila kau tenung cermin lama lama;
dan kau tak nampak pon diri kau
dan kau tak kan rasa betapa rendah nya diri walau kau di sebelah suami kau
jadi; jangan berlagak sangat macam;
kau akan kurus seumur hidup kau
macam kau akan kekal begitu sampai kau mati

lagi pon kau ingat aku suka ke gemok macam ni?
kau ingat aku tak berusaha ke?
kau ingat aku tak semput ke tiap kali pakai korset ni?
semata untuk nampak kurus
semata untuk nampak cantik
boleh la cakap; lantak la orang nak cakap apa
masalah nya; sepanjang hidup kita ni akan jumpa dengan orang
nak tak nak, suka atau tidak, kau kene dengar orang cakap
so please la
sila jaga hati orang sekeliling
kau tak kan tahu apa jadi dengan kau nanti
aku cuma berharap aku di sayang oleh suami aku sampai mati
dan aku tak kan pernah berhenti untuk usaha menurunkan berat badan aku
sebab kalau bukan untuk suami aku pon;
ini memang untuk aku sendiri
sungguh aku tak selesa dengan keadaan sekarang
insyallah; aku akan cuba untuk kurus lagi
^-^


_____________________________________

sebagai permulaan, aku beli tali skipping
semangat untuk mengecil kan peha
hihihihihih


video



tapi..korang tengok aryan
bukan maen dia gelak kan aku
macam mana mummy nak exercise ni aryaaaaaaaaaaannn ??/
sebab kalau aryan gelak, mummy pon gelak sama
hahahhahahahaha