February 3, 2012

:: birthday in advance!! ::

hari ini 3 feb 2012
ade dua orang adik yang sambut befday pada 5 feb & 7 feb
minggu depan pulak cuti panjang
jadi nya, aku cadang untuk celebrate befday diorg in advance
dan alhamdulillah
semua jalan lancar
walaupun dugaan nak buat 2 biji kek diorg ni mencabar betul
tapi tetap lega sebab semua licin. habis
alhamdulillah

zu :: si baju kuning
uyun :: si baju hitam
____________________

dua dua umur 26 tahun
siti uyun ni aku dah kenal lama sudah. bertahun
berhenti kerja. masuk balik. berhenti. masuk semula
hahahhaa
dari bercinta. putus cinta. kahwin. jadi ibu
haaaihh
rasa macam lama betul berkawan

zu pulak, aku baru je kenal
rapat sebab dia isteri bos aku
tapi pun, rasa macam dah kenal lama
kongsi cerita. kongsi sedih. kongsi gembira
peneman dalam kereta pegi dan balik kerja

aku tak nak cerita ape beza antara mereka berdua
yang aku mahu kongsi ialah persamaan sikap mereka terhadap aku
cara mereka melayan aku
dua dua. yang paling aku benci ialah
tak pernah berkira dengan aku
sampai kadang aku naik segan
sampai kadang aku rasa nak marah


uyun. zu

akak takde apa nak beri pada korang
akak tak bercukupan untuk beri hadiah pada korang
sebab akak yakin kalian tahu;
akak sendiri tidak begitu mampu
akak sendiri berkira-kira untuk beli barang sendiri
akak sendiri sedang tungkus lumus,
mencari duit lebih dengan sengkang mata
jadi, akak yakin kalian paham akak tidak akan mampu beri apa apa

tapi akak harap, dengan apa yang akak buat hari ini,
sudah membahagiakan kalian berdua
hanya itu yang akak mampu beri
nak banding kan dengan bagaimana kalian "treat" akak
tak terlawan
maaf. kiranya ada kekurangan
hanya itu yang akak mampu
dan yang penting
jangan pernah fikir akak harap kan balasan
ini semua ikhlas. ikhlas

doa akak
moga kalian berdua sentiasa dilindungi tuhan
moge bahagia selalu
moge menjadi isteri yang tabah
menjadi isteri yang membanggakan suami
dan yang terakhir,
moge dipercepatkan rezeki kalian menimang cahayamata
sabar. pasti ada nanti
tuhan itu maha mengatur
tuhan itu maha mengetahui
jangan pernah berhenti berharap
insyallah
^-^


0 comments: