June 20, 2012

:: -------------------- ::




kadang kadang menyampah dengan diri sendiri
kadang kadang benci dengan diri sendiri
kadang kadang kesian dengan orang keliling
yang punya seseorang seperti aku
kesian aryan punya mummy macam aku
kesian suami punya isteri seperti aku
kesian mertua punya menantu seperti aku
kesian mak bapak punya anak seperti aku
kesian kesian kesian

stress. kepala sakit. hati sakit. perut lagi lagi la sakit
makan tak boleh telan
aduh. cerita banyak nanti kata asyik mengeluh
mengadu banyak nanti kata mengada ngada
paling sakit hati kalau ada yang berkata;
"dulu sanggup sangat nak hidup sorang2. hadap je lah"
ha ah. betul la tuh. jangan lah asyik mngeluh je
kan?

benda paling sukar untuk di laksanakan
menjaga hati semua pihak
susah. sangat
dan percayalah. kau tak kan boleh
kau sangat hebat kalau kau boleh
sebab kita hanya manusia biasa
manusia yang selalu berkata tanpa berfikir terlebih dahulu
manusia yang selalu mementingkan kepuasan diri sendiri dari orang lain
kadang kadang diri sendiri selalu tersepit
tersepit dalam buat keputusan
tersepit untuk menjaga hati dua pihak
dan penghujung nya, salah seorang mengalah
dan salah seorang akan dipersalah
dan masih, ada hati yang terluka
pasti ada

kata sahabat; sebaik baik tempat mengadu cuma satu
"ALLAH"
tiada yang sebaik DIA
tiada yang semulia DIA
walau kita tak nampak, tapi kita tahu DIA dengar
jadi, mengadu lah pada DIA
menangis lah mengadap DIA
persoalannya; macam mana mahu mengadap
kalau hati sedang tidak bersih
kalau hati sedang penuh rasa curiga
kalau hati penuh dengan rasa tidak puas hati
busuk hati. tamak

kata sahabat; bersyukur lah dengan apa yang kau ada
punya suami yang baik hati
punya keluarga kedua yang sangat dan terlalu mengambil berat
apa lagi yang tidak cukup?
apa lagi yang kurang?

kata sahabat; ALLAH tak bagi sesuatu pada kita dengan mudah
orang beriman pon diuji apatah lagi kita manusia biasa
ALLAH pasti akan uji sebab DIA mahu kita sentiasa beringat
ye. dan ALLAH takkan uji kalau dia tahu kita tak mampu nak hadap
sebab DIA tahu kita mampu, jadi dia usik sedikit
cuma kadang kadang, kita hanya berfikir yang jahat jahat
berfikir yang di luar dari akal yang sihat
selalu mencari silap orang lain
sampai kan kadang kadang kita cuba nafikan;
orang itu ambil tahu. masih peduli. masih sayang

susah sungguh nak ikhlas
satu benda paling sukar untuk aku buat
ikhlas
fuuhhhhh
maaf kan atas keterlanjuran. maaf kan atas kekerasan
maafkan.maafkan.maafkan
sekuatnya; aku cuba untuk ikhlas
insyallah

__________________________


entah apa aku merepek
sila abaikan
^-^