October 22, 2012

:: minggu yang menyesakkan ::







dah hampir semingu lebih tinggal kan dunia blog
sibuk yang teramat buat aku tak sempat nak coret apa apa
nak jengah blog kawan kawan pon kadang tak sempat
mana sempat tinggal komen, sempat la
mana yang tak sempat tu, harap maaf
baca; cuma tak sempat tinggal komen

sibuk dengan kerja
tak payah lah cerita detail
cukup aku cakap, memang sibuk sekarang ni
ini pon aku sempat makan jap tadi
ingat macam nak sambung kerja
tapi otak jadi buntu
jadi nya bukak entry baru

kemudian, aku makin bertambah tak cukup masa
sebab nya, last week ada check up
dan memang dapat khabar yang tak baik
bermula dari hari selasa lepas
hingga ke ari ahad
selang seli aku kene check up
penat + stress + takut + bercelaru

pernah dengar darah cair?

ada waktu tertentu masa check up
darah akan di ambil untuk diperiksa
aku tak pernah pon nak ambil tahu untuk apa
sebab ikut pengalaman masa aryan
memang tak pernah ada masalah apa apa
(kecuali berat aku naik + ambil air gula)
tapi hari tu bila check, bacaan untuk Hb (hemoglobin) aku adalah 8g
bila nurse makmal tu cakap "cair nye darah?"
aku masih oke oke
sebab aku tak tahu apa pon
tapi bila masuk jumpa nurse untuk check up
teruk juge kena marah
dia kata bacaan 8g tu dah teruk sangat
dah ke arah "anemia"

"anemia ialah kekurangan sel darah merah atau Hb
anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi
tetapi sekiranya keadaan anemia ini teruk
bayi juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir"

dan untuk aku yang kandungan sudah 7 bulan ke atas
"sifat bayi telah sempurna dalam usia begini
tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah Hb
Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang dari 9g
jantung tidak kuat
dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan
jika jantung mampu bertahan
tetapi anggota badan lain bayi akan lebih kecil saiznya
dan mungkin selamat dilahirkan"

"dan kesan pada ibu ialah
akan berasa cepat letih, kadang kadang sesak nafas
rasa nak pitam, jantung bergerak laju (berdebar)
jika semasa mengandung atau semasa bersalin
 ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair
dan boleh membawa kerosakan jantung, paru paru
buah pinggang dan membawa maut"

jujur. aku takot sangat
macam; apa yang aku dah buat pada anak aku?
kenapa boleh jadi macam ni
sepanjang minggu lepas bukan waktu yang baik untuk aku
aku boleh nangis dengan tiba tiba
aku boleh stress dengan tiba tiba
aku jadi takut sebab simptom2 tu semua aku ada
aku cepat sesak nafas
aku cepat berdebar
aku selalu rasa macam pitam
(selalu nampak bintang bintang)

lepas tu lagi satu masalah dengan lesen aku
aku tak boleh renew lesen sebab aku tak bayar saman
arggghhhhhh ... kenapa lah masalah datang mendadak
aku tak boleh drive tanpa lesen
kawan aku cakap
"alaaa..wat bodo je..aku dulu bawak keta takde lesen 3 bln"
dia lain. aku lain
kalau suami aku ada dan aku tidak perlu bawak kereta
aku pon tak kan peduli
masalahnye, aku drive pergi balik keje sendiri
pergi mana mana sendirik
di buatnya ade roadblock
kene tahan sebab lesen tak renew
tak ke haru???
sampai sekarang aku tak setel lagi dengan JPJ
entah lah nak buat macam mana
masih buntu
nanti lah aku pikir lepas kerja opis siap

ini semua buat aku makin kalut
sebab aku nak hadap ni sorang sorang
aku nangis masa mandi
aku nangis masa nak tidur
aku nangis masa peluk aryan
dan aku pernah sekali nanges masa incik suami call aku
dan aku rasa bersalah sebab nanges masa tu
aku tak tahu dia dengar atau tidak
tapi aku tak suka nangis depan dia
sebab aku nak selalu kuat bila ada masalah yang macam ni

mak mertua adalah orang yang paling risau aku rasa
(selain suami aku)
macam macam pesanan dia beri
macam nasihat
terima kasih ye mak
dot dah buat semua dah

oleh sebab masalah aku ni,
minggu lepas adalah minggu paling penat sekali
aku kena pegi check up selang sehari
dan bile check up, maknanye aku kene drive terus sampai opis
itu memang jauh lah kan
bila pegi check up
aku masuk lambat
kerja banyak tertangguh
aku jadi makin stress lagi lagi hujung bulan nak menjelma da ni

tadi aku check up lagi
dan alhamdulillah
Hb aku dah oke
terus naik 11.6g
nurse pon senyum
but still, aku kena monitor lah
tak boleh lepas pandang
tak boleh missed makan ubat
apa pon, aku bersyukur sebab ia kembali normal

_____________________________________

ari ni minggu baru
pagi pagi dah setel check up
terus masuk opis
dalam perjalanan, ada kawan call
kabarkan berita gembira tru wassap
tapi hati tak tahan
terus call dan borak panjang
ah.. gembira sangat
moge dipermudahkan semua la ye
sila tabah dan selamat gagah kan diri
lepas letak tepon terus senyum tanpa henti
ahh .. selepas gundah, ada juga cerita yang indah

terima kasih tuhan untuk sepanjang minggu yang menyesakkan
terima kasih tuhan untuk kesihatan yang makin pulih
terima kasih tuhan atas ketabahan hati yang Kau beri
terima kasih tuhan untuk semuanya
^-^



oke. back to work
adiooosssss

7 comments:

Myn said...


take care of urself buddy..
baru dpt pegang lappy, kalo tak huh... intan baru dapat kaki, tergolek sane sini pantang lepa ...hish!!

Anonymous said...

x pyh cite la kalo tamo cite pasal yg brite gembira tu.. huh!!!

mochitsuki said...

beb.. kuat..
aku tau ko kuat..
xmo nanges..
ko dr dulu nanges jek..
aku ngadu agus nnti..
wakakkaa

e!ya said...

sabar yer ibu ngadung..
aku dulu pon hb rendah..
risau coz anak lain xde pon
kdg tue cha faktor umur sama
maklum laa kite semakin hari semakin
btbh umurkan, badan letih sana sini..
amalkan pemakanan sht utk stabilkan hb skrg..xmo nangis2 nnt bby pon sedih2 :(

Anonymous said...

cha cengeng kan chi..

hahahhaha

-agus-

mochitsuki said...

hahaha.. sengal la anony

.::WaNiE::. said...

ya allah ko ni mcm mana boleh darah cair.

harap semuanya selamat sampai ke akhirnya.


aku pun busy gile. tak terkejar sambil kene push dgn bos kiri kanan dpn blkg..tensionn !!!

tu yg purposely amik cuti smlm sbb byk sgt keje sendiri tertunggak


selamat hari raya