September 28, 2012

:: payless @ jusco bukit indah ::








:: aku macam nak beli ni untuk baby dalam perot. gile comel ::


_________________________________________



siapa pernah dengar pasal "Payless" 
first time aku dengar dari instagram noe
excited tengok sebab kasut nya cantik cantik
kasut budak pon cantik cantik

then
aku promote kat chem
sebab kat "payless" ni
jual kasut yang size nya besar besar
sebab chem pon selalu susah nak carik yang size besar
entah lah dia dah pergi ke tak
huh

dalam pada aku google tu
baru aku tahu
rupanya "payless" tu ade bukak kat JB
hahaha..ape daaaaa...
excited nak pergi dari beberapa minggu lepas
tapi tak berkesempatan

kebetulan hari ini, jumaat, rehat panjang
dan ada budak yang ajak keluar ke jusco
apa lagi
usha laaaa...
fuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhh
menggile maaakkkkkk 
nasib baik duet dalam wallet ngam ngam
aku bukan gila tengok kasut aku
(plus aku tak pergi pon area kasut perempuan)
aku menggila tengok kasut budak 
alahai..
ingat tak jenama dulu dulu "airwalk"
ade pulak jual kat situ
cool gila
esok, aku rembat satu..
tengok aahh...!!!!
yang lagi satu best nyaaaaa
situuuu..tersangat lah muraaaaaaaaaaaaahhhh!!!
tak percaya pergi lah... 
^-^
lagi lagi sekarang tengah promo
2nd item dapat 50% less
pheeeeeeeewwww
esok...esokk...
walau memang agak kering, 
tapi aku nak gak beli satu untuk aryan 
converse dia tu, aku tengok macam dah sendat jeee
tunggu bonus tahun depan, mummy beli converse baru yeee
^-^

bagi yang tak tahu store dia kat mane;

1. Selangor :: Sunway Pyramid, Paradigm Mall
2. Ipoh :: Aeon Station 18
3. Melaka :: Mahkota Parade
4. Penang :: Sunway Carnival, 1st Avenue
5. Sabah :: Suria Sabah



September 26, 2012

:: barang baby ::

Lilypie Pregnancy tickers


_______________________________________________






masuk hari ini baby dalam perut dah berusia
26 minggu 4 hari
dah nak masuk 7 bulan
kalau masa aryan dulu,
masa masa gini, kami dah sibuk carik barang dia
pertama nya; takot lama lama nanti aku dah tak larat
jadik mummy mestilah excited nak carik barang anak
kan?
kedua nya; prepare awal itu kan lagi bagus
nanti takde lah kelam kabut

tapi untuk yang ini
satu apa pon aku dan suami tak sediakan
hari tu balik KL
ada juga tengok tengok barang/baju aryan yang lama
tak banyak pon yang masih elok
lagi pon dulu, tak banyak beli barang aryan
ada yang orang bagi, mak ngah dia bagi
jadinya dah simpan lama sangat so agak lusuh sudah
tapi masih ada juga yang boleh di pilih-pilih

ikut perancangan
aku nak carik sikit sikit barang baby start bulan ni
tapi memandangkan, mungkin mungkin laaaa..
bajet bulan ni pon akan ke laut
sooooooooooooooooo
postpone lagi lah nampak nya
tengok keadaan aku sekarang ni,
aku rasa, masih larat (insyallah)
 untuk shopping bila masuk 8 bulan nanti

tak banyak sangat rasanya untuk tambah
beli sikit sikit saja
lagi pon budak ni membesar
nanti beli banyak banyak rugi je pakai sekejap

yang penting
aku mesti cari baby car seat
nanti dah ada dua baby
senang sikit nak gerak
hik hik hik
entah macam mana la gaya nya nanti
kalau ada incik suami tak ape
time dia takde nanti tu...
kalau ada emergency case ke ape
kene get ready je la kan

untuk baby cot
alhamdulillah
ada orang yang dah sudi nak beli kan
insyallah, minggu depan dapat lah katil baby tu
aku perlu kan baby cot ni
maklum je lah
kalau 1st baby tak apa
ni 2nd baby
kot mana tahu abang dia tu nanti ngacau ke ape
so, kalau letak baby dalam baby cot selamat la sikit
but still aku harap aryan jadi abang yang baik lah
^-^



aku pilih yang warna putih


lain lain barang
macam botol susu/mandian/pampers/barut/
dan lain lain
nanti aku beli pelan pelan lah
senarai lama tu masih ada
boleh refer je nanti
harap yang penting tidak tertinggal la kan

lagi satu yang penting
barang untuk aku
aku tak pikir lagi nak beli set rawatan bersalin brand apa
kalau dulu, aku tak rajin pakai pon segala ramuan tu
tapi kali ni, aku ingat nak jaga betul betul
(ewaaaaaaaaaaaaahhhhh)
aku masih berkira-kira nak pakai yang mana
set rawatan bersalin ni pon bukan murah
teringin nak pakai mak dara
tapi tapi tapi...
uurgghhh ... rm350 pulak
ciiiitttttt
entah lah nak pakai yang mana
tengok pada bajet lah nanti
^-^

apa apa pon
tak sabar nak beli barang baby
seronok ...!!!!!!
pheeeeeeeeeeeeeewwwwwwwwww
^-^


September 24, 2012

:: legoland @ 22nd sept 2012 ::




FUUHHHHHHHHH
last weekend tersangat lah memenatkan
seriusly. penat tapi fun
cuma yang tak best nye
dapat bawak myn jalan jalan kat legoland saje
itu saje

tiada lain

sehari suntuk di legoland memang buat badan tersangat letih
lembik
tak bermaya
mungkin sebab cuaca yang begitu panas
ikot plan, malam tu mau ke jln dhoby
tapi masing masing dah tak larat
plus anak anak pon dah macam letih
paling kesian si intan
sebab cuaca panas buat dia asek nanges
tidur pon sekejap saje masa siang tuh
sudahnya, semua tidur keletihan
kecuali intan yang tak boleh tidur asek merengek
dia letih sangat, aku rasa
kami 3 beranak memang dah terbongkang la kan
hahahahahha
enjoy the pic la oke..
















PS UNTUK YANG MAHU KE LEGOLAND

sila pakai pakaian yang sesuai
sila pakai kasut yang sesuai
nasihat aku pakai yang sehabis ringkas
pakai selipar pon oke
jangan ikot aku
sebab aku memang tak main apa apa
jangan lupa towel/tisu/wet tissue
sila cover kepala; contoh :: topi
jangan lupa juga payung
dan sila bawa baju extra sebab;
nanti peluh kau akan mengalir macam air
ketiak kau tak selesa
hahahahahahahha
bawa beg haversack atau beg yang besar
untuk kau sumbat air berbotol-botol
ada yang cakap, guard akan cek beg
sebab makan/minum dari luar tidak dibenarkan
tapi masa aku pergi tak ada pulak
tapi, kalau pikir logik
kalau dah ramai yang serbu, tak kan lah dia sempat nak periksa
kan?
cuma berjaga-jaga je lah

untuk yang punya anak
sila bawa stroller
sebab kau tak kan mampu angkut anak kau sepanjang berjalan
kat sana ada stroller
double (rm30) / single (rm20)
yang macam aku sewa tu single
tapi, itu tidak sesuai untuk anak baring
hanya boleh duduk sahaja
jadinya
nasihat aku, bawa saje stroller sendiri
kalau nak bawa orang tua, ada juga boleh sewa wheelchair
rm 50, tapi duit akan dipulangkan lepas hantar semula

makanan / minuman memang harga nya membunuh
air botol yang kecil itu rm6
air mineral botol kecil rm2.50
makanan jangan cerita lah
hak tuihhhh mahal
ceeeehhhhhhhhh
burger jejak rm12
aiskrim single scoop rm6 (kalau tak silap aku)
yang penting nanti bukan makanan tapi air
kau akan perlukan air yang banyak
sebab cuaca yang sangat panas

tapi kalau nasib kau baik
mungkin cuaca masa tu redup
itu lain cerita
cuma bersedia saja lah
ye?

untuk yang bawa anak anak
kalau ibu ibu sudah letih berjalan
sila lah ke kawasan playground
sebab di sana memang redup dan selesa
kau lepas kan je lah anak kau main
kau boleh duduk saja sambil rehat kan kaki
ada juga tempat "baby care"
selesa. sejuk. best
boleh tidur kan anak. boleh breasfeed anak. bole bagi anak main2
tapi kau tak boleh lama lama di situ
sebab orang lain nak duduk situ juga. kan??

itu je lah kot
lain lain tak paham
sila tanye
ewaaaaaahhhhhh
hihihihih

atau
boleh baca lebih lanjut di sini
legoland

adios...
________________________________________

untuk aryan
terima kasih sangat sebab behave
cuma sikit sikit je dia ngamok
biasa lah kan
lain lain semua oke
memang tak boleh blah tengok dia naek train
muke dia memang excited giler
aduuiihhh...
aryan...aryan.....
ilebiuson!!!!

untuk incik suami
tengs sudi datang teman gua
walau kite tengah sama sama sesak
tapi takpe niat kita baik nak gembira kan orang jauh
hik hik hik
ilebiuhusband!!!!

and untuk diri sendiri
terima kasih sebab gagah sepanjang 2 hari
ahhahahahhaha
^-^

untuk Myn
maaf segala kekurangan
maaf segala ketidakselesaan
moge tidak serik
moge mahu datang lagi
harap nanti kite ketemu lagi
masa tu, aryan dah brader brader
dah boleh jage intan
hihihihihihi
goin to miss u both
^-^

September 21, 2012

:: plan for myn & moolat ::




mungkin ada yang tahu
mungkin ada yang tidak
petang ni, kawan aku dari jauuuhhhhhh akan tiba di JB
 myn dan anak nya si intan akan jejak kaki di bumi Johor
myn sebenarnya sedang bercuti-cuti sebulan di malaysia
dan akan pulang semula ke pangkuan suami di France sana
lebih kurang lagi 2-3 minggu
betul ke myn ?
hihihihi
bertabah la ye myn sebab waktu anda sangat terhad
tapi best macam mana pon
tetap rasa kurang best sebab incik suami tiada di sebelah
kan kan kan

seperti yang aku cerita
dan myn sendiri pon tahu
aku agak berkira-kira pasal bajet la kan
kelakar je plan dengan myn smlm through fon
dan rasanya plan untuk myn & intan this weekend
lebih kurang begini lah


21/1810 hrs :: fetch myn @ Senai Airport
* singgah cold storage carik makanan si intan
* dinner
* pulang

22/1000 hrs :: Legoland time..!!
* rehat sebentar (entah di mana... hihiih )
* ronda ronda Jln dhoby
* dinner
* pulang

23/1000 hrs :: JPO time..!!
* rehat sebentar (pon tak tahu lagi di mana)
* lunch
* 23/1530 hrs :: gerak ke senai airport
23/1630 hrs :: myn pulang sudaaaaaaa

sebenarnya
aku pon tak berapa nak pasti nak bawak myn pegi mana
sebab banyak tempat under construction lagi
contoh "hello kitty town"
"Lat's Place"
aku ingat dah siap
rupanye, ini opening Nov nanti

Jadinya
bawak dia ke tempat mana yang ada dulu la
Legoland
ini pon aku dapat tiket murah sedikit lah
sedikit saje
myn kate on, so proceed je lah
aku booking 3 tiket
tapi if incik suami x jadi datang
aku cancel la
tapi aku berharap dia datang sebenarnya
sebab dengan keadaan aku yang macam ni
tak larat nak drive, nak tengok2 si aryan
plus, tiada baby car seat
so, tengah pikir siapa yang nak pegang aryan dalam kereta nanti
memang tidak lah aku nak tinggal aryan
kesian dia, aku seronok berjalan dia tinggal
tak patot..tak patot...

JPO tu tak pergi pon tak apa
tapi, takpe lah..
pegi saje lah
rasa nya myn nak pegi kot
plus cuci cuci mata

Jln Dhoby tu pula
macam wajib la if orang luar datang untuk singgah situ
sebab dengan mengekalkan rekabentuk yang lama
situ punya restoran pon best best
nak bawak myn pegi restoran baru
hari tu the latest aku tengok si elfira loy update kat instagram dia
memang rare gile la restoran tu
aku pon tak penah pegi
hari tu singgah je, tapi tak masuk
tapi katanya memang cantik deco nye

plan asal
aku nak bawak myn tidur rumah aku je
so, boleh saving @ penginapan
tapi, atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan
terpaksa juga kami menyewa
mula nya nak tidur hotel
tapi sebab takut incik suami balik nanti
sooo, kami setuju untuk check in di homestay
lagipun, kalau berdua saje dengan anak anak takot juga nak check in
homestay yang aku pilih ni sebelah rumah abang aku saje
besar + 2 tingkat 
dulu chem pon pernah check in situ
yang paling penting keselamatan la kan
betol tak?
ada apa apa, boleh mintak tolong abang aku saje
^-^

nak bawak myn pegi singapore memang tak bole lah
dengan parking nya yang mahal - if naek kereta
dengan tak larat aku nak jalan - if naek bas
dengan perot aku yang makin memboyot ni risau tak lepas
dan juga tiada tour guide..hihihihih 
(maklum lah, anak sedara ramai dah kawen)

jadinya
harap harap
myn seronok lah trip @ JB minggu ni
sebelum apa apa mintak maaf if ada kekurangan
hahahahahahhhhhh


                                                                            

September 20, 2012

:: spaghetti olio with mussels ::




masih malas nak update
nak update sikit je
semalam buat spaghetti
spaghetti olio with mussles
aku letak sekali resepi la ye
in kes cik wanie nak buat
hihihihihihi



bahan bahan

udang
kupang
spaghetti
capsicum
minyak zaiton / minyak biasa
daun ketumbar
bawang holland
bawang putih
oregano
lada hitam
lada sulah
1 biji lemon (ambil jus nya)

cara cara

tumis bawang putih + bawang merah
masukkan kupang (gaul sampai masak)
masukkan udang
masukkan sedikit oregano / lada hitam / lada sulah / garam (gaul hingga rata)
masukkan capsicum
masukkan spaghetti yang sudah direbus asing
masukkan daun ketumbar
masukkan jus lemon
gaul rata dan angkat

*kalau nak pedas, tambah lah cili api ke chilli flakes ke
dan boleh juga di tambah dengan parmesan cheese




______________________________________

oke la..
itu je update hari ni
hati sedang gundah
naseb esok ade budak moolat nak datang
ah.. tak sabar
^-^


September 18, 2012

:: hari raya gathering - 2012 -




tak ada mood sebenarnya nak update apa apa
tapi dah lama pula rasa blog ni kosong
aku cuma nak update pasal hari raya gathering ari tu
aku cuma letak pic je la ye
letih la nak type
esok esok aku cerita lagi
sori u oolllsss..
^-^ 



ini nana
sama department dengan aku
itu anak dia : Adam Amsyar


artis jemputan hari itu
Azli Senario ~ oke oke la. bole tahan la lawak nya
masa ni dia tengah soal aku
"banyak2 burung, burung apa yang masuk syurga dulu"
aku tak dapat jawab
dan jawapan nya
burung belatuk :: sebab burung ni baik. dia bela atuk dia
bengong.
huh


sebab dengan keadaan aku yang membulat tu
dan juga sebab aku pakai kasut yang salah (melecet)
aku kurang berjalan
jadinya
dengan si nana ni je la pic aku
hahahahhahahaha


yang biru tu menang best dress sedondon
baju dia memang mengancam
cantek sangat sangat
i dengar gossip, dia tempah kat bridal rm800 u alll
sentap maaaakkkk .... hahahahah
yang pic bawah tu menang best dress kategori perempuan
itu recept kat ofis aku. yang atas tu pon recept.
dan yang sebelah tu menang kategori lelaki
itu staff Finance
masih single oke
^-^


oke
yang ini ~ pic atas
antara budak perempuan yang aku rapat
ini saje
yang ala ala hindustan itu nor, yang merah mak ngah tu nana
yang tinggi lampai tu lydia dan yang ayu itu zuhailah
yang pic bawah tu ajk ajk bergambar dengan big bos
bukan maen glemer masing masing


last pic
aryan nak selit
orang suruh diri tengah tengah tak mahu
huh
tapi dia tersangat lah behave hari tu
baik sungguh
gembire mak...
hik hik hik 

aku tengah tunggu pic dari Official Photoghrapher 
if ade kang aku share lah
oke la 
later i continue
tata all
^-^

aahh .. booooringgg.....
*nguap*

September 14, 2012

:: DIGI oh DIGI ::




sesiapa yang ada follow aku di instagram
atau pon yang ada perasan status aku di FB
mesti dah tahu
dah bape kali aku ada cerita pasal line DIGI
saket sangat hati aku ni dengan DIGI sekarang ni




masa mula mula aku dapat befday present dari incik suami
iaitu smart phone
automatiknya, haruslah kita mempunyai line internet sekali
kan?
masa dapat tu tahun lepas
aku dalam planning pindah ke JB
jadinya
masa kat JB tu aku berkira kira nak pakai line apa
survey survey
smart plan DIGI paling oke
terus register
mula mula, aku ambil plan yang 3g
pakej sebulan rm68
internet unlimited lah
then kalau kau pakai untuk call mana mana
kau bayar lah
tapi aku tahu, aku memang jarang call guna digi punya
sebabnya, aku kan ada no lagi satu - maxis
so, yang ini memang untuk main internet je la
takpon emergency if kredit maxis tarak

memang tak ada apa apa masalah di awal nya
siap bole bukak 2 laptop lagi
(guna wifi henpon aku)
seronok guna sampai kadang tu,
fully utilized
sampai lah DIGI offer aku untuk pakai 5g pulak
sebab penggunaan internet aku agak melampau
hahahahah
then aku tukar lah. pakej 5g - rm88 sebulan
bukan apa, kesian kat budak budak kat rumah
diorg pon kadang nak akses internet
tu yang guna wifi aku
tapi aku selalu sound
jangan bukak youtube sangat
sebab if youtube memang laju la kan
memang tak ada masalah
aku boleh berintenet masa makan
masa tengok tv
masa kat bilik
masa kat anjung rumah
di mana mana saje lah
(ini aku cerita di kawasan rumah ye)

sampai lah aku rasa dalam awal tahun ni kot
DIGI kat area rumah aku dah start buat perangai
macam macam perangai lah
sampai kadang aku hempas telefon
walau sebenarnya bukan salah telefon
salah line
(hempas kat katil je. tak kan hempas dinding pulak)
sampai kadang mulut keluar maki macam macam
geram sangat
sebab nak berintenet di rumah sangat lah terhad
line kadang siap pangkah
tak hangen ke kaauuuu ???
tak ada da nak berintenet depan tv
contoh : nak update cerita ni best..!!
nak berintenet sambil makan
contoh : saye makan sedap hari ini
nak berintenet dekat anjung rumah
contoh : cuaca sangat cantik hari ni
hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhh
stress mak .. nookkkkkksss
paling stress bila
dapat notification pasal "psychedelic store" nak update stok
dah lah orang memang berebut tunggu
kadang aku dah standby kol 9 malam ni
tapi...line taraaaaaaaaaaaakkk
tiba masa line oke, semua dah sold out
hampes...mmg hampes

aku tak nafikan lah
kalau kat area lain
memang ok je DIGI ni
contoh masa aku pegi sabah
kat atas puncak kundasang tu
oke je line
kat kaki gunung kinabalu tu pon oke
slumber je update kat instagram
slumber je update kt FB
masa dikelilingi hutan tebal kat Jresidence chalet tu
bole je update
siap boleh wassap dengan chem kat bilik sebelah

cuma kat area rumah aku
aku tak tahu kenapa kah ?????
anak sedara aku cakap
mungkin sebab pokok keliling dah makin tinggi
(pada yang tak tahu, rumah aku memang dalam hutan ok?)
hihihih
so..aku anggap ada benar nye la kot

tapi
tapi
tapi

apa guna keluarkan iklan yang ni



:: nak ikot angkasawan kunun ::



:: i will follow u - kunuuuuunnn :: 



:: badan besar besar pon tak guna.. huh!!! ::



:: ni aku..!! DIGI user yang stress..!!!! ::







apeeeeeeeeeeeeeeeeee????
ingat comel??? tumbok perot kang... 
aarrrhghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh



__________________________________________

sekarang 
aku dalam plan nak tukar line
tapi masih berkira kira
Maxis or Celcom
yang lain tu memang jangan harap la
P1 Wimax tarak line
Umobile pon aku rasa tarak
hujung bulan ni
confirm aku tukar
sebab keutamaan aku mestilah kat rumah kan
masa banyak kat rumah kot
lagi pon, kesian anak2 sedara aku
lama da tak online
hurrrmmmmm
kalau dah tukar line pon problem juga
aku tak nak pakai internet da..
huh!!!!!

adiooossss
^-^

September 13, 2012

:: trifle oh trifle ::




entah apa mimpi
semalam macam teringin sangat sangat nak makan trifle
aku tahu benda tu tersangat lah senang nak membuatnya
tapi selalu macam tak jadi saje nak buat
jadi nya, semalam carik resepi yang paling mudah lah

on the way balik rumah
jem pula yang tersangat panjang
nak singgah klinik lagi
nak singgah kedai beli barang buat trifle lagi
kalau ikot kan macam malas
tapi gigih kan juga, sebab dah terasa sangat nak makan

buat semua urusan dan sampai rumah dalam pukul 8 la gitu
sampai rumah, budak kenit tu dah sibok
ye la kan, mummy sampai rumah lambat
aku kalau dah masuk kawasan rumah
aku hon, then dia akan tunggu depan pintu
aku bukak je pintu kereta dia cakap "haaaaaaaaiiiii"
tu yang buat semua penat hilang tu
huhuhuhuh
pastu dia datang, nak tolong angkat apa apa yang patot
kalau aku bagi plastik, dia sibuk la
kot ada barang untuk dia
jangan harap ye aryan
mummy takkan hari hari beli barang untuk awak
hahahahaah

sampai rumah, aku terus buat trifle tu
oh, before tu ada wassap si chem
tanya dia resepi, sebab nye aku tertinggal resepi kat ofis
then, nak beli barang tak tahu apa
aku macam pernah nampak dia buat
rupanya salah
yang dia selalu baut tu puding jagung
nasib baik aku kat luar, bukan kawasan rumah
jadinya, line DIGI clear la kan
so google kejap, then dapat la resepi trifle

oke besambung. hihihi
sampai rumah, terus laju laju buat
sebab memang tak remeh la buat nya
dalam pukul 8 lebih dah siap lah
then makan, kemas rumah, lipat kain, tengok tv
dalam pukul 10 lebih tu dah terase nak makan
jelly dah beku
so rasa macam oke la kot
terus potong laju laju
jadi..yeaaayyy
tapi sebab tak sabar sangat nak makan
sebenarnya custard tu tak berapa nak beku lagi
tapi aku bedal juga laa
jadi lah, dah rasa kan
hilang dah rasa nak makan tu

ni..pagi pagi tadi
makan lagi.. haaaaaaaaaaaa... baru lah sempurna
custard dah beku
trifle pon dah sejuk
baru lah selera
hiihihihi
nyum nyum
dah la.. itu je la cerita nak bagitau..
oh chem, aku berjaya
^-^


:: hasil nya:: 

(macam biasa.. aku tak bole berpisah dengan longan)
hiihihihi


UPDATE :: RESEPI

bahan bahan ::
1 biji cake springroll (tak kira perisa)
1 paket crystal jelly (tak kira perisa) 
1 tin fruit cocktail

aku guna brand ni

bahan custard ::
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung custard
4 sudu besar gula (agak agak)
sedikit garam
 air dari fruit cocktail

cara memasak custard:
campur kan kesemua bahan hingga tepung larut
kemudian baru nyalakan api
kacau bahan sampai pekat dan likat
sambil sambil tu bole rasa kalau kurang gula bole tambah
kalau terlebih gula (termanis) tak dapat nak tolong la
hahahahahhahaha
kemudian padam api dan sejuk kan hingga suam

*sebelum itu, potong dahulu kek agak ketebalannya
kemudian susun di dalam bekas
kemudian, tuangkan custard yang sudah suam ke atas sususan kek
lapisan ketiganya pula
tabur kan fruit cocktail
dan apa segala buah la yang kalian mahu letak
*seperti dalam gambar

seterusnya
masak kan crystal jelly
(ikot arahan di belakang kotak)
kacau hingga masak dan kemudian tuang kan ke atas lapisan ketiga
lapisan buah buah tu

tunggu sejuk sikit
kemudian baru letak dalam fridge
oke?
biar semalaman atau beberapa jam
baru lah sedap di makan
sebab sejuk
siaaaaaaaaaaaaaaaaappppp
^-^

oh ye,
nasihat dari aku
lebih baik kiranya
kalian buat di dalam bekas kecil kecil
*seperti gambar di bawah
sebab nya senang nak makan
kalau buat dalam bekas besar (macam aku)
susah nak potong nanti
sebab puding ni agak lembut
dan nak sedap
bole juga letak whipping cream kat atas nye
auummmmmmmmmmmmmmmmmmm



SELAMAT MENCUBA..!!!!!


________________________________________


dan oh ye
sempena 13 sept ni
aku nak ucap selamat ulangtahun untuk dua orang

pertama
adek ipar aku a.k.a kakde
yang ke-27 yeee???? 
dengan ucapan 
moge bahagia dan senyum selalu
moge semuanya di atur yang baik baik untuk kau
moge lekas sampai jodoh nya 
dan moge tercapai segala apa yang di impikan
insyallah



kedua
anak saudara aku
nama nya ahmad daniel durrani
yang ke-15 tahun
tahun ni nak PMR da
moge dapat keputusan yang bagus
moge selalu jadi anak yang baik
moge selalu sayang aryan
hahahahhah


adioosssss
^-^


________________________________________

eh
lupa nak bagi tau
siapa tengok Mad Market semalam?
aku memang tunggu sebab
1) pengacara si hanis zalikha
2) sebab dia jemput blogger blogger
macam semalam dia jemput si maria elena
3) semalam juga si jezmine zaidan
siapa pula yang tak kenal dia. kan?

untuk 1st episode
oke la..best.. plus si hanis tu tak kaku la
dan tak gedik juge
paling best masa dengan maria
seronok
lagi satu bestnya
dia tunjuk kat mana tempat soping yang best best
dan semalam kat melaka & OldBlossomBox
melaka memang best la kan
terutamanya jonker street 

soo ..
tunggu next week
tak tahu la pula kat mana
^-^

September 12, 2012

:: drama kegemaran ::




setiap minggu, drama apa yang kalian layan?
ni kita cerita pasal "drama" oke
x kisah lah, cerita melayu ke..inggeris kee
dan jangan cerita kat aku pasal drama "Adam & Hawa"
sebab aku tak ada mustika
hahahahah
ok. cerita yang aku selalu layan ialah

1. Bukan Bidadari


mula mula, tak ikut sangat cerita ni
sebab tak berapa kenan si shaarnaz ni sebenarnya
sebab dia kadang berlakon macam lembik sangat
lama lama, terpikat dengan si nad zainal ni
dah la comel
berlakon memang sangat la natural
suka betol tengok dia
cara dia cakap semua
best ah dia berlakon

tapi aku rasa macam dah nak final cerita ni
berdebar gak tengok cerita macam ni
pastu, geram tengok si arif ni bila bedal si inas
aahhhhhh..saket hati aku


2. Keluarga Iskandar



ni haruslah tengok kaann 
sebab lokasi ape semua kat Johor 
hahahahahha
lagi pon plot dia lain sikit
dan sebab dia kesah kan kekeluargaan
tu yang macam best tuh
kadang geram tengok mak diorang tu
lelagi part suruh add dia dalam facebook 
hahahahahahaha
stress aku tengok...!!!!
tapi kadang ada juga lawaknya mak dia tuh
hihihihi 


3. Mana Hilang Juwita


cerita ni...best
tapiiiii .. kadang macam over sikit
sebab macam terlalu sosial
macam tak sesuai untuk siaran tv
tapi aku suka sebab ada lisa surihani, zahiril
hik hik hik 
mana lah pegi si juwita tu??
tensen aku pikir


4. Nazihah


ini, aku kurang layan laa
sebab menyampah
tak berapa suka kalau dalam satu cerita tu
heroin nya jadi rebutan ramai hero
serabut
macam tak ada perempuan lain nak rebut
tapi aku layan juga sebab sukeeeeeeeeee
sangat tengok izara aisha ni
^-^
cerita ni pon macam dah nak abes
minggu depan kot
tapi aku tengok iklan dia ari tu
macam mati je si hero 
entah lah..
tunggu je laa...


aku dah kurang layan layan drama inggeris
macam CSI ke
cuma dulu masa ada Merlin
aku memang rajin la
sekarang ni memang layan drama melayu je la

tapi pon kadang kadang
tak dapat tengok sampai abis
kalau aryan dah tertidur
aku pon tidur sama
sebab nak tidur kan dia, tak bole tengok lain
aryan suka tarik muke aku, ngadap muke dia
nanti dia main2 kening aku
hidung aku, bulu mata
layan kan je la, sampai dia lelap
hihihihih 
by the time, aku pon lelap sama
^-^

oktober nanti
banyak kot cerita cerita baru
sebab aku ada follow si nabila huda kat instagram
(nabila huda salah satu pelakon faveret aku)
dia cakap cerita terbaru dia kluar kat tv3 oct ni
macam best je sebab lokasi banyak kat korea
ohhh... niceeeeeeeeeeeee
tunggu je laa...

__________________________________

hihihi
tak ada apa nak update sebenarnya
korang layan je laa...
hahahahhaha
^-^
adiosss



September 10, 2012

:: berat naik. arrghh..!! ::




semalam mak aku tiba tiba masak mi banyak banyak
nak ajak anak anak sarapan pagi kata nya
entah apa mimpi
hik hik hik
dari semalam nya dia dah siap kan koktel kelapa
pagi pagi lagi
dia dah suruh tepon semua anak anak dia
(kecuali yang kat singapore la)
alhamdulillah, nasib baik ada yang luang kan masa
ada 2 keluarga yang tak dapat datang


tak banyak pon juadah nya
koktel kelapa, goreng pisang, mihun dan sambal telur
itu saja
bukan main bertambah makan

aryan pulak asyik meragam
entah kenapa
rindu diddy agaknya
tengah tidur pon ngigau sebut nama diddy sambil nanges
hik hik hik 
malam tadi pulak asek merengek
ahh.. kadang rasa tensen
tapi bila tengok muka dia lama lama
pastu bila dia asek pelok leher aku
asek usap perot aku
hilang rasa tensen
cuma agak letih la 
sebab nak bawak badan sendiri pon aku tak larat
saket belakang dah mencanak-canak sekarang ni
aryan pulak bukan main manje
asek asek hulur tangan mintak dukung
tak sampai hati kalau tak layankan
dia sangat manja dan comel
geram
hik hik hik

_________________________________________

oke
ini ada cerita sedih
ingat tak dulu aku cerita pasal
konon aku nak jaga berat badan dalam waktu hamil ni?
ok. aku FAIL. aku GAGAL
tadi aku ade check up
check untuk 6 bulan 
check up lepas sebulan lepas
dan check up lepas raya
dan hasilnya
berat aku naik mendadak
amek kaaaaaaaaauuu 4kg naik
gile?????
so sekarang berat aku dah 70kg untuk 6 bln kandungan
oh myyyyyyyyyyyyyyyyy
abes macam mane?
ada lagi 3 bulan sebelum melahirkan
dapat ke aku capai cita cita aku untuk berat hanya 75kg?
huk huk huk 
ni gara gara makan tanpa henti masa bulan raya
oouucccchhhhhh

nasib baik lain lain aku ok
darah, jantung
jadi nya, cik missy kata tak perlu minum air gula
dia assume aku punye selera makan bertambah
melainkan kalau bulan depan aku naik banyak gini lagi
memang minum air gula la gamaknya
sadis sadis

aku rasa, aku perlu kurangkan ambil nasi
sebab aku makan nasik tiap tiap pagi/tengah hari/malam
mau tak nya? kaannn ???
kena susun semula jadual pemakanan ni
^-^

oke la
apa apa nanti aku cerita lagi
by u ollsssss



saja nak upload
pic jumaat lepas
masa pergi open house dak opis
masa ni aku makan
nasik ayam + bakso + mi kari
wawawawawawahh ..
membesar bagai johan
huk huk huk huk
masa ni juga, patot jumpa cik puan ella
tapi tak berkesempatan
nanti lah aku dah bersalin baru kita jumpa ye ella??
haaihhhhh