May 14, 2015

:: rasa kita ::


kadang kadang
kita rasa kita sudah beri yang terbaik
kadang kadang 
kita rasa kita dah berkorban segala
kadang kadang 
kita rasa kita sudah berusaha habis daya
kadang kadang
kita rasa kita sudah beri semua

tapi itu lah
semua nya hanya KITA yang rasa
apa yang kita rasa takkan pernah sama
dengan apa yang orang lain rasa

mungkin belum cukup
ya.
aku rasa masih belum cukup

^--^




May 9, 2015

:: selamat 6 tahun ::


2 may lepas
genap 6 tahun usia perkahwinan aku
Alhamdulillah semua baik baik saja

Setiap kali berdoa pada Tuhan
aku minta
moge Dia selalu jaga hati kami berdua
moge kami tidak berpaling pada yang lain
moge kami tetap utuh berpegang tangan bersama
susah senang -- tetap tabah untuk hadap berdua
yang paling penting
moga kami saling menerima tiap baik buruk sesama
tiada yang sempurna di dunia ini
banyak pincang lagi dengan diri aku
moge 6 tahun ini semakin gigih untuk perbaiki setiap cela

hari tu aku dan suami celebrate berdua
pertama ke District 21 di IOI City Mall Putrajaya
sakit semua badan
gigih untuk habis kan semua game
best juga lah cuma nya letih nak menunggu giliran
nasib juga orang tak begitu ramai
kalau tak bosan juga la

kemudiannya
kami ke damansara untuk dinner
lokasi :: Rimba & Rusa
sebenarnya dah lama aku follow tempat ni
Since Wondermilk announced aku dah follow dia
hari ke hari, bulan ke bulan
aku tunggu bila opening 
Dan kebetulan pula opening nya pada 30April
ahh .. sesuai sangat lah dengan hari kami
Sebelum pergi call dulu ingat nak buat reservation
tapi owner kata reservation full
aku cakap pada suami--redah saja, mana tahu ada rezeki
Ngam kami sampai
Alhamdulillah masih ada kekosongan

Pada kalian
kalau ada masa sila la singgah
sangat best Rimba & Rusa ni
trust me
takkan menyesal






Untuk Suami

"Akan selalu ada hari ini yang kan kau ingat
lagi beberapa waktu kemudian.
Satu, dua, tiga bahkan beberapa puluh tahun kemudian.

Pintaku cuma satu, bertahanlah dari 
segala hal yang buruk; 
menduakan aku salah satunya.

Kerana bahkan seandainya kita tak lagi bersama,
kau sungguh tak boleh lupa;
dalam hidup ini, 
pernah ada kita"


Insyallah
dengan izin Allah
moge dirahmati hubungan ini selamanya




May 8, 2015

:: salam may 2015 ::


diam tak diam
 setahun sudah aku menetap di Kuala Lumpur
dah secara automatik nya dah setahun juga aku kerja di sini
ye..di Jalan Tar ini

Jujur
kota ini memang bukan tempat idaman aku
entah
mungkin aku ini memang anak kampung
yang sesuai nya hanya hidup di pedalaman sana
bukan di bandar besar ini

Tapi
ape boleh buat
hidup ini bukan boleh cerewet sangat
tak boleh memilih sangat
dan selalu ingat dalam hati,
tak semua yang kita ingin kan
akan jadi kenyataan

Seronok bila kembali berkumpul di bawah satu bumbung
gelak ketawa-gaduh laki bini
biasa la kan
mana ada rumahtangga yang tak di timpa masalah
sehabis baik selalu cuba untuk jadi isteri yang baik
dari hari ke hari
usaha saje
yang lain di luar bidang kuasa kita

Tentang Aryan

Nampaknya dia semakin serasi dengan Little Caliph
Selalu seronok bila bercerita tentang sekolah
cikgu nya baik baik, katanya
kawan kawan baik baik, katanya
Yang penting dia selalu happy bila bangun pagi
kadang kadang malas tu biasa lah
kan?

Tentang Affan

Affan pon dah semakin serasi dengan babysitter
tiada masalah nampaknya
Harap kekal begitu selamanya
Moge babysitter ikhlas jaga dia
tu je yang aku harap

Tentang suami

ahh
tiada banyak yang aku boleh cerita
semuanya ok ok saja
gaduh berselisih itu biasa lah
cuma aku masih berusaha untuk jadi yang baik
untuk terbaik aku belum mampu
insyallah satu hari nanti

Tentang aku

penat
itu yang aku bole gambar kan
biasa lah .. bekerja + surirumah
macam macam yang perlu dibuat
macam macam juga yang perlu di pikir
insyallah 
semua akan baik baik saje

^--^




January 7, 2015

:: aryan dah sekolah ::





2015 bererti umur aryan sudah 5 tahun
bererti juga yang aryan sudah mula sekolah
si sulung mummy sudah besar
rasa macam sekejap sangat besar kan dia

aku rasa dari bulan June tahun lepas aku dah survey
or maybe sejak aku duduk JB lagi
nak cari yang terbaik untuk anak tu bukan senang
timbang tara dan berbincang suami isteri juga penting
dan tak lupa juga cuba perhati anak kita

Satu benda yang aku dapat tangkap tentang aryan;
dia paling senang hafal zikir zikir & doa
kalau zikir zikir di TV oasis, 
hari ni dengar esok dia dah bole sebut
Maka aku bincang dengan suami
untuk hantar Aryan ke sekolah agama
entah lah..di zaman ini aku tidak lagi fikir tentang apa apa
Yang aku mahu aryan jadi seorang anak yang baik
itu sahaja
membesar menjadi anak yang patuh pada Allah
mendengar kata orang tua
menghormati semua orang
dan yang penting tak henti menyebar kasih sayang

Satu hari nanti kalau aku pergi dulu
moga aryan boleh talkin kan aku
moge aryan boleh solat kan aku
insyallah

Pra-sekolah yang berasaskan agama sudah begitu banyak
setelah berbincang dan survey 
kami pilih Little Caliph Segambut untuk aryan belajar
Aryan juga akan duduk di situ hingga petang
Daddy akan ambil aryan dalam pukul 6 gitu

aku cuma harap
aryan dapat sesuai kan diri dengan kawan baru
hormat teacher semua
dan yang paling penting
moge semua orang senang dengan dia
^-^

mummy daddy bukan orang senang
tapi 
mummy daddy akan usaha untuk beri terbaik untuk awak
dan moge ini adalah yang terbaik untuk awak

belajar rajin rajin
insyallah mummy daddy tak penting kan 
berapa A awak dapat
no berapa awak raih
pujian apa yang awak terima
mummy daddy cuma nak
awak jadi orang yang baik
itu saje
^--^


January 6, 2015

:: DuaRibuLimaBelas ::


sebelum terlewat
selama tahun baru 2015
selamat tinggal 2014 yang penuh duka
moge ada ganjaran yang lebih baik untuk tahun ini

azam tahun baru?
entah
tapi yang pasti
nak ubah kehidupan ke arah yang lebih baik
itu saja
dari segi kewangan
dari segi tingkah laku
dan macam macam

eh
34 tahun sudah?
fuuuhhh
-__-


bye



November 14, 2014

:: #ichafootsteps ::


pada yang kenal aku
mesti tahu yang aku suka ke cafe yang cantik deko nya
dia tidak perlu popular
tidak perlu lokasi di bandar besar
tapi yang penting, deko nya cantik
itu saja

untuk itu
aku buat satu hashtag #ichafootsteps
aku akan share mana mana tempat yang aku sudah jejak
tidak kira lah di mana saja

last week aku ke satu cafe
VCR @ Jalan Galloway
mula mula nampak aku sudah jatuh cinta
ajak suami dan anak anak ke sana
senang saja dari rumah
memang cantik dalam nya
deko nya, dessert nya, suasana nya
best.

tips : 
1) jangan parking bersepah. 
sebab masa kami sampai, DBKL sedang operasi tow kereta
kesian satu couple tu tak sempat kejar
kereta dah kena tow
memang kebetulan kami baru sampai
terus tukar parking
hahahahahahha

2) jangan risau if hp low batt
di setiap meja ada servis plak
siap ada extension
kot nak bawa laptop pun boleh

3) datang sini hanya untuk lepak.
jangan di harap makanan berat berat
sebab cuma ada coffee, minuman sejuk & kek

4) bersedia untuk hadap full house 
sebab kerusi meja tidak begitu banyak
maka mungkin juga kau akan tidak punya seat nanti

5) nasib baik dapat lah lepak kat balkoni luar
hirup udara segar
ewaaaahh 
hahahaha 

okeh
sini belanja pic


**ihsan google









November 3, 2014

:: Asrama-Ra All Stars ::





19 october lepas aku & ella ke KL-PAC
nonton teater
giteeewwww 
pertama kali seumur hidup kami berdua nonton teater
gelabah & excited sikit la kan
first time la katakan

asrama ra all star jadi pilihan
tujuan asal pasti lah mahu lihat itu FynnJamal
tapi da jadi bonus la sebab ada ramai lagi artis lain

cerita dia best
kelakar + tersentuh + sedih + realiti
dah memang betul apa yang dia kisahkan
susah sangat nak jumpa orang yang boleh jaga elok elok rahsia kita
mencanang kisah buruk orang itu dah macam biasa sangat
bila kita jadi orang pertama yang menyampai rasa macam dah hebat
haaihhh
pathetic
kasihan dengan naseb nor @ fynnjamal
sebab aku percaya itu adalah realiti
betapa deritanya orang yang di canang
betapa sengsara nya dia untuk hadap manusia

percayalah
bila kau di pilih oleh seseorang untuk berkongsi cerita
itu maknanya kau adalah orang yang paling dia percaya
belajarlah untuk menutup cerita
belajarlah untuk menjaga aib orang lain
insyallah
aib kau pula akan terjaga

________________________________________

meh belanja pic sikit


tengok
kita berdua yang terpaling depan
terpaling
vavavavavvaahhhh







dear fynn
alhamdulillah dah semakin tinggi
semoga takkan pernah lupa di bawah
dah bertahun saya kenal awak
sebelum awak sebegini dikenali
di ruang blog ini lah kita bertemu
di lanjut kan lagi ke ruang friendster
semoga awak tetap fynn yang saya kenal bertahun dulu
moge Allah merahmati awak + tri + juna
take care selalu


^--^