September 11, 2009

:: saye malu ::

aku rasa tak semua tahu
yang persekitaran tempat aku bekerja sekarang
membolehkan aku untuk jumpa manusia yang dari pelbagai pelusuk dunia
sini; ada staff dari Korea, ada dari China, ada dari Sepanyol
ada dari Brazil, ada dari India, ada dari Thailand
ada dari Filipina, ada dari USA, ada dari Australia
dan aku tak tahu la ada dari mana negara lagi

Ada 2 ketakutan yang aku risau aku akan hadap
Pertama; aku kena pastikan English aku di fahami oleh diorg ni semua
dan yang pasti nya memang fail la kot
tapi alhamdulillah buat masa ni aku bole komunikasi dengan diorg la
nampak macam semua paham
tapi x tahu la kalau diorg buat2 paham
tak caye tanye chem; dia ada masa aku bual dengan mamat Korea
dah la mamat tu pon English fail
dah macam itik & ayam
*gelak gelak kecik*

tapi, dari masa ke semasa
aku dah biasa la dengan keadaan ni
aku kena selalu sedia
kot2 diorg tanya soalan yang aku sendiri tak paham
klu aku dah tak paham
camane pulak aku nk jawab kan ?
dah lah tu, aku nye post ni memang laaaa kene entertain diorg ni semua
memang libang libu la jantung aku ni
ade can lepas setahun ni contract aku kena terminate
kih kih kih

okay
Kedua; aku risau kalau diorg tanye part2 peribadi
contoh nya, yang sentuh bab agama
dan tadi, bile mamat Korea yang fail english tu
sama sama tunggu lif dengan aku
dia start nak bual dengan ayat
"i have some personal question to you"
aku dah debar-debar ni
aku bajet, dia nak tanye pasal puasa la
aku doa doa dia tanye yang tu
tapi aku dah rase laen macam bile dia tanya
"what should we call the scarf that women here wear?"
dalam hati aku.. ahhh..sudah
mesti aku kena punya ni
aku jawab, "in Malay we call it tudung"
so, lepas dia berjaya sebut bende tu dengan betul
dia tanya aku lagi
"why that, some of them wear it & some of them not? "
korang leh bayang kan tak muke aku camane masa tuh
dia tambah lagi
"is that because women that wear it is Muslim,
and the other part is not"
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
mane bole cakap gitu
aku laju laju cakap
"no..no... its not like that"
serius. aku tak tahu nak jawab ape
dengan malu malu aku jawab
"i am also muslim but i am not wear tudung"
"but it's compulsary for us as Muslim women to wear tudung aceli"
ho yeaahh ...!!!! tebal nye muke aku masa ni
pastu tiba2 lif terbukak
aku cuba alih kan topik
aku tanya dia
"you going to menara?"
tapi agak nya something wrong kat telinga dia
dia tak dengar pon
dia tanya lagi..
kali ni lagi pedas
huhuhu .. mak tolong...!!!
"You said that its compulsary,
but why some of you did not wear it?"
aku diam. maen2 punat lif
pastu konon2 tertekan. pastu dia nmpk kawan dia
pastu dia borak borak. pastu dia tak tanye lagi da
pastu aku tarik nafas lega

sumpah. pasni kalau aku nampak dia
aku buat buat busy on call
tak pon aku siul siul jalan laju laju
saket nye jantung macam kena tikam


*chem...
ni la soklan menusuk yang aku cakap tadi
menusuk tak?
saket ni
huhuhuh

korang korang, jangan nak komen yang menusuk juge yee
aku delete kang entry ni
selamat berbuka
^-^


*owh yee..aku call untuk booking nasi penyet tadi
tapi, dia kate tak open lagi book untuk esok
korang doa kan aku dapat tempt ye esok
dah terase sangat da nasik ayam penyet ni kat tekak aku
Bukan PENYET ye agussss... :p

September 7, 2009

:: hujung minggu wit my boyfriend ::

sejak masuk bulan puasa hari tu
tak pernah lagi kami berhujung minggu di rumah sendiri
minggu pertama di batang kali
minggu kedua di JB
dan minggu ni aku rasa seronok sangat
sebab dapat luang masa berdua di rumah
seronok
sebab dapat baring baring
dapat tengok tv sambil terbongkang
dan paling best
dapat dating dengan my boyfriend
dah lama tau kitorang tak dating

tapi tu la
niat di hati nak tgk "final destination 4"
tapi aku risau pulak aku terkejut-kejut kang
tak elok la untuk perempuan ngandung macam aku
kan chi?
so, kitorang jalan jalan saje la
dan aku paling suka part;
abes kan duet beli barang untuk penuh kan dalam fridge
hihihihih
seronok laa

sayang...ape plan kite untuk this weekend?
gua mcm nk mkn nasi ayam penyet yang gua ckp tuh
yang kat the curve tu
tapi gua x tau kat mane
selera la tgk
huhuhuh
sape tau lebih detail kedai tu kat mane ?
kasi tau skit
kesian la kat ibu ngandung ni
teringin benar ni ..
plisssss..... ^-^
__________________________________


owh yeee..
semalam sempat juge singgah kat majlis buke puasa VF
dapat la jumpa kawan2
rindu sungguh
tapi, dak yg pakai baju serba hitam tu
tudung itam putih tu
kelam kabut betol nak balik
dah ade orang marah keee klu blk lmbt?
ngeh ngeh ngeh

September 4, 2009

:: untung nya aku ::

aku tak tahu kenapa
komen komen dari wanie
selalu terkesan dalam jiwa
macam yang kat bawah ni
_________________________________

.::WaNiE::. said...
err xtau la nak komen ape ni..
cumenye sbenarnya nak ckp
untung nye ko cha
somi ko salu je beralah ..
sangat untung

September 1, 2009 3:30 PM
__________________________________

jawapan aku;
aku memang beruntung dapat dia
yang paling utama aku nampak tentang dia
selalu sabar dengan perangai aku
yang maken teruk since aku pregnant ni

dan yang nyata nya
tiada apa untung yang dia dapat
sebab pilih aku
heh
serius
kecuali sekarang aku ngandung kan anak dia
tu je la
kot.

moge nanti nanti
aku boleh jadi isteri yang membangga kan dia
bila?
aku pon tak tahu
^-^

September 1, 2009

:: from JB with love ::



aku "emergency leave" dari rabu sampai jumaat
alhamdulillah, boss aku benarkan
memang plan untuk pulang JB jumaat tu
tapi sebab abang aku meninggal
aku terpaksa gerak awal
dari pudu pukul 1.30 ptg
tak dapat tiket yang paling awal
tu saje yang ada
walau aku tau, abang dah dikebumikan pon
tapi aku tetap nak pergi
terima kasih kat incik suami sebab memahami
kami sampai lebih kurang pukul 5.30
akak aku kate tak payah masuk singapore dulu
tak payah kelam kabut
esok jek datang
lagi pon, kereta takde dan petang2 pasti jem punye
walau sedih, aku ikot kan juge
di sebab kan tiada sape yang bole amek kitorg
terpakse suruh kak yana amek
berbuke dengan dia sementara tunggu anak sedara aku datang

esok nya pagi pagi kami gerak ke singapore
bertiga dengan anak saudara aku
sampai jek dah tak ramai orang
tinggal beberapa saudara rapat je
aku masih oke mase salam dengan diorg
tapi, sumpah aku tak tahan masa salam dengan akak
sambil dia peluk aku,
dia bisik kat telinga "abang dah takde da..."
aku peluk dia kuat-kuat
aku kate "dada langsung tak sempat jumpa dia kak"
kami berpelukan agak lama
sedih. sangat. mencucuk dalam hati
lepas tu kami borak borak borak
macam macam
sebak
moge roh abang di cucuri rahmat
dan di tempat kan di sisi orang2 yang soleh
insyallah
aku tak dapat tido sane
malam tu juge kami terpaksa pulang ke JB

anak manja abang aku
moge dia tabah
______________________________________

dari hari rabu sampai ahad
rasa macam masih tak puas
heh
aku tak dapat makan banyak
sebab selera aku tak mengizinkan
raya kang baru dapat jumpa diorg semula

owhh yee
aku dah bawak si putih sama sama
dia kat KL sekarang ni
bila sudah berdua, kadang kadang keadaan tak membenarkan
untuk kami pakai 2 kereta
jadi salah seorang terpakse berkorban
si chenta hati saya, terpakse lepas kan si elis
salah satu sebab nye, si kancil lagi murah bulanan nya
dan mungkin sebab lain
dia tak sampai hati nak suruh aku lepas si putih
walau sudah aku cakap, aku tak kisah
mana-mana pon laa
tapi keputusan dah di ambil
elis dah di lepas kan semalam (31 aug 09)
aku tau dia sedih. aku tau dia tak sanggup
sape pula yang sanggup untuk lepas kan barang yang kita sayang
sesiapa yang ada kereta
pasti tahu, macam mane susah nya
macam mana azab nya nak dapat kan
nak jaga. bawak ke sane ke mari
lebih lebih lagi elis dah bertahun dengan dia

maaf sayang.
kalau laa... kalau laa
haaaihhhh
semoga penjaga elis yang baru
dapat jaga dia macam mane lu jaga
lu jangan sedih lagi okay
walau putih tak se laju elis
tapi tu je la yang kita ada sekarang
moga putih dapat berbakti untuk kita


_________________________

epi befday kat agus semalam
moge makin bulat
bwahahahhahaha
sedih juge tak dapat juin semalam
moge jumpa di lain hari

August 26, 2009

:: akhir nya ::

aku dapat call dari kampung
actually bukan ke aku, tapi pada encik suami
tapi aku yang angkat sebab
aku memang tak bole tido dari pukul 2 pagi
akak aku yang call
dia kate;
abang aku dah takde
dia dah pergi
dia dah meninggal
baru kejap
maknenya dlm pukul 3.15 gitu
dia tak mahu call hp aku sebab tak mahu aku terkejut
tak lama cakap, amin; anak saudara aku pulak call
dia kate; "cik..bapak amin dah takde"
aku tak bole nangis masa tu
aku cakap dia; "amin jgn sedih2 oke"
lepas tu dia kate; "cik kasi tau kat cik aswad k"
lepas tu aku letak phone
aku terdiam
aku kejut encik suami
tak bangun
sampai 3 kali, aku kate "sayang...abang dah meninggal"
dia bangun. terduduk
dia peluk aku
lepas tu baru aku nangis. nangis puas puas

aku sedih. sebab akhirnya aku tak dapat juga jumpa dia
memang dia cuma abang ipar
tapi dia dah macam abang sendiri
dia paling banyak bantu aku
bagi belanja masa aku tengah belajar
rajin bawak kitorg jalan jalan klu pegi spore
rajin beli kan kami macam macam
rajin belanja makan
tak pernah berkira
malah, masa nak keluar kan si putih
duit dia yang aku pakai sebagai wang pendahuluan
dia la yang sungguh sungguh suruh aku beli si putih
kalau tak, sampai sekarang pon aku takde kereta agaknya

nak cerita pasal kebaikan dia
memang tak pernah abis
banyak sangat
nanti aku lagi sedih
family kat kampung semua kate jangan pikir sangat
tak elok untuk baby
mane bole aku tak pikir
mane bole aku tak sedih

aku teringat mak cerita
masa dia tengah tenat minggu lepas
dia sempat cakap kat mak
akak aku baik. dia beruntung sebab dapat kahwin dengan akak aku
dia cakap terima kasih sebab beri akak aku pada dia
dia kate, sekarang dia tak bole jaga akak aku lagi
dia pulang kan semula akak aku pada mak aku
bahagia jadi seorang isteri bila suami cakap mcm tu

semua dah gerak ke spore lps sahur tadi
aku?
entah la
aku tak tahu

tolong ye
sedekah kan alfatihah untuk abang aku
terima kasih

August 25, 2009

:: mari berpuasa ::


aku MC 2 hari
jumaat & isnin
aku muntah dan pening yang teruk
tak larat & tiada daya rasa nya nak ke ofis
Alhamdulillah, budak ofis aku paham
harap dia betul betul paham la

di sebabkan aku cuti semalam,

so ada la peluang masak untuk encik suami
heh
siapa siapa yang betul betul kenal aku
mesti tahu yang aku memang tak pandai masak pon
pandai sikit tapi memang tak sedap la =)
semalam tiba tiba terliur nak makan nasi ayam penyet
terpaksa la menghabis kredit aku untuk sms akak kat JB
heh
Senang jek rupa nya :)
sambal pon jadik

masa aku tengah tumbuk tumbuk sambal
family aku sibuk sms
mengacau saje
akak aku kate semua excited bila tahu aku masak
tak senonoh betol
pada hal sebelum ni aku selalu jek masak
hari hari lagi untuk encik suami
saje je la tuh

yang paling penting encik suami suka
dia kata sedap
dia kata suruh aku duduk rumah saje
bole masak selalu untuk dia
aku nak jek, best wooo duduk umah
lelagi dengan aku tengah pregnant ni
memang malas nak pergi kerja
seronok tengok dia makan semalam
terima kasih ye, sebab lu suke gua masak semalam
*peluk kuat kuat*


aku add pic ni atas permintaan chem
psl resipi tu, nanti2 la aku email kat ko
malu la :">
erkk..dah ade incik BF ?
wawawawawa
x citeeeee pon

ape menu hari ni yee
ermmm ...



_______________________________





.::WaNiE::. said...
weh abg ipar ko kenapa.
jangan rindu2 kampung sangat..
kan ke best spending time with somi
rehat bebanyak okeh
August 25, 2009 9:05 AM



abang aku saket asma
doc kate memang takde harapan
tapi aku harap dia akan terus sehat
spending time dengan encik somi
memang la best. tersangat best
walau kadang kadang ada gado skit
ada rasa tak puas hati sikit
ada masam muka sikit
tapi dia tetap suami tercumil
cuma rasa rindu pada orang orang di kampung
tetap padu dalam hati
kadang kadang aku nangis sendiri
kadang kadang aku rindu sangat dengan mak & bapak
kadang kadang aku rasa sunyi sangat sebab dah biasa riuh di kampung

pernah satu hari, encik suami kejut aku
aku tengah nanges nanges sedu sedu
aku mimpi bapak aku
entah kenapa aku rasa sayu betul
dan aku tak sedar pon yang aku nanges
ujung minggu tu juge encik suami ajak pulang JB


dan entah kenapa, masa on the way nak pegi rumah mertua
aku nangis dengan rasa sayu yang amat
aku rasa lain sebab hari pertama puasa bukan dengan family aku sendiri
(dan aku pasti rasa lagi sayu masa hari raya pertama nanti)
aku tahu, encik suami terasa hati
cuma aku arap dia paham apa yang aku rasa
baru 3 bulan aku tinggal kan kampung
dan aku rasa 3 bulan tu belum cukup
untuk aku hakis rasa rindu pada mereka
dia pujuk aku, ingat kan yang kita akan pulang kampung jumaat nanti
aku tahu. aku angguk berkali-kali tanpa suara
tapi air mata tetap laju
aku cuma rindu
rindu dengan suasana sambutan puasa tuh
rindu dengan kecoh nya bersahur
kecoh nye berbuka
berebut-rebut masa makan
dan aku nangis lagi bila
akak aku sms
"kitorang nak pegi surau. terawih. ko terawih tak? "
"kitorang nak pegi bazaar, ko buke ape? "
rindu.
tu je yang aku boleh kata

*kesat air mata*



haaaihhh kekaseh,
gua mintak maaf kalau lu selalu terase hati bile gua nangis
tapi percaye lah
gua selalu happy dengan lu
walau sejak gua pregnant ni
gua berubah. banyak. gua tahu
tapi rasa gua. cinta gua. selalu untuk lu

kite hadap benda ni sama sama ye?

August 21, 2009

:: selamat berpuasa ::

hari ni 21 Aug, makna nya dah hampir sebulan aku tinggal kan blog ni
bukan tak rindu nak menulis
bukan tak ingat dengan kawan2 blog
tapi dengan situasi sekarang
aku memang tiada mood untuk coret apa2

sekarang aku baru tau
manusia paling kuat di dunia tu
adalah perempuan
heh
sebab, kalau tak kuat hati ini
memang tak sanggup rasa nya nak bertahan
letih nya, sukar nya, tension nya masa mengandung
sensitif yang berganda-ganda
rasa malas yang tak terbendung
rasa tak larat yang kadang2 membawa aku nangis sorang2
rindu keluarga kat kampung
bebanan kerja
semua jadi satu
cuma berharap encik suami selalu sabar
selalu tenang menghadapi saat2 emosi aku yang sedang tidak menentu ni<>
banyak sebenar nya yang berlaku sepanjang sebulan ni
abang ipar aku, tenat di singapura
aku sendiri tak pasti, aku sempat lihat dia atau tidak
dengar suara akak menangis di telefon
dengar suara anak saudara nangis di telefon
hati siapa yang tak sedih
cuma menaruh harapan agar dia cepat sembuh
agar ada peluang untuk aku jumpa dia
kalau memang umur dia tak panjang, moga aku sempat cium tangan dia
terlalu banyak bantuan dia pada aku
memang akan aku kenang sampai mati
moga ct & seluruh family tabah ye
insyallah, ada kesempatan kita pasti jumpa


__________________________________


owh ye, esok sudah puasa
kadang2 rasa syahdu sebab teringat keluarga di kampung
pertama kali berjauhan dengan diorang
buat hati rasa sayu
teringat kalau masa ni, mesti tengah sibuk rancang nak masak apa
heh
alaaa... sudah la
sekarang sudah jadi isteri
keutamaan perlu dengan suami
petang ni akan pulang ke rumah mertua
bersahur dan berbuka di sana la

aku tidak sabar menunggu minggu depan
Insyallah mahu pulang JB
rasa hati dah sampai ke sana
cuma badan di sini

sabar laaaa hati ;


______________________________


mahu tahu pasal baby aku?
*senyum lebar*




11 weeks pregnant

"Your fetus now looks like a baby,
with tiny but fully formed fingers and toes.
As his body grows
and becomes more developed and functional,
he'll start twisting and
turning like an acrobat,
cushioned and protected by your amniotic fluid.
You, on the other hand,
are probably feeling less like a gymnast every day.
Leg cramps, which can sometimes
be a sign of calcium deficiency,
and heartburn
(caused by pregnancy hormones that
relax the valve which separates the oesophagus from the stomach)
may be annoying you during the day
and keeping you up at night.
Just remember,
all this suffering is temporary -
and it's all in a good cause -
you're having a baby!"
___________________________________

oke da.
aku nak siap2
nak pegi umah mertua
nanti ada mood aku coret lagi
doa kan aku dan baby selamat dan sihat selalu
selamat berpuasa kepada semua!!
maaf kalau ada kata2 yang menyakitkan hati
see yaa..!!
^-^