December 21, 2010

:: kehidupanku sekarang ::


lame btol x update
kot update pon ciput2 jek
kadang2 aku pon x tau nk update ape
aku cerita pasal kehidupan aku sekarang ini la ye
keadaan sekarang agak memenatkan
lelagi sejak aku dah bekerja
pagi bgn pukul 6
buat sarapan untuk cik suami
siap2 kan barang aryan untuk hantar ke babysitter
kemas2 umah(kot smpt)
siap2 nak pegi keje
lbh kurang pukul 7.20 am dah kene anta aryan kt tgkt 16
then pegi kerja dengan cik suami
kol 6 kuar opis
turun naek train, sampai lbh krg pukul 7.20
(klu x sesak kat masjid jamek, leh smpai kol 7 la)
then, amek aryan
smpai umah kol 7.30 la gitu
memasak + cuci kain baju + layan2 aryan
setel semua dalam kol 8.30
then mandi, then makan
klu aryan x meragam, cont sidai kaen baju pula
layan2 tv jap
kol 10.30 or 11.00 bwk aryan tdo
adoiiihh
letih woooooooooo
dan aku masih cani
masih gemok.
huh



cik suami pule
sekarang agak bizi
biase la dah berkecimpung dlm dunia fotografi
kot2 sape nk kawen, leh la contact
or leh usha2 kat ♥FDM
masa untuk bercinta agak sempit
tapi terpaksa
kate cik suami, aku x bole tamak
ye ah, nak duet lebih, tp kene sacrifice la
tapi, nak sacrifice masa dengan dia,
memang satu yg menyesakkan dada aku
tapi.oh yeah.terpakse
ape2 pon aku kene ikhlas la kan
kalau tak, camane nk berkat
its oke. its oke.
insyallah, aku ikhlas

:: antara pic yg di ambil oleh FDM ::

aryan pula, hari ni genap 9 bulan
dia dah macam2 perangai da
cuma satu yang tak pernah berubah
dia x pernah berhenti tersenyum bile nampak aku
rase mcm luluh jantung. tau
ari tuh dia demam. x tau la demam ape
asek merengek
rasa mcm tension
tapi belas pula rase bile tengok muka dia
kesian si debot aku tuh
sekarang. dia dah oke skit
alhamdulillah




ermmmmm
ni je la kot yg aku dapat update sekarang
nanti. kalau aku ada masa
aku update lagi
pada follower aku
(walau tak ramai)
jangan bosan ye
aku sayang kalian.
sangat!

December 15, 2010

:: putera ku ::


dia dah nak masuk 9 bulan

November 15, 2010

:: OUR TRUE LOVE STORY {CST PRODUCTION} ::

hari ini, 18nov 2010;
sudah 1 tahun, 6 bulan, 16 hari usia ikatan kami.
semua nya berlalu begitu pantas. seakan tidak percaya.

bermula pada 15mac 2008 aku dan dia bertemu.
masing-masing sudah berpunya.
tapi, masing-masing sedang dalam dilema.

aku cuba,
semampu boleh, sekuat boleh untuk pertahankan hubungan yang sedia ada.
dan aku yakin dia juga begitu.
tapi Tuhan itu sudah merancang sesuatu untuk kami.
aku dan dia; akhirnya masing-masing berpisah dengan pasangan kami.

aku terjatuh.
jatuh di satu sudut yang sangat dalam.
sebab aku, letak harapan yang tinggi dalam percintaan itu.
aku tahu, dia juga begitu.
dia juga sedih dengan apa yang terjadi dengan hubungan dia.
sekali lagi aku yakin,
Tuhan itu sudah tentukan jodoh kami.
Tuhan beri dia pada aku.
pujuk aku. tabah kan aku. kuat kan aku.

kami bercinta jarak jauh
johor bahru - kuala lumpur
nak jumpa? susah.
nak dating? payah.
aku selalu bilang pada dia
dia macam pelangi.
susah sangat nak nampak.
macam mana aku teruja bila lihat pelangi
macam tu juga lah aku teruja bila nk jumpa dia
heh.

kami tidak mengambil masa yang lama untuk bercinta.
cukup untuk kami tahu,
dia untuk aku;
aku untuk dia.
kenapa perlu tunggu lebih lama?
kenapa perlu ambil masa yang lama untuk bercinta?
bukan kah bercinta lepas halal itu lebih indah?
bukan kah bercinta lepas akad itu lebih manis?

2mei 2009 menyaksikan 2 hati disatukan.
alhamdulillah, Tuhan jodoh kan aku dengan dia.
alhamdulillah, Tuhan cipta dia untuk aku.

dengan ikatan pernikahan ini,
aku terpaksa membuat keputusan yang drastik.
terpaksa meninggalkan keluarga tercinta, demi dia.
terpaksa berpindah, demi dia.
dan akhirnya, 1jun 2009 aku sudah berada di bumi Kuala Lumpur.
Sumpah; kalau bukan demi dia,
aku takkan hidup di bandar ini.
di sini bukan tempat aku.
di sini bukan jiwa aku.
tapi; aku gagah juga, aku kuat kan juga.
semua demi dia.
sebab aku percaya,
Tuhan sudah merancang yang terbaik untuk aku.
Tuhan sudah susun yang indah-indah untuk aku.

Hidup berdua, di bumi yang asing bagi aku,
bukan lah sesuatu yang mudah.
keluarga jauh di mata.
tiada siapa untuk bercerita.
tiada siapa untuk berkongsi.
sebab kadang-kadang,
kita perlu seseorang yang bukan suami.
dan bagi aku yang sangat rapat dengan keluarga,
ini semua begitu asing.
Tapi dia begitu sabar dengan segala karenah aku.
begitu tabah melayan segala kehendak aku.

permulaan untuk hidup berdua dengannya,
tidak seperti yang aku bayangkan
tidak seperti yang aku idamkan
untuk bulan pertama, aku terpaksa menumpang di rumah mertua
segala aktiviti kami terbatas
segala gerak geri kami agak terhad
kami tidak dapai menikmati kemanisan perkahwinan di bulan-bulan pertama
sebulan selepas itu, kami berpindah
hidup sendiri.berdua
dan pada ketika itu lah aku di sahkan hamil.

dan juga pada ketika itu lah, kami benar-benar di uji.
perubahan emosi aku yang mendadak.
setiap hari, pulang kerja aku menangis
tanpa sebab apa, aku menangis
terlalu rindu pada keluarga di kampung juga aku menangis
aku mejadi seorang yang sangat sensitif
kadang-kadang hanya sedikit punca menyebab kan kami berbalah berhari-hari
dan aku tahu, semua berpunca dari aku
oh ye, aku juga jadi seorang yang sangat takut
untuk mandi lepas pulang kerja
air terlalu sejuk bagi aku
hampir setiap hari aku demam
sekali lagi, dengan sabar dia yang selalu
mengangkat aku ke bilik air
untuk di mandi kan
ah. dia terlalu baik
aku tahu, itu betul-betul mencabar kesabaran sang suami.
tapi dia begitu sabar.
sabar dengan semua sikap aku.
demi tuhan, cinta aku pada dia makin kuat. makin erat.

hari yang di nanti-nanti kan tiba
aku akan melahirkan
sekali lagi Tuhan menduga kami
mungkin ada dosa aku di mana-mana yang tidak terampun
aku begitu sukar sekali untuk melahirkan
sungguh sebak bila dia kata;
"sebagai suami lu, gua maaf kan semua dosa-dosa lu
gua halal kan segala yang pernah gua beri
kalau pun lu mati hari ini
gua redha, sebab lu dah jadi isteri yang paling baik"
akhirnya,
pada 21mac 2010 putera sulung kami selamat dilahirkan.
walau aku terpaksa melalui kaedah pembedahan,
tapi aku syukur kerana semua nya selamat.
walau aku terpaksa merasa pengalaman
yang paling menyakitkan dalam hidup aku,
paling menakutkan,
tapi aku bersyukur sebab ada dia
yang tak pernah berhenti menyokong aku.

Tuhan itu maha kaya,sayang benar Dia pada kami
sebab kami tidak henti-henti di uji
lepas melahirkan, aku hilang pekerjaan
hidup di bandar ini, dengan hanya dia yang bekerja
kerja yang biasa-biasa
bagaimana hendak hidup lebih selesa
bagaimana hendak memberi kesenangan pada anak yang satu itu
seringkali kami bercatu-catu, berjimat-jimat
yang penting pada kami, anak kami cukup makan nya, cukup pakainya
yang lain tidak perlu
cukup kami ada rumah kecil untuk berlindung
dan kereta comel untuk bergerak
itu sahaja sudah cukup
yang penting, kami punya banyak kasih sayang
selama 7 bulan aku menjadi suri di rumah
menjaga putera tersayang
dan akhirnya, aku di terima untuk bekerja
berat.berat sangat nak lepas anak pada orang lain
tapi, aku terpaksa.ini semua untuk dia juga
pada 18oct2010, aku memulakan tugas untuk bekerja
walau gaji yang tidak begitu banyak,
tapi aku syukur, Tuhan beri aku ini
niat aku cuma satu, mahu bantu suami.
itu sahaja
mungkin nanti, Tuhan akan duga lagi dengan cara yang lain
tapi buat ketika ini, tolong ye Tuhan, beri aku peluk sebentar bahagia ini
sebab ini terlalu membahagiakan

terima kasih Tuhan,
kerana Kau sudah beri aku dua putera yang paling manis.
terima kasih Tuhan,
kerana Kau beri aku kasih sayang yang tak pernah putus.
terima kasih Tuhan,
kerana beri aku anugerah-anugerah ini.
dan terima kasih Tuhan,
kerana sudah atur jalan cerita hidup aku dengan begitu indah.

semoga;
hujung nya juga indah, ye Tuhan.
semoga;
anugerah ini tidak berhenti sampai sini, ye Tuhan.
dan semoga,
Kau lindungi kami dan tolong
beri kasih sayang yang tak pernah putus, ye Tuhan.
Sesungguhnya, Engkau maha memberi dan maha mengasihani

Kepada, suami ku, arjuna ku, kekasih ku, Aswad Putera;
moge cinta kita tak kan pernah padam.
moge cinta kita tidak berpaling pada yang lain.
dan moge cinta kita makin utuh.
hingga kini, hingga nanti, kau tetap pelangi aku
demi Tuhan, aku cinta kau.

Kepada, anak aku, buah hati aku, cinta aku, Aryan Rifqy Putera;
moge jadi anak yang disayangi semua orang.
moge jadi anak yang soleh.
dan moge jadi anak yang selalu mengenang budi.
demi Tuhan, mummy cinta Aryan



::chenta hati::

*p/s :: kepada kamu kamu
walau kadang-kadang
selalu timbul rasa tidak puas hati
dalam diri aku
tentang, aku dan suami kurang masa untuk bersama
tentang, aku dan suami yang tidak sempat berbulan madu
tentang, hingga kini kami benar benar belum merasa nikmat perkahwinan
tapi percaya lah, aku bahgia dengan segala itu
aku bahgia sengan setiap apa yang diberi
dan aku percaya, masa untuk aku dan dia pasti ada
nanti.insyallah

______________________________________________

aku tujukan entry khas ini untuk
www.facebook.com/cstproduction


October 13, 2010

:: the reason why ::


sebab kenapa aku di sini, di JB hanya berdua dengan aryan


sebenarnya, aku menuntut ilmu
*psttt...untuk chem yg sms aku tny ari tuh


heh
sesiapa yang kenal rapat dengan aku
mesti tahu, aku x pandai masak
dan juge, aku takde langsung apa2 kemahiran tertentu
kemahiran aku tidur & tengok tv & juga layan aryan je kot
hihihih
jadi nyaaaa, bila aku tiada rezeki untuk bekerja
aku buntu
stress
sebab x tahu dengan cara apa aku dapat bantu incik suami

itu sebab, aku tabah kan hati
cekal kan hati untuk pulang JB
menuntut buat kuih ni dengan akak aku
harap harap
dapat la membantu keluarga dan menambah kan pendapatan

siapa sudi, jangan segan segan untuk tanya
aku bole kasi sample untuk rasa
tapi, klu dah rasa, kene order terus
lalalalalalla
*chem...ko wajib order tau..!!!!!


oke
da
segan nih
huhuhuh
ape ape, contact aku!!!
^-^
*off laptop lelaju*
hihihihih

October 12, 2010

Terima Kasih, Tuhan

ehem
dah lama sangat rasa tinggal kan ruang nih
rasa macam dah tak tahu nak guna blog nih
gaya nak wat coretan pon dah ilang kot
heh

aku kat JB nih
berdua saje dengan aryan
encik suami di KL
terpaksa tinggal dia seminggu
rindu.sangat sangat
hati aku tak tenang tinggal kan dia
kasihan suami aku
semoga Tuhan berkati kite, kan sayang?
semoga Tuhan dengar rintihan kite
dan juge
semoga Tuhan tidak pernah lupe dengan kite

dugaan
urrghhhhhhh
Tuhan,kuat kan lah jiwe aku
terima kasih Tuhan, walau dugaan yang Engkau beri sungguh menguji
tetapi, terima kasih
kerana kau kuat kan pegangan genggaman kami berdua
terima kasih kerana sayang kami x pernah padam
terima kasih kerana kau beri putera yang menghiburkan

18.10.2010 aku mula bekerja
setelah hampir 8 bulan menganggur
akhirnya Tuhan beri aku rezeki
Terima kasih Tuhan
tapi, hati berat mahu tinggal kan si kecil
ahhh...pasti aku rindu gelak tawa nya
pasti aku rindu tangisan nya
pasti aku rindu dengan keletah nya
*fuuuhhhh,,,tarik nafas dalam dalam*
aku kene kuat weh
kene kuat nak hadap semua nih
aku perlu kerja untuk dia juge
aku kene ikhlas
ikhlas untuk tinggal kan dia
semoga Tuhan selalu lindungi dia
semoga Tuhan selalu kuat kan hati dia
dan semoga Tuhan selalu memberkati si malaikat kecil aku itu
*tarik nafas lagi*

_________________________________


**Kesayanganku**







April 9, 2010

:: selamat ulang tahun ::

hari ni genap 28 tahun usia suami aku
lu dh tua beb
tapi gua lg tua
huhuh
maaf la
klu tahun lepas gua celebrate dgn lu,
gua tgh slim-slim
gua tgh cantek-cantek
gua tgh seksi-seksi
tapi mlm tadi
gua celebrate dgn lu
gua cuma pakai kaen batik ngan tshirt
hahaha
siap pakai stokin lagi
dan x lupe juge ikat rambut tinggi-tinggi
huh. tak menggode langsung

sempena ulang tahun lu
gua nak ucap
moge lu panjang umur
di mewah kan rezeki selalu
sehat selalu (lekas2 gemok)
gembire selalu. kuat ati selalu
dan yang paling penting tetap la jadi
suami terbaik gua
dan dd ter cool untuk aryan

dh byk kali gua ckp
gua syg lu giler-giler
gua syg lu byk2
moge jodoh kite di pelihara
moge hati kite tetap
tidak berpaling pada yang lain
insyallah
gua lebiu...!!!!!!!!

April 5, 2010

:: Aryan Rifqy Putera (21 Mar 2010)::



hari ni 5 Apr 2010
sudah genap 16 hari aku lahir kan Aryan Rifqy Putera
terlalu panjang rasenye kalau
aku nak cerita kan satu persatu di saat saat menanti kelahiran bayi ku
cukup la kalau aku kata kan
pengalaman ni menjadi kan aku lebih menghargai kehidupan
lebih menghargai ibu bapa
lebih menghargai keluarga
dan lebih-lebih menghargai suami aku

ketika ini, si kecil ada tidak jauh dari aku
tadi aku tinggal kan dia kat bawah. sorang-sorang
tapi x sampai hati
aku bawak dia naek atas sekali
sungguh.aku macam tak nak jauh dengan dia
mungkin. mungkin semua ibu akan rasa macam ni
baru lah aku rasa naluri seorang ibu

Pengalaman melahirkan si kecil memang takkan aku lupa sampai mati
sampai sekarang aku rasa trauma
rasa takut untuk melahirkan lagi
ada hikmah nya juga aku bersalin melalu kaedah pembedahan
doktor nasihatkan untuk aku tidak mengandung dalam tempoh 2-3 tahun
sebab aku memang takut untuk mengandung lagi
perasaan takut bila doktor kata
yang leher si kecil terbelit dengan tali pusat 2 kali
cukup-cukup menakutkan aku
Alhamdulillah
semua selamat
aku dan si kecil selamat
syukur. terima kasih tuhan

mungkin. terlalu banyak dosa aku
hingga Tuhan duga aku begitu
bayangkan, aku rasa sakit untuk lahir kan
tetapi pintu rahim ku hanya buka 4cm selama sehari
dan akhirnya aku terpaksa di bedah
aku masih ingat saat suami ku telefon
dia kata,
"sebagai suami lu, gua maafkan semua dosa lu"
"tolong kuat. tolong tabah"
percayalah. ni dugaan untuk lu"
"dugaan untuk isteri yang baik"
berkali-kali aku cakap,
"kalau gua isteri yang baik"
"tuhan takkan duga gua mcm ni"
"pasti segala urusan di permudah"
"pasti sakit itu tidak sebegini"
sudah lah aku lewat melahirkan hampir 10 hari
ditambah dengan kesakitan yang tidak boleh di kata
dan akhirnya membawa aku kepada bilik pembedahan
kau rasa, aku baik ke?
orang baik x kn di duga macam tu
tapi sudah lah
aku selalu percaya, segala yang berlaku pasti ada hikmah
tak baik buruk sangka dengan Tuhan
pasti Tuhan sudah merencana yang terbaik untuk aku dan si kecil

aku bersyukur ada keluarga mertua yang mengambil berat
keluarga dari JB yang sanggup datang dan tunggu hingga aku melahirkan
kawan2 yang selalu ambil tahu
dan yang paling penting
suami yang tidak pernah lepas genggaman tangan nya
(kecuali bila dia tiada di hospital.heh)
sebab itu aku kata di status facebook
aku tak tau nak cakap mcm mana rasa ni
semua jadi satu
sedih + sebak + seronok + kecewa + syukur dan macam-macam lagi

sekarang aku masih berpatang di rumah mertua ku
mungkin akhir april ini baru aku pulang JB
rasa dah tak sabar sangat
rindu betul aku pada kampung
hampir 6 bulan tak pulang
rindu.rindu.rindu
^-^

owhh yeee...tak lama lagi
2 Mei akan menjelma
tak sangka dah nak hampir setahun aku bersama dengan incik suami
haaihhhh
terima kasih Tuhan
di atas segala kurniaanMu
aku betul-betul bahgia
sangat


Dua putera kesayangan ku
Aswad Putera & Aryan Rifqy Putera