January 24, 2011

:: KLpac ::

setelah hampir 3 tahun atau lebih, aku kenal dia
akhirnya semalam baru bersua
itu pun setelah berfikir-fikir
segan
entah lah kenapa
dulu, masa launch buku "RANAP"
pon tak pergi
pada hal, kedai buku tu depan ofis jek
heh

Seronok sangat
apa lagi dapat lihat sendiri dia ber performasi
3 puisi
kalau ikut kan hati, memang tak cukup
tapi jadi la. dari tak pernah dengar langsung. kan?

lepas dia selesai. cuit dia.
x sangka dia ingat muka aku.
"eh..icha..." rasa kembang je hidung
hahah
lepas tuh, dia sibuk melayan penggemar2 dia
aku tunggu tepi.
asek2 toleh kat aku, dia cakap
"kejap tau cha.."
hik hik hik
dah setel semua baru aku tego

dia :: awak bahgia cha?
aku :: alhamdulillah
(dia, usap usap aryan)
dia :: best nyeeee
(dia sebak. dia nanges)
aku :: sabar. insyallah nanti ada rezeki awak
(dia nanges lagi. lari jauh sikit. nanges)
lepas tu, dia peluk aku. aku pon sebak. air mata genang
dia :: panggil mummy oke
aku :: oke. mummy fynn
(peluk lagi)
aku :: nanti kita jumpa lagi oke mummy fynn
dia :: tenkiu icha. terima kasi banyak banyak sebab datang

pertemuan yang sangat singkat
tapi sangat bermakna pada aku
sebab macam dah bertahun kata nak jumpa
akhirnya baru ada peluang
nanti nanti aku nak jumpa dia lagi

oh ye, semoga Projek Kesian kamu berjaye ye
gud luck!!

January 6, 2011

:: dua ribu sebelas ::

entry pertama untuk tahun dua ribu sebelas

agak lambat sebenarnya
biasa la, aku kan dah tak pandai mengarang
dan kadang kadang aku ambil masa yang panjang
termenung depan skrin
sambil jari di keyboard
tapi tak tahu nak type apa
heh

review untuk sepanjang tahun dua ribu sepuluh?
er..er..
seperti yang kamu kamu tahu
yang paling terkesan berlaku sepanjang 2010
ialah melahirkan anak sulung aku
Aryan Rifqy Putera
saat yang tak akan aku lupa
sampai mati!

yang lain
ekonomi yang tersangat la merudum
dan tahun lepas bukan la tahun yang baek dari segi kewangan aku
hanya sebab aku tak kerja la nih
hahaha
dan alhamdulillah, ujung bln Oct 2010, aku diterima bekerja
syukur, tuhan dengar doa aku
^-^

yang lain
walau aku rase, aku jauh dengan family
tapi sebenar nye itu aku rase sangat dekat dengan diorang
3 org yang selalu aku percaye untuk berkongsi
juli-mael-adek
aku sayang korang. sangat.

yang lain
entah lah
xde kot

-----

harapan aku
moge tahun ini,
membawa lebih seribu makna
membawa rezeki yang lebih mencurah
dan moge semua akan baik2 saje

-----

aku takde idea dah nak coret apa lagi
dan untuk info kamu kamu
insyallah, aku akan kembali aktif berblogging
sebab,
my partner, Chi, pon dah kembali berblogging
si Chem tu jek, mentang pengantin baru
senyap manjang

Selamat tahun Baru kamu kamu!!
luv u'ols

*(oh.aceli aku dah buat post ni 6hb,
tapi sangkut.
so ni baru nk post.
jangan keliru dengan date,
aku post ni hari ni; 17januari2011)
heh

December 30, 2010

:: aduhaaiii ::

kadang aku terfikir, kalau satu hari nanti
hati suami aku berpaling pada yang lain
kalau nanti, dalam hati dia sudah tak ada aku
dan kalau nanti
dia sudah lupa segalanya tentang aku
apa agak nya yang aku boleh buat
atau, lebih tepat; apa yang aku mampu buat
paling kuat pon agaknya
aku nanges je la kot
tak pon
aku lari bawak aryan
dan mungkin aku tak perlu,
tunggu lama pon untuk buat keputusan macam tuh

dan sesungguhnya
atas sebab ini
aku tersangat lah kagum
pada sang isteri yang sanggup bersabar
sanggup memaafkan
dan sanggup menerima kembali sang suami.
kalau aku
aku tak tahu
aku tak tahu apa yang aku mampu buat

wahai suami suami
lupa kah kau pada isteri
yang sanggup untuk apa saja
yang sanggup ketepikan segala
yang sanggup berkorban tak kira apa
dan yang sanggup serah segala

lupa kah kau
betapa kami
menggadaikan nyawa kami untuk melahirkan
mengetepikan segala keperluan sendiri demi keluarga
sampai kadang kadang
masa kami untuk bersantai pon tiada
tolong.sedikit.tolong hargai kami
kami tak pernah minta lebih
apatah lagi kemewahan
cuma jangan buang kami dari hati kalian

mungkin sekarang kami tidak secantik dulu
tapi hati kami tetap seperti dulu

ini bukan entry apa apa
cuma entry ingatan untuk aku sendiri

(wah.aku sebak taip ini)

December 28, 2010

:: nyesal ::

kadang kadang
kenape kite selalu cakap tanpa fikir?
lepas tuh
bila dah terlepas
baru nak fikir
lepas tu menyesal
lepas tu rase libanglibu
lepas tu rase nak nanges
lepas tu rase bersalah sangat
lepas tu dada macam rasa saket

kau pernah rasa?
haaihh

aku dah terlepas cakap tadi
dan aku sangat sangat menyesal sekarang ni
aku dah mintak maaf
moge dimaaf kan
dan moge dimaaf kan dengan ikhlas
betul nih. aku nyesal
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

*tepok mulut lelaju*



December 27, 2010

:: keinginan ::

dulu
masa aku lepas bersalin
lepas aku abes pantang
aku takde keje
aku dok umah
layan aryan, urus rumahtangga, rehat manjang
aku takde duet
atau sejujur nya, kami takde duet
heh
sebolehnya,
aku elak dari pergi ke mall
aku pernah nanges dekat longgokan baju2 baby
nanges sebab aku xde duet nak beli
bukan laki aku xnk kasi
tapi, aku x sampai hati mau minta dia
xpe ah,
aku selalu bisik kat aryan;
"sayang, mummy n daddy tak cukup duet"
"aryan pakai je la apa yang ade oke"
"maaf,kami x mampu"
"maaf, anak mummy kene pakai baju sendat2"
"nnt, kalau mummy dah keje, dah boleh bantu daddy,
mummy beli bj untuk aryan tiap2 bulan ye"
aku bisik itu almost every month
kesian si debot aku tuh
dah la dia cpt membesar
hik hik hik

alhamdulillah, aryan jarang meragam
tidak kesah guna diapers yang murah
tidak heran minum susu yang murah
walau aku tau susu murah itu rendah kualiti nye
tapi, kami tidak mampu
terima kasih anakku, kerana memahami kami
maha besar allah
aryan sehat & cergas sampai sekarang
dan aku arap
Tuhan lindungi dia selamanye
terima kasih, Tuhan

sekarang.bile aku dah keje.dah ade duet sendirik
selain aku ketepikan hampir separuh wang untuk bantu suami
aku ketepikan juge sedikit, err...sikit ke??
hahahh
beli baju untuk aryan
kadang kadang cik suami bising juga
tapi, ah.. ini untuk anak aku
bukan untuk sape pon
kan?
hihihih

macam ni rupenye bile kite dapat beli sesuatu untuk anak
rasa nye hingga ke langit
dan macam ni juge rupenye
bila kite x dapat beli sesuatu untuk anak
rasa nye seperti terhempas ke batu
aku sedang cuba untuk ingat
dulu dulu mase aku kecik,
ade ke aku mintak ape2 dengan mak bapak aku
huhuhuh
kesian diorg kalau x dapat penuhi keinginan aku
mesti diorg sedey
:(

moral :: jadi anak, jangan asek meminta-minta
^0^

December 24, 2010

:: kawan rapat ::


tadi kat FB, aku buat status yang sama
pasal teman rapat
sebab tiba-tiba aku rasa
aku macam dah hilang semua kawan-kawan rapat aku
mungkin
mungkin aku tak ada kawan yang betul betul rapat
tapi ada juga la beberapa kerat yang aku rasa agak rapat
rapat maksud aku yang boleh kongsi segala
yang boleh berahsia
yang boleh memahami aku

aku pun mungkin salah
sebab kurang menghargai kawan kawan
sebab itu agaknya, ramai dah yang hilang
contoh; kawan di JB
bukan aku tak mahu jumpa kalian
sebab ramai yang bilang
kalau aku balik kampung, bukan jumpa diorg pon
aku susah nak jelas kan
aku duduk jauh dari family
kadang-kadang balik kampung pon 2 hari 1 malam
kau ingat, cukup ke masa tu untuk aku manja manja dengan keluarga
sampai kan kadang kadang, aku juga adek beradek aku yang aku x jumpa
(ah.aku benci cakap psl ni. sebab aku nak nanges da)
sebab aku jauh, bagi lah aku seminggu sekali pon
tetap aku cakap, x cukup untuk aku dengan mereka
kadang, aku memang dah rancang
untuk jumpa kawan kawan
tapi, ruang untuk itu memang takde
orang bole kate;
"alaaaaaaaa..x kan xde mase skit pon"
kau duduk tempat aku, then kau rase la
jumpa mak bapak weh
kau gile ke jumpa mak bapak kau cuma 2 hari?
aku tak bole ah
x puas
haih

aku cuma harap, kawan kawan paham
tapi aku tahu, ade yang memang tak nak paham
dan mungkin, aku terlalu penting diri sendirik
mungkin juga. itu aku akui
tapi entah lah, susah

kawan kawan di KL
walau dah dekat
pon kadang kadang aku x jumpa
contoh;chem
dekat sangat da dengan rumah
tapi x jumpa juge
contoh kedua; mochi
antara kawan rapat aku tuh
pon x pernah jumpa since aku pindah KL neh
pelik tak?
owh yeah, ciki juge
aku tak tau bila dapat jumpa dia
dan antara kawan2 aku mcm an, ieta
ieta tuh, anak dia dh bape bulan da
masih x sempat pon nk jengah

aku pon tak tahu mana silap
dan aku tak tahu silap siapa
kawan kawan
mungkin, ini silap aku
aku minta maaf
sebab sudah hampir melupakan kalian
bukan aku berubah sebab sudah punya suami, sudah punya anak
tapi mungkin kita di batas kan dengan masa
dengan situasi
dengan tanggungjawab

jadi, entry kali ini
aku tujukan untuk semua kawan kawan
kamu kamu yang pernah rapat dengan aku
kamu kamu yang pernah singgah di laman ini
kamu kamu yang pernah simpan aku dalam hati kalian


percayalah
aku tak pernah lupa kalian
kamu kamu selalu ada dalam hati
aku simpan erat erat kat sini
*tunjuk hati*
dan sesungguhnya
aku rindu
rindu untuk berteman
*sigh*


December 23, 2010

:: rasa sekarang ::

betol orang kate
selagi kite belom kawen
selagi kite masih bujang
selagi kite belom ada anak
selagi kite boleh enjoy
enjoy la
sebab nanti, bile kau dah ade suami
bile kau dh idup berdua
bile kau dah punya anak
pendek kate, bile kau dah ade tanggungjawab
kau memang dah takde masa nak buat ape pon
percaya lah aku cakap

aku cakap sebab aku dah kawen
dah masuk setahun lebih
aku cakap sebab aku dah ada anak
baru sorang
baru 9 bulan
dan aku cakap sebab aku sedang lalui ini

aku rasa dah hampir setahun aku x jengah wayang
kalau nak tau itu adalah tempat faveret aku
bole jek kau nak pergi kalau kau ada anak
tapi, ko sanggup ke anak kau kesejukan
sanggup ke kau tadah telinga anak kau dengan bunyi yang kuat
dan paling penting
sanggup ke kau nak dengar org sindir kau
sebab ganggu diorg bila anak kau nanges?
itu satu

lepas tuh, kau dah xde masa la nak jalan2
maksud aku, kalau kau pergi mall,
xde la kau nk hang out santai2
semua perlu pantas
sekali anak kau jerit, kau mesti macam;
"sayang, jom ah balik" (ckp kat suami)
ilang mood beb
ilang
hahahahhaha

owh yeah, lagi satu
bile makan luar
xde da macam dulu2, nak makan sesama
mane bole deeee
oke macam ni
sorang makan, sorang pegang anak
dan sape yg makan dulu, kene makan laju2
sebab orang yang kedua tgh tg turn nak makan juge
dan selalu nye, aku la tu jadi orang pertama
dah xde da feel aku nak makan
bayang kan kalau makan laju2
ape rase beb???
dan sampai sekarang, even anak xde
aku dah terbiasa makan laju2
jangan ingat aku gelojoh tau
cuma, siyes, dah terbiasa
aduih.hahahahha

banyak lagi contoh laen sebenarnye
tapi, nanti kalau korang masuk alam ni
korang tahu la
hahahah

sejujurnya,
sebagai isteri & mummy
kadang-kadang aku rasa sangat melelah kan
tapi, ape pon
aku tak pernah menyesal masuk dunia ini
indah beb. terindah
serius!
kadang kadang,
kau sebagai perempuan
akan rasa
segala kau buat
dah xde untuk diri kau da
semua untuk yang tercinta; suami & anak

percaya lah. rasa itu la yang aku cakap "indah"