February 10, 2011

:: intan ::

tadi pagi, aku dapat message kat FB dari ♥intan
dia tanya, macam mane aku train aryan isap susu guna botol
sebab puteri dia, mia; nanges2 tak mau isap botol
kesian mia
kesian sebab intan dah mula kerja
so, mane pula si mia nak dapat nenen kot mama dia kerja. kan?

aku teringat masa mula-mula dulu aku ajar aryan hisap susu botol
aduih. tertekan beb. tertekan. haha
aryan beriya-iya x mau. sanggup dia melalak. sanggup berlapar
tapi untuk dia hisap susu botol, memang tak ah
panas weh hati. lagi masa tu aku sendiri hadap. serius aku cakap.
kalau x kuat, mesti anak dah kena dera
tapi tak kan la kan. hihi
tapi memang mencabar ah saat saat tuh
lepas tu, aku pujuk dia, cakap cakap dengan dia selalu, bagitau kenape
lama lama dia okay

tu ah aku cakap kat intan, kalau nanti anak kita dah paham. senang
macam aryan. seminggu aku kat rumah, seminggu la dia isap susu badan
mula mula risau juga, takot dia lupe kang bile anta kat babysitter
takot dia dah x reti hisap susu botol
tapi tak. dia okay. so itu makna nya, dia dah paham
bila mami dia kat umah, mesti nak isap susu badan
tapi bila takde, takpe. dia bole hisap susu botol
alhamdulillah

so; untuk intan
moge kau berjaye ajar mia hisap susu botol ye
kene tabah tau. jangan cepat putus asa
memang ah amek masa, tapi kalau dah berjaya, senang sikit kau
gud luck! ^-^

:: aduih ::

maken aku kate nak aktif berblogging
maken pula aku takde idea
hahahah

February 8, 2011

:: 29 jan - 6 feb ::

lama nya tinggal kan blog ni. cuti panjang. paham paham je la
bila tak kerja, maknanya aku akan putus hubungan dengan internet
hiikkk ^-^

29jan lepas, pagi pagi pukul 7 aku ke johor bahru.cuti panjang, so balik kampung la kan
sebelum balik, macam macam dah plan
1)isnin: dating dengan yana-my besfren
2)selasa: pegi JB nak amek kad kawen + wat paspot aryan
3)rabu: berdating + pegi spore
4) khamis: pegi lin kawen kat Batu Pahat
5)jumaat: balik KL
ni perancangan awal nya la kan
so, macam yang kita semua sedia maklum; kite hanya merancang tapi tuhan yang tentukan
dalam 5 plan aku tuh; cuma 2 saja yang terlaksana
1) dating ngan yana cancel sebab hujan turun tanpa henti + air naik dan terputus jalan
2)kad kawen x dapat amek sebab aku lupe bawak sijil nikah tapi pasport aryan dapat
3) ini jadik; pegi singapore! 1st time aryan pegi oversea.hahah
4) terpakse cancel sebab aryan tak sehat n asek meragam
5) pon x jadik. sebab si putih wat hal :(

passport aryan. hihihihi

dalam banyak2 tuh aku terkilan sebab x dapat jumpa yana & x dapat pegi lin kawen
aku dh sms lin tapi tiada balasan sampai sekarang
mesti dia terase hati
alaaa...dulu, aku pon sama. kot ada kawan aku yang tak datang; mesti terasa
tak banyak, sikit mesti ada punya. sedih
sebab kita naik pelamin bukan boleh buat ulang tayang. kau dah xkan nampak lagi da
aku mintak maaf lin
lagi lagi bila tengok pic kawen kau
ramai kawan kawan masa study kat unitar dulu
lama sungguh tak jumpa. haih :'(
entah lepas ni siapa lagi yang kahwin sebab masa tu jek kita dapat jumpa kawan kawan lama. kan?

si putih pulak macam macam rosak nya
lepas satu, satu
sedih weh. patot balik KL jumaat. last last balik KL ahad pagi
letih. sebab esok nya nak kerja da
tapi dalam hati tetap hepi sebab lama sungguh di kampung halaman

banyak sangat jadik dalam minggu lepas
ada juga lagi satu undangan kahwin kawan sekolah aku; fendi jumah (6feb)
tapi tak dapat pegi sebab aku dah nak balik da. maaf lagi :(
tapi aku tetap nak wish "selamat pengantin baru" dekat lin
mesti kau amik masa untuk maaf kan aku sebab tak datang majlis kau
tapi cakap banyak pon tak guna sebab memang salah aku
aku tak marah dan nanti nanti bila dah balik KL, kita jumpa ye
nanti aku bagi hadiah kahwin kau
selamat tempuh alam perkahwinan
kadang kadang apa yang kita bayangkan tak sama dengan realiti
jadi, nasihat aku; bersedia untuk hadap apa saja yang datang
kuatkan hati dan tetapkan hati
sebab bila hati kau tak kuat; segala apa yang kau genggam, kau akan lepas macam tu je
jadi isteri tak semudah yang macam kita sangka. betol. tak percaya? tengok lah nanti
ape pon, walau kita tak baik mana, tapi sebagai kawan; aku tetap sayang kau!
tahniah kawan! sebab dah sampai ke alam ini

selamat bersatu; lin

dan oh ye, selamat menjadi ibu kepada anak lelaki; ♥Chi
walau aku lambat 4 hari untuk tahu berita ini, tapi takpe la
yang penting kau selamat. selamat semuanya. semalam masa call kau. rasa nak nanges
kau lah kawan aku yang paling tabah dan paling kuat!
aku sayang kau sampai mati!
pada dania, dhia & dani; semoga kalian terus menyayangi mama kalian sampai bila bila


January 27, 2011

:: ella - si kekasih gelap ::

semalam aku mc. kepala pusing. doc kate migrain kot
tolong ah jangan. kang camane nak minum neskefe ella? hahahahah
owh, esok ella nak balik da
pulang ke Jeddah
lama juge minah tu bercuti kali ni
kesian dia & paiz
ye ah, pengantin baru tapi kene duduk asing2
tuntutan kerja, nk buat macam mane. kan?

aku suke bile ella balik sini
sebab aku sekeluarga dapat makan free kat senjolong
bukan senang paiz nk pelawa datang rumah
kan?
lagi satu, ella masak mantap
aku ingat lagi masa mula2 rasa masakan dia
tomyam campo + daging kicap + begedel
huuuuuuuuuuuuuuuiiii
rasa nak telan dengan pinggan sekali

tapi tiap kali ella balik sini
tak pernah pon aku ajak dia santap di flat sri kota
bukan tak sudi ajak
tapi aku segan sebab aku masak cikai2 saje
malu ah nak ajak orang rase
maaf tau cik ella
kalau nak kasi si paiz tu rase bole la
sebab aku pasti, paiz tu bukan pandai masak pon
kalau dia komplen aku cakap cani, "ko pernah? ko pernah masak?"
hahahhaha

ape pon moge kali ini ella balik sane untuk terakhir kali la
arap arap lepas ni dia tak balik sana lagi da
tolong tinggal di sini terus ye?
dan tolong lekas bikin anak
and please, girl yeeee
hahahah
moge nanti kite jumpa lagi
aku tunggu kau
ye? ye?




aku cemburu tengok pic ni. huh


nanti kite jumpa lagi ye


moge bahagia sampai mati

January 25, 2011

:: the scarflets ::




aku sangat suka dengan mereka ini - the scarflets
cantek. tutup aurat. uptodate
aku sangat in love dengan cara mereka berpakaian

January 24, 2011

:: KLpac ::

setelah hampir 3 tahun atau lebih, aku kenal dia
akhirnya semalam baru bersua
itu pun setelah berfikir-fikir
segan
entah lah kenapa
dulu, masa launch buku "RANAP"
pon tak pergi
pada hal, kedai buku tu depan ofis jek
heh

Seronok sangat
apa lagi dapat lihat sendiri dia ber performasi
3 puisi
kalau ikut kan hati, memang tak cukup
tapi jadi la. dari tak pernah dengar langsung. kan?

lepas dia selesai. cuit dia.
x sangka dia ingat muka aku.
"eh..icha..." rasa kembang je hidung
hahah
lepas tuh, dia sibuk melayan penggemar2 dia
aku tunggu tepi.
asek2 toleh kat aku, dia cakap
"kejap tau cha.."
hik hik hik
dah setel semua baru aku tego

dia :: awak bahgia cha?
aku :: alhamdulillah
(dia, usap usap aryan)
dia :: best nyeeee
(dia sebak. dia nanges)
aku :: sabar. insyallah nanti ada rezeki awak
(dia nanges lagi. lari jauh sikit. nanges)
lepas tu, dia peluk aku. aku pon sebak. air mata genang
dia :: panggil mummy oke
aku :: oke. mummy fynn
(peluk lagi)
aku :: nanti kita jumpa lagi oke mummy fynn
dia :: tenkiu icha. terima kasi banyak banyak sebab datang

pertemuan yang sangat singkat
tapi sangat bermakna pada aku
sebab macam dah bertahun kata nak jumpa
akhirnya baru ada peluang
nanti nanti aku nak jumpa dia lagi

oh ye, semoga Projek Kesian kamu berjaye ye
gud luck!!

January 6, 2011

:: dua ribu sebelas ::

entry pertama untuk tahun dua ribu sebelas

agak lambat sebenarnya
biasa la, aku kan dah tak pandai mengarang
dan kadang kadang aku ambil masa yang panjang
termenung depan skrin
sambil jari di keyboard
tapi tak tahu nak type apa
heh

review untuk sepanjang tahun dua ribu sepuluh?
er..er..
seperti yang kamu kamu tahu
yang paling terkesan berlaku sepanjang 2010
ialah melahirkan anak sulung aku
Aryan Rifqy Putera
saat yang tak akan aku lupa
sampai mati!

yang lain
ekonomi yang tersangat la merudum
dan tahun lepas bukan la tahun yang baek dari segi kewangan aku
hanya sebab aku tak kerja la nih
hahaha
dan alhamdulillah, ujung bln Oct 2010, aku diterima bekerja
syukur, tuhan dengar doa aku
^-^

yang lain
walau aku rase, aku jauh dengan family
tapi sebenar nye itu aku rase sangat dekat dengan diorang
3 org yang selalu aku percaye untuk berkongsi
juli-mael-adek
aku sayang korang. sangat.

yang lain
entah lah
xde kot

-----

harapan aku
moge tahun ini,
membawa lebih seribu makna
membawa rezeki yang lebih mencurah
dan moge semua akan baik2 saje

-----

aku takde idea dah nak coret apa lagi
dan untuk info kamu kamu
insyallah, aku akan kembali aktif berblogging
sebab,
my partner, Chi, pon dah kembali berblogging
si Chem tu jek, mentang pengantin baru
senyap manjang

Selamat tahun Baru kamu kamu!!
luv u'ols

*(oh.aceli aku dah buat post ni 6hb,
tapi sangkut.
so ni baru nk post.
jangan keliru dengan date,
aku post ni hari ni; 17januari2011)
heh