February 16, 2011

:: chopstick & ciki ::




wah. seronok cuti. rase malas betol nak kerja semula

hari tuh 14feb, ofis aku ada buat makan makan sempena CNY
waktu lunch hour. seronok betol lunch sampai 2 jam lebih
1st time aku ber "yee shang"
hahah...lawak jek. dah ah fail ber"chopstick"
bos aku kata, kene angkat tinggi tinggi tapi jangan sampai terkeluar pinggan
adoih..lawak jek aku rase. macam macam cara ye
bos aku siap ajar kitorg lagi cara2 memegang chopstick
lahabau betol bende alah tuh, entah bila aku nk terer guna
buat malu jek. hahahah. last last aku pakai garfu. lagi senang





"dengan budak budak ofis"
(aku sangat gemok dalam pic itu.huh)

semalam aku jumpa ♥akak kecik
dah lama betol tak jumpa dia. plan saje tapi tak pernah jadi
huhuhuh
sama jek dia kecik macam dulu
dah nak kawen da dia. teringat dulu selalu kongsi masalah sama sama
tak berkesempatan snap pic dengan dia
aniwei, selamat bakal menjadi isteri
insyallah, kitorg pergi nanti. tapi tak janji ye
ape pon, semoga semua berjalan lancar. semoge semua selamat
ailebiu ciki!!!

"dengan aryan di the curve"



korang pulak. ape bikin semalam? tido? :p

February 14, 2011

:: 14feb2011 ::




valentine day ke? kau sambut? pernah? aku x penah pon
tapi hari ini adalah hari terpenting bagi sesetengah orang. kan?
bagi aku, aku nak wish;
pertama; selamat ulangtahun untuk ♥Ct merangkap anak saudara aku
sekarang dah 19 tahun ye? cik hope betul ye ct
semoga semakin matang membuat keputusan
jangan sedih sedih selalu. i know u're daddy's gul. so be strong
okay?
walau kita makin jauh. walau kita dah tak macam dulu
tapi percaya lah, ct selalu ada dalam hati cik
cik sayang ct sama macam dulu dulu. banyak!


kedua; aku nak wish selamat ulang tahun untuk kakak aku
memang jarang aku mention nama dia dalam blog ni
dan aku tak rasa, dia baca blog aku
walaumacam mana pon, tetap nak ucap
semoga akak bahgia selalu di samping keluarga tersayang
terus terus la bimbing adek kau ini untuk jadi isteri yang baik
walau nanti, adek kau ni mungkin tak dapat join hari keluarga kita
semoga kau paham, yang bukan aku tak mau
tapi situasi tidak mengizinkan
semoga kau tahu betapa aku ingin selagi hadirkan diri :(


ketiga; aku nak ucap selamat ulangtahun perkahwinan kedua untuk biras aku,
kak rin
semoga perkahwinan kau di lindungi tuhan sampai hujung nyawa
semoga hati kalian tetap dan tidak berpaling pada yang lain
semoga cinta kalian akan terus berkembang
oh ye, dan moge kalian tambah anak lagi. hahahah


-------------------------------------------------------

oh yeah,
sekarang aku tengah agak bizi (xde la bizi sangat actually)
kakde nak tunang, so aku nak buat mini pelamin untuk dia
arap arap aku boleh la weh. aku memang ah tak kreatif
tapi aku nak cuba ni.
hahahahah
doa kan aku berjaye ye!

February 11, 2011

:: selamat ujung minggu ::



yeay. dah sampai ari jumaat. kau ada plan apa apa untuk hujung minggu ni?
macam aku, mungkin balik rumah mak mertua di batang kali
sebab dah lama sangat rasa nya tak balik
minggu lepas patot balik, sebab befday mak mertua aku
tapi pun x balik sebab sampai KL ari ahad

kakde + merangkap + adek + ipar; dia ajak mandi sungai
tapi aku x mahu kot, sebab air sungai sejuk sangat
aryan pon tak berapa sihat + masih batuk batuk
tapi memang dah lama x mandi sungai

incik somi pula kaki injured. main futsal
teruk juga luka nya. drive pon x larat
so, hujung minggu ni aktiviti pon ala kadar saja la kot
yang penting nak balik batang kali. nenek tu mesti dah rindu aryan. hikkss
kau? apa bikin minggu ni?

February 10, 2011

:: planning ::

aduhaih. current mode:: tengah planning nak jumpa kawan lama
tapi haih. susah sungguh
kawan baik aku, dari jB; sekarang ni ada kat Kajang
tapi haih, plan dari 2 hari lepas
tapi x jumpa lagi cara nak jumpa
mula ingat nak jumpa malam ni
tapi memikirkan jem yang agak teruk, pastu nanti jumpa pon kejap sangat. so cancel
plan kedua ingat nak jumpa selasa, sebab tu cuti kan, tapi dia nak balik JB da
aku macam plan nak culik dia ari isnin malam
tido umah aku, then selasa anta dia balik kajang
arap2 plan yang ini menjadi la
tu pon kene bincang lagi dengan incik suami
arap ihsan dia ah. huhuh

aduhai. dah lama betol aku tak jumpa yana.
last jumpa masa cukur jambul aryan dulu kot
bulan 5 thn lps
selalu blk jb pon still x smpt jumpa
terok betol aku ni. senang sangat lupa kawan
moge moge dapat jumpa la next week
rindu sangat.

:: intan ::

tadi pagi, aku dapat message kat FB dari ♥intan
dia tanya, macam mane aku train aryan isap susu guna botol
sebab puteri dia, mia; nanges2 tak mau isap botol
kesian mia
kesian sebab intan dah mula kerja
so, mane pula si mia nak dapat nenen kot mama dia kerja. kan?

aku teringat masa mula-mula dulu aku ajar aryan hisap susu botol
aduih. tertekan beb. tertekan. haha
aryan beriya-iya x mau. sanggup dia melalak. sanggup berlapar
tapi untuk dia hisap susu botol, memang tak ah
panas weh hati. lagi masa tu aku sendiri hadap. serius aku cakap.
kalau x kuat, mesti anak dah kena dera
tapi tak kan la kan. hihi
tapi memang mencabar ah saat saat tuh
lepas tu, aku pujuk dia, cakap cakap dengan dia selalu, bagitau kenape
lama lama dia okay

tu ah aku cakap kat intan, kalau nanti anak kita dah paham. senang
macam aryan. seminggu aku kat rumah, seminggu la dia isap susu badan
mula mula risau juga, takot dia lupe kang bile anta kat babysitter
takot dia dah x reti hisap susu botol
tapi tak. dia okay. so itu makna nya, dia dah paham
bila mami dia kat umah, mesti nak isap susu badan
tapi bila takde, takpe. dia bole hisap susu botol
alhamdulillah

so; untuk intan
moge kau berjaye ajar mia hisap susu botol ye
kene tabah tau. jangan cepat putus asa
memang ah amek masa, tapi kalau dah berjaya, senang sikit kau
gud luck! ^-^

:: aduih ::

maken aku kate nak aktif berblogging
maken pula aku takde idea
hahahah

February 8, 2011

:: 29 jan - 6 feb ::

lama nya tinggal kan blog ni. cuti panjang. paham paham je la
bila tak kerja, maknanya aku akan putus hubungan dengan internet
hiikkk ^-^

29jan lepas, pagi pagi pukul 7 aku ke johor bahru.cuti panjang, so balik kampung la kan
sebelum balik, macam macam dah plan
1)isnin: dating dengan yana-my besfren
2)selasa: pegi JB nak amek kad kawen + wat paspot aryan
3)rabu: berdating + pegi spore
4) khamis: pegi lin kawen kat Batu Pahat
5)jumaat: balik KL
ni perancangan awal nya la kan
so, macam yang kita semua sedia maklum; kite hanya merancang tapi tuhan yang tentukan
dalam 5 plan aku tuh; cuma 2 saja yang terlaksana
1) dating ngan yana cancel sebab hujan turun tanpa henti + air naik dan terputus jalan
2)kad kawen x dapat amek sebab aku lupe bawak sijil nikah tapi pasport aryan dapat
3) ini jadik; pegi singapore! 1st time aryan pegi oversea.hahah
4) terpakse cancel sebab aryan tak sehat n asek meragam
5) pon x jadik. sebab si putih wat hal :(

passport aryan. hihihihi

dalam banyak2 tuh aku terkilan sebab x dapat jumpa yana & x dapat pegi lin kawen
aku dh sms lin tapi tiada balasan sampai sekarang
mesti dia terase hati
alaaa...dulu, aku pon sama. kot ada kawan aku yang tak datang; mesti terasa
tak banyak, sikit mesti ada punya. sedih
sebab kita naik pelamin bukan boleh buat ulang tayang. kau dah xkan nampak lagi da
aku mintak maaf lin
lagi lagi bila tengok pic kawen kau
ramai kawan kawan masa study kat unitar dulu
lama sungguh tak jumpa. haih :'(
entah lepas ni siapa lagi yang kahwin sebab masa tu jek kita dapat jumpa kawan kawan lama. kan?

si putih pulak macam macam rosak nya
lepas satu, satu
sedih weh. patot balik KL jumaat. last last balik KL ahad pagi
letih. sebab esok nya nak kerja da
tapi dalam hati tetap hepi sebab lama sungguh di kampung halaman

banyak sangat jadik dalam minggu lepas
ada juga lagi satu undangan kahwin kawan sekolah aku; fendi jumah (6feb)
tapi tak dapat pegi sebab aku dah nak balik da. maaf lagi :(
tapi aku tetap nak wish "selamat pengantin baru" dekat lin
mesti kau amik masa untuk maaf kan aku sebab tak datang majlis kau
tapi cakap banyak pon tak guna sebab memang salah aku
aku tak marah dan nanti nanti bila dah balik KL, kita jumpa ye
nanti aku bagi hadiah kahwin kau
selamat tempuh alam perkahwinan
kadang kadang apa yang kita bayangkan tak sama dengan realiti
jadi, nasihat aku; bersedia untuk hadap apa saja yang datang
kuatkan hati dan tetapkan hati
sebab bila hati kau tak kuat; segala apa yang kau genggam, kau akan lepas macam tu je
jadi isteri tak semudah yang macam kita sangka. betol. tak percaya? tengok lah nanti
ape pon, walau kita tak baik mana, tapi sebagai kawan; aku tetap sayang kau!
tahniah kawan! sebab dah sampai ke alam ini

selamat bersatu; lin

dan oh ye, selamat menjadi ibu kepada anak lelaki; ♥Chi
walau aku lambat 4 hari untuk tahu berita ini, tapi takpe la
yang penting kau selamat. selamat semuanya. semalam masa call kau. rasa nak nanges
kau lah kawan aku yang paling tabah dan paling kuat!
aku sayang kau sampai mati!
pada dania, dhia & dani; semoga kalian terus menyayangi mama kalian sampai bila bila