October 4, 2011

:: hijab ::



manis. kan?


haaihhh la diri, bila engkau mahu berubah?
ramai rakan yang sudah berhijrah
tapi engkau masih begini
tidak takut kah dengan hukum tuhan?
tidak kasihan kah pada suami yang menanggung dosa engkau?
pasti kah engkau yang umur mu masih panjang
andai nanti di tarik nyawa mu, bagaimana?
dan bagaimana mahu mendidik anak menjadi soleh;
sedang kan ibu nya sendiri tidak solehah
kasihan anak ku
insyallah. insyallah. insyallah
haaihhhh

October 3, 2011

:: FotoRaduan ::



salah satu blog kegemaran aku sedang anjurkan peraduan
jadi aku mahu cuba
mana tahu ade rezeki
kan?
lagi pon, hadiah dia tuuuuuuu tersangat lah
aku suke.suke.suke.

__________________________________________


jadi
ini adalah penyertaan aku;

itu aryan;
walau dia di manja, di sayang dan di peluk
aku tahu, dia tetap rasa sendiri
sebab tiada nya sang daddy di sisi
manja dia, tetap tidak sama bila dengan daddy
keletah dia, tetap berbeza bila dengan daddy
aku tahu; seperti aku, dia juga berharap;
satu hari nanti kami bertiga kembali sebumbung.
insyallah
ye sayang?

:: kesah aryan ::


nak bagi entry khas kat budak ni
sebab minggu ni dia jadi budak baik
hari ahad & sabtu bawak jalan jalan
dia behave
tak meragam. tak merengek
gelak je. nanges pon nak tidur je
alhamdulillah
hihihihih

tak macam 2 minggu lepas
aku baru sampai kat city square tuh
jalan jalan kejap. ingat nak makan
tapi masa makan tu dia dah start macam macam
nak main escalator
adoih
lepas tu, dia mengamok sekuat-kuat hati
hangin sungguh. masuk kereta aku marah dia
dia nanges sampai sedu sedu
adoiihh.. kurang kesabaran betol aku ni
kesian aryan
budak, kalau belom paham apa yang kita cakap, memang macam ni ke ek ?
mengamok jeee.. adoiihh.. nak bawak jalan2 pon tak confident

lagi satu, sekarang aryan dah nak masuk 19 bulan
tapi dia masih belom pandai cakap
normal kah?
sebab cousin dia yang umur lebih kurang dia pon dah pandai cakap
tapi, aryan dah paham apa yang kita suruh
1) amek remote
2) amek pillow
3) massage orang
4) amek kan handphone
5) take bath
6) brush your teeth
7) wash your hand, wash your leg, wash your face (masa nak tidur malam)
dan banyak lah lain lain yang dia dah paham
cuma aku lama tunggu dia nak sebut "mummy" tuuu
entah la bile
huhuhuh

tapi takpe, mummy akan selalu berbual dengan aryan,
biar aryan cepat ikot
oke?

October 2, 2011

:: hujung minggu ::

minggu ni, minggu yang meletihkan. tapi best
jalan jalan dengan anak anak saudara di Jalan Dhoby & Desaru
layan gambar sampai muntah ye?
hahahahhaha

______________________________________________


desaru ~ 2 oct 2011
















jalan dhoby ~ 1 oct 2011













banyak lagi sebenarnya pic
tapi macam problem nak upload pic banyak banyak
hihihhi
sooo...ini saje laaa...
^-^

October 1, 2011

:: tabah lah, sayang ::



untuk seseorang; hari ini adalah hari nya
bukan hari yang kau tunggu tunggu; aku tahu
tapi sekurang-kurangnya; dia sedia untuk tamatkan penantian kau
dari diam tiada suara, di tanya tapi membisu

tidak apa lah kalau dia memang bukan jodoh kau
tidak apa lah kalau dia tercipta bukan untuk kau
tidak apa lah kalau kau rasa rugi sungguh memadu kasih bertahun;
andai kau tahu hujung nya begini
pada hal, hanya selangkah saja lagi
setapak saja lagi

macam yang selalu aku ulang dengan kau
insyallah tuhan itu punya cerita lebih manis untuk kau
mungkin tuhan ade jodoh yang lebih baik untuk kau
tuhan itu maha mengetahui dengan apa yang Dia tentukan
sangka baik lah. pikir yang baik baik saja

mungkin. mungkin kau tak kan boleh untuk lupa dia
sebab, macam mane pon dia, dia pernah singgah kat hati kau
dah jadi tatoo dah, tak boleh kikis
kau tak perlu cuba untuk lupa dia
sebab bila kau cuba, kau makin ingat dia
kau ikhlas saja la
sebab bila kau ikhlas, pelan pelan hati kau tak kan pikir dah pasal dia
ye?

aku tak nak coret banyak banyak sebab nanti kau boring
sebab ayat yang sama je pon
cuma satu; tolong kuat
keluarga selalu ada
sentiasa ada untuk kau

aku sayang kau
selalu
^-^

September 30, 2011

:: Johnson's baby of the year - 2011 ::



ari tu, dalam bulan puasa gitu
aku ada masuk contest "Johnson's Baby of the Year 2011"
saja suka suka masuk kan aryan
sebab tak pernah try pon apa apa contest sebelum ni
pernah la dulu kat FB
tapi tak berapa gemar kalau konsep "like" ni
tak begitu adil pada aku
hihihihihih

sooo...semalam result dah keluar untuk top-20
dan mungkin memang bukan rezeki aryan
dia tak terpilih
lagipun, berpuluh ribu yang hantar penyertaan
dan berpuluh ribu budak yang cute cute masuk
memang mungkin belom sampai rezeki aryan




1) Akif Aiqal Irfan
2) Ang Lee Ler
3) Arshiya Daniya
4) Christian Isaac Gallyot
5) Claven Lee Zanxhi
6) Chtherea Ho Nga Hue
7) Hugo tang Tze Xuan
8) Isabelle Lai Lok Yi
9) Ivan Lam Jun Yin
10) Izz Damia Iman
11) Koemi Ooi Lee Yern
12) Meor Haizal Hazami
13) Millen Teo Yuen Jee
14) Muhammad Amsyarullah
15) Muhamad Imran
16) Nur Aliesya Maisara
17) Puteri Nurkamilla Nuwairah Alatrash
18) Santosh Gope
19) Sashvithaa Saseetharan
20) Suzanne Lucy Gavilano Batham


Aku paling suke baby no 4 / 17 / 19
harap harap antara salah satu tu ade peluang laaa
kepada semua baby; gud luck all ..!!!
korang semua cute sangat..!!!
^-^


dan yang ini, si comel saya "Aryan Rifqy Putera"
pic ni yang aku hantar
tak pe ye sayang,
aryan tetap paling comel di hati mummy & daddy
*hug hug*


September 29, 2011

:: Roost Cafe ::




hari tu, lepas sessi ber-photoshoot aku ajak incik suami, ella dan paiz keluar
sebab esok nya(ahad) diorang sudah mau pulang
jadi, mahu bawak orang rompin (ella) jalan2 JB la
nanti kang, kateeee.. "JB xde tempat bestt laaa.."
benci oke?

aku ni rajin mengugel. lagi2 pasal tempat2 yang cool
dah lama juga aku gugel pasal jln dhoby kt JB ni
kalau dulu, orang kenal jln dhoby sebab nyah bersepah kat situ
memang terkenal la if kate nak pegi Jln Dhoby, "elleehh..nak usha pondan la tuuu"
tapi sekarang ni, aku terkejut tengok perubahan jln dhoby
(nanti korang gugel la sendiri ye?)
sekarang ni aku nak cerita pasal cafe yang cool kat situ
aku tahu pon dari ehsan gugel
hihihihhi
aku teruja nak pegi situ sebab aku tengok kedai tu penoh dengan barang2 lama
pada aku, sangat la cool sebab susah nak jumpa cafe macam tu
kebanyakannya semua nak tunjuk perabot yang paling cantik dan paling standard

okay, nama cafe tu ROOST CAFE
kalau tak puas hati dengan pic sini, sile gugel
aku ade sikit je pic
dan oleh kerana kegagalan incik incik suami,
untuk bawa DSLR mereka yang mantap itu
(sindir ni..sindir)
jadiiii, pic kami kami tu hanya dari ehsan blekberi puan ella
pic2 lain itu aku rembat di gugel. harap maklum

dan oh ye, pasal menu memang agak kurang la
bukan tak sedap
tapi kurang pilihan...
but untuk try try tempat & suasana baru pada aku,
memang sangat oke laa..
santai jek kat situ...
serius.
korang kene cuba if datang JB
dan if yang memang dah duduk kat JB ni,
ape lagi? pegi la try...
^-^



"ihsan incik google"

"ihsan incik google"

"puan ella & incik paiz"


"bekas air yang sangat cumil"


"cool kan??"


"kami-in green"

_______________________________________

banyak lagi kedai yang best kat situ
tapi sebab dah lewat
dengan aryan yang sudah mau tidur
dan puan ella yang sedang ngandung
tidak elok rasa nye kalau nak pulang lewat sangat
lagi lagi rumah aku yang agak hujung dunia itu..
hihihihihihih
nanti ada masa aku usha lagi apa yang best kat situ
okee
^-^