February 28, 2011

:: untitled ::




aryan tak sihat. batuk + demam + selsema (biasa ah pakej)
selera makan pon hilang. kesian dia. dah kecik badan
tadi nak tinggal kat babysitter pon serba salah
aduhaaaiii .... :'(
semoga lekas sembuh
ye sayang

semalam pegi usha tempat party
dah dapat tempat cun
arap arap di benar kan la
terima kasih dekat chem & zam sebab sudi tolong

ari ni misi mencuba bayar saman
tapi setelah lama menunggu, tiba tiba offline
rasa macam nak maki. hahahahha

mood tak berapa best nak menaip
kot nanti mood datang, aku update
hahahah
adios.


February 24, 2011

:: tabah lah hati... ::




aku sebenarnya, memang tak layak nak buat birthday party anak aku
aku sebenarnya, bukan banyak duit pon nak buat ini semua
lagi pula, dengan jemputan yang aku rasa agak ramai
dengan lokasi yang aku pilih, dan perlu di bayar sewa
patut, aku memang tak mampu pon
kan? kau pikir bende yang sama kan?

sebab tu, dari awal entry aku pasal party ni, aku dah bagi tahu
jangan di harap majlis yang super grand
jangan di harap makan yang enak enak
sebab tujuan aku, cuma nak nyatakan betapa aku excited dengan ini semua
seronok. sangat
dan sesungguhnya, semua itu adalah di bawah bajet aku
dan aku sangat bersyukur sebab aku ada yang sudi bantu aku

chem, macam macam dia bantu aku
bukan saje sebagai planner aku, tapi juga akan berurusan dengan authority
selain akan pinjam kan barang2 dia
dan yang terpenting, sudi dengar segala cerita aku
sebab kalau dia tak ade, memang aku sorang sorang la buat ni semua
nasib la dia x pandai drive, dan nasib juga dia dah kawin
kalau tak, memang aku suruh dia jadi driver aku pula
sebab kalau sama sama perempuan ni. senang. kan?
tapi takpe, sampai ke tahap ini; dia memang dah banyak sangat bantu

akak aku di JB n Spore pon sudi men'sponsor'
so sedikit sebanyak kurang la sikit perbelanjaan aku. kan?
alhamdulillah
kalau tak sebab si mael tu eksiden,
aku pasti diorg akan datang juge huk huk huk
sebab diorang kat sane semua dah terkinja-kinja nak datang
hahahah

dan lagi, 13mac tu nanti, memang aku sorang saje di rumah
jadi aku arap sangat chem dan sorang lagi ofismate;
jadi datang untuk bantu masak
sebab adek ipar aku dah balik batang kali da
dia pon mau wat preparation untuk majlis dia minggu depan nya

so dengan kudrat yang ada, aku arap semua berjaya
dan aku minta kamu kamu doa semoga hari itu tidak hujan
kalau hujan, punah segala plan aku
dan aku arap, kalau kau tak suka dan x setuju dengan party ini
jangan sesekali doa kan hari itu hujan
atau doa apa saja yang tak baik
sebab Tuhan itu maha adil. Dia akan balas nanti
dan tolong la, jangan sindir sindir aku atau tanya aku macam macam
sebab cara kau tu kadang kadang nampak sangat kau harap benda ni tak berjaya
aku cuma perlu satu, doa dari kalian. itu saje
lain tak perlu
noktah

February 23, 2011

:: the making of .. (part II) ::




tadi masa rehat saje usha usha kedai "peralatan majlis" kat depan opis aku ni
selalu aku tengok, orang bawak belon lawa2 dari kedai tu
lelagi masa valentine day dulu
memang teruja la tengok, sebab belon dia mmg cantek
tapi tak pernah pon masuk, takde sebab nak masuk
tapi sebab nak buat befday party aryan, so saje la tengok
dak opis aku kata, mahal mahal barang dia
tapi tadi aku tengok, harge semua okay okay. kire mampu la
sebab, ade juga yang mahal dan ada juga yang murah
aku tengah pikir, macam mana aku nak angkut belon2 kot aku beli nanti
hahahahha

*p/s :: tapi, aku rasa takde la aku nak beli semua di sini
sebab kawan aku kate; ayunni; dekat jalan pudu lagi murah murah
nanti akan di survey


aniwei, tengs sangat kat chem yang sudi bantu aku
oh dan juga, pada ladynoe yang sangat suwit



"kedai best ni di jalan telawi ye"

oh ye, emel akan aku hantar sedikit masa lagi
sekarang aku agak bizi dan agak panik (geli saje)
sebab ni kan 1st time, so aku memang tak berapa pandai
aku arap, ramai yang akan hadir untuk meramaikan
terima kasih

February 22, 2011

:: ragam aryan ::




aryan sekarang dah ade perangai baru
sikit sikit nak mengamuk. sikit-sikit nak jerit
aku tak suka betul perangai dia yang satu tu
kadang kadang bila dah amuk, dia cakar cakar muka dia
hish, geram betul. kadang aku tepuk tangan dia
biar dia sampai nangis
dia lebih kepada dah pandai nak tunjuk perasaan dia. kot
kadang, bila aku lambat suap dia makan, dia jerit
macam dah lapar sangat
kadang, aku tak kasi apa yang dia nak, dia hempas badan dia ke belakang
arrhhh..geram sungguh!!
aku tak tahu la dia baran ikut sape?
mencabar betul jadi parents ni ye?

sekarang dia dah tengah tatih tatih
tapi kadang macam takut takut
dah sebelas bulan, tapi belum berjalan. hikss
sabar je laaa

kadang aku rasa dia manja sangat
lagi kalau dengan daddy dia
kalau kena tegur sikit terus nanges. dengan aku dia oke lagi
dia tau aku marah x sepenuh hati. kot
hihihiihihi





sape nak share pasal anak anak kalian? jom

February 21, 2011

:: macam macam hal ::





rasa, banyak sangat benda jadi minggu lepas
jumaat malam, cik suami gerak ke JB untuk photoshoot bersama incik paiz
sabtu tu, aku teman kakde ke SSF dan sri kembangan untuk cari bunga
ini semua preparation untuk mini pelamin kakde
hahah
memang lawak sebab macam macam jadi mase ari tu
salah jalan dan kemudian paling lawak, duit tak cukup
kah kah kah
pengalaman; arap kakde tak lupa jasa aku
muahahahhaha

lepas tuh, ujung petang aku dapat berita;
mael+merangkap+anak+saudara aku eksiden
haaaihh :(
teruk. kips dia berkecai
aku rasa dia bawak laju, tapi adik aku kata tak
tak tahu la macam mana jadik. eksiden pon kat depan rumah je
aku jauh; bila jadi benda benda macam ni, aku sedih
aku tak dapat tengok. aku tak dapat duduk sebelah dia
tak dapat nak peluk dia, sedih tak terbayang
haaih.. bila jadi benda benda macam ni buat aku risau
ini lah risiko aku kene amek bila duduk jauh dari family
aku arap, aku arap sangat satu hari nanti aku dapat bersama dengan family aku
entah bila aku tak tahu, tapi aku tahu, satu hari nanti aku akan kembali ke sana
insyallah




"kips yang tinggal kenangan :'("

hari ahad, anak saudara perempuan aku tunang
lagi sekali sedih sebab tak dapat meraikan
haih. tapi aku seronok sebab semua berjalan lancar
cantek. semua pon cantek
alhamdulillah
semoga dia dapat mengharungi waktu pertunangan dengan tabah
sebab, masa ini lah dugaan datang dengan hebat
antara kau tahan dengan tak je
semoga kekal sampai ke jinjang pelamin. insyallah
p/s :: pelamin dan solek; hasil keje akak aku.
diorg memang kreatif. nyesal x blajar dulu
kalau tak, leh wat bisnes kt KL.. huhuhuhu






petang semalam, sementara camera ada, apa lagi; amek kesempatan la
terjah ke tasik permaisuri dan snap
sambil sambil usha tempat nk buat party nanti
rasa nya dah jumpa tempat sesuai
moga moga, kalau jadi nanti, hujan tak turun. insyallah
oke. dah bole load. cantek tak FDM snap?



"antara pic yang di snap"

February 18, 2011

:: the making of ..(part I) ::




kamu kamu, err...pasal entry semalam tuh
yang pasal nak buat befday party aryan tuh
err.. kalau aku buat, korang datang tak?


tapi seriously, jangan harap makan yang sedap sedap
jangan diharap party yang super grand
sebab aku cuma buat untuk suka suka
sebab aku teruja aryan dah setahun
dan aku rasa setiap ibu bapa yang punya anak pertama;
mesti ada same feeling dengan aku
so, seriusly aku buat ala kadar, kecil kecil, biasa biasa
dan juga jemputan nye limited
jadi, siapa siapa yang sudi hadirkan diri, bagi tahu aku
aku jemput semua blogger a.k.a teman aku di ruang kecil ini
cuma tolong bagi tahu kalau sudi sebab aku mahu buat bajet
sebelum 25 FEB ye. ingat tau. minggu depan hari jumaat

pasal tempat, akan aku update
tapi buat masa ni, aku memang suka dengan pilihan tempat itu
tengs to ♥CheM
apa apa akan aku update. ye?

________________________________

oh ye, aku lupe nak bagi tau
aku memang terpakse buat advance 8 hari
sebab every weekend untuk bulan march semua full
ni jek date yang free.
so actually aryan nye befday 21mac
hikksss....

___________________________

waahh..aku rase nervous pula
macam aryan nak naik pelamin
kah kah kah

February 17, 2011

:: mac yang makin hampir ::




lebih kurang lagi 15 hari aku nak ke umur 30 tahun
harap harap tuhan panjang kan umur aku hingga ke tarikh itu
(oh.bukan sampai tarikh itu saje. tapi lebih panjang,insyallah)
3mac wei!!! (kot kot ada yang tak tahu!) hahahah
aryan pon sambut ulangtahun yang pertama mac ini
21 mac okeh!!
aku ingat nak buat majlis sambutan hari lahir untuk aryan 21mac ni
teringin sangat nak buat birthday party untuk dia
aku tengah carik tarikh yang sesuai sebab 21mac tu jatuh hari isnin
sape2 ade idea? chem, tolong. ko hebat dalam organize party neh
haahahahha

"mummy= 30, aryan=1"


"saye sudah hampir setahun"


"anak mummy dah besar"

_____________________________________________

oh ye, untuk kekaseh gelap aku, ella; yg nun jauh di jeddah
tabah tau (entah berapa kali da aku ucap ni) tapi tu je la yang aku bole cakap
jangan asek nanges dan jangan asek pikir
ape yang jadik, mesti ada hikmah
tapi kot semua dah setel dan korang menang. kenduri beb
tapi kot xde, tuhan belom nak kasi rezeki kat kau
ape pon tawakal!
balik lekas. mac mesti dah ada sini oke
kalau kau dah balik sini, leh selalu selalu lepak dengan aku
al-maklum lah,suami suami kita busy
every weekend full. tensi mak!
hahahah