May 20, 2011

:: hobi baru ::




faveret dia sekarang maen laptop
pantang akak dia (kakak sepupu) bukak game ni
mesti dia kelam kabut kejar
"macam paham"
huh!!


May 19, 2011

:: cuba untuk tersenyum ::



banyak sangat benda jadi sepanjang minggu lepas
aku tak tahu nak coret apa di sini
semacam buntu
semacam kekeringan idea

dan oh ye, suami aku datang minggu lepas
dia sampai sabtu awal pagi, pukul 1 lebih mungkin
disambut dengan deraian airmata oleh emak aku
haaihhh
dia stay bersama kami hingga hari selasa (wesak day)
lama. dapat la mengubat hati aku yang sedang dalam kesedihan

tak banyak yang kami buat
nak buat apa apa aktiviti pon semacam tak semangat
nak gelak pon macam palsu
cuma sempat bersuka ria dengan aryan di dalam kolam
hahahaha
dia saje la yang ade; untuk buat kami tersenyum
dia saje la yang ade; untuk buat kami lupe tentang ujian ini
terima kasih sayang
sebab tak pernah berhenti untuk menghiburkan kami

sebenarnya aku tiada rasa untuk update apa apa
tapi aku mesti update juga
sebab hanye ruang ini yang ade,
untuk suami aku tahu perkembangan kami

sayang, memadai ke entry hari ini?
gua harap cukup. ye?


_____________________________








*ini di stesyen bas. mahu hantar suami pulang
moge kite bersua lagi, nanti
jage diri
jage hati
gua cinta lu
moge ini tidak lama
^-^

May 11, 2011

:: dugaan yang maha berat ::

sesuatu terjadi dalam keluarga aku
yang maha berat
pada siapa siapa yang tertanya-tanya
aku minta maaf, aku tidak boleh cerita
ini adalah rahsia keluarga aku
tapi ini tiada kene mengena dengan suami aku
antara aku dan suami aku baik baik saja

lagi sekali, aku minta kalian doa kan keluarga aku
ye?
terima kasih

May 6, 2011

:: hari ke 4 di century ::

kerja baru ni agak berat sebenar nya tanggungjawab aku
semua pon terkejut tengok aku masuk balik
yang macam tak puas hati pon ade
macam assistant manager aku cakap
"kau datang balik dengan position yang lain,
kau kene terima yang akan ade ramai yang tak suka,
ramai yang berkata, pertikaikan,
tapi aku nak kau buat bodo je
kau buat je keje kau elok2. PERFORM..!! "

lepas tu kene jumpa manager HR
then manager Finance
lepas tu, manager Operation (aku report dekat dia)
so, kebanyakannya yang otai2 semua dah naik pangkat
seronok tengok
expectation diorg agak tinggi pada aku
sebab manager Finance tu kate, since aku pergi
department lama aku memang agak kelam kabut
so banyak sangat bende nak kene fix balik
aku cuma harap aku boleh
dan aku juga harap, staff lain beri kerjasama
dan terlebih penting aku harap, aku tak dibenci

dan oh ye, tempat kerja aku sekarang teramat la jauh
sangat jauh
aku perlu keluar rumah 6.45 am (tak bole lewat)
dan aku akan sampai rumah pukul 7.45pm (lebih kurang)
perjalanan memang memang meletihkan
walau aku drive, tapi sangat letih
jem yang kadang kadang menyakitkan hati
macam hari ni, aku kene tinggal van da
sebab sangkut jem bodoh
aku cakap bodoh sebab pegi bikin jalan pagi2 buat ape?
tak bodoh ke tuh?
orang nak pegi keje la bodo...!!!!
perjalanan aku lebih kurang 200km pergi balik
dah mcm nak pegi KL da
hahahhaha

tapi macam yang aku cakap dengan suami aku
tuhan dah beri rezeki lebih
tapi tuhan mahu duga juge
so, hadap je la
aku yakin aku bole tanggung ini semua
dan insyallah layanan aku pada aryan tak akan berubah
penat macam mana pon, aku mesti layan dia juga
kita tak bole nak komplen sangat la kan
kalau semua pon nak senang, nak mudah, jadik anak raja la kan
lagipon, hidup tanpa dugaan, bukan kehidupan la namanya. kan?

ape pon, semoga aku terus kuat dan tabah
aku nak keluar rehat ni
dah lama x keluar rehat hari jumaat lama2
2 tahun kerja KL dengan company ching peng
so, tak rasa la rehat 2jam
huuhuhhu
tata all

May 4, 2011

:: di sini; berdua ::

macam yang aku janji, aku akan cerita
aku pasti cerita
mungkin juga ada yang tahu
sekarang; aku di johor bahru, berdua bersama aryan
encik suami masih di Kuala Lumpur
aku kembali bekerja di tempat lama
dapat offer baru. offer yang baik
yang pada aku sangat sayang untuk aku lepas kan
dan akhirnya, dengan restu dan ikhlas encik suami
aku di sini

jangan di tanya perasaan aku
jangan di tanya perasaan suami aku
biarlah. biarlah kami yang rasa
sebab aku tak mahu menangis lagi
cukuplah terakhir nya masa dia kembali ke Kuala Lumpur
dan malam itu aku berdua bersama aryan
aku nanges sepuas-puas nya
dan aku harap, itu tangisan aku yang terakhir
tangisan sebab meratap kepergian dia
cukup lah cuma itu
aku cuma harap
aryan; putera kami, kuat
moge dia paham, ini semua untuk dia nanti
dan aku harap, manja dia dengan daddy tetap begitu

moge tuhan tetapkan hati kami berdua
moge tuhan lindungi kami
moge tuhan pelihara hubungan kami sampai bila bila
sebab itu, aku minta doa dari kalian
doakan, semoga semua baik baik sahaja
insyallah







dan oh ye,
selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-2 sayang
2may2009
tetap dalam ingatan

April 22, 2011

:: terakhir di jalan telawi ::




okay. hari ini aku last day kat ofis di bangsar ni
tempat baru aku start 3may
excited dan sedih sebenarnya
nanti aku cerita. aku mesti cerita

cuma nak bagi tahu
lepas hari ini, aku susah nak update
insyallah bila di ofis baru nanti baru aku update. ye?
aku akan rindu kalian
adios
macam biasa
aku minta, kamu kamu doa kan aku yang baik baik ye?


assalamualaikum
sungguh. aku sayang kalian

:: kesah aryan ::


isnin ari tu @ 18 april 2011
semua nya macam biasa
amek aryan kat babysitter
lepas tu, bawak dia jalan jalan kat koridor
memang semua nampak macam biasa
tapi tiba tiba je malam tu dia muntah muntah dan badan panas
bawak pegi klinik @ pusrawi
sampai esok nya @ selasa keadaan sama
muntah entah berapa kali, cirit sepah sepah
aryan terkulai je. tidur sepanjang masa
belas betul aku tengok keadaan dia
tak dengar suara dia menjerit membebel
tak nampak dia mengemas kat dapur
dan tak nampak dia sibok2 nak pergi toilet
baring saje
makan tak mahu. minum susu muntah balik

rabu @ 20 april 2011
tengok dia masih macam tu. cirit tetap tak baik
then bawak dia ke pusrawi lagi
doc kate kene masuk air
aduhaaii :(
rasa jantung kene rentap
tapi untuk cepat baik, tabah kan je la hati aku
tapi aku yakin putera aku kuat
sebab dia nanges masa kene cucuk tu saje
lepas siap semua, dia terus tido sampai nak buka jarum semula

sampai ke hari ini, dia masih tak larat
aku cuma harap cirit dia berhenti dan selera makan dia kembali
tak sampai hati tengok muka dia cengkung
peluk dia rasa tulang
dukung dia tak rasa apa
alahai :(

aku cuti jaga dia dari 19 - 21 april
hari ini aku kena juga kerja sebab ari ni last day
aku tinggal aryan dekat umah mertua
"sorry mak, kalau aryan berak sepah sepah"
hik hik hik

"Aryan, lekas sembuh ye sayang
tak sampai hati betul tengok awak macam ni
runtun hati mummy, sedih hati daddy
cepat sembuh. cepat kembali debot. cepat kembali bising
sunyi la rumah tak dengar suara awak
mummy tahu awak kuat
daddy tahu awak tabah
get well soon ye sayang ?
*hug & kiss*