March 24, 2011

:: hancur ::




dalam hidup ini, kalau kita terlalu dengar cakap cakap orang;
kita tak akan ke mana
kita tak akan berjaya
kita tak akan berani nak melangkah ke dunia baru
kita akan berada di takuk yang sama sahaja

tapi kalau kita tak dengar orang cakap pon susah juge
sebab kadang kadang orang beri pandangan yang betul
kadang ade orang, dah pernah duduk kat tempat kita
dan kadang kadang orang cakap sebab sayang kita

jadi macam mane? dengar ke? tak perlu dengar ke?

macam aku senang
kita ambil la mana yang baik
kadang kadang tu dalam 50 patah perkataan yang dia sebut,
ade 5 sahaja yang betol
so, kita ambil la yang 5 tu sahaja
yang lagi 45 patah perkataan tuh campak jauh jauh
tapi, cakap memang senang la kan
buat tengok?
lagi lagi kalau telinga kau sendiri;
yang dengar 45 patah perkataan yang tak sedap tuh
bole ke kau pekak kan telinga
anggap macam tak ada apa yang berlaku?
bole ke kau jumpa dia semula dan lagak seperti biasa biasa?
susah. tapi kau kene buat juga
sakit. tapi kau kene telan juga

susah betul menjadi AKU sekarang
tapi yang penting;
segala apa yang aku buat sekarang hanya untuk suami aku
hidup aku atas redha suami aku
kejayaan aku atas restu suami aku
kebahagian aku atas ikhlas suami aku
kau cakap la apa saja, kau laung la apa saja
tapi selagi suami aku kate "gua ikhlas. pergi lah"
aku tetap akan pergi
sebab aku tahu, hanya aku dan dia saje tahu
apa yang kami sedang hadap sekarang
dan
apa yang kami akan hadap nanti
kau tak kan pernah tahu. dan kau tak kan pernah nak tahu

cuma satu nasihat aku; sebelum bercakap
selagi kau tak tahu situasi nya
selagi kau tak tahu getirnya
kau jangan main lepas
kau jangan main tembak
sebab; aku; kalau dah terkecil hati
sampai mati aku ingat
sampai nanti aku pahat dalam hati
^-^

siapa pon yang baca, yang mungkin terasa
percayalah; hati aku dah hancur dengan kata kata kalian
tapi aku bersyukur sebab aku ada suami yang sangat kuat hatinya
*senyum lebar lebar*


aku takkan buka ruang komen untuk entry kali ni
sebab ini terlalu sensitif
tapi ini saje ruang yang aku ada untuk meluah segala