"Icha..!!! tengah hantar mertua gi haji
cd awak nanti saya minta sapa2 passkan
boleh sayang?
Maaf ye? Dan saya sayang awak jugak
Awak dan saya dah terlalu lama
kita dah tahap adik beradik
jangan lah cakap macam kita jauh begitu
Doa kan saya
Saya sayangggg sgt awak
Jaga diri sayang"
perbualan ringkas, semalam
dia sudah mahu pergi
dua tahun. lama. haaihh :(
semoga Tuhan panjang kan umur kita kita
semoga kita di beri peluang untuk ketemu lagi
insyallah
selamat jalan, awak
jaga diri..!!!
*salah satu puisi kegemaran aku
yang tiap kali dengar, akan buat aku nangis
ahhh
entah bila dapat dengar lagi puisi2 dendangan dia
:(
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
^-^