December 7, 2011

:: ayam pox ::



aku masih belum private
sebentar ye?

__________________________

semalam bawak aryan pergi klinik
sebab macam ada bintik bintik merah kat tangan, kaki dan badan dia
sebenarnya dah agak lama dia kene tu
dalam 2 minggu gitu
dan dah 2x kali aku pergi klinik
dapat ubat yang berbeza
last hari tu aku pergi farmasi beli ubat yang mahal sikit
pon masih tidak hilang
juga aku dah tak beri dia makan telur, ayam dan ikan bilis
masih begitu juga
kesian badan dia. dah tak mulus da
hiihih
semalam pergi lagi klinik. tapi klinik lain pula
plus, macam ada bintik bintik merah yang lain macam aku tengok
ini bintik merah yang baru tumbuh la
dalam 3-4 bintik

dan keputusannya
yang satu itu memang betul la sebab alahan
doktor beri ubat krim
yang lain dari sebelum nya la
kemudian yang aku cakap bintik bintik baru itu
haaihh..tidak lain tidak bukan 'chicken pox'
aduhaaaiii
aku dah dapat bayangkan dia punya rengek nanti
sebab benda tu gatal. kan?
dan lagi satu hal nya, aku sudah beli tiket balik KL esok malam
memang plan berhujung minggu di KL minggu ini
tapi aku tak tahu la jadi atau tidak nanti
tengok la keadaan aryan esok macam mana
sebab kesian pulak nenek dia kat sana rindu aryan
semalam aku call ibu mertuaku itu
dia cakap, bole jek balik. sebab baru baru nak tumbuh
tengok la macam mana ye nenek?
sebab kali ini, kami pulang dengan bas
bukan dengan burung besi
jadi, selama lebih kurang 4-5 jam dalam bas nanti
aku risau aryan merengek-rengek
mengganggu penumpang lain pula nanti
tengok lah keadaan aryan sampai esok malam
kalau tak begitu teruk, aku pergi
kalau sudah mula makin banyak, tak pergi la
tapi harap harap aku dapat pergi
sebab nya, nanti bila lagi mahu pergi
tahun depan la jawap nya. kot
aduuss

semalam sudah beli air kelapa
tapi alahai, budak budak
bukan minat sangat pon
aku dapat beri dia minum dalam 3-4 teguk je
lepas tu dia tak mahu sudah
doakan aryan cepat sembuh. ye?
atau kalian ada petua mahu share?
^-^


7 comments:

aNaS said...

dada,
carik daun semambu..daun tu leh ilangkan gatal2..daun tu ko campo dlm air mandi dia,ramas2 pastu mandikan..kalo dia tido,alaskan bawah tilam n bantal ngn daun tu,org tua2 kate leh kurangkan miang2 dia..pastu blend daun dia campo ngn bedak sejuk..ko sapu kt seluruh badan dia..insyaAllah leh membantu..

Es hash ei Ka Ei en said...

aku baca dah nk sedih dah..
sampai hujung tgk kartun terus xjd sedih..

adakah langsir di bilik ko skrg ni pon polkadot? hahahahahahaha opsss...

neway, lucklylah dok kat kg..
sng nk dpt daun tu ni.
mmg ayam pox tu kena berubat cr kg yg elok.

hehehehe.. xpe aryan kecik² dah kena.. dah bsr xdek la malu sbb dah xkena. kann

-icha03- said...

ana
daun semambu yee??
tu la..pernah juga dengar orang kate
oke. nanti aku carik
adam dah kene kan?
aduiihh..mesti tak tahan dgn dia rengek
sedangkan org tua pon rase gatal
huk huk huk

chem
hahahahaahhaha
dol ah kau
tak ah. umah aku bunge bunge
hahahahah
tu la, better la dia kene ms bby

e!ya said...

sian aryan c.pox yerr..gini cha buat masa skrg segala ubat2 utk mkn ko jgn kasi coz org kata nnt campak xkan keluar habis..then petua dr mak aku..bg aryan mkn sup ayam campak akan keluar cepat.. dan air kelapa utk permulaan campak jgn kasi lagi..nnt campak xkeluar hbis..agak2 dah 3-5hr baru laa buleh kasi utk keluar habis campak tue..anak2 aku 2-2 dah kena campak alhamdulilah ikut petua tue laa..p2 daun semambu letak bwh bantal..then dah nk hbis campak kasi mandi dgn daun tue..ingat!! jgn bg aryan kena hujan..

-icha03- said...

alaaa
semalam dah terkasi ubat..oke xpe
ari ni tak payah bagi suda
sup ayam ekk? abes dia x bole mkn ayam dulu ni..sbb alahan tu..
aduusssss
balik ni nak carik daun tu. entah kt mana la aku nak pegi ni kang. tak penah jumpa pule kt sini...
hujan??
oke. akan di elakkan :)
tenkiu aya <3

Myn said...

comic tu mmg lawak


kesian aryan, get well soon. nanti cite camne ko cure aryan yep, leh jadi guide di masa hadapan hahaha.

mochitsuki said...

alahaiii.. ni campak besar2 ke..
yg kecik2 tu..
aku xbrape nak faham..
campak2 ni...
yg aku tau.. yg halus2 tu..
org jawa cakap gabaken..
hehhee