sesungguhnya, rutin hidup aku sejak minggu lepas begitu meletihkan
keluar ofis pukul 6 petang
sampai ke check point (tempat parking kereta) @ 6.45 petang
drive lelaju + ngadap jem; sampai rumah @ 7.30 - 8.00 pm
layan anak + mandi + makan @ 8.00 - 8.45 pm
siap siap nak buat kek @ 9.00 mlm
(tak boleh lewat, nanti lagi lambat siap)
tiap tiap hari berjaga sampai pukul 1-2 pagi
demi dua biji kek
demi menambah pendapatan
keluar ofis pukul 6 petang
sampai ke check point (tempat parking kereta) @ 6.45 petang
drive lelaju + ngadap jem; sampai rumah @ 7.30 - 8.00 pm
layan anak + mandi + makan @ 8.00 - 8.45 pm
siap siap nak buat kek @ 9.00 mlm
(tak boleh lewat, nanti lagi lambat siap)
tiap tiap hari berjaga sampai pukul 1-2 pagi
demi dua biji kek
demi menambah pendapatan
dan semalam; aku demam dan keletihan yang amat
bangun tidur, dah rasa lain macam
sampai ofis aku dah mula seram sejuk
tiba masa rehat, aku tidur tak sedar kan diri
ini tinggal selsema sikit
hahahah
adoiihh
macam ni lah orang nak carik duit lebih ye?
macam itu juga suami aku
yang menahan cahaya matahari masa photoshoot
yang kadang kadang menahan rasa;
bila hasil kerja tidak memuaskan hati pelanggan
macam macam cara untuk mencari rezeki lebih
macam macam peluang tuhan sudah beri
cuma terpulang pada diri kita. kan?
antara larat atau tidak
antara mahu atau tidak
antara mampu atau tidak
bagi aku; untuk bantu suami aku
untuk bantu keluarga aku
aku sanggup
selagi tidak mengabaikan anak aku
selagi tidak mengabaikan suami aku
tidak apa, aku letih
tidak apa, aku tidak rehat
siapa lagi yang ingin bantu suami kalau bukan isteri
kan?
bohong kalau aku kata, aku tak penat
sekarang ini; masa paling seronok untuk aku tidur ialah;
masa pergi dan balik kerja. dalam van
memang terbongkang abis. nyenyak
hahahahahah
tidak apa. tidak apa. sabar. tahan
dan sampai hari ini;
walau baru buat lebih kurang 15 biji kek karamel itu
aku semacam tidak percaya aku mampu
aku yang dari zaman anak dara tidak ke dapur
yang hanya tahu masak sejak berkahwin
yang hanya kenal rempah ratus sejak adek ipar ajar
ah. aku begitu bangga dengan diri aku
*sila muntah*
walau lepas ini tiada lagi tempahan
walau lepas ini orang sudah lupa pasal kek ini
dan mungkin orang tak pernah ingat pon,
seorang "aku" pernah menjual kek ini
aku tidak apa apa
sebab aku bangga aku pernah buat
heh
^-^
dan malam ini
aku mahu ke Kuala Lumpur
bercuti panjang sempena "Chinese New Year"
dan aku mahu berehat lama di teratak comel aku
sudah bersawang. sudah berhabuk
rindu nak mengemas rumah sendiri
rindu nak masak di dapur kecil itu
rindu nak turun naik lif
dan yang paling penting ;
rindu nak masak kan untuk suami
(fuuh.. kenapa aku nangis tulis part ini)
selamat bercuti. selamat berjaga diri
jumpa lagi di minggu hadapan
kalau nanti; ada internet di mana mana
aku akan cuba untuk update
take care all
^-^
_______________________________________
oh ye; nak kongsi cerita gembira
aku dapat ini semalam
dari seorang adik
tengs uyun!! sis lebiu..!!
^-^
9 comments:
Selamat bercuti n relaxing :d
bile mase lak dah bersawang..?? lu bikin gua peng la beb..
mynz
tenkiu..!!!
incik somi
cuba bukak almari gelas..
cuba bukak..!!!!
huh...!!!
hahahaa.. senget ko..
tido dalam van..
aku da bleh bayangkannn
:o
Kak,
Penatkn?? Hmm kt dpt rasa apa yg akk rasa.. Bila order byk.. Pastu kt hanyala part time baker saja..
Mmg penat tp kt x bole mengeluh tau..
apa yg kt buat kdg2 bila penat sgt kt nangis sorg2.. Huhu
Tp bila kek da smpi pd customer br kt tersenyum..
Selagi kt bole bantu utk jana pendapatan keluarga kt bantu asalkn kt x abaikn tggjwb seorg isteri..
akk nak g kl jumpa en somi kn??
Take care ye.. Happy holiday sis..
happy holiday cha...
enjoy spuas2 wit cik somi n aryan okeh!!tido puas2!!
apdet la.. asek wat kek jek.. lalalalala
bagus betul adik.. hehe
Teringin nk makan kek cik icha neh...t dtg KL gtau ek!mau tempah...
Post a Comment