July 3, 2012

:: teman pengganti ::









_______________________________________________




pernah dengar lagu ni?
pertama kali aku dengar, tiba tiba macam sebak
lepas tu lama sangat aku tak dengar lagi da
hari ni boleh macam terpikir nak cari lirik lagu ni
baca..baca...sambil dengar lagu
wah.. lain macam pulak feel nya
aku letak diri dalam lagu tu
oh..airmata genang genang

pernah tak satu hari kalian terpikir
kalau nanti satu hari
pasangan kau akan tinggal kan kau?
tak kira hidup atau mati
tak kira apa pon sebab nya
pernah tak terpikir?

pada hari kau di ijabkabulkan
pada hari itu lah kita mohon pada tuhan
moge dia lah pasangan kita sampai mati
dialah pasangan kita yang akan bawa kita ke syurga
pasangan yang sudi jaga kita sampai hujung nyawa
pasangan kita yang sanggup terima kita apa adanya

tapi tak semua impian kita akan tercapai
tak semua angan angan kita akan jadi kenyataan
ini bukan cerita dongeng. bukan cerita cinderella
ini dunia nyata yang tak pernah berhenti dari masalah
kita akan selalu di duga
antara mampu atau tidak untuk hadap

aku baru masuk 3 tahun berkahwin
tapi tidak aku nafikan pelbagai masalah yang timbul
pelbagai dugaan yang datang 
dan setiap darinya aku yakin tuhan sayang aku
sebab itu dia tak henti henti duga hati aku
setiap rumahtangga ada masalah nya masing masing
ada rumahtangga tidak pernah dilanda badai
ada rumahtangga bergoncang hingga tenggelam
dan ada rumahtangga mampu dikemudi hingga ke tepian
semua nya bergantung pada ketentuan yang maha Esa
kita hanya mampu merancang
Dia maha menentukan
yang penting jangan pernah berhenti berusaha
kan?

"Sejak dua menjak ini
Makin kerap aku di ganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jarinya kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka"

cuba lihat rangkap ini
sedih. kan?
aku selalu berharap
kalau tuhan mahu putuskan jodoh aku dengan suami
biarlah sebab salah seorang nya mati
macam tak sanggup kalau aku masih ada
tapi lihat dia dengan orang lain. kan?
tapi Tuhan itu maha mengatur
semoga aturan nya yang baik baik untuk aku
insyallah

"Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga moga cukup untuk majlis itu nanti"

ini sangat menyentuh. sangat
tapi kalau benar nanti
aku terpisah dengan suami aku sebab aku mati
aku harap suami aku boleh jaga zuriat aku dengan baik
yang penting dia tidak putuskan hubungan zuriat aku dengan keluarga aku
itu yang sangat penting
walau aku tiada, dan nanti dia yang jaga zuriat aku
tolong. rajin rajin kan bawa zuriat aku jumpa keluarga
semoga zuriat aku tidak lupa dengan keluarga nya yang sini
dan untuk suami aku
kalau nanti aku tiada
biarlah cari yang lebih baik dari aku
sebab sesungguhnya; aku ini tidak sempurna
aku ini banyak sangat cacat cela nya
tidak sukar untuk cari yang lebih baik
sebab yang kau punya ini terlalu banyak kurangnya
semoga tidak pernah berhenti sayang aku
semoga tidak pernah berhenti ingat aku
dan semoga selalu mendoakan kesejahteraan aku
^-^


__________________________________________

airmata jatuh pula 
aku rasa macam tengah catat wasiat untuk suami
hahahahhahaha
ah..semoga aku dipanjangkan usia
semoga tuhan lamakan jodoh aku dengan dia
semoga kami; sama sama dapat lihat zuriat kami membesar
semoga kami; sama sama berpegang tangan hingga tua
hingga ke akhir nafas

moga kau dengar Tuhan
^-^
insyallah

13 comments:

Es hash ei Ka Ei en said...

baru smlm aku cari lirik "aku maafkan kamu"..
aku cari mereka² yg cuba menterjemah lagu tu..

serius pening..

nahhh .. ni sekali lagi.. malique dgn ayat dia yg kdg kala sgt sukar nk tafsir. tp yg ni agak clear maksudnya compare dgn yg feat Jamal tu..

tiap kali tengok zam tido.. aku selalu terpikir.. andai satu hari aku tiada.. apa agaknya jd pd dia. Dan andai suatu hari nanti dia yg pergi dulu, tabah ke aku lalui hidup tanpa ketiadaan dia.
Lalu aku panjatkan doa pd Yang Maha Esa,tak kira siapa pon yg pergi dulu.. moga yg tinggal tabah dan redha dengan kententuan illahi.

Kita kena ajar pd diri yg kita xboleh gantung hidup pd psgn kita je.. pd family kita je.. pd kwn² kita je.. gantung la hidup pd DIA yang satu. Kerana DIA tak pernah tinggalkan kita.

-icha03- said...

yup yup
yang ini agak direct
takde tersirat mcm "aku maafkan kamu"
but still malique mmg hebat
aku suka dia berkarya

betol ko cakap
jangan terlalu bergantung
sebab kita hanya sesama manusia
satu hari akan pergi juga
cuma Dia yang maha kekal

:)

*nice one chem*

mochitsuki said...

aku nanges..
serius..
beb..
*ngeluh*
moga hubungan ko..
dgn suami.. kekal abadi..
:)

"Sejak dua menjak ini
Makin kerap aku di ganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jarinya kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka"

bikin aku tersentuh..
*memory remains*

-icha03- said...

chi
terima kasih atas doa nye
kenangan tinggal kenangan
sekarang dah bahgia.
kan?
moge bahagia selamanya
:)
insyallah

.::WaNiE::. said...

tersentak hati baca

semua org mmg doa jodoh kekal

tapi apa yg dah ditakdirkan tu, pasti lebih baik lagi

**hugs**

sedih baca entry ni

-icha03- said...

wanie
ye..
itu semua ketentuan Dia
redha saje dengan apa yang dtg
dan berharap moge nnt bahgia itu utk kita

*hug*

ko ni suke emo bace blog aku :p

jaNNa said...

insyallah sampai syurga :)

-icha03- said...

kakde
insyallah :)

mochitsuki said...

the past is past
but the memory..
still there..
:'(

Unknown said...

Icha,

pikir yang baek2...
moga jodoh korang dipanjangkn...
sampai syurga
kekal abadi di sana.....
amin...
percaya 1 perkara dan tetap kamu kena percaya...ujian yg dtg dr Allah untuk kamu sebab Allah mahu bg yg terbaik untuk kamu =.=

Anonymous said...

aku belom kawin,,still belajar lagi..tapi tetap sebak dengar lagu ni..sebab ayah aku da takde..and aku bayangkan ayah aku yang nyanyikan lagu ni..and sekarang ni mak aku dah ada kawan laki..tapi aku macam x berapa suka..jadi makin sedih bile dengar lagu ni..

yanmaneee said...

yeezys
hermes
christian louboutin outlet
yeezy 700
golden goose
cheap jordans
balenciaga
louboutin shoes
supreme shirt
nike jordans

turoon said...

additional reading Dolabuy Hermes Homepage replica bags Recommended Reading Balenciaga Dolabuy