August 30, 2012

:: sharing is caring ::




aku tidak pasti ini benar atau tidak
hanya ingin kongsi dengan kalian
"perbualan seorang bayi sebelum dilahirkan"





_________________________________________

Adalah dikisahkan
pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata

Bayi itu bertanya kepada Tuhan;
"Para malaikat disini mengatakan bahawa esok,
 Engkau akan mengirim saya ke dunia.
Tetapi bagaimana cara saya hidup di sana?
saya begitu kecil dan lemah"

Jawab Tuhan;
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu
Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya"

Bayi bertanya lagi kepada Tuhan;
"Tetapi di sini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan
hanyalah bermain, bernyanyi dan tertawa
ini sudah cukup bagi saya untuk bahagia"

Jawab Tuhan;
"Malaikat mu nanti akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya
dan kamu akan menjadi lebih bahagia di sana"

Bayi bertanya kepada Tuhan;
"Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang bercakap dengan saya
sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka"

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah
Dengan penuh kesabaran dan perhatian
Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata"

Tanya bayi lagi;
"Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya
ingin berbicara kepadaMu"

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu akan mengajarmu bagaimana cara
kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu"

Tanya bayi;
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat
Siapa yang akan melindungi saya nanti?"

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu lah yang akan melindungimu
walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya"

Tanya bayi lagi;
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih
 kerana tidak lagi dapat melihatMu."

Jawab Tuhan;
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku
dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Dari sang bayi bertanya perlahan;
"Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang
bolehkah Kamu khabarkan kepadaku
apakah nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?"

Jawab Tuhan;
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu "IBU"
maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya
menghargai setiap pengorbanannya
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa
Dialah satu-satunya hartamu yang tiada galang gantinya
dunia mahupun akhirat"



Dan untuk para ibu,
ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar
dengan setiap karenah anak anak mu yang sedang membesar
Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kakimu

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara;

1. Wajahmu dengan linangan airmata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar dengan kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu

insyallah
^-^
dan, jangan di lupa juga
pada pendapat aku seorang bapa juga
adalah malaikat
bagi si kecil
betul tak?

________________________________________

kandungan aku sudah 22 minggu sekarang
dan mungkin beginilah dia;
dan oh ye, minggu lepas ada scan di KL
berat baby sudah 413g
dan juga, jantinanya tidak nampak
sembunyi agaknya
tak perlu tahu kot, sebab biar surprise
hik hik hik...



" Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram
dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit
dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus,
sebab lemak bayinya belum datang lagi. 
Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, 
kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. 
Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk,
 walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap.
 Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 

Pada peringkat yang seawal inipun, 
tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi.
 Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul. 

Anda mungkin telah bertambah berat badan 
antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. 
Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, 
dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu.
 Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu

Video meninjau kehamilan: 
Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini

sila lihat video tu
comel sangat
hik hik hik
___________________________________________





10 comments:

.::WaNiE::. said...

baru first time baca pasal dialog ni :p

tersentuh

Myn said...

Jeng jeng jeng hahhaa....Comel an video tu,
Dulu sebelum intan keluar me rajin layan video tu, pastu takut sOrang sorang, mcm gile an

mochitsuki said...

fuyooooooooo
aku nak ngandung la lagi cani..
hahahhahaa

Es hash ei Ka Ei en said...

aha aku pernah bca ni.. hehehe

anyway ni nasihat dari seorg bkn ibu ..

nanti dah nk masuk 6bulan kan. 22minggu tu 5 1/2 bulan kan.

so xlama lg 6 mnths, baby dah start boleh mendengar, ustaz ckp, masa ni rajin² mengaji, plis jgn tgk wyg, jgn tgk cerita yg buang masa, bykn berzikir, ingat Allah sentiasa, dgrkan baby bacaan ayat suci Al Quran, jgn dengar langsung muzik lain yg melalaikan. bykkn makan makanan berkhasiat, susu, kurma,madu.

mak n ayah ckp yg elok², always berckp dgn baby, pesan baby jd anak yg soleh/soleha, yg dengar kata, niat dlm hati mak n ayah tu baby yg lahir ni nk didik jd ahli syurga.

jgn marah², jgn melenting, jgn mencarut, jgn terlalu beremosi,

bykn berbuat baik dgn org, bersedekah. jgn bergado dgn pasangan, banyakkn bersabar.

kenalakn pada baby dlm perut tu ni mak ni ayah ni abg dia ni akak dia.
pesan dia jgn gado² dgn adik beradik.

cakap je la apa yg ko rasa nk cakap setiap hari pd baby.

kalo let say tetiba ko ter marah, termencarut, ko mintak maaf pd baby ckp ko xsengaja, jgn ikut yg buruk.

haihhhh
aku selalu berangan nak buat begitu, aku dah ckp zam nanti kalo aku pregnant aku nk buat semua tu.
moga² satu hari nanti aku dpt laksanakan semua tu.

sebab aku nak lahirkan anak yg masuk syurga.

hari ni punya topic tanyalah ustaz, cara mendidik anak. Apa yg mak n bapak buat tu la yg anak akan buat nanti. dia ikut apa yg org tua dia buat. so kalo anak jd jht sbnrnya punca dr kita. makanya usahalah utk jadikan ibu bapa yg baik, yg taat pd Allah dan rasul.

kerana ko dah terpilih oleh Allah utk melakukan semua tu. tapi aku belum... maka jgn sia²kan peluang yg Allah beri.

dr skrg kumpul duit utk buat akikah baby nanti, ianya sunat yg sgt bagus di lakukan, mula kumpul duit dr skrg, sbb ramai org skrg bila dah lahir anak tangguhkan akikah dgn alasan xde duit tp beli bj anak mahal² ada duit. so beringat lah dr sekarang ye. ni pesanan dr Al Fadhil Ustaz Datuk Hassan Din.

-icha03- said...

wanie
kan ?
sebak

myn
ko ni kan
sll over
hahahaha
byk sgt tgk citer seram
hahahahahha

mochi
stop ah dulu
laju btol
hahahahahah
:p

chem
(airmata aku genang baca)
aku sll doa,
satu ari nnt masa kau akan tiba
insyallah. insyallah

terima kasih
atas nasihat
kata kata, info
yang sudi kau kongsi
insyallah..
aku buat nanti
alhamdulillah,
aryan punya akikah dah selesai
betul kau cakap
saving dari sekarang..
pd hal satu bahagian utk akikah tu
dalam 4++ je
insyallah
(kebetulan bby lahir, mummy dpt bonus tu)
hahahahahahah

TQ chem
*peluk cium dari jauh*
>.<

Myn said...


bukan takut ape la, takut mase delivery sbb byk sgt baca kisah org hahaah

e!ya said...

awal pembacaan tertanya siapakah malaikat itu? akhiri dengan IBU ya allah hebat sungguh seorang ibu kan..sebak sangat

-icha03- said...

mynz
tu la kan
aku ni msh trauma sbnr nye
mmg la x deliver normal
tp..
mcm2 jadi ms nk deliver tu
end up, operate juge
huk huk huk

aya
hi Malaikat pada 3 anak
;)
sehat??

jaNNa said...

kak shem : :(

mochitsuki said...

hehehe.. tade la..
tggu dulu..
tapi... aku tgk org ngandung..
alamak comelnyeee..
haih.. bile time aku..
huduh2.. tepok2 muke..