September 13, 2012

:: trifle oh trifle ::




entah apa mimpi
semalam macam teringin sangat sangat nak makan trifle
aku tahu benda tu tersangat lah senang nak membuatnya
tapi selalu macam tak jadi saje nak buat
jadi nya, semalam carik resepi yang paling mudah lah

on the way balik rumah
jem pula yang tersangat panjang
nak singgah klinik lagi
nak singgah kedai beli barang buat trifle lagi
kalau ikot kan macam malas
tapi gigih kan juga, sebab dah terasa sangat nak makan

buat semua urusan dan sampai rumah dalam pukul 8 la gitu
sampai rumah, budak kenit tu dah sibok
ye la kan, mummy sampai rumah lambat
aku kalau dah masuk kawasan rumah
aku hon, then dia akan tunggu depan pintu
aku bukak je pintu kereta dia cakap "haaaaaaaaiiiii"
tu yang buat semua penat hilang tu
huhuhuhuh
pastu dia datang, nak tolong angkat apa apa yang patot
kalau aku bagi plastik, dia sibuk la
kot ada barang untuk dia
jangan harap ye aryan
mummy takkan hari hari beli barang untuk awak
hahahahaah

sampai rumah, aku terus buat trifle tu
oh, before tu ada wassap si chem
tanya dia resepi, sebab nye aku tertinggal resepi kat ofis
then, nak beli barang tak tahu apa
aku macam pernah nampak dia buat
rupanya salah
yang dia selalu baut tu puding jagung
nasib baik aku kat luar, bukan kawasan rumah
jadinya, line DIGI clear la kan
so google kejap, then dapat la resepi trifle

oke besambung. hihihi
sampai rumah, terus laju laju buat
sebab memang tak remeh la buat nya
dalam pukul 8 lebih dah siap lah
then makan, kemas rumah, lipat kain, tengok tv
dalam pukul 10 lebih tu dah terase nak makan
jelly dah beku
so rasa macam oke la kot
terus potong laju laju
jadi..yeaaayyy
tapi sebab tak sabar sangat nak makan
sebenarnya custard tu tak berapa nak beku lagi
tapi aku bedal juga laa
jadi lah, dah rasa kan
hilang dah rasa nak makan tu

ni..pagi pagi tadi
makan lagi.. haaaaaaaaaaaa... baru lah sempurna
custard dah beku
trifle pon dah sejuk
baru lah selera
hiihihihi
nyum nyum
dah la.. itu je la cerita nak bagitau..
oh chem, aku berjaya
^-^


:: hasil nya:: 

(macam biasa.. aku tak bole berpisah dengan longan)
hiihihihi


UPDATE :: RESEPI

bahan bahan ::
1 biji cake springroll (tak kira perisa)
1 paket crystal jelly (tak kira perisa) 
1 tin fruit cocktail

aku guna brand ni

bahan custard ::
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung custard
4 sudu besar gula (agak agak)
sedikit garam
 air dari fruit cocktail

cara memasak custard:
campur kan kesemua bahan hingga tepung larut
kemudian baru nyalakan api
kacau bahan sampai pekat dan likat
sambil sambil tu bole rasa kalau kurang gula bole tambah
kalau terlebih gula (termanis) tak dapat nak tolong la
hahahahahhahaha
kemudian padam api dan sejuk kan hingga suam

*sebelum itu, potong dahulu kek agak ketebalannya
kemudian susun di dalam bekas
kemudian, tuangkan custard yang sudah suam ke atas sususan kek
lapisan ketiganya pula
tabur kan fruit cocktail
dan apa segala buah la yang kalian mahu letak
*seperti dalam gambar

seterusnya
masak kan crystal jelly
(ikot arahan di belakang kotak)
kacau hingga masak dan kemudian tuang kan ke atas lapisan ketiga
lapisan buah buah tu

tunggu sejuk sikit
kemudian baru letak dalam fridge
oke?
biar semalaman atau beberapa jam
baru lah sedap di makan
sebab sejuk
siaaaaaaaaaaaaaaaaappppp
^-^

oh ye,
nasihat dari aku
lebih baik kiranya
kalian buat di dalam bekas kecil kecil
*seperti gambar di bawah
sebab nya senang nak makan
kalau buat dalam bekas besar (macam aku)
susah nak potong nanti
sebab puding ni agak lembut
dan nak sedap
bole juga letak whipping cream kat atas nye
auummmmmmmmmmmmmmmmmmm



SELAMAT MENCUBA..!!!!!


________________________________________


dan oh ye
sempena 13 sept ni
aku nak ucap selamat ulangtahun untuk dua orang

pertama
adek ipar aku a.k.a kakde
yang ke-27 yeee???? 
dengan ucapan 
moge bahagia dan senyum selalu
moge semuanya di atur yang baik baik untuk kau
moge lekas sampai jodoh nya 
dan moge tercapai segala apa yang di impikan
insyallah



kedua
anak saudara aku
nama nya ahmad daniel durrani
yang ke-15 tahun
tahun ni nak PMR da
moge dapat keputusan yang bagus
moge selalu jadi anak yang baik
moge selalu sayang aryan
hahahahhah


adioosssss
^-^


________________________________________

eh
lupa nak bagi tau
siapa tengok Mad Market semalam?
aku memang tunggu sebab
1) pengacara si hanis zalikha
2) sebab dia jemput blogger blogger
macam semalam dia jemput si maria elena
3) semalam juga si jezmine zaidan
siapa pula yang tak kenal dia. kan?

untuk 1st episode
oke la..best.. plus si hanis tu tak kaku la
dan tak gedik juge
paling best masa dengan maria
seronok
lagi satu bestnya
dia tunjuk kat mana tempat soping yang best best
dan semalam kat melaka & OldBlossomBox
melaka memang best la kan
terutamanya jonker street 

soo ..
tunggu next week
tak tahu la pula kat mana
^-^

9 comments:

.::WaNiE::. said...

knapa ko xbubuh resipi cha?? kenapa??

cuba cerita cemana rasa dia

aku xpenah makan huhuhuh

-icha03- said...

wanie
baeeeeeeeeeeeekkkk
ko bole buat muffin
mst yang ini pon ko bole buat
oke..
jap..
UPDATE...!!!!

annapeje said...

teringgin juga...mcm sama kes dah lama nk buat tp x buat2 ahahhaa tp bkn mengandung mcm cha ahahaha :P

-icha03- said...

anna
okeee
dah bole buat
hahaha

wanie
update suda
:p

Es hash ei Ka Ei en said...

wahhh jadiii..
sng eh..
puas ahhati dpt makan tu nasib la sng..
aku belambak serbuk agar² tu
tapi tak rajennnnn
budget nk buat puding roti rainbow tu
huhhhh hampeh jeee

mad market??
aku mad sleep semalam.. lps maghrib tidur xhingat donia sesedar dah jam 2.. huwahuwahuwa..

.::WaNiE::. said...

Cha,

muffin sbb tepung dah siap mix. tinggal tambah telur ngn air kahkahkah.


Selalu tgk, tak penah rasa... tapi aku suke tgk sbb dia berlapis2... macam senang je buatnya

MACAM

haha
thanks !

Anonymous said...

sape dorang tu..??

gua x tau pun..

-icha03- said...

chem
sile rajin kan diri anda
sile gemok kan lagi suami anda
hahahahahha

wanie
seriusly
senang
cuba oke..!!!!

incik
tak kenal sudaaaaa..
tak penting..
hahahahha

jaNNa said...

time kaseeeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. luv u.