ada beberapa benda yang aku macam dah rindu sangat
rindu sampai nak nangis
iaitu
rutin aku setahun yang lalu
satu
memasak
bangun pagi pagi
kelam kabut buat breakfast untuk suami
(suami aku mau nasi goreng hari hari)
macam macam resepi nasi goreng aku buat
masak makanan untuk aryan
bekal kan ke babysitter
lepas tu balik rumah kelam kabut
kalau incik suami fetch
macam tak letih sangat lah
kalau tau, agak rushing
naik train dari bangsar
sampai rumah, naik tingkat 16 ambil si budak kecik tu
lepas tu turun semule tingkat 10 balik rumah
(perasaan nak ambil anak tu, hari hari excited)
sebab dah boleh bayangkan dia senyum bila nampak aku
aku jarang benarkan orang lain ambil aryan
termasuk suami aku, termasuk adik ipar aku
hahahahah
entah kenape, aku nak aryan cium bau aku dulu sebelum orang lain
gila tamak
melainkan aku memang tak sempat, baru aku suruh sesiapa ambil
sampai rumah, main main dengan aryan kejap
lepas tu bersilat semula di dapur
masak masak masak
lebih kurang pukul 8.30 baru siap semua
sambil sambil masak, aku akan cuci baju sekali
nanti siap sekaligus
agak mencabar bila aryan dah pandai mengacau
buat sepah, kacau pegi dapur
hik hik hik . sungguh rindu
dua
bergurau dengan incik suami, dengan adik ipar dengan aryan
kadang riuh benar
padahal cuma bertiga + si budak kecik
kakde paling rajin layan aryan time balik kerja
dia yang rajin bawak aryan jalan jalan kat luar
naik basikal, pegi playground
sebab, aku memang tak sempat la kan
nak buat kerja kerja rumah
jadinya, aku tak kesah kalau mokde dia bawak dia jalan jalan
kesian aryan kalau kene pagar je
hik hik hik
tiga
bermalas-malas di hujung minggu
seronok tgk laki dan anak sama lambat bangun
tapi kadang hati panas sebab si laki yang lebih lebih lambat
(sebab, walau pon cuti aku tetap dah biasa bangun awal)
jadi macam tunggul pula kalau da bangun cepat tu sorang sorang
huh!!
hujung minggu paling di nanti kan lah..
sebab bole sepanjang hari dok umah
kadang ajak incik somi jalan jalan
pergi taman la paling dekat pon
snap sana. snap sini
paling jauh balik batang kali la
bawak aryan jumpa nenek dan atok
empat
tiap hujung minggu sama sama belanja barang dapur
selalu nya lokasi :: tesco
buat list, apa yang dah habis, apa patut di beli
sebab sama sama gaji ciput
jadi; ber agak-agak
hik hik hik
paling seronok kalau dapat beli baju aryan
baru tau lah macam mana jadi mak bapak kan
semua pon kena pandai pandai bajet
kalau silap, memang merana lah sampai nak tunggu gaji seterusnya
hahahahahhahaha
lima
ada satu port tempat aku termenung
kat balkoni belakang rumah
kalau berdiri situ, di luar sana akan nampak satu bukit
aku selalu bayangkan, di belakang bukit tu adalah rumah family aku di JB
aku selalu sedih, gelak dan berangan sendiri kat situ
kalau time pagi aku boleh bayangkan
mesti diorang tengah riuh ramai2 bersarapan sama
sebab memang tradisi keluarga aku
pagi (lebih lebih lagi time cuti) mesti makan sama sama
tak kira kau tengah tidur ke ape, dah mandi ke belum
kau mesti kene bangun untuk sarapan sama sama
jadinya, kadang aku rasa sunyi time pagi pagi
soo, aku suka duduk kat situ layan perasaan
enam
perasaan excited masa nak balik kampung
hahahahaha
seronok betul rasa
kalau incik somi kata balik esok subuh
aku rasa sepanjang malam tu aku memang tak tidur kot
hahahahahha
seriusly
rasa melonjak-lonjak betul
sebab kadang kan aku 2-3 bulan sekali baru balik JB
so..memang rindu sangat2 la kan
tujuh
gaduh
biasa la kan
mane nak elak gaduh antara suami isteri
antara aku dan adek ipar
kadang ada rasa tidak puas hati
kadang ada masa terlajak kata
aku cuma ada ruang kecil di rumah itu untuk luah segala
iaitu bilik tidur kami
di situ lah tumpah segala
gaduh, tangis, gurau manja
sebab ada adik ipar, jadi ada benda yang kami tak perlu tunjuk kan
aku beruntung sebab punya adek ipar yang selalu beralah
kadang dia tau aku tengah marah
atau mungkin aku tengah rasa tak mau berbual
dia akan diam sepanjang masa
sampai kadang aku rasa bersalah sebab punya perangai yang macam ni
cuma nya, aku ni manusia biasa
ada masa, emosi aku tak stabil
aku tidak sempurna sentiasa
tapi aku rasa, gaduh gaduh begitulah yang buat aku makin sayang
sayang dengan adek ipar aku
sayang dengan suami aku
sebab suami aku adalah orang yang selalu cuba untuk jadi manusia adil
antara aku dan adik ipar
tersepit. itu situasi dia
aku paham
tapi, itu lah peranan suami. kan?
sabar. kan?
lapan
bertungkus lumus mengemas rumah bersama
seronok kemas sama
rasa macam cepat je siap
lagi best kalau dah penat penat tu
incik somi cakap
"tak payah masak lah, makan luar saje"
wawawawawahhhhhh
seronok betul rasa
hik hik hik
dan sebenarnya
sesuatu yang paling aku rindu adalah
RUMAH
yang aku tau aku cuma ada satu rumah
flet yang kecil itu
yang tidak sebesar rumah aku di kampung itu
yang hanya punya 2 bilik itu
dapur yang begitu kecil
yang selalu buat aku pening nak simpan barang di mana
bilik tidur aku yang belum sempurna siapnya
yang belum cantik elok susunnya
rumah yang memang serba serbi belum pulih sepenuhnya
dan juga lagi satu bilik yang aku selalu idam untuk deko menjadi bilik putera ku
yang memang aku belum mampu untuk ubah apa apa
ruang tamu yang begitu sederhana
yang kadang aku rasa bosan lihat susun atur yang sama
-------
tapi, semakin hari
rumah itu lah yang aku rindu selalu
tak cantik. tak besar
tapi; itu syurga aku
di situ aku membesar kan aryan
rumah yang aku rasa macam penjara sebab tak nampak tanah
rumah itu lah yang aku rindu sejak akhir akhir ini
aku rindu segalanya di situ
segala sepah, segala ketidaksempurnaan, segala kekurangan
aku rindu semua nya
dan aku rindu segala memori di situ
kalau pun satu hari nanti
itu bukan rumah kami
tapi aku takkan lupa segalanya tentang rumah itu
aku terlalu sayang
sampai aku cakap dengan suami
"tolong bawak gua balik ke syurga kita"
aku rindu
-------
tahun depan sudah ber empat
moge ada rezeki untuk kami kembali bersatu
di bawah satu bumbung
insyallah
doakan
ye?
^-^
10 comments:
aminnn...
amin....1 hari nanti eh
aminn..
:)
beb.. walau kau dekat..
atau kau jauh..
aku tetap xde rezeki jumpe kau..
kannnn
amin..
chi pon sm mcm ko
haih.. susah kan ayaaa...
menjadi seorg chi..
wakakaka
incik, Myn, Wanie;
tenkiu
amiinnn
mochi
tau xpe
memang belum smpai jodoh kite
kan?
aya
tenkiu ye
;)
cpt la blk dok sini..
ada gak jiran aku nk singgah..
boleh kami² main dgn aryan n baby baru nanti..
aamiin. mampirlah ke bandung ;)
salam kenal...
chem
alahai...
kau ni...
:(
juniper lane
hi..
salam kenal..
mau ke sana lagi
insyallah, nanti
Post a Comment