tengah sedap tidur
(almaklum lah dah start bercuti)
aku dapat sms di awal pagi
"hye kakak! selamat memulakan hari2 cuti
maaf jika kebelakangan ini kurang berkomunikasi dengan kamu
sebab kamu sudah ada adik2 yang lain
terasa jauh hati
tambah lagi tebaca kata2 selamat tinggal di FB semalam hanya untuk mereka
tak mengapa. itu hak kamu
moga Allah sentiasa melindungi kamu kakak
doakan kamu selamat bersalin dan dikurniakan anak yang soleh
moga Allah mempermudahkan segala urusanmu
moga anak yang bakal lahir itu akan menjagamu dengan baik di kala waktu tua mu
Ya Allah, aku mohon pada Mu agar kau lindungi kakak ku ini, rashidah
dan juga anak yang bakal dilahirkan nanti
kerana dia adalah antara orang yang aku sayang
jaga diri kakak
maaf kan segala salah dan silap
sayang kamu kakak"
jujur. aku tersentap baca sms ini
macam baru tersedar
ape yang aku dah buat?
oh my....!!!
risau nya hati kalau aku sudah buat seseorang berkecil hati
dan sampai ke waktu ini (2340hrs)
aku masih belum mampu untuk reply apa apa
aku tak tahu apa yang harus aku katakan
minta maaf kembali?
oh. sungguh aku tak pasti
yang aku tahu, dia mesti ternanti-nanti dengan balasan aku
oke lah
ceritanye begini
aku dan dia berlainan jabatan
tapi kami memang selalu berurusan
dari dulu aku kerja, berhenti, masuk semula, berhenti dan masuk lagi ke syarikat itu
aku masih harus berurusan dengan dia
dia adalah antara orang yang sangat fleksibel
dia tahu nak bezakan waktu bekerja dan tidak
makna nya
dia boleh bermusuh dengan aku atas term kerja
tetap dia akan berubah jadi adik yang baik di luar waktu kerja
atau pon di ketika aku mahu cerita cerita saja
tapi
sejak kebelakangan ini
situasi kerja jadi makin meruncing
bukan salah dia. bukan juga salah aku
kami macam tersepit
(atas term kerja)
dan lagi lagi dengan keadaan aku yang serba sensitif (ketika ini)
aku cepat betul terasa dengan setiap apa yang dia kata
pada hal itu semua fact
aku begitu cepat lupakan dia
dan yang seperti dia cakap
aku sudah punya adik adik yang lain
yang lebih tidak menyakitkan hati
(mungkin sebab aku tiada urusan kerja dengan mereka)
kemana saja kami pasti berlima
tiap aktiviti pasti berlima
kalau aku tiada, semua aktiviti akan di tag aku
gambar. status or apa apa saja
dan aku, terusk melupakan dia yang lagi seorang
disebabkan dia juga membisu
jadi aku anggap, ini semua tiada apa
aku anggap dia juga sudah melupakan aku
hanya cari aku bila perlu
maknanya atas urusan kerja
jadi kami tidak lagi berborak tentang kami
tiada lagi cerita tentang masak memasak
tiada lagi cerita tentang shoping
dan tiada lagi dengar resah dia tentang diri yang masih berusaha untuk berzuriat
aku dan dia memang macam sudah terlalu jauh
tiada lagi intekom antara satu sama lain
kadang jari mahu mendail, tapi di lupakan saja
segala soal jawab melalui emel
kami masih satu van
tapi diam membisu
kami hanya senyum dari jauh
hanya pandang memandang
entah. seperti sudah tiada apa
seperti tidak pernah ada kenangan antara kami
salah aku mungkin?
terlalu ikut perasaan
tidak tahu membagi rasa antara kerja dengan tidak
terlalu emosi mungkin
dengan alasan mengandung dan harap kan orang lain mengerti perasaan aku
entah aku tidak tahu
yang pasti nya
ada rasa tidak tenteram dalam diri aku
sejak pagi tadi
ada rasa bersalah dalam diri
sejak terima sms itu
aku perlu minta maaf?
atau aku perlu diam saja?
ahhh ... ego sungguh
________________________________________________
wahai adik ku
akak mintak maaf
tiada niat untuk melupakan kesah kita
tiada niat untuk buang kamu terus dari hati akak
sungguh tiada
cuma
keadaan betul betul buat akak seakan mahu menjauhkan diri
awak tak salah
sungguh tidak
akak. mungkin
terlalu ikut rasa hati
dan awak tetap tidak salah sebab awak hanya buat kerja awak
cuma kadang mungkin,
kata kata awak menyinggung perasaan akak
sindiran awak (tentang kerja) mengguris hati akak
akak minta maaf sebab belum mampu untuk balas sms awak
akak tidak pasti apa yang perlu akak tuliskan
insyallah
nanti. keadaan akan kembali pulih
insyallah
nanti. semua akan baik baik saja
akak juga sayang kamu
selalu
biasa lah, adik & kakak
kadang kadang berselisih juga
kan?
jaga diri.
ye?
moga tidak pernah lupa kan akak
^-^
4 comments:
alahai :)
surely she will understand nanti, lagi2 kalau dia baca ini :)
salah mereka dan keluarga mereka.
huahuahuahua..
eleh aku pon terasa ok..
dah lama x berwhatsapp
uhuk uhuk..
sentap gak ni..
tetibaaaa
hahahah stress kan ko terus terberanak normal.
ha..haaa...x tau.. hikhik..
gedik la ghin ghinnnnnnnn hahahha!!!
Post a Comment