February 7, 2014

:: selepas 10 bulan ::

10 bulan. dah 10 bulan rupanya aku tinggalkan ruang ni
pada hal ni lah tempat favourite masa sedih masa gembira
ini lah tempat luah segala
entah lah. entah kenapa hari ni macam terpanggil untuk lihat-lihat sini
usha page kawan-kawan blogger
usha cerita-cerita lama
seronok betol. hahahah

kau apa cerita? sihat?
ada cari aku? rindu?
hari tu ada sekali minta tolong Fynnjamal promo kan IG shaklee
ada sorang tu komen "cha..bile nak blogging balik?"
hahahah
terkejut betol. kenal pulak dia
siapa yang komen tu meh komen kat sini
nak tengok awak yang mana satu

eh..jari macam kaku nak type. macam tak biasa
apa nak cerita ni?
banyak sangat nak cerita sepanjang 10 bulan sepi
aryan dah nak masuk 4 tahun (21 mac)
affan dah setahun
aku pulak nak masuk 33 tahun (3 mac)
suami aku 32 tahun (9 apr)
dan usia perkahwinan kami masuk 5 tahun, 2mei nanti 

sekejap sangat masa berlalu
pejam celik, pejam celik, dah ber empat sekarang
tapi itu lah .. masih berjauhan. 
kami di JB , suami di KL
impian; tahun ni bersatu di bawah satu bumbung
tak kira lah, JB atau KL
yang penting di bawah satu bumbung

oke. cukup lah ini dulu untuk 1st entry ni (lepas 10 bulan)
harap di maafkan lah
hihih

oke.. aku belanja sikit gambar masa birthday affan haritu
sikit je la
^-^

____________________________________________________________