August 26, 2009

:: akhir nya ::

aku dapat call dari kampung
actually bukan ke aku, tapi pada encik suami
tapi aku yang angkat sebab
aku memang tak bole tido dari pukul 2 pagi
akak aku yang call
dia kate;
abang aku dah takde
dia dah pergi
dia dah meninggal
baru kejap
maknenya dlm pukul 3.15 gitu
dia tak mahu call hp aku sebab tak mahu aku terkejut
tak lama cakap, amin; anak saudara aku pulak call
dia kate; "cik..bapak amin dah takde"
aku tak bole nangis masa tu
aku cakap dia; "amin jgn sedih2 oke"
lepas tu dia kate; "cik kasi tau kat cik aswad k"
lepas tu aku letak phone
aku terdiam
aku kejut encik suami
tak bangun
sampai 3 kali, aku kate "sayang...abang dah meninggal"
dia bangun. terduduk
dia peluk aku
lepas tu baru aku nangis. nangis puas puas

aku sedih. sebab akhirnya aku tak dapat juga jumpa dia
memang dia cuma abang ipar
tapi dia dah macam abang sendiri
dia paling banyak bantu aku
bagi belanja masa aku tengah belajar
rajin bawak kitorg jalan jalan klu pegi spore
rajin beli kan kami macam macam
rajin belanja makan
tak pernah berkira
malah, masa nak keluar kan si putih
duit dia yang aku pakai sebagai wang pendahuluan
dia la yang sungguh sungguh suruh aku beli si putih
kalau tak, sampai sekarang pon aku takde kereta agaknya

nak cerita pasal kebaikan dia
memang tak pernah abis
banyak sangat
nanti aku lagi sedih
family kat kampung semua kate jangan pikir sangat
tak elok untuk baby
mane bole aku tak pikir
mane bole aku tak sedih

aku teringat mak cerita
masa dia tengah tenat minggu lepas
dia sempat cakap kat mak
akak aku baik. dia beruntung sebab dapat kahwin dengan akak aku
dia cakap terima kasih sebab beri akak aku pada dia
dia kate, sekarang dia tak bole jaga akak aku lagi
dia pulang kan semula akak aku pada mak aku
bahagia jadi seorang isteri bila suami cakap mcm tu

semua dah gerak ke spore lps sahur tadi
aku?
entah la
aku tak tahu

tolong ye
sedekah kan alfatihah untuk abang aku
terima kasih

August 25, 2009

:: mari berpuasa ::


aku MC 2 hari
jumaat & isnin
aku muntah dan pening yang teruk
tak larat & tiada daya rasa nya nak ke ofis
Alhamdulillah, budak ofis aku paham
harap dia betul betul paham la

di sebabkan aku cuti semalam,

so ada la peluang masak untuk encik suami
heh
siapa siapa yang betul betul kenal aku
mesti tahu yang aku memang tak pandai masak pon
pandai sikit tapi memang tak sedap la =)
semalam tiba tiba terliur nak makan nasi ayam penyet
terpaksa la menghabis kredit aku untuk sms akak kat JB
heh
Senang jek rupa nya :)
sambal pon jadik

masa aku tengah tumbuk tumbuk sambal
family aku sibuk sms
mengacau saje
akak aku kate semua excited bila tahu aku masak
tak senonoh betol
pada hal sebelum ni aku selalu jek masak
hari hari lagi untuk encik suami
saje je la tuh

yang paling penting encik suami suka
dia kata sedap
dia kata suruh aku duduk rumah saje
bole masak selalu untuk dia
aku nak jek, best wooo duduk umah
lelagi dengan aku tengah pregnant ni
memang malas nak pergi kerja
seronok tengok dia makan semalam
terima kasih ye, sebab lu suke gua masak semalam
*peluk kuat kuat*


aku add pic ni atas permintaan chem
psl resipi tu, nanti2 la aku email kat ko
malu la :">
erkk..dah ade incik BF ?
wawawawawa
x citeeeee pon

ape menu hari ni yee
ermmm ...



_______________________________





.::WaNiE::. said...
weh abg ipar ko kenapa.
jangan rindu2 kampung sangat..
kan ke best spending time with somi
rehat bebanyak okeh
August 25, 2009 9:05 AM



abang aku saket asma
doc kate memang takde harapan
tapi aku harap dia akan terus sehat
spending time dengan encik somi
memang la best. tersangat best
walau kadang kadang ada gado skit
ada rasa tak puas hati sikit
ada masam muka sikit
tapi dia tetap suami tercumil
cuma rasa rindu pada orang orang di kampung
tetap padu dalam hati
kadang kadang aku nangis sendiri
kadang kadang aku rindu sangat dengan mak & bapak
kadang kadang aku rasa sunyi sangat sebab dah biasa riuh di kampung

pernah satu hari, encik suami kejut aku
aku tengah nanges nanges sedu sedu
aku mimpi bapak aku
entah kenapa aku rasa sayu betul
dan aku tak sedar pon yang aku nanges
ujung minggu tu juge encik suami ajak pulang JB


dan entah kenapa, masa on the way nak pegi rumah mertua
aku nangis dengan rasa sayu yang amat
aku rasa lain sebab hari pertama puasa bukan dengan family aku sendiri
(dan aku pasti rasa lagi sayu masa hari raya pertama nanti)
aku tahu, encik suami terasa hati
cuma aku arap dia paham apa yang aku rasa
baru 3 bulan aku tinggal kan kampung
dan aku rasa 3 bulan tu belum cukup
untuk aku hakis rasa rindu pada mereka
dia pujuk aku, ingat kan yang kita akan pulang kampung jumaat nanti
aku tahu. aku angguk berkali-kali tanpa suara
tapi air mata tetap laju
aku cuma rindu
rindu dengan suasana sambutan puasa tuh
rindu dengan kecoh nya bersahur
kecoh nye berbuka
berebut-rebut masa makan
dan aku nangis lagi bila
akak aku sms
"kitorang nak pegi surau. terawih. ko terawih tak? "
"kitorang nak pegi bazaar, ko buke ape? "
rindu.
tu je yang aku boleh kata

*kesat air mata*



haaaihhh kekaseh,
gua mintak maaf kalau lu selalu terase hati bile gua nangis
tapi percaye lah
gua selalu happy dengan lu
walau sejak gua pregnant ni
gua berubah. banyak. gua tahu
tapi rasa gua. cinta gua. selalu untuk lu

kite hadap benda ni sama sama ye?

August 21, 2009

:: selamat berpuasa ::

hari ni 21 Aug, makna nya dah hampir sebulan aku tinggal kan blog ni
bukan tak rindu nak menulis
bukan tak ingat dengan kawan2 blog
tapi dengan situasi sekarang
aku memang tiada mood untuk coret apa2

sekarang aku baru tau
manusia paling kuat di dunia tu
adalah perempuan
heh
sebab, kalau tak kuat hati ini
memang tak sanggup rasa nya nak bertahan
letih nya, sukar nya, tension nya masa mengandung
sensitif yang berganda-ganda
rasa malas yang tak terbendung
rasa tak larat yang kadang2 membawa aku nangis sorang2
rindu keluarga kat kampung
bebanan kerja
semua jadi satu
cuma berharap encik suami selalu sabar
selalu tenang menghadapi saat2 emosi aku yang sedang tidak menentu ni<>
banyak sebenar nya yang berlaku sepanjang sebulan ni
abang ipar aku, tenat di singapura
aku sendiri tak pasti, aku sempat lihat dia atau tidak
dengar suara akak menangis di telefon
dengar suara anak saudara nangis di telefon
hati siapa yang tak sedih
cuma menaruh harapan agar dia cepat sembuh
agar ada peluang untuk aku jumpa dia
kalau memang umur dia tak panjang, moga aku sempat cium tangan dia
terlalu banyak bantuan dia pada aku
memang akan aku kenang sampai mati
moga ct & seluruh family tabah ye
insyallah, ada kesempatan kita pasti jumpa


__________________________________


owh ye, esok sudah puasa
kadang2 rasa syahdu sebab teringat keluarga di kampung
pertama kali berjauhan dengan diorang
buat hati rasa sayu
teringat kalau masa ni, mesti tengah sibuk rancang nak masak apa
heh
alaaa... sudah la
sekarang sudah jadi isteri
keutamaan perlu dengan suami
petang ni akan pulang ke rumah mertua
bersahur dan berbuka di sana la

aku tidak sabar menunggu minggu depan
Insyallah mahu pulang JB
rasa hati dah sampai ke sana
cuma badan di sini

sabar laaaa hati ;


______________________________


mahu tahu pasal baby aku?
*senyum lebar*




11 weeks pregnant

"Your fetus now looks like a baby,
with tiny but fully formed fingers and toes.
As his body grows
and becomes more developed and functional,
he'll start twisting and
turning like an acrobat,
cushioned and protected by your amniotic fluid.
You, on the other hand,
are probably feeling less like a gymnast every day.
Leg cramps, which can sometimes
be a sign of calcium deficiency,
and heartburn
(caused by pregnancy hormones that
relax the valve which separates the oesophagus from the stomach)
may be annoying you during the day
and keeping you up at night.
Just remember,
all this suffering is temporary -
and it's all in a good cause -
you're having a baby!"
___________________________________

oke da.
aku nak siap2
nak pegi umah mertua
nanti ada mood aku coret lagi
doa kan aku dan baby selamat dan sihat selalu
selamat berpuasa kepada semua!!
maaf kalau ada kata2 yang menyakitkan hati
see yaa..!!
^-^