November 14, 2014

:: #ichafootsteps ::


pada yang kenal aku
mesti tahu yang aku suka ke cafe yang cantik deko nya
dia tidak perlu popular
tidak perlu lokasi di bandar besar
tapi yang penting, deko nya cantik
itu saja

untuk itu
aku buat satu hashtag #ichafootsteps
aku akan share mana mana tempat yang aku sudah jejak
tidak kira lah di mana saja

last week aku ke satu cafe
VCR @ Jalan Galloway
mula mula nampak aku sudah jatuh cinta
ajak suami dan anak anak ke sana
senang saja dari rumah
memang cantik dalam nya
deko nya, dessert nya, suasana nya
best.

tips : 
1) jangan parking bersepah. 
sebab masa kami sampai, DBKL sedang operasi tow kereta
kesian satu couple tu tak sempat kejar
kereta dah kena tow
memang kebetulan kami baru sampai
terus tukar parking
hahahahahahha

2) jangan risau if hp low batt
di setiap meja ada servis plak
siap ada extension
kot nak bawa laptop pun boleh

3) datang sini hanya untuk lepak.
jangan di harap makanan berat berat
sebab cuma ada coffee, minuman sejuk & kek

4) bersedia untuk hadap full house 
sebab kerusi meja tidak begitu banyak
maka mungkin juga kau akan tidak punya seat nanti

5) nasib baik dapat lah lepak kat balkoni luar
hirup udara segar
ewaaaahh 
hahahaha 

okeh
sini belanja pic


**ihsan google









November 3, 2014

:: Asrama-Ra All Stars ::





19 october lepas aku & ella ke KL-PAC
nonton teater
giteeewwww 
pertama kali seumur hidup kami berdua nonton teater
gelabah & excited sikit la kan
first time la katakan

asrama ra all star jadi pilihan
tujuan asal pasti lah mahu lihat itu FynnJamal
tapi da jadi bonus la sebab ada ramai lagi artis lain

cerita dia best
kelakar + tersentuh + sedih + realiti
dah memang betul apa yang dia kisahkan
susah sangat nak jumpa orang yang boleh jaga elok elok rahsia kita
mencanang kisah buruk orang itu dah macam biasa sangat
bila kita jadi orang pertama yang menyampai rasa macam dah hebat
haaihhh
pathetic
kasihan dengan naseb nor @ fynnjamal
sebab aku percaya itu adalah realiti
betapa deritanya orang yang di canang
betapa sengsara nya dia untuk hadap manusia

percayalah
bila kau di pilih oleh seseorang untuk berkongsi cerita
itu maknanya kau adalah orang yang paling dia percaya
belajarlah untuk menutup cerita
belajarlah untuk menjaga aib orang lain
insyallah
aib kau pula akan terjaga

________________________________________

meh belanja pic sikit


tengok
kita berdua yang terpaling depan
terpaling
vavavavavvaahhhh







dear fynn
alhamdulillah dah semakin tinggi
semoga takkan pernah lupa di bawah
dah bertahun saya kenal awak
sebelum awak sebegini dikenali
di ruang blog ini lah kita bertemu
di lanjut kan lagi ke ruang friendster
semoga awak tetap fynn yang saya kenal bertahun dulu
moge Allah merahmati awak + tri + juna
take care selalu


^--^



November 2, 2014

hi November..!!!

1 November 2014

Aku sepatutnya bermula semalam untuk entry pertama dalam bulan november
Ada cabaran untuk menulis blog setiap hari dari Master in Shaklee aku
Dia yang tidak pernah putus asa untuk push anak cucu untuk aktif
Dia yang tidak pernah putus beri galakan
Dan tak pernah berhenti membebel pada kami
Marah sebab sayang
Kan?

Maka anggap lah entry pertama ini adalah untuk 1november
Dan aku akan bercerita panjang untuk entry kedua di 2november.
Iaitu hari ini
Boleh?

Kih kih kih
^-^

_________________________________________________


2 November 2014

Okay kita mula kan dengan aktiviti aku di awal oktober hari tu
Entah macam mana aku terjumpa aktiviti best di Petaling Jaya
Trampoline.
Tapi ini sangat besar dan macam nak bawak kita ke zaman kanak kanak
Boleh bawak anak anak
Dan bole bergila bersama
Rasa macam pergi ber-4 tak seronok
Terus kawtim dengan cik puan ella
Ngam
Deal

Tak susah pon nak carik
Google maps or waze saja.
Senang.

Di galakkan untuk booking & buat bayaran secara online
Di khuatiri bila sampai dah full
Sebab bila tengok jadual every hour tu memang selalu nampak almost full
Satu jam rm25 untuk peak hour
Satu jam rm22 untuk hari biasa
Kanak kanak 3 tahun ke atas perlu bayar sama harga
Dan yang 3 tahun ke bawah F.O.C
Untunglah cik puan ella
Anak anak beliau dua dua 3 tahun ke bawah
Dan aku perlu bayar untuk aryan
Dan jangan di lupa
Perlu bayar rm4.50 untuk stokin khas di sana
Dewasa & kanak kanak : same price
Tak payah berangan bawak stokin dari rumah
Tak boleh pakai. Kih kih kih

Kau akan di beri tag untuk kau pakai selama sejam lah
Then bila da start kau main la sampai berguling
Anak anak paling seronok
Sebelum ni asik lompat atas katil
Kali ni dapat lompat puas puas mesti lega
Peluh satu badan

Agak adak da cukup time
Nanti dia announce untuk halau kau keluar
Hahahah
 Masa tu mesti rasa “alaaaa..da abes?????”
Haaa...giteeewwww
Rasa tak puas
Kih kih kih

Better masa kau beli online tu
Kau tengok mana yang tak ramai sangat orang
Sebab kalau main ramai ramai tak best
Rasa macam tak puas nak melompat tuh
But seriously, its fun
Pergi lah..!!!
Untuk info lanjut -- > JUMPSTREET


Have FUN ... !!!


** meb belanja gambo sikit **









video nanti lah share
ye?
seronok kalau tengok video
hahahah

adios
^--^

____________________________________________

sesambil itu
November bulan Promo Omega
meh kalau mau
contact saye
..



assalamualaikum