December 19, 2012

:: salah siapa? ::




tengah sedap tidur
(almaklum lah dah start bercuti)
aku dapat sms di awal pagi

"hye kakak! selamat memulakan hari2 cuti
maaf jika kebelakangan ini kurang berkomunikasi dengan kamu
sebab kamu sudah ada adik2 yang lain
terasa jauh hati
tambah lagi tebaca kata2 selamat tinggal di FB semalam hanya untuk mereka
tak mengapa. itu hak kamu
moga Allah sentiasa melindungi kamu kakak
doakan kamu selamat bersalin dan dikurniakan anak yang soleh
moga Allah mempermudahkan segala urusanmu
moga anak yang bakal lahir itu akan menjagamu dengan baik di kala waktu tua mu
Ya Allah, aku mohon pada Mu agar kau lindungi kakak ku ini, rashidah
dan juga anak yang bakal dilahirkan nanti
kerana dia adalah antara orang yang aku sayang
jaga diri kakak
maaf kan segala salah dan silap
sayang kamu kakak"

jujur. aku tersentap baca sms ini
macam baru tersedar
ape yang aku dah buat?
oh my....!!!
risau nya hati kalau aku sudah buat seseorang berkecil hati
dan sampai ke waktu ini (2340hrs)
aku masih belum mampu untuk reply apa apa
aku tak tahu apa yang harus aku katakan
minta maaf kembali?
oh. sungguh aku tak pasti
yang aku tahu, dia mesti ternanti-nanti dengan balasan aku

oke lah
ceritanye begini
aku dan dia berlainan jabatan
tapi kami memang selalu berurusan
dari dulu aku kerja, berhenti, masuk semula, berhenti dan masuk lagi ke syarikat itu
aku masih harus berurusan dengan dia
dia adalah antara orang yang sangat fleksibel
dia tahu nak bezakan waktu bekerja dan tidak
makna nya
dia boleh bermusuh dengan aku atas term kerja
tetap dia akan berubah jadi adik yang baik di luar waktu kerja
atau pon di ketika aku mahu cerita cerita saja

tapi
sejak kebelakangan ini
situasi kerja jadi makin meruncing
bukan salah dia. bukan juga salah aku
kami macam tersepit
(atas term kerja)
dan lagi lagi dengan keadaan aku yang serba sensitif (ketika ini)
aku cepat betul terasa dengan setiap apa yang dia kata
pada hal itu semua fact
aku begitu cepat lupakan dia
dan yang seperti dia cakap
aku sudah punya adik adik yang lain
yang lebih tidak menyakitkan hati
(mungkin sebab aku tiada urusan kerja dengan mereka)
kemana saja kami pasti berlima
tiap aktiviti pasti berlima
kalau aku tiada, semua aktiviti akan di tag aku
gambar. status or apa apa saja
dan aku, terusk melupakan dia yang lagi seorang

disebabkan dia juga membisu
jadi aku anggap, ini semua tiada apa
aku anggap dia juga sudah melupakan aku
hanya cari aku bila perlu 
maknanya atas urusan kerja
jadi kami tidak lagi berborak tentang kami
tiada lagi cerita tentang masak memasak
tiada lagi cerita tentang shoping
dan tiada lagi dengar resah dia tentang diri yang masih berusaha untuk berzuriat
aku dan dia memang macam sudah terlalu jauh
tiada lagi intekom antara satu sama lain
kadang jari mahu mendail, tapi di lupakan saja
segala soal jawab melalui emel
kami masih satu van
tapi diam membisu
kami hanya senyum dari jauh
hanya pandang memandang
entah. seperti sudah tiada apa
seperti tidak pernah ada kenangan antara kami

salah aku mungkin?
terlalu ikut perasaan
tidak tahu membagi rasa antara kerja dengan tidak
terlalu emosi mungkin
dengan alasan mengandung dan harap kan orang lain mengerti perasaan aku
entah aku tidak tahu
yang pasti nya
ada rasa tidak tenteram dalam diri aku
sejak pagi tadi
ada rasa bersalah dalam diri
sejak terima sms itu

aku perlu minta maaf?
atau aku perlu diam saja?
ahhh ... ego sungguh 

________________________________________________

wahai adik ku
akak mintak maaf
tiada niat untuk melupakan kesah kita
tiada niat untuk buang kamu terus dari hati akak
sungguh tiada
cuma
keadaan betul betul buat akak seakan mahu menjauhkan diri
awak tak salah
sungguh tidak
akak. mungkin
terlalu ikut rasa hati
dan awak tetap tidak salah sebab awak hanya buat kerja awak
cuma kadang mungkin,
kata kata awak menyinggung perasaan akak
sindiran awak (tentang kerja) mengguris hati akak
akak minta maaf sebab belum mampu untuk balas sms awak
akak tidak pasti apa yang perlu akak tuliskan

insyallah
nanti. keadaan akan kembali pulih
insyallah
nanti. semua akan baik baik saja
akak juga sayang kamu
selalu
biasa lah, adik & kakak
kadang kadang berselisih juga
kan?

jaga diri.
ye?
moga tidak pernah lupa kan akak
^-^

December 17, 2012

:: menanti ::




17December.
aku masih bekerja
tak sampai hati nak kecewakan bos
sebab dia mintak sangat aku datang kerja untuk hari ini
jadi nya, aku datang juga
aku pon rasa masih ade kerja yang tertunda
plus hati tak tenteram nak tinggal clerk aku ni sorang sorang
boleh ke tidak dia handle kerja sorang sorang
alahai
kalau dia fail, means aku yang fail
sebab gagal nak turunkan segala ilmu
harap dia boleh hadap la semua benda
go nana goo...!!!

macam yang aku cakap
hari ini aku kerja last day
esok & lusa (18 & 19dec); aku amek unpaid leave
khamis (20dec) johor public holiday
jumaat (21dec) aku apply cuti since balance cuti aku cuma tinggal sehari
sabtu (22 dec) aku rest kat rumah n main puas2 dengan aryan
ahad (23dec) aku admit. terpakse berjauhan dengan aryan
isnin (24dec) insyallah aku di operate
selasa (25dec) tak mungkin aku dah boleh discharge. masih di hospital
rabu (26dec) harap sudah boleh pulang
begitulah rancangannye jika di izinkan Tuhan
aku harap, berjalan seperti dirancang lah

semalam dah siap pasang segala perabot baby
(cewaahh macam banyak jeee)
katil baby
rak tempat baby mandi
senang hati aku
nanti dah nak dekat baru susun baju baju baby
sarung bantal, sarung tilam semua mak aku dah siap kan
ade dua kaler
satu set hijau, satu set pepel
cita cita aku nak pakai kaler hijau dulu
tapi mak aku belom siap kan sarung bantal nya
hihihihi
semalam aryan dah test baring kat rak mandi dan katil
bukan main lagi dia
gedik betul


sampai sini saje lah dulu update aku
esok esok aku update lagi
live dari rumah
hahahahah
harap line digi baik lah dengan aku
selamat bercuti u oollsss
^-^

December 14, 2012

:: its confirm..!!! ::




isnin dan selasa adalah waktu balik kerja,
paling azab sejak aku mengandung
dua dua hari aku kene ngadap jem yang panjang
mungkin oke kalau aku bukan di hujung kehamilan seperti sekarang
hari pertama belum sempat sampai rumah aku dah muntah kaw2 dalam kereta
sebab perot masuk angin kot
aku tak boleh lambat makan
kalau lambat confirm muntah punya
nasib baik ada cardigan tertinggal dalam kereta
kalau tak memang abes la kusyen kereta tu
hari kedua pon sama
tapi oke sikit dan tak sempat muntah la pon
tapi kaki semua cramp
rasa macam nak nangis je
tapi tabah kan juge la kan
hasilnya hari selasa, aku susah nak bangun pagi
dan apa lagi.. mc la kan
tak larat la..

macam yang aku janji kat entry bawah
semalam aku check up @ 13dec
jadi nya..kedudukan baby masih lagi transverse
maknanya, confirm lah aku masuk wad 23dec ni
dan di bedah 24dec
mungkin tuhan memang belum mahu beri aku peluang untuk normal
atau pon tuhan itu tahu,
yang aku memang masih trauma dengan pengalaman lalu
ah..apa apa pon, aku redha je lah
kalau kata lah sebelum 24th ni baby nak keluar normal
aku hadap saje lah
doa kan yang terbaik la ye kawan kawan
tapi, yang kelakar nya
kalau last week aku check up, baby punye kepala belah kanan
kali ni kepala dia belah kiri pula
hahahaha.. dia memang dengar mummy cakap suruh pusing
tapi just tukar kedudukan kepala je..posisi nye tetap sama
melintang juge
suke hati kau lah nak..!!!
yang penting semua selamat la nanti. insyallah

aku rasa hari ni aku last day kerja kot
minggu depan untuk orang Johor ada lagi 4 hari bekerja
sebab 20dec tu public holiday
so aku dah apply 1 hari cuti (annual leave-balance cuti)
dan aku terpaksa ambil 3 hari unpaid leave
aku dah cakap dengan incik bos
tapi bos mintak aku datang kerja isnin ni
tapi bila aku check balik,
isnin ni aku ada last check up kat klinik
entah lah ye
tengok la nanti macam mana
nak kerja ke tak isnin
tapi .. alahai.. banyak nye gaji kene potong..
tapi aku memang dah terpakse cuti awal
aku rasa da tak mampu nak drive da
ni..duduk lama2 kat kerusi pon aku asek cramp je
nak  pergi toilet pon jalan macam semut
soooo...tabah je la tengok gaji kene potong tu
nanti nak claim dengan incik husband
hahahahahah

dan oh yeee
untuk tahun kedua
tak dapat lah aku nak join perjumpaan permbahagian harta pada 1jan2013
aku dah amanah kan bos aku untuk ambil kan surat bonus aku
owwhh .. entah berapa bulan la rezeki bonus tahun ni
harap2 lebih lah dari tahun lepas
hik hik hik
eh... ape ape pon..syukraaannn...!!!

nanti..insyallah
kalau line internet kat rumah tu elok
aku akan keep on update ye?
jangan sampai lupe kan aku yee
terima kasih sebab selalu beri kata kata semangat untuk aku
tak kira la siapa pon kalian
aku selalu hargai itu
take care bloggers..!!!

nak buat ucapan maaf maafan,
tapi nanti lah dulu ye
nanti dah nak beranak baru aku ucap
hahahahahaha
ape pon,
aku sayang kalian..!!!

adioooss...
^-^

December 10, 2012

:: "transverse position" ::




minggu lepas, khamis @ 6dec ada check up kat Hospital Sultan Ismail
aku kene refer ke Hospital sebab dulu ada kes masa melahirkan aryan
jadinya doc perlu lihat tahap kesihatan aku menjelang 40minggu ini
dan lagi sekali, ada masalah pada kandungan aku
kalau masa aryan dulu, leher nya terbelit dengan tali pusat
kali ini pula, kedudukan baby aku melintang
kate doc, if songsang masih boleh untuk normal
sekarang ramai doc yang dah mahir
tapi if melintang memang agak susah




kedudukan baby aku yang gambar ketiga itu. mungkin
"kedudukan melintang @ transverse position"
cuma beza nya kali ni
aku dah tahu yang aku perlu di bedah
berbeza dengan masa aryan, aku tahu last minit

update :: oh. lupe nak bagitahu
aku ada tanya doc;
ade kemungkinan ke untuk baby berpusing?
dia kate possibility tu memang nipis
sebab baby sekarang da besar
(almost 3kg)
dan juga ruang dah takde untuk dia pusing
ada juga aku terpikir untuk suruh mak bidan urut
ada yang kate boleh, ade yang kate tak payah
mak mertua aku pon kate tak payah
so.. aku rasa tak perlu la kot
plus aku sendiri tak confident
sebab dah 38 minggu sekarang ni
risau juge if ape ape jadik

khamis ni @ 13dec
aku ada check up lagi
untuk pastikan (finalized) kedudukan baby sebenar
if memang betul begitu juga kedudukan nya
maka nya, 23dec aku perlu masuk wad
dan 24dec aku perlu di bedah
aku cuma pikir satu; kesiannya aryan 
tak pernah satu hari pon dia tidak tidur dengan aku
-_-
alahai
sedih
tapi dia dah besar
harap dia paham lah
paling lama pon aku perlu duduk dalam wad 4 hari
paling awal 3 hari
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh
sian si bujang tu
mesti aku tidur dengan air mata
ewaaaahhh..!!!

perot aku maken lame maken ke bawah sangat dah
aku tengok sendiri pon seram
hahaha
jalan pon dah tak boleh nak laju laju sangat
saket semua
tapi semalam aku kuat kan semangat juge mop rumah
aku tak bole betul asek baring sepanjang masa
bosan. rimas
lepas tu ajak aryan jalan jalan kat luar rumah
sibuk betul dia asek nak pimpin jeee... 
takot mummy dia terbalik ke belakang kot
^-^

jujurnya
memang aku mengharapkan bersalin secara normal
sebab aku tau, proses pemulihan bersalin secara bedah ni lambat
tapi
dalam keadaan aku macam ni
aku tak kesah la
mana mana la yang datang dulu
if tuhan kata aku perlu normal,
siapa aku untuk tolak takdir. kan?
dan if tuhan dah kata aku perlu dibedah
redha saje lah
dulu pon aku operate juga.
yang penting sekarang, anak aku nanti sehat walafiat
itu saja

takde idea la nak cerita apa lagi
nanti aku update lagi
memang selalu lambat sekarang ni
arap masih ada yang sudi nak baca
apa apa akan aku update lepas check up khamis nanti
doa kan saje yang terbaik untuk aku
dan aku yakin,
apa yang telah tuhan atur
itu lah yang terbaik
inshaa Allah
^-^


December 3, 2012

:: setelah berhari ::



lama betul tinggal kan ruang ni
harap tidak di lupakan
^-^


tentang kandungan

genap 9 bulan sudah
sedang menanti saat saat kelahiran
sedang tidak larat untuk bawak badan
apatah lagi perot yang sudah ke bawah sangat
rasa macam ada benda nak jatuh
masih memandu ke ofis yang kadang kala sangat menyesakkan
pinggang (belakang) rasa macam nak cabut saje, kalau boleh
tidur mengiring ke kanan tak kena
mengiring ke kiri tak kena
telentang lagi lah tak boleh
lagi lagi aryan yang tiap malam tidur nak cari perot aku
sambil cakap "ayaannngg"
oh, sangat comel itu budak
tiap tiap malam berdoa moge semua dipercepatkan
bukan nak mengeluh sangat
bukan juge nak menyesal dengan semua
cuma nya, badan tak terlarat
rasa macam dah tak mampu untuk berjalan
andai punya duit banyak,
memang aku apply "unpaid leave" sampai bersalin nanti
tapi tapi.. aduhaaaiii ...
tabah saje la

berat badan semakin naik
jangan tanya berapa kilogram aku sekarang
hahahaha
niat asal untuk berjaga-jaga tentang berat, gagal
totally FAIL
selera makan maken bertambah sejak akhir akhir
alhamdulillah; result minum air gula hari tu oke oke saje
takde kencing manis. cuma aku yang makan berlebih
tak ingat langsung dengan mangsa perang Gaza
heh

tolong juga doa kan aku ye ?
moge semua dipermudahkan
moge semua dipercepatkan
moge bayi ku sehat tubuh badan
moge aku juge selamat
wah.. nak pergi masuk labour room ni macam nak pergi berperang
insyallah. moge tuhan sentiasa membantu aku

tentang aryan

macam yang kalian tahu
aryan agak lambat cakap
masuk dua tahun pon dia masih tidak boleh bercakap
apatah lagi untuk membuat satu ayat
aku tak pernah peduli orang nak cakap apa
yang penting aku tahu, dia tidak bisu dan dia tidak pekak
cuma dia lambat sedikit
tapi sejak akhir akhir ni
dia sudah bole ikut tiap perkataan yang kami sebut
sebab itu sebolehnya,
aku tak benarkan orang sekeliling cakap yang bukan2 depan dia
laju saje mulut dia ikot
alhamdulillah, dia dah kenal A-Z
dia sudah kenal 1-10
cuma aku masih belum ajar dia mengeja
dan aku juge belum ajar dia alif - ya
budak budak sekarang ni bijak bijak
kalau kau as a parent lambat
anak kau la yang kesian
ketinggalan
ada juga rakan aku yang sudah hantar anak ke pre-school seawal 3 tahun
aku juga berpikir-pikir; tahun depan aryan sudah 3 tahun
tapi tengok lah nanti macam mana
semua masih dalam rancangan
belum pasti
sejuk hati aku tiap kali nenek dia cakap;
"harap adik dia nanti macam aryan juge"
"senang nak jaga"
insyallah ye nenek. moge begitu lah
aryan juga maken hari maken manja
tidur nak berkepit
nanti aku kene tanya dia; nak nyanyi lagu ape..
kalau dia kate "i u" (patot nye i luv u)
itu makna nya dia nak aku nyanyi lagu barney tu
"i luv u, u luv me, we are happy family....."
kalau dia kate "allah"
itu maknanye dia nak aku nyanyi zikir "solla' alaikallah"
kalau dia kate "ke" (patot nye twinkle)
haa..itu pulak dia nak lagu "twinkle twinkle little star"
gedik ini budak...
hahahah
kalau aku salah nyanyi, nanti dia angkat tangan sambil cakap
"no..no..no..."

entah macam mana dah ade adek nanti
larat ke aku nak nyanyi nyanyi untuk dia
masih manja ke dia?
haaihh ..
harap sayang aku tidak terbelah dua
moge adil untuk kedua nya
insyallah
^-^

tentang aku

banyak sangat benda jadi lately
macam macam masalah datang bertubi-tubi
takde yang tak melibatkan duit
semua duit. semua duit
jujur sejujurnya
aku memang sangat stress sejak akhir akhir ni

yang melibatkan perasaan aku
yang melibatkan emosi aku
alahaaaiiii 
rasa macam tak tertanggung
selalu pura pura untuk jadi kuat
tapi kadang rasa dah tak boleh
rasa macam mahu jatuh
rasa macam nak menyesal dengan semua benda
tapi, untuk apa?
nak tak nak, kena terus kan juga..
bertabahlah
orang lain entah lagi kuat agaknya ujian nya
kan?
Tuhan baru duga sikit sudah mengeluh
^-^

tentang dia

beruntung punya dia yang cukup sabar
sabar dengan segalanya
entah sampai bila tak tahu la
berharap moge sabar tetap ada sampai bila bila

dan juga
berharap moge dia ada saat aku melahirkan
berharap dia ada untuk sama sama sambut bayi kedua
^-^

tentang kami

tak sabar nak tahu
entah apa cerita kami pada tahun depan
macam mana sekalipon
aku berharap tahun depan kami ber-empat kembali sebumbung
aku sudah tidak kesah di mana pon kami
di bumi KL, di bumi JB
atau di mana la sekalipon
yang penting bersama
itu aim aku untuk tahun depan
yang lain tidak penting
aku mahu hias bilik yang cantik untuk anak anak aku
aku mahu kembali jadi seorang isteri,
yang menjaga makan pakai suaminya
aku mahu melakukan rutin aku sebagai seorang mummy dan isteri
semuanya
hapir 2 tahun aku tinggal kan semua nya

dan yang penting
aku sudah letih menjadi wonder women
aku mahu kembali jadi seorang perempuan;
 yang sedikit sebanyak bergantung pada suaminya

dan aku rindu untuk bersenda gurau di hujung minggu
aku rindu untuk berbelanja barang dapur bersama
aku rindu untuk bersantai bersama
aku rindu untuk melakukan segalanya bersama
aku sudah terlalu rindu
cukup lah
aku rasa sudah cukup


moge segalanya cepat berlalu
^-^
insyallah