September 24, 2014

:: .................... ::



perjalanan dari rumah ke ofis selalu membawa aku
ke dunia khayalan
entah
macam macam yang aku pikir

sampai bila nak hidup begini
sampai bila nak buat rutin yang sama begini
bila agaknya nak berduit--sedikit lebih
bila agaknya boleh pergi bercuti--walau dalam malaysia
atau lebih tersentuh,
sampai bila aurat terdedah begini?
bila agaknya nak jadi muslimah yang sejati
bila agaknya nak jadi ister & ibu yang solehah?
bila?

Monolog dengan Tuhan--setiapnya
akan berakhir dengan marah pada diri sendiri
aku yang begini
aku yang begitu
semua salah sendiri

entah lah

sepatutnya aku bersyukur
walau hidup yang biasa biasa cuma
walau hidup yang sekadar cukupnya saja
tetap aku di beri bahagia dengan anak anak
tetap aku di beri peluang untuk dengar setiap gelak tawa
sedangkan ada orang,
yang sedang berjuang untuk bahagia
ada insan yang tanpa henti dibelenggu kesedihan

ah...!!!
syukurlah wahai kalian
dengan apa yang kalian ada sekarang
sebab belum tentu itu adalah bahgia, 
yang akan kamu rangkul sampai bila bila
selagi ada di tangan kalian,
peganglah--jagalah
semoga tidak akan terlepas

-insyallah-




September 23, 2014

:: mealshake tidak selamat untuk si kecil?? ::




:: MEALSHAKE - SHAKLEE ::


sempena promo Mealshake-Shaklee September ini;
ramai yang menaikkan promo Mealshake
Dan tak ramai juga yang mempersoalkan status Mealshake ni
Terutamanya untuk anak anak kita

Mealshake-Shaklee sememangnya salah satu produk,
yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak
Dan harus diketahui juga yang ia boleh diambil oleh golongan dewasa

Untuk yang masih belom kenal
Mealshake-Shaklee adalah multivitamin dalam bentuk serbuk;

* mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting
(yang diperlukan oleh badan untuk tumbersaran yang sihat)

* membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan

*Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan
secara perlahan dan teratur bagi kegunaan sel badan

JADI
KENAPA ADA YANG MENYATAKAN
MEALSHAKE-SHAKLEE TIDAK SELAMAT
UNTUK ANAK ANAK??

ISU 1
:: Mealshake-Shaklee ada Maltodextrin ::

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake-Shaklee 
mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum menuduh melulu,
mari kita lihat apa itu Maltodextrin?

Maltodextrin adalah bahan tambahab (additive) yang biasa digunakan
dalam makanan yang diproses sebagai "thickener" atau "filler"
Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex
yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli & gandum
Jadi maltodextrin ini bukannya bahan kimia yang dihasilkan
dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga.
Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake
sebab ia diperlukan untuk bekalkan "glucose" dengan cepat 
kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat, tetapi disebabkan
Indeks Glisemik nya tinggi, maltodextrin akan diserap dengan cepat
oleh badan dan ditukarkan menjadi "glucose"
di mana jika tidak digunakan oleh sel badan,
ia akan bertukar menjadi lemak. 
Itu sahaja keburukan maltodextrin
Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai 
maltodextrin yang tinggi, ambil selepas anda bersenam,
kerana ketika itu badan anda memerlukan 'sugar' atau 'glucose' 
dengan cepat & maltodextrin boleh bekalkan ke tubuh anda

untuk info lanjut
boleh ke sini  what is maltodextrin

ISU 2
:: Kandungan gula (sugar) dalam
Mealshake-Shaklee

Mealshake Shaklee Tidak Selamat


Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula
Ia menjadi isu kerana di pelekat "ingredients" tertulis
untuk serving per 100g.
Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g gula
yang mana agak tinggi untuk anak anak
Ya. ia memang tinggi jika kita beri anak kita
makan 100g Mealshake Shaklee sehari
Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee
sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan
hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16g gula
Memang Shaklee sendiri tidak pernah suruh ambil
100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari
iaitu bersamaan dengan 1/4 cup

*Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat
atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?

ISU 3
::  Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4/6 tahun ::

Jika ditanya kebanyakan pengedar,
ramai yang akan menjawab Melshake boleh
diberi kepada anak berusia setahun ke atas.
Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah
mengatakan ia selamat untuk anak setahun.
Apa yang anda harus tahu,
serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah
panduan umum untuk orang dewasa dan anak
yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai
sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia setahun, sistem penghadamannya
masih belum matang.
Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri.
Untuk anak bawah 4 @ 6 tahun,
ada panduan pengambilan yang khusus.

** Sekiranya anda tidak yakin walau sudah
diberikan panduan pengambilan yang betul,
maka usah diberikan kepada anak anda
Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee
adalah pilihan yang tepat untuk kesihatan anak anda

Untuk anak anak saya, memang sudah di beri Mealshake
sejak mereka umur setahun lagi.
Lelah sudah tidak kerap,
selera makan bertambah
berat badan juga naik.
Sebab itu saya berani cadangkan
kepada ibu ibu di luar sana

Ada lagi beberapa hari sebelum promo ini berakhir;
jom cepat 
sms/whats app saya;
016-7702781
atau email
icha03@gmail.com

percayalah..!!!
tak rugi
untung sesangat..!!!




** credit to lifelit **

September 22, 2014

:: cerita 13092014 ::


dengan lafaz bismillah,
syukur aku ucapkan
semua sudah selesai
semua sudah berakhir
di 13 sept 2014

selamat pengantin baru
janna & zale
Semoga cuma yang baik baik saja untuk kalian
^--^

___________________________________________________



ini percubaan pertama aku untuk hasilkan "guestbook"
Alhamdulillah pengantin suka
siapa mahu boleh order
hik hik hik
email kan ke icha03@gmail.com

ewaaahh .. sempat ...!!!

byeee...
adioossssss