August 25, 2011

:: menjelang syawal ::

beberapa hari je lagi nak sambut raya
oke, aku kene update sekarang sebab esok keje half day
malam esok nak berangkat ke ibukota
sabtu nye sudah di 90-10-06 dan mahu kemas kemas rumah
malam tu mahu berdeting bersama encik suami yang aku rindu tu
lepas buka bergerak ke rumah mertua di batang kali
dan nanti nya, aku memang tiada masa nak update
jadi nya, biar lah aku update sekarang, selagi ada masa
kan?
nanti takde lah kamu orang rindu sangat. heh

okeh, jujurnya; kalau aku ada kuasa aku mahu hilang kan minggu depan
aku macam tiada rasa untuk sambut raya
(walau baju raya sudah beli untuk kami bertiga)
bukan sebab tahun ini giliran beraya di rumah mertua
kalau tahun pertama mungkin ada la sedih
tapi ini sudah tahun ke tiga aku beraya sebagai isteri
jadi nya, sudah boleh terima sedikit sedikit
cuma rasa untuk beraya memang sudah tiada
banyak sangat benda jadi. banyak sangat hal nya
maken nak dekat hari raya, maken aku sedih
macam oh, "kenapa kita kene beraye? "

apa makna nya beraya kalau hati sedang sedih?
apa maknanya beraya kalau dalam hati punya rasa benci
apa maknanya beraya kalau hati memang tiada rasa ?
dan apa maknanya beraya kalau tak dapat di rai bersama orang yang kita sayang

cuma sebab tahun ini, aryan dah boleh pakai baju melayu
cuma sebab tahun ini, aryan dah boleh pakai songkok
dan untuk tahun ini, aku dapat pakai baju sepasang bertiga
dan tiap kali aku tengok baju raya tu, rasa sebak sangat
tak tahu kenapa
semua sebab aryan, lain tiada
dan oh ye, sebab beraya bersama mertua,
setelah hampir 3 bulan tidak berjumpa
huhuhuhu. rindu kat semua

harapan aku;
semoga segala apa yang tersimpul dapat di hurai sebelum hari mulia
semoga aku tidak terlalu sedih di hari itu
dan semoga keluarga di JB dapat meraikan hari raya dengan meriah,
walau kita kita sedang bersedih
dan semoga, kesayangan di sana; TABAH
dan semoga mereka tahu, walau mungkin kami bergembira,
tapi ingatan kami tetap pada kalian
itu saje. aku tidak perlu yang lain

kepada kamu kamu; selamat hari raya aku ucapkan
in advance!!!
kalau ada tersalah kata aku di sini
kalau ada tersinggung hati kalian
harap di maafkan
semoga berbahagia di hari lebaran
^-^

August 22, 2011

:: bersamamu 2011 ::



sabtu lepas @ 20 august company aku ade buat program bersamamu di Kluang
dulu aku pernah join sekali, then sekarang ni masuk kali ke-2 la aku join
aku termasuk dalam group big boss, so agak leceh la
sebab dia mst agak protokol plus kluang tu kampung dia
aku tak mahu cerita panjang
cukup aku bagi tahu ini program sangat bagus
sebab kite boleh tahu bahawa tak semua orang nasib nye baik
kau susah, ada lagi susah dari kau
kau sedih ade lagi sedih dari kau

tapi aku nak share pasal satu family dengan kamu kamu
Pasal keluarga Rubiah bt Kliwon
Umur dia dalam 40-an, stroke, anak 3, punya suami tapi seperti tiada
sebelum ini aku pernah ke sana untuk survey
aku pernah jumpa anak anak dia
2 orang anak perempuan nya yang dalam belasan tahun
cantik cantik. tapi sudah berhenti sekolah;
kata nya diberhentikan sebab sering ponteng
ponteng sebab perlu jaga ibunya
kalau lah..kalau lah aku tahu cerita sebenar......

kebetulan pada 20/8 itu, ada kawan Rubiah bersama
dan dia lah yang bercerita panjang hal kehidupan Rubiah
dan itu sangat menyedihkan
Rupanya, si Rubiah ini sering kali di pukul bantai oleh anak anak
seringkali di biar kelaparan oleh anak anak
seringkali di simbah air ketika tidur
seringkali dibiar pampers tidak bersalin
dan seringkali di maki hamun oleh anak anak
kami jadi sedih. airmata turun laju. aku genggam jari kawan aku kuat kuat
terbayang emak aku di rumah
terbayang emak mertua di kejauhan sana
insyallah, tak tergamak aku untuk buat begitu. insyallah

aku tak tahu kenapa sampai mereka sanggup buat emak begitu
kalau lah mereka tahu
betapa sakit nya kaum ibu ini untuk keluarkan kalian, wahai anak
sakitnya terlalu
dunia akhir zaman ini memang begini la agak nya
sudah hilang perikemanusiaan nya
sudah tiada hormat nya
dan sudah tiada kasih sayang nya


________________________________


aku kini juga sudah punya anak
dan aku akui seringkali menyakiti hati emak
mungkin dulu ketika muda remaja, jiwa memberontak
entah berapa kali aku sakiti hati tua itu
dan kerana itu lah, sebolehnya aku tak mahu sakiti dia lagi
walau aku sedar, syurga ku kini bersama suami ku
tapi dia tetap yang teratas

dulu, aku pilih suami ku kerana dia sangat menyayangi ibu nya
dan aku harap, kalau nanti aku punya anak lelaki,
aku mahu dia didik anak aku supaya lebih menghargai aku, ibunya
sebab sering terjadi anak lelaki yang terlalu melebihkan isterinya
aku tak mahu begitu
dan aku harap suami ku dari dulu hingga kini tetap melebihkan ibunya
tetap utuh sayangnya, sebab aku mahu aryan juga begitu
walau pada awal perkahwinan agak susah untuk aku sesuaikan
tapi perlahan-lahan aku cuba untuk biasakan
kalau ada aku terkecil hati, aku akan cuba secepatnya untuk ikhlas

sebab nya cuma satu, dia itu ibu
sejauh mana pon kau pergi
setinggi mana pon kau melompat
takkan tenang hati kau tanpa restu dia, tanpa doa dia
terguris hatinya, pincang lah hidup kau
mengalir airmatanya, jahanam lah hidup kau

tapi ibu itu, tetap ibu
macam mana kau koyak kan perasaan nye
dia tak kan doa kan yang tidak baik untuk kau
tiada seorang ibu pon yang akan mendoakan anak nya neraka
tiada
cuma sebagai anak, jangan guris rasa nya
jangan kecil kan hati nya
jangan di biar airmata nya keluar
lebih lebih lagi di ramadan ini
bulan yang termulia ini

kau rasa, kau ada salah dengan emak kau?
kau yakin tiada?
kalau ada, mari kita sama sama mohon maaf
cukup untuk bertanya kabar
sebab nyawa kita belum tentu panjang
entah entah hari ini, entah entah esok di jemput
selagi kau masih ada peluang, berbaik lah
ibu mu tunggu
^-^

*p/s : wah.. tiba tiba aku macam rindu kat mak aku
dan juge mertua aku tuh
tengah watpe la tuh
sorang jage aryan
sorang jage qaish
hahahahah

____________________________________

sedikit gambar @ bersamamu 2011









August 11, 2011

:: kakde ::




dah banyak kali bukak blog ni
tapi tiap kali nak mula, mesti termenung
tak tahu nak cerita apa
jiwa tak tenteram agak nya memang buat seseorang jadi gini. kot
buka tutup. buka tutup. akhirnya aku terus tak buka buka da

tapi sejak malam semalam, aku rindu betol kat teratak kecil aku
teratak kecil di bandar sana
tak tahu apa cerita
entah macam mana encik suami uruskan
tapi aku yakin, mahligai itu indah indah saja
baik baik saja. kan?

juga aku rindu pada penghuni 90-10-06
encik suami dan kakde
tiap malam berjerit bergaduh. ade saje yang tak kene
gaduh pasal tak mandi la. gaduh pasal berebut remote la
juga bila masing masing tunjuk skil ber-showdown.
macam cilakak
dan aku selalu rasa bersalah bila tak pasal buat muka pada diorg
entah lah, kadang emosi tidak stabil
dan aku tahu, diorang. berdua. banyak makan hati dengan aku
maaf sebab aku bukan akak yang bagus
juga bukan isteri yang sempurna
tapi aku harap aku akan jadi mummy yang terbaik

bulan puasa ni, aku teringat pada lampu kelap kelip tu
dulu aku tak kerja, jadi nak beli ape pon kene berkira
aryan suka sangat tengok lampu kelap kelip jiran sebelah
sebab kesian kan aryan, mokde dia belikan satu
lepas pasang tu, kitorang posing sakan
tapi tak dapat nak letak pic tu kat sini sebab pic tu dalam hp yang lama
seronok betol aryan tengok lampu lampu tuh
tak berkelip dia. terima kasih sangat kat adek ipar aku tuh
sebab dia gembira kan anak aku
tahun lepas juga aku berala kadar
sebab encik suami kerja seorang
nyaris nyaris baju raya tiada, padahal bukan penting pon kan
masa tu yang penting baju aryan. dan juga bajet untuk pulang kampung
lagi sekali adek ipar aku tuh, beli kan aku kasut raya
comel kan dia? hahahahahh
sebab tu, aku tak berkira pon untuk belikan dia apa apa
walau benda tu seringgit aku tetap ingat dia

bukan aku tak sayang pada yang lain
tapi dengan dia sebab kami sebumbung
banyak sangat berkongsi cerita
berkongsi rasa, berkongsi pelbagai
sayang pada dia ade lebih sedikit
cakap lah aku tidak adil atau apa
tapi hakikatnya memang begitu laa..

dia; aku yakin orang yang paling sedih,
bila aku buat keputusan untuk pindah balik JB
berkali aku cakap pada dia
kehidupan lepas berkahwin bukan lah mudah
kadang, apa yang kita rancang jadi sebaliknya
kadang, apa yang kita harap hilang macam tu je
tapi, selagi kita (suami isteri) tidak pernah lepas genggaman tangan,
jangan risau. sebab insyallah semua dapat dihadap sama sama

aku selalu beri contoh tentang perjalanan hidup aku pada dia
sebab aku nak dia tahu liku hidup ni bukan nye selalu lurus
banyak sangat bengkok nya
terpulang kita; bagaimana untuk teruskan perjalanan tu

aku tak tahu apa motif aku tulis ni
cuma nak bagi tahu, kat mana pon aku berada
sayang aku pada kalian (adek adek ipar dan keluarga mertua)
tak kan berubah
percaya lah
terutama kau kakde..!!



:: bersama kakde ::




::penghuni 90-10-06 sejak feb 2010 ::

August 2, 2011

:: 2 ramadhan ::

ramadhan datang lagi
hari ni masuk hari ke-dua berpuasa
semalam aku cuti. public holiday untuk johor
ade 2 benda yang buat aku tidak begitu teruja tahun ini
pertama; rasa lain kali ini, sebab aku berpuasa tanpa suami
kasihan suami aku
bersendirian berbuke. dan mungkin bersendirian bersahur (kalau dia bangun la)
aku taknak pikir sebab nanti aku jadi sebak
dan aku tak nak selalu sebak dan bersedih sepanjang masa
aku dah letih selalu begitu
aku cuma harap dia redha dengan situasi ini
semoga aku dan dia sama2 tabah nak hadap ini semua yang entah bile akan berakhir
aku sendiri tiada jawapan
semoga tuhan pelihara cinta kami. hubungan kami. kasih kami

yang kedua; sangat sangat lain berbuke dan bersahur,
tanpa riuh rendah suara buah hati aku
jangan di tanya siapa, cukup aku kate mereka insan tercinta
walau sudah 2 tahun aku berpuasa di KL tanpa mereka,
tapi mendengarkan ragam mereka sudah buat aku gelak sentiasa
tapi kini, bila aku di sini tapi mereka pula tiada, buat aku rase sakit tidak terperi
entah bagaimana keadaan mereka
sedap kah juadah berbuke. enak kah juadah bersahur?
ingat kah mereka dengan kami kami di sini
terjerit terpekik bila ingin berbuka
bergadoh bagai bile di kejut bersahur
ingat kah mereka?
(aku menangis tulis ini)
aku selalu berdoa, semoga mereka tabah di sana
semoga mereka kuat di sana
dan semoga mereka tidak terlalu rindukan kami
sebab; sepertimana mereka; aku tahu rindu itu sakit sekali

maaf suamiku, jika aku lebih merindui mereka dari kamu
walau kita jauh, sekurang-kurang nya aku tahu kabar beritamu
tidak seperti mereka yang tidak diketahui pokok cerita
ini sangat menyesakkan
entah berapa kali aku bisikkan
entah berapa kali aku minta tuhan sampai kan
betapa aku merindui mereka
semoga titipan rindu itu sampai kepada kalian, sayang
semoga bingkisan cinta ini dapat kalian rasakan
kamu pasti rasa. pasti. sebab kasih sayang kita ini sangat utuh

kepada kamu kamu
selamat berpuasa
semoga ramadhan kali ini menjadi sangat bermakna untuk kamu kamu
arap di maaf kan kesalahan aku
dan maaf juga tidak lama menulis di sini
bukan tiada idea, bukan juga tiada masa
cuma tiada rasa

assalamualaikum semua
selamat berbuke
selamat bertaraweh