February 20, 2012

.....





kebosanan



bye.

February 10, 2012

:: mac is around the corner ::

bulan depan mac
tiba tiba terfikir pasal birthday party
yup. aryan's party
kalau tahun lepas sambut di KL
yang mana, keluarga aku dari JB tiada meraikan
(kecuali makcik aryan dari uitm neg 9)
jadi, macam terfikir nak buat tahun ini
untuk keluarga di Johor & Singapore
juga untuk keluarga di KL, kalau sudi hadir


tapi semua dalam perbincangan
kene usha budget
kene usha masa
kene usha macam macam
tengok lah. kalau jadi
nanti aku jemput
insyallah

ohhh. i need my planner
cheeemmmm
huk huk huk





February 7, 2012

:: selesai ::



selesai sudah
selamat pengantin baru











_____________________________________________________




:: incik suami sedang gigih bekerja ::

February 3, 2012

:: birthday in advance!! ::

hari ini 3 feb 2012
ade dua orang adik yang sambut befday pada 5 feb & 7 feb
minggu depan pulak cuti panjang
jadi nya, aku cadang untuk celebrate befday diorg in advance
dan alhamdulillah
semua jalan lancar
walaupun dugaan nak buat 2 biji kek diorg ni mencabar betul
tapi tetap lega sebab semua licin. habis
alhamdulillah

zu :: si baju kuning
uyun :: si baju hitam
____________________

dua dua umur 26 tahun
siti uyun ni aku dah kenal lama sudah. bertahun
berhenti kerja. masuk balik. berhenti. masuk semula
hahahhaa
dari bercinta. putus cinta. kahwin. jadi ibu
haaaihh
rasa macam lama betul berkawan

zu pulak, aku baru je kenal
rapat sebab dia isteri bos aku
tapi pun, rasa macam dah kenal lama
kongsi cerita. kongsi sedih. kongsi gembira
peneman dalam kereta pegi dan balik kerja

aku tak nak cerita ape beza antara mereka berdua
yang aku mahu kongsi ialah persamaan sikap mereka terhadap aku
cara mereka melayan aku
dua dua. yang paling aku benci ialah
tak pernah berkira dengan aku
sampai kadang aku naik segan
sampai kadang aku rasa nak marah


uyun. zu

akak takde apa nak beri pada korang
akak tak bercukupan untuk beri hadiah pada korang
sebab akak yakin kalian tahu;
akak sendiri tidak begitu mampu
akak sendiri berkira-kira untuk beli barang sendiri
akak sendiri sedang tungkus lumus,
mencari duit lebih dengan sengkang mata
jadi, akak yakin kalian paham akak tidak akan mampu beri apa apa

tapi akak harap, dengan apa yang akak buat hari ini,
sudah membahagiakan kalian berdua
hanya itu yang akak mampu beri
nak banding kan dengan bagaimana kalian "treat" akak
tak terlawan
maaf. kiranya ada kekurangan
hanya itu yang akak mampu
dan yang penting
jangan pernah fikir akak harap kan balasan
ini semua ikhlas. ikhlas

doa akak
moga kalian berdua sentiasa dilindungi tuhan
moge bahagia selalu
moge menjadi isteri yang tabah
menjadi isteri yang membanggakan suami
dan yang terakhir,
moge dipercepatkan rezeki kalian menimang cahayamata
sabar. pasti ada nanti
tuhan itu maha mengatur
tuhan itu maha mengetahui
jangan pernah berhenti berharap
insyallah
^-^


February 1, 2012

:: she's going to get married..!! ::




ada orang tanya ini pada aku;

"masa mula mula cik kawin,
how u blend in duduk with cik aswad family?

then cik aswad kan ada adik beradik lelaki kan
then cik pernah tak rasa like a competition,
like between u and bini diorang?
or rasa macam mak cik aswad lagi favourite yang laen dari cik..
or pernah tak cik rasa takot;
family cik aswad, his relatives cant accept you?

dan jawapan aku;

at the first place; bohong kalau cik cakap yang cik tak risau
macam macam perasaan ada
bole ke bergaul. bole ke bercampur. bole ke get along
dan cik rasa, semua orang pon akan rasa benda ni
nak masuk dalam "new circle"
ini bukan mudah

apa yang cik buat,
jadi saja diri sendiri!
cik tak pandai masak. cik admit
awal awal cik dah bagitahu
tapi, tak pandai masak bukan bermakna kita tak boleh ke dapur
cik akan selalu tolong tolong di dapur
buat apa yang patot
dan juga, kita kena belajar la
tak boleh la tak pandai, then buat bodoh
belajar masak itu perlu
beri suami makan masakan kita itu juga perlu
perlahan -lahan. nanti mesti boleh.
dont wori

ermm ...
untuk jadi menantu yang paling disayangi
or
menjadi menantu yang "favourite"
or
menjadi menantu yang paling bagus
to me; itu tidak perlu
yang penting, kita ikhlas
ikhlas dalam apa saje yang kita buat
dan trust me; menjadi favourite atau menjadi "terpaaaaling"
bukan best pooonnn ....
lebih baik kita bersederhana saja
yang sedang sedang saja
ikhlas. pegang itu

_________________________________

to my dearest ct;
lebih kurang lagi 48 jam ct nak jadi isteri
and you are soooo young!!!
are you ready?

semoga bersedia dari segala segi
menjadi isteri itu bukan mudah
but then;
just enjoy your new title!
enjoy your new life!
love it..!!!!
kalau tak memang semua pon akan jadi sukar
cik harap ct bole face ini semua
selalu lah berbincang dengan suami
tak bole decide sendiri sendiri
timbang rasa. toleransi. hormat menghormati
jangan jadi isteri yang selalu meminta-minta
jangan jadi isteri yang tidak tahu berdikari
jadi lah isteri yang selalu menyenangkan hati suami
jadi lah isteri yang selalu membanggakan suami

i love u
and i always do
take care my little girl
^-^


____________________________

gambar gambar kenangan
kita berdua
^-^









___________________________________


buat entry khas macam budak tu nak pegi mana
gelabah la makcik dia ni
hahahahahah
bukan apa, sebab ini budak muda dan masih manja lagi
risau aku dia nak kahwin
tapi ape pon,
ini keputusan yang sangat bagus
bila rasa diri sudah bersedia,
just go ahead!
lagi cepat, lagi bagus
dan mungkin ini yang terbaik
ini memang sudah tertulis
Tuhan sudah atur ini semua
gud luck!
gud luck!
and
congrat..!!!

see u tomorrow..!!!!
and also...your cameraman is in town...!!!
saje je nak kasi kite gelabah semalam
hahahahahahha
get ready baby
gimme nice nice nice pose...!!!!
hahahahahahha
^-^