March 19, 2013

:: ouuuwwhhhh ::






ape yang gemok sangat niii ??
stress
oke bai

March 12, 2013

:: rutin ::

anak dah masuk dua. alahai baru dua
tapi aku rasa, Tuhan bagi 24 jam tu macam tak cukup
can i have more hour?
penat. penat. penat
eh. jangan nak menegeluh sangat
kau ingat, kau sorang je ke yang macam ni
kau ingat takde orang lain yang lagi teruk ke rutin hidup dia?

bangun seawal 4.30 pagi - 5.00
kadang terlajak sampai pukul 5.30
pernah juga pukul 6.00 baru bangun
kalau boleh sebelum pergi kerja harus mengepam
sempat atau tidak, pukul 6.40-6.45 pagi mesti gerak
kalau tak, kau hadap lah jem
kalau tak, memang van tinggal lah
kalau tak, kau drive la sendiri ke ofis yang kat hujung dunia tu
kalau tak, lari lah budget petrol kau
kalau tak, merah lah thumb print kau
ah..banyak nye risiko kalau aku keluar lambat
jadi..nak atau tidak kau kena keluar waktu yang di tetap kan

sampai ofis, harus mengepam at least 2 kali
tapi kalau menurut tuan guru (si aya) harus la pump tiap 3 jam sekali
memandangkan aku memang tiada stok untuk affan
tapi aku pam 2 kali sahaja sebab segan pula asek hilang kat ofis
selalu nya kalau pump 2 kali,
dapat lah aku bawak balik 16 oz atau 4 botol untuk si dobot aku tuh
alhamdulillah
syukur pada tuhan dengan rezeki ini
cita cita memang nak bagi fully BF at least 6 bulan untuk affan
kalau di panjang kan rezeki, sampai 2 tahun lah
harap harap susu tidak berhenti

balik dari ofis, lebih kurang pukul 7.30 sampai rumah
kalau jem, jejak la pukul 8.00 malam
sampai sampai, main2 kejap dengan affan & aryan
lepas tu terus mengepam lagi
at least kene ade 6 botol sehari untuk affan (waktu siang sahaja)
lepas tu..terus mengemas mengemas mengemas
lepas tu..tidur kan affan dan aryan
sekarang xde la nak tidur awal
pukul 12 baru masuk tidur
fuuhhhhhh.....

Alhamdulillah
affan tak pernah bangun malam
last menyusu pukul 11 gitu
lepas tu terus tidur sampai pukul 4 lebih
4 lebih dia mesti bangun untuk nyusu
kalau mata terbukak, aku main main jap dengan dia
kalau tak, dia terus sambung tidur
then kadang aku pon sambung tidur
tapi kadang aku terus bangun,  siap kan apa yang patot
then terus pergi kerja
macam tu la rutin aku sekarang

penat. penat sangat sebab rasa macam tak cukup rest
terkejar-kejar
kalau dapat call kate susu affan tinggal sebotol,
lagi lah aku drive macam x cukup pedal nak tekan minyak
paling sedih sebab tak cukup masa layan budak dua orang tu
kesian
aryan main lori sorang sorang
affan bual sorang sorang
mummy banyak benda nak buat
sebab nya, mak aku tak sihat
jadi, aku nak waktu siang tu dia jaga anak2 aku saje
tak perlu buat benda lain da
cuma masak je aku memang tak sempat nak buat

--------------------------------------------------------------

eh.. ini bukan nak meraih simpati
ini bukan nak harap orang komen "kesiaann nya"
ini cuma nak kongsi dengan kamu kamu
rutin aku
mungkin ada yang lebih teruk dari aku
kawan aku yang kat kl tu lagi teruk
keluar rumah 4.30 pagi
pukul 10 mlm baru sampai rumah
masing masing ada rutin sendiri
antara larat tak larat je
tapi, kalau dah jadi mak lah nama nya
kau mesti larat punya
you have to!
the power of mummy
hahahah

eh
sampai sini dulu lah
banyak kerja sebenarnya ni
mesti korang rindu i
kan kan kan
ok bye



:: ber empat sudah ::


:: jantung hati ::

January 13, 2013

:: tahun baru ::




asek layan sedih
asek layan stress
lupe pula nak share berita gembira
macam biasa laaahh
awal tahun ni
cerita bonus la kan
ape lagi cerita yang menarik
hihihih

bonus tahun ni merupakan tahun kedua aku dapat
kalau tahun lepas aku cuma dapat based on pro-rated
tapi tahun ni dah dapat full salary
oh..nikmat

sebelum dapat bonus, bos aku selalu hint kat aku
dia fight kan untuk teettt bulan
kembang kuncup hidung
kot betol dapat apa yang dia fight tu memang la seronok
tapi aku tak nak lah berharap sangat
kadang tak dapat pon

masa 1 jan 2013 tu
memandangkan aku bercuti maternity
aku asek ber wassap dengan budak2 ofis
hari tu macam tahun tahun sebelum nya,
semua staff dok dalam bilik meeting mengadap big bos
memang kau tak boleh nak sembunyik
berapa bulan kau dapat
sebab setiap orang akan di umumkan
melainkan increment, itu adalah rahsia la
kalau kau dapat banyak, kembang lah hidung kau
kalau kau dapat sikit, agak mengecil la badan kau
hahahah
tapi.. peduli kan lah
rezeki masing masing
periuk nasi masing masing
dan bos masing masing
kalau kuat bos department kau fight untuk kau
banyak la kau dapat
kalau kau dapat bos yang ala ala je
alahai ciput la kau dapat

aku yang dok kat umah pon debar debar tunggu
aku sasar kan kurang sebulan dari yang bos fight kan
dalam pukul 10 lebih gitu aku dah start tanye..
"berapa??"
hihihi
nanti diorg jawab "beluummmm.."
hahahaha..tak sabar betol orang yang dok rumah ni
dalam kol 12 gitu baru diorg jawab
"akak dapat teettt bulan"
darab punya darab.. ahh .. alhamdulillah
syukran..!!
seperti yang aku sasar kan la
berbaloi la.. aku belum 2 tahun pon kerja
bersyukur sangat dah
terus sms bos. say thanks
bos cakap "aku fight kan apa yang aku rasa kau layak"
ewaah...tenkiu bos!!



informer aku masa miting 1jan2013
hiihihih
oh i miss u ollsss... 


banyak tol plan nk abes kan duit
hahahahahahha
tapi yang penting, setel kan segala hutang piutang
kemudian saving anak anak 
saving sendirik
reward untuk incik suami tercinta
kalau xde baby affan,
mungkin aku dah plan untuk bercuti lagi
tapi sebab affan masih kecil sangat
soo....plan bercuti di tunda la
tunggu affan dah 2-3 tahun nanti
tapi, aku macam ada cita cita nak bercuti berdua dengan incik suami
ade sesiape sudi nak babysit dua orang putera tu???
haahahhahahahah

hurrrmm... terima kasih tuhan di atas rezeki yang di beri
tak tahu lah tahun depan ada lagi ke tidak
aku pon tak pasti, jodoh aku masih ada di JB atau tidak
niat aku sejak mengandung hari tu,
mau kembali bersama suami
tidak kira la di mana
jb atau pon kl
yang penting bersama
secepat yang mungkin kalau boleh
tengok la nanti macam mana
di mana rezeki kami sekeluarga

January 11, 2013

rupanya; aku tidak cukup kuat




Tuhan,
berikan aku sedikit kesabaran
hanya sedikit
itu saja yang aku perlu
untuk hadap ini semua

oh Tuhan
semoga dugaan yang kau beri ini
semakin menguatkan aku
terima kasih tuhan
sekurang-kurang nya
aku tahu yang Kau masih sayang aku

haaihh lah hati
haaaiihh la jiwa
bertabah lah.

aku selalu semat dalam hati
aku; lebih kuat dari yang aku sangka
tapi rupanya
aku; tidak cukup kuat
^-^

January 8, 2013

:: hari ke - 15 ::




lebih kurang beberapa minggu sebelum aku bersalin
mak aku sakit kaki
yang memang menyebabkan dia susah nak berjalan
lebih kurang macam, susah dah nak bawak diri sendiri
bila aku keluar dari hospital
dia masih juga belum baik
dan sampai ke hari ini
masih belum sekali pon dia mandi kan affan
memang itu tugas aku sejak balik dari hospital

semua benda aku kena buat sendiri
kecuali masak
tapi, kalau aku larat memang aku masak sendiri punya
dan kalau aku bersalin normal
rasanya aku dah mampu untuk buat semua benda kot
 tapi sebab aku ni operate
aku perlu jaga hati hati dengan jahitan pembedahan
lebih lebih lagi hari ke dua aku balik rumah,
masa nurse datang cek
dia kata jahitan aku dah terbuka sedikit
kusut nya aku hari tu
di tambah lagi affan kena kuning
baru hari ke-3 aku dah kene pegi klinik
bawak affan
bacaan kuning affan untuk kali pertam = 12.6
kemudian selang 3 hari, pergi lagi
bacaan sudah turun ke 11.1
kemudian pergi lagi dan bacaan terus turun ke 7.6
alhamdulillah, affan sudah bebas kuning
dan aku, sendirian lah jaga jahitan tu
kadang, akak aku cuci kan..
kadang makcik aku yang buat kan..
aku memang tak nampak jahitan tu
aku cuma baring, dan lap sendiri
dengan harapan cepat lah jahitan tu bercantum semula
hingga hari ini, aku belum pasti macam mana keadaan jahitan tu
sudah oke ke tidak
selalu nya makcik aku yang tengok kan
tapi sebab sekolah sudah bermula,
jadi nya semua orang pon sibuk
dan makcik aku belum sempat lagi datang jengah aku
aku cuma harap jahitan tu sudah oke la
aku kene cepat sihat
jadi nya aku tidak perlu menyusah kan mak aku sangat
kesian dia. belum pon kaki tu elok, gigi pula sakit
seksa sangat aku tengok dia
tak sampai hati nak minta apa apa
selagi aku mampu buat, aku buat
kadang, aryan pon aku yang mandi kan
memang seksa la, tapi kene juga

malam pulak, aryan memang tak nak tidur dengan orang lain
melainkan kalau ada diddy dia lah
jadinya, tiap malam aku kene layan aryan dan affan
kadang tu dua dua serentak mintak kene belai
macam selalu, aryan minta nyanyi
kesian kadang tengok dia
dah selalu sangat aku hilang sabar dengan aryan
haaihh .. aku memang kene extra sabar lepas ni
entah lah.. cuma kadang rasa penat sangat
kadang sampai 2-3 pagi layan anak
ahh ... macam tu lah emak kita dulu dulu .. kan?

aku kene cepat sihat
aku nak balik KL
tapi bukan untuk berpantang di rumah mertua
mungkin ada yang sudah tahu,
adik ipar aku juga baru lepas di operate
jadinya, ibu mertua aku perlu jaga dia
jadinya, aku tidak mahu menyusah kan sesiapa
kalau di JB, mak aku tak sehat
dan tidak kuat untuk jaga aku  anak beranak
di KL pula, ibu mertua perlu jaga adek ipar yang sedang sakit
jadinya, aku memlih untuk berpantang di rumah sendiri
tak sabar rasanya nak balik rumah sendiri
insyallah, aku boleh pantang sendiri
lagi pula kalau kami tiada, mak aku boleh lah berehat
aku tidak pasti bila akan ke KL
nanti akan di beritahu, ye?

kali ini berpantang, aku agak penat
sebab banyak benda kene buat sendiri, kan?
aku juga macam kurang selera makan
kadang aku x makan pon
haaihh .. risau juga akan terjejas air susu aku nanti
harap nya tidak lah

oh ye, jangan di tanya berat badan aku sekarang
hari ini, 8 januari; hari ke - 15 affan di lahirkan
aku rasa, tak banyak pon yang kurang
entah lah dapat turun ke tidak sebelum aku naik kerja nanti
at least aku kene kurang kan 15kg
dan memang mustahil untuk di lakukan dalam tempoh 2 bulan ini
hahahahha
berserah saje lah

hari ini cuaca panas
badan dah berpeluh macam hape
aku stop dulu lah ye
insyallah ada masa esok esok aku update lagi

adiosss
^-^

January 7, 2013

:: pengalaman 25 dec 2012 ::




dulu..masa belum beranak
aku pasang niat, nak update hari hari lepas balik hospital
tapi..harapan tinggal harapan
aku pandang sayu je laptop kat sebelah katil tu
seriusly, aku takde masa. langsung
kalau ada,br pon, masa untuk aku tidur sebentar
atau pon untuk aku mengepam susu
hahahah

___________________________________________________

tadi dah taip panjang panjang
cerita pasal pengalaman kat hospital
tapi lepas tu aku padam
entah. macam malas nak cerita

cukup lah aku panjat kan rasa syukur setelah semua selesai
dan seperti pengalaman lepas
rasa nya sama saja perjalanan nya
masih juga aku di duga Tuhan
sampai aku tanya suami aku
kenapa setiap kali nya, aku harus hadap ini semua ?
dan setiap kali nya juga akan ada rasa kesal dalam diri aku
suami aku cakap,
 cuba fikirkan orang yang langsung tidak di beri peluang untuk berzuriat
dugaan itu lagi berat dari aku
ade betul apa yang dia cakap
dan hingga ke saat ini
aku betul betul respek pada setiap wanita yang gagah melahirkan secara normal
kalian memang hebat
kalian memang insan yang terpilih
tapi tidak aku,
aku hanya seorang wanita yang begitu takut untuk hadap kesakitan
seorang wanita yang tidak kuat untuk merasa perit melahirkan

dan sekarang
sudah 2 kali aku melakukan operasi untuk melahirkan
dan sekirang ada rezeki lagi untuk anak ke-tiga
aku sudah tidak boleh melahirkan normal
aku hanya boleh melahirkan dengan kaedah operate juga
dan di mana,
operate untuk kali ke-tiga begitu tinggi risiko nya

kalau kau tanya aku sekarang;
sumpah! hanya dua itu saja lah zuriat aku
cukup lah dua putera
tidak perlu putera lagi untuk aku lahirkan
 tdak perlu puteri untuk melengkapkan keluarga aku
cukup lah
cukup lah hanya aku, suami dan dua putera

tapi,
kita hanya merancang
yang di atas itu lebih mengetahui segalanya
kalau dia mahu beri, dia beri juga
entah lah
biar masa saja yang menentukan
tapi; jujurnya
dari hati aku yang paling dalam
cukup lah. ini saja.

________________________________________________________



ini gambar masa 7 hari Affan di lahirkan
hari ke tujuh adalah hari paling terafdal di beri nama & di cukur
selain mengikut sunnah nabi; dapat pahala
tiada orang ramai
tiada buai cantek cantek macam masa aryan dulu
tiada juga makan makan
hanya aku dan orang dalam rumah
juga kakak aku se family
sebab dia yang jadi tukang cukur
memang serba sederhana
tidak apa lah, yang penting ini memang niat aku sejak di awal kehamilan
aku dah niat untuk cukur rambut anak aku di hari ke-7
dan juga menghebah kan nama nya di hari ke-7
alhamdulillah. tercapai juga

_____________________________________________



sekarang
aku ada tiga putera dalam hidup aku
aswad putera
aryan rifqy putera
affan rayqal putera

harapan aku
moga cinta dan sayang antara kami
tidak akan pernah padam
tidak akan pernah lupus
tidak akan pernah kering
moga; kasih sayang sentiasa berlegar di sekeliling kami
insyallah



(ini sudah lama aku draft, baru hari ni dapat publish)
^-^