May 21, 2012

:: tentang perasaan ::




rasa malas. rasa tak semangat. rasa letih
haaihhh
tak larat betul nak hadap rasa ni sorang sorang
oh tuhan
beri aku kekuatan
semoga kuat untuk hadap ini semua

nak type panjang panjang pon takde mood
rasa malas mengatasi segalanya
time time gini rasa nak tidur je
nasib baik orang kat rumah semua paham
nasib baik ada anak yang selalu menghiburkan

incik suami yang jauh di mata
usah dirisau keadaan kami
usah dirisau rasa aku
insyallah
insyallah semua boleh di kawal
semua boleh di atur
doa yang baik baik saja
gua oke. insyallah oke
^-^

__________________________________________


eh oh ye...
siapa tonton "Oh My English" ??
rancangan yang sangat bagus
sila la tonton
kadang kita rasa ayat kita guna dah betul
tapi rupanya salah
so..mari tonton OME ni sama sama
untuk improve our English

setiap Ahad @ 10am @ Astro TVIQ

May 17, 2012

:: hilangnya doa seorang ibu ::


sepotong ayat dari drama semalam
hik hik hik

_________________________________________________

siapa tengok drama ni semalam?
sebenarnya aku tengok pon dah terlewat
sebab aku tertidur
aku on tv9 pon dah pukul 9.30 pm
kire dah half way la cerita ni
tapi pon belum terlambat la

kisah mulut jahat yang membawa padah
kisah tergurisnya hati seorang ibu

cerita tu memang agak menyeramkan la
ni lah nama nya kerana mulut badan binasa
kadang kadang kita tak perasan apa yang kita keluarkan,
menyakitkan hati orang lain
dan orang tu, belum tentu boleh maafkan
sebab bila berkaitan dengan hati dan perasaan ni,
lebih lebih lagi menyakiti hati ibu
dan juga, bukan mudah untuk jadi seorang ibu
tak aku nafikan
mengadap perangai anak anak
telan rasa dengan sikap anak anak

aku harap satu masa nanti aku boleh jadi macam mak aku
jujur; mak aku tidak pandai
mak aku tak pernah sekolah
mak aku buta huruf. jawi dan rumi
mak aku selalu cakap dia bodoh
mak aku selalu takut untuk beri pendapat
mak aku memang gagal untuk didik kami dari segi persekolahan
sebab dia tak mampu tunjuk ajar kami
tapi aku bersyukur sebab dia, mak aku
aku bersyukur sebab aku keluar dari rahim dia
aku bersyukur sebab aku punya mak yang begitu mulia

ada 13 orang anak, dua darinya meninggal sudah
dengan perangai yang setiap darinya kadang menyakitkan
belum kira lagi yang dia pernah dibuli menantu
pernah ditunjal-tunjal menantu
tapi percaya lah, jarang sekali dengar dia membalas
jarang sekali dia keluar kata kesat kepada kami
aku pernah bising kat dia
kenapa dia begitu sabar. kenapa dia asyik diam?
ringkas saja jawab nya
dan aku rasa dia begitu tinggi, bila dia kata
"sebolehnya, mak tak nak terkecil hati dengan anak anak,
sebolehnya tak nak terkecil hati dengan menantu, 

sebab mak tahu, nanti Tuhan balas kat anak mak"
sebab dia tahu,
azab tuhan pada anak derhaka itu sangat menakutkan

dan aku yakin, bukan mudah nak buat macam tu
bukan mudah untuk seorang ibu telan saja dengan perangai anak anak
aku harap aku boleh jadi macam dia satu hari nanti
aku harap aku boleh jadi ibu yang penyabar
dan selalu mendoakan yang baik baik untuk anak anak aku
sebab aku percaya,
doa seorang ibu itu sangat di dengar Tuhan

insyallah
^-^

May 15, 2012

:: cerita di bulan april ::



nak cerita pasal bulan april
macam yang aku pernah cerita kat sini tahun lepas
aku dapat booking tiket ke sabah untuk tahun ini
memang berbaloi sebab murah sangat tiket
terima kasih Air Asia
sebab kalau AA ni takde,
jangan arap la orang orang macam aku ni nak naik kapal terbang
lambai dari bawah je la
actually, chem dah beli dulu tiket
dan rancang punya rancang, dapat la pegi same date with chem
dia gerak pagi, kami gerak petang
dia sampai tengah hari, kami sampai malam

18/04/2012
 aku dan aryan gerak ke KL
aryan semakin oke dalam bas
aku tiada masalah nak handle dia dalam bas

19/04/2012
pukul 3 petang gitu kami gerak dari bandar tun razak
memang memang disaster sebab memang kelam kabut
berangin je dengan si incik suami
sebab asek cakap sempat..sempat...
dan check in beg. tu yang buat lambat tu
tensii.....!!!!
6 lebih kami pon fly
selalu naik flight dari jb ke kl, malam
so aryan tak dapat tengok view
this time, puas la dia tengok keadaan di awangan sebab siang
2 jam dalam flight. aryan rengek skit
dalam pukul 9 lebih gitu kami jejak di sabah
ofismate incik suami fetch
terus check in di Promenade Service Apartment
tersangat lah selesa
bilik kami bersebelahan dengan bilik incik chem & incik zam
makan, kemas beg untuk aktiviti esok pagi, dan terus tidur

20/04/2012
siap siap. ngemas ngemas untuk gerak ke kundasang
aku mula mula jatuh cinta dengan kundasang lepas baca satu blog
seriusly jatuh cinta pandang pertama
lagi lagi di dairy farm tu
subhanallah, cantik sangat ciptaan tuhan
dengan langit membiru, cuaca yang sejuk, saujana mata memandang
dan tujuan utama aku ke sabah memang untuk ke kundasang
pukul 10.30 pagi, transport datang
kami berempat memilih avanza dengan bayaran rm200 = 24hr
dari KK ke kundasang kami gerak sendiri dengan berpandukan GPS
untung sebab incik chem sangat pandai membaca GPS
dan incik suami memandu
aku dan zam rilex rilex aja
hahahhahahahahahhahah

lebih kurang pukul 12 lebih kalau tak silap
kami sampai ke Mount Kinabalu Park
ronda ronda situ. snap. pose. kemudian gerak
mula mula agak gelabah sebab if tengok GPS,
kami sebenarnya sudah terlepas Dairy Farm Mesilau tu
nasib baek incik suami ringan mulut bertanya
sebab kat situ banyak tour guide, dan dapat arah tuju yang sebenar
alhamdulillah, kami tidak terlepas
aku dah cakap, aku tak kira, terlepas ke ape, aku nak pegi juga
nasib baik tak. hihiihihihihi 
senang je jalan nak ke sana. semua ikot signboard
tak jauh dari mount kinabalu park kami sampai ke dairy farm
hati aku melonjak-lonjak
bersyukur sangat sebab sampai dengan selamat
dalam hati tak sangka dapat jejak ke sana
memang benar bagai di cerita
saujana sungguh suasana di sana. rilex. cool. santai
dan oh ye, susu lembu nye begitu sedap dan fresh


:: mount kinabalu park ::


:: kundasang ::










:: dairy farm @ mesilau ::

lepas berposing bagai di dairy farm
mau check in sudah. sebab letih dan takot nanti sudah gelap
sebelum tu singgah di memorial war 
tapi aku tak turun sebab aryan nak tidur 
so aku stay dalam kereta tidur kan aryan
plus, aku tak minat sangat history ni. hahahahah
tak lama pon diorang kat sana, lepas tu terus ke Jresidence
Dari awal aku booking tiket AA ni aku dah usha usha Jresidence ni
view dia cantik
dan akhirnya dapat pon stay situ
satu malam rm80 sebab weekdays :)
masa nak ke jresidence memang buat hati macam nak tercabut
sebab curam yang teramat la curam
kalau aku yang drive mesti failed. seram
alhamdulillah, selamat parking :)
situ, memang tersangat lah sejuk. sangat!!!
air panas ada, tapi macam tak panas je. terasa sangat sejuk nye
aku risau aryan lelah je. so aku siap siap bagi dia makan ubat dulu
sebab aku tengok dia da selsema + hidung berair
sebab dalam hutan, sebab ade budak kecik
jadi kami tidak berlama di luar
posing posing dalam bilik. layan aryan. tengok cd
lepas tu tidur dalam kesejukan.
dan entah macam mana dalam pukul 2 lebih, black out
memang gelap gelita. hati aku tak tenteram
sepanjang tu aku tak bole tidur pon
risau. kepala hutak macam macam
aku message Jresidence kt FB
diorg cakap electricity punye prob (lbh krg TNB) la
sampai ke siang blackout
dan satu bende aku pikir ialah air panas tarak
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




:: jresidence ::


21/04/2012
pagi nya tu memang kena bangun awal la kan
pukul 8 pagi kene gerak sebab nak pulang kereta pukul 1030pagi
aku lap2 kan aryan
ade orang tak mandi..lalalalalalla
aku gigih kan juga untuk mandi
tapi mak aaaaaaaiihhhhh..sejuk hingga ke tulang.... 
kemas kemas kemas...
pastu gerak... :)

sampai bawah, sempat singgah makan dulu
untuk sarapan
lepas tu memang ngam ngam la kami anta transport
so tiada extra charges. alhamdulillah. timing cantik
dan ngam ngam kami sampai, ade orang tanya pasal island hopping
macam di rancang pula. 
jadi nya kami memang tidak buang masa. 
setel urusan transport, kami terus gerak untuk aktiviti island hopping
kami ambil 2 pulau saje; pulau manukan & pulau mamutik (rm30 seorang)

dua dua pulau tersangat lah indah
aryan sibuk nak mandi di pulau pertama
dia kan memang pantang nampak air
jenuh aku layan dia. abes basah semua
aku memang tak bawak baju spare sbb tak plan nak mandi pon
tapi aryan punya pasal terpaksa la berbasah
melalak-lalak tak nak naik 
tapi naik juge sebab cuaca panas sangat
aku risau dia demam nanti plus daddy dia dah bebel non-stop
eleeeehhh ..... 
dalam bot, nak ke pulau kedua aryan dah pengsan, letih la tuh... 
kat pulau kedua kitorg tak amek masa lama
dalam satu jam saje lepas tu pulang... 
sampai je hotel, semua terbongkang. keletihan




:: berlatar belakang gunung kinabalu ::


:: pulau  mamutik & pulau manukan ::

malam tu, sebab last day kami mau makan makan 
open table dan makan besar di pasar filipina
memang murah dan sedap
terima kasih chem dan suami sebab sudi belanje kami
setel semua, pulang dan tiduuurrrr......

22/04/2012
hari kepulangan ke semenanjung
bangun pagi. kemas kemas
nak keluar jalan jalan dulu before check out
tapi tak lama la sebab checkout pukul 12 tengah hari
flight kami berbeza
chem pukul 1 lebih kalau tak silap
dan flight kami 3 lebih
kami gerak ke airport sama sama
sebab beza time tak banyak
chem & zam check in dulu
then aku n incik suami lepak dulu di luar
aryan tidur tak sedar kan diri
sampai kami mau check in baru dia bangun
alhamdulillah semua berjalan lancar
dan alhamdulillah kami selamat sampai di rumah 
:)


:: posing di airport ::

___________________________________________

seronok. itu saje yang aku boleh gambarkan
walau kami pergi tidak jauh
walau kami pergi tidak bawa balik apa apa sourvenir
walau kami pergi setelah kumpul duit sedikit demi sedikit
dan sebab ini semua dari hasil lelah kami
jadinya, keseronokan sangat la terasa
seronok dapat gembira kan aryan
seronok dapat berbulan madu selepas 3 tahun berkahwin
dan ia memang seronok

kepada sesiapa yang tidak pernah bercuti
percayalah, satu hari nanti masa kalian akan tiba
tak kira lah di mana pon
yang penting, kumpul lah sikit sikit
insyallah, dapat juga nanti
^-^

terima kasih pada chem & zam yang banyak membantu
yang tidak berkira, tidak banyak songeh, yang terlalu baik bagi aku
kalian berdua sangat secocok sebab;
 sama sama punya hati yang baik pada orang lain
aku selalu mendoakan kebahagiaan kalian
dan semoga tuhan beri kalian rezeki yan tidak putus
dan juga moge satu hari nanti kalian dikurniakan zuriat 
semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa; insyallah
^-^

untuk setahun dua ini, aktivit bercuti terpaksa di hentikan
atas sebab sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini
dan atas sebab, kami mahu saving lebih sikit untuk pergi lebih jauh
ewaaaaahhh. insyallah
selamat bercuti u olllsssssssssssss
Air Asia dah buka tiket Free Seat kan
sooo .. selamat bercuti 2013 
^-^

May 10, 2012

sabar



mesti semua orang dah tengok video kes dera tu
kan?
yang kecoh kecoh semalam kat FB
yang dah keluar kat TV3 pon
yang rupa nya itu kes tahun lepas
perempuan tu ada mental problem
perempuan tu dah kena lokap
perempuan tu dah di kenakan hukuman untuk setahun lebih

aku tak tengok
aku tak punya daya untuk "view" video tu
aku memang tak sanggup
video yang hari tu budak kena plaster mulut pon,
aku dah nangis macam apa
ini pulak tengok budak kena pukul secara live gitu
memang tidak lah aku nak tengok

yang aku hanya dengar suara budak tu nangis
(ada budak kat ofis bukak)
dengar dia nangis mendayu macam tu aku teringat aryan
kata kawan aku, even dia dah kena pukul,
dia tetap merangkak kat emak dia
tapi dia kena terajang pula
oh. aku tak sanggup betul dengar
aku teringat aryan
aryan; kalau aku marah
lepas tu kalau aku cakap aku tak nak kawan dia
atau pon aku paling muka aku tempat lain
dia mesti datang tempat aku,
tarik muka aku, pegang muka aku,
suruh tengok muka dia
lepas tu dia cium banyak banyak muka aku
alahaiiii .. macam mana marah pon engkau wahai ibu
anak kita tetap carik kita
sebab dia masih kecil
dia tau, hanya kita la pelindung dia
dia tak kenal orang lain
alahaaaiiiii

setiap orang ada masalah
dan aku yakin perempuan tu pon ada masalah
orang yang tidak waras je buat macam tu

apa apa pon, aku harap Tuhan bagi aku kesabaran
sabar dalam apa jua keadaan
sabar hadap karenah aryan
sabar dengan apa saja
sabar supaya aku dapat elak kan dari buat sesuatu pada aryan
semoga tuhan beri aku sifat "kasihan" ini sampai mati
sifat "tidak sampai hati" ini sampai bila bila
dan sifat "perikemanusiaan" tertanam sampai hujung nyawa
insyallah

May 9, 2012

:: aryan dan susu badan ::

aku dalam proses nak putuskan susu badan dengan aryan
sebab dia dah dua tahun
dah tiba masa untuk hentikan

macam macam cara dan petua aku jumpa di google
ada kata suruh letak jadam
ada kata suruh letak garam
ada kata letak sirap (konon luka)
macam macam lah

sebolehnya
aku memilih untuk tidak menipu aryan
sebolehnya
aku nak dia paham kenapa dia harus berhenti
dan alhamdulillah
untuk 3 hari ini dia bole tidur sendiri tanpa menetek
tapi kasihan la
sedih sangat tengok dia
kadang tu menangis, selak selak baju aku
kadang tu, tak nangis tapi macam tak keruan
kejap pusing kiri. kejap pusing kanan

aku selalu pujuk dia kata; yang dia sudah besar
sudah tidak boleh menetek lagi
nanti dia tengok muka aku
nangis. geleng geleng kepala
bila aku cakap "mummy buat susu yee"
lagi kuat dia nangis

alahai.. betul la orang cakap
nak pisah kan susu dengan anak ni memang paling tak sanggup
sebab dengan itu saja buat kita rasa dekat dengan dia
buat dia rapat dengan kita
buat dia lebih kenal siapa ibu dia
tapi, nak tak nak terpaksa la juga
semoga aryan tetap kenal siapa aku
semoga aryan tetap dekat dan rapat dengan aku
walau sudah terpisah susu badan

hari ini hari ke-4
moga dia kuat
moga dia senang lelap
insyallah
^-^


May 7, 2012

:: berjauhan ::

aku tak pernah berjauhan dengan aryan
dan aku tak dapat bayang kan berjauhan dengan dia
macam mana agak nya sakit berjauhan dengan anak?
bayangkan saja sudah buat airmata genang genang

aku cakap dengan incik suami
"mungkin, aku masih boleh berjauhan dengan dia"
"tapi untuk berjauhan dengan aryan tidak sama sekali"
bukan kata yang dia tidak penting
bukan juga untuk sombong diri yang aku sudah boleh berdiri sendiri
tidak sama sekali
tapi percaya lah,
tanya lah pada setiap ibu di muka bumi ini
jika di beri peluang,
tiada seorang ibu pon yang ingin berjauhan dengan anak sendiri

aku tak tahu kenapa aku keluar entry ini
mungkin sebab teringat kan si kekaseh gelap aku,
si ella terpaksa meninggal kan si hannah di rompin
bukan senang nak buat keputusan macam tu
sebagai seorang ibu juga, aku dapat rasa macam mana

ramai sebenarnya di sekeliling aku yang hidup nya begini
tinie; berjauhan dengan suami
amy; berjauhan dengan suami
fie; berjauhan dengan suami & anak
lin; berjauhan dengan suami
ahh .. aku tidak sendirian
cuma masing masing punya cara nak hadap ini semua
masing masing; nak tak nak kene hadap dengan tabah
dan percaya lah ;
kita kita; yang senasib ini,
lebih kuat dari apa yang kita sangka
jadi jangan lah selalu bersedih hati
senyum lah, sebab senyuman boleh buat kita lupa dengan segala masalah
sama sama doa moge Tuhan percepatkan semua proses ini

^-^



May 4, 2012

cerita di bulan mac 2012



Bismillah
mari mulakan entry hari ini dengan cerita cerita di bulan mac
hiihihi
macam yang selalu aku cakap,
banyak perkara penting jadi di bulan mac
antaranya
befday aku 3 mac dan befday aryan 21 mac

aku ada dapat sms dari suami aku masa 3 mac
"bla bla bla...maaf tak dapat ada kat sebelah lu"
hati tersentuh sebab dia dah janji;
akan ada di setiap 3 mac untuk aku
walau begitu, aku dapat rasa yang dia akan ada. akan datang
sementara itu, aku sudah tidur dengan aryan
sambil airmata keluar bukan saje sebab suami tiada
tapi sebab rindu kan mereka yang tiada
mereka yang akan turut bergembira di hari lahir aku
cuma aku harapkan mereka mendoakan kesejahteraan aku
dari jauh

tak lama lepas tu, macam yang aku rasa
suami datang!
berpakat dengan isi rumah yang lain masuk bilik dengan kek
oke. smile :)


kisah befday aryan pula
aku buat sambutan kecil kecilan pada malam 21mac itu
dengan sebijik cupcake angrybird
hihihi


kemudian merancang untuk buat party macam tahun lepas
dari satu tarikh ke satu tarikh
akhirnya, decide : 30mac
ini adalah sangat fun
dan semua berjalan lancar
dengan tema pelangi amat sesuai sebab nampak ceria sangat
aku tak larat nak upload gambar banyak banyak
sebab kalian pon sudah lihat di FB aku kan


^-^

_____________________________________________________

dalam bulan mac juga
aku dan suami ada berjumpa dengan kesayangan kami
dah lama sangat rasa nya tak jumpa
ada la dalam 10 bulan
seksa. pedih
tapi hati terubat bila dapat bersua wajah
tapi tangan tak sampai untuk sentuh
hati sebak bila dia kate
"kita dah buat kan doa selamat kat sini masa befday cik"
aku tanye; "kau yang baca ke?"
dia jawab; "mestilah"
jantung rasa tercabut
nyawa rasa melayang
dia dah berubah. sungguh
moga ia berkekalan
moga ia berterusan
dia cerita lagi
"kita dah 6 kali khatam quran"
subhanallah. subhanallah
aku rasa diri terlalu kecil berbanding dia
terima kasih Tuhan. terima kasih sudah pilih dia untuk Kau uji
walau ia menyakitkan, tapi aku yakin mereka sudah berubah
airmata tidak tertahan bila mau melepaskan
pada hal sudah berjanji dalam diri yang tidak akan menangis
tapi, mana bole ditahan bila mahu meninggalkan kesayangan itu

jaga diri musangku
moga kau tabah
moga kau kuat
aku sayang kau, tak kira siapa pon kau
*peluk*



May 3, 2012

bermula

genap 2 bulan aku tak update apa apa kat sini
entah la kenapa
bukan la takde masa
bukan lah takde cerita
dan bukan juga tak suka
tapi entah lah
tak tahu kenapa
tiap kali buka, mesti jari macam kaku
hisshhh
kasihan follower follower i yang tak seberapa tu
hahahha

hari ini 3 mei 2012
genap setahun aku di johor bahru
dan genap setahun aku di century total logistics
bermakna juga sudah genap setahun aku berjauhan dengan suami
setahun meninggalkan teratak comel kami
dah setahun tapi masih belum ada keputusan untuk langkah selanjut nya
biar lah. biar lah dulu
cuma berharap hati masih kuat di antara satu sama lain
berharap moga semua akan baik baik saja

dan oh ye, semalam 2 mei 2012
genap 3 tahun kami bersama
sebagai suami isteri
sekejap sudah masa berlalu
3 tahun dengan seorang putera
begitu membahagiakan
dengan si kecil itu yang sudah macam macam
tiap yang dia buat begitu menyenangkan hati aku
perlahan-lahan minda nya terbentuk
cuma masih belum petah bercakap
insyallah tak lama lagi la tuh

tak tahu nak cerita apa lagi
nanti nanti cerita lagi
doa kan aku rajin selalu
insyallah. ruang ini tidak akan kosong lagi :)

p/s
nanti aku update cerita untuk mac & apr
hahahaha...
banyak benda yang jadi..
nanti aku kongsi yaa??
^-^



rindu??