January 7, 2015

:: aryan dah sekolah ::





2015 bererti umur aryan sudah 5 tahun
bererti juga yang aryan sudah mula sekolah
si sulung mummy sudah besar
rasa macam sekejap sangat besar kan dia

aku rasa dari bulan June tahun lepas aku dah survey
or maybe sejak aku duduk JB lagi
nak cari yang terbaik untuk anak tu bukan senang
timbang tara dan berbincang suami isteri juga penting
dan tak lupa juga cuba perhati anak kita

Satu benda yang aku dapat tangkap tentang aryan;
dia paling senang hafal zikir zikir & doa
kalau zikir zikir di TV oasis, 
hari ni dengar esok dia dah bole sebut
Maka aku bincang dengan suami
untuk hantar Aryan ke sekolah agama
entah lah..di zaman ini aku tidak lagi fikir tentang apa apa
Yang aku mahu aryan jadi seorang anak yang baik
itu sahaja
membesar menjadi anak yang patuh pada Allah
mendengar kata orang tua
menghormati semua orang
dan yang penting tak henti menyebar kasih sayang

Satu hari nanti kalau aku pergi dulu
moga aryan boleh talkin kan aku
moge aryan boleh solat kan aku
insyallah

Pra-sekolah yang berasaskan agama sudah begitu banyak
setelah berbincang dan survey 
kami pilih Little Caliph Segambut untuk aryan belajar
Aryan juga akan duduk di situ hingga petang
Daddy akan ambil aryan dalam pukul 6 gitu

aku cuma harap
aryan dapat sesuai kan diri dengan kawan baru
hormat teacher semua
dan yang paling penting
moge semua orang senang dengan dia
^-^

mummy daddy bukan orang senang
tapi 
mummy daddy akan usaha untuk beri terbaik untuk awak
dan moge ini adalah yang terbaik untuk awak

belajar rajin rajin
insyallah mummy daddy tak penting kan 
berapa A awak dapat
no berapa awak raih
pujian apa yang awak terima
mummy daddy cuma nak
awak jadi orang yang baik
itu saje
^--^


January 6, 2015

:: DuaRibuLimaBelas ::


sebelum terlewat
selama tahun baru 2015
selamat tinggal 2014 yang penuh duka
moge ada ganjaran yang lebih baik untuk tahun ini

azam tahun baru?
entah
tapi yang pasti
nak ubah kehidupan ke arah yang lebih baik
itu saja
dari segi kewangan
dari segi tingkah laku
dan macam macam

eh
34 tahun sudah?
fuuuhhh
-__-


bye