Ada lagi lebih kurang 3 minggu untuk ke 13 September 2014
ada apa dengan 13sept?
untuk pengetahuan, adik ipar aku akan berkahwin di tarikh itu
aku ada 3 adik ipar;
pertama : kakde
kedua : baby
ketiga adik @ amir
Yang akan berkahwin ini adalah kakde
Kakde a.k.a janna agak rapat la dengan aku
Mungkin sebab dia pernah duduk sebumbung dengan aku
Mungkin juga sebab dia rapat dengan suami aku
Aku banyak belajar masak dengan dia
Masa mula mula aku kenal dia, sedikit terkejut bila suami bercerita
yang dia ni hebat memasak
tiap kali ke rumah mertua, aku akan selalu teman dia dapur
(sebab aku tak pandai masai, jadi aku perlu buat buat sibuk di dapur)
HAHAHAHAHAHAH
banyak benda aku belajar dengan dia di dapur
paling kegemaran aku masakan kakde; SUP TULANG
adeessssss ... menjilat pinggan
Tak sangka, cepat sangat masa berlalu
sudah mahu kahwin
berapa hari saja lagi, sudah jadi milik orang
lepas ni, dah tak boleh nak kacau sangat di whats app
tak boleh nak borak lama lama di rumah mertua
banyak dah tak boleh la senang cerita
huhuhuhuhuh
Harapan aku
semoga suami dapat jaga dan sayang kau sampai bila bila
terima semua kekurangan dan kelemahan kau
dilimpahi kasih sayang yang melimpah ruah
dapat menjadi isteri yang setia pada suaminya
menjadi isteri yang membahagiakan suaminya
dapat menghadap semua dugaan yang bakal datang nanti
apa pun terjadi, berpegang lah tangan dengan erat
moge tidak terlepas, moge tidak terlerai
Bahagia itu bukan saja dengan wang ringgit
tapi percaya lah, dengan kasih sayang yang tidak pernah putus
dan oh ye,
jangan lupe kakak mu ini ye
jangan berhenti sayang aku anak beranak ye
(^___^)
jangan berhenti sayang aku anak beranak ye
(^___^)
aku akan selalu ada untuk dengar semua cerita kau
aku tetap pendengar setiamu