20 Ogos-------Keluarga Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak membuat laporan polis berhubung kehilangannya setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.
26 Ogos--------Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil mengadu kepada media mengenai kebimbangannya terhadap kesihatan Nurin yang sejak hilang berkemungkinan tidak mendapat bekalan ubat untuk penyakit buah pinggang dan darah tinggi yang dihidapinya.
27 Ogos--------Ibu Nurin Jazlin, Norazian Bistaman akhirnya meluahkan isi hatinya selepas enggan ditemuramah pemberita sejak kehilangan anaknya.
28 Ogos--------Polis klasifikasikan kes Nurin Jazlin sebagai penculikan.
29 Ogos--------Seorang saksi tampil mengaku melihat Nurin Jazlin ditarik menaiki sebuah van berwarna putih pada malam kejadian (20 Sept) manakala kira-kira 300 anggota polis, RELA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Rukun Tentangga mengadakan operasi besar-besaran menjejaki Nurin di kawasan Sentul, Kepong, Jinjang, Wangsa Maju dan Setapak.
3 Sept------Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan minta bantuan orang ramai dalam usaha mencari Nurin Jazlin kerana tiada petunjuk baru.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut anjur solat hajat di masjid-masjid selain tawar RM3,000 sebagai ganjaran penemuan Nurin.
4 Sept------Usaha mengesan Nurin jazlin yang memasuki hari ke-13 turut menggunakan kaedah perantaraan jarak jauh atau "remote viewing" oleh Pakar Forensik Hipnosis Dr Sazali Ahmad.
5 Sept-------Pelbagai pihak termasuk 1,000 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bermotosikal bantu tampal poster Nurin Jazlin manakala Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (Perisi) mula menggerakkan anggota mereka yang berpangkalan di Pulau Pinang dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
6 Sept-------Polis sahkan sebuah van berwarna putih yang dibiarkan tersadai di Taman Tenaga, Jalan Klang Lama tiada kaitan dengan kes kehilangan Nurin Jazlin.
7 Sept------Perisi menerima maklumat daripada orang ramai tentang dua lokasi yang dipercayai tempat Nurin Jazlin disembunyikan.8 Sept-------Keluarga Nurin Jazlin mengadakan solat hajat bersempena dengan sambutan ulang tahun Nurin yang kelapan.
10 Sept-------Pengamal tradisional mengaitkan kehilangan Nurin Jazlin dengan makhluk halus.12 Sept-------Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mengadakan operasi kempen bermula 14 Sept untuk mencari Nurin Jazlin dengan melibatkan 150 sukarelawan mengedarkan poster di kira-kira 50 lokasi tumpuan umum sekitar Kuala Lumpur.
13 Sept--------Keluarga Nurin Jazlin menyambut ketibaan Ramadan kali pertama tanpa Nurin di samping keluarga.
14 Sept--------Jumlah ganjaran kepada sesiapa yang membantu mengesan Nurin yang hilang sejak 26 hari lepas meningkat kepada RM26,000 dengan sumbangan daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menghulurkan RM3,000.
16 Sept--------GPMS mempergiatkan kempen mencari Nurin Jazlin ke peringkat seluruh negeri dengan mengedarkan poster kanak-kanak itu ke 142 cawangan GPMS di seluruh negara.
17 Sept--------Mayat seorang kanak-kanak perempuan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Mayat kanak-kanak berusia antara enam hingga sembilan tahun itu didapati mempunyai kesan lebam di leher selain luka dan calar-calar di kaki.Ibu bapa Nurin jazlin menafikan kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin ketika proses pengecaman di Hospital Kuala Lumpur.Polis ambil contoh darah ibu bapa Nurin untuk DNA bagi pengesahan.
19 Sept-------Polis mencari seorang wanita misteri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes penemuan mayat kanak-kanak itu.Wanita yang memakai baju-T berwarna merah dan seluar jeans biru itu dirakam mundar-mandir di luar premis itu sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu oleh seseorang yang tidak dikenali.RHB Banking Group mengambil langkah proaktif bagi memudahkan usaha mencari Nurin Jazlin dengan memasang gambar kanak-kanak perempuan itu di kesemua Mesin Teler Automatik (ATM) bank itu mulai hari ini (20 Sept).
20 Sept-------Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed hari ini mengesahkan ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Isnin lepas adalah Nurin Jazlin.
Dan semlm "21 Sept" ayah arwah Nurin menolak untuk melakukan ujin DNA kali kedua. sgt sedey oke.. :( mebi...dier pon dh leh trime yg tu adalah anak dier..
smlm aku sefamily menantikan buletin utama TV3.kami sume nk sgt tgk, detik2 terakhir nurin dikebumikan.oh God....memasing dh x tahan air mate... :( sedey sgt2...smpai ati diorg wat dak kecik + comel tu camtu skali...cmne la saket nye nurin..Tuhan jek yg tau..
same2 la kiter doa smoge syurga tempatnye..n juge pihak polis dpt tangkap si binatang tu lekas2...x yah kasi hukum2..kasi jek kat org ramai..biar kene bedal jek... huh...geram nye aku...
aku rase...ni adalah peristiwa yg sgt sedey bkn jek utk keluarga nurin tp juga utk seluruh warga malaysia..:(
"alfatihah" ... :(