September 20, 2007

US a.k.a KAMI

ari ni aku nk bual psl drama series "KAMI"
kewl oke citer nie..
korang better tgk..
sgt best...
pelakon sume besshhh....
aku paling ske si comel tuuu "liyana jasmay"
sooooo cute....
oke..meh aku citer skit psl drama tuu.. ;)









KAMI adalah kisah persahabatan lima orang sahabat dan perjalanan mereka dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

LYNN adalah seorang gadis pekan kecil yang mengimpikan peluang untuk mengembara dan menjadi seorang penulis yang terkenal. Berdikari dan pandai membawa diri beliau menjual kerja rumahnya kepada pelajar-pelajar di sekolahnya untuk mencari duit lebih untuk membeli sebuah komputer baru. Berbekalkan keyakinan diri dan hasrat yang tinggi untuk berjaya sebagai seorang penulis, Lynn juga menulis majalahya sendiri – KAMI, menggunakan nama samaran Teka Teki. Tetapi dalam keghairahannya untuk mendapatkan duit Lynn bertembung dengan seorang penjual dadah yang bernama Boy dan mula terjerumus dalam dunia pengedaran dadah. Tindakannya memaksakan ibu Lynn untuk membuat keputusan berpindah ke KL dan memulakan hidup yang baru.

ALI, anak seorang usahawan, ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya. Seorang yang suka memendamkan perasaan, Ali telah menjalani program pemulihan dadah dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ibu terhadap dirinya. Tetapi melihatkan keretakan perkahwinan ibubapanya yang disebabkan oleh kemerosotan urusniaga bapanya dan kedinginan ibu terhadap dirinya mula memberi tekanan kepada Ali.

SOFIE adalah seorang gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Seperti Ali, Sofie juga membesar melihatkan keretakan perkahwinan ibu bapanya. Kini setelah ibunya meneruskan perceraian buat kali kedua, Sofie mula rasa tertekan menurut kehendakan ibunya yang ingin membentuk Sofie sebagai isteri yang sempurna. Pengaruh ibunya juga telah menjejaskan hubungan antara Sofie dengan Ali.

ABU ialah kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan. Seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati Abu sebenarnya menyimpan perasaan sedih kerana sikap dingin Bapanya disebabkan peristiwa silam. Tetapi penglibatan Abu dalam kecurian dan pergaduhan merenggangkan lagi perhubungan antara dia dan bapanya.

ADII, sepupu Ali, ialah seorang yang ceria perwatakannya dan sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pendengaran ibunya yang menimbulkan situasi-situasi yang memalukan, Adii sentiasa cuba bersikap positif. Hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web tidak kesampaian apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Tetapi Adii tetap menaruh harapan untuk bertemu dengannya.


As they each deal with their personal conflict, they learn that they are all on the same road to self-discovery and can no longer avoid coming to terms with self-doubt, relationships, parental pressures and the angst of living the banalities of life in the suburbs.
With the future of adult responsibilities closing in on them, the five friends take comfort in the one thing they can count on – their friendship – and music to define the most confusing time of their lives – the teenage years.

okee....dh abes sinopsis nyeee..
so guys...jom nonton sesame..
tiap ari rabu ... di 8tv ... kol 10 pm...
jadiknyee...ari rabu...adalah ms di rumah..
hiihihihi....

klu korang nk lg tau lbh psl series ni..
pegi klik cini ---> http://www.projekkami.com/



smbel2 tuu..
narhhhhh tgk klip OST cite KAMI
"MEET UNCLE HUSSEIN - LAGU UNTUKMU"

0 comments: