August 16, 2014

:: kenduri - 13Sept ::




Ada lagi lebih kurang 3 minggu untuk ke 13 September 2014
ada apa dengan 13sept?
untuk pengetahuan, adik ipar aku akan berkahwin di tarikh itu
aku ada 3 adik ipar;
pertama : kakde
kedua : baby
ketiga adik @ amir
Yang akan berkahwin ini adalah kakde
Kakde a.k.a janna agak rapat la dengan aku
Mungkin sebab dia pernah duduk sebumbung dengan aku 
Mungkin juga sebab dia rapat dengan suami aku
atau mungkin juga sebab aku selesa untuk berkongsi apa apa dengan dia





Aku banyak belajar masak dengan dia
Masa mula mula aku kenal dia, sedikit terkejut bila suami bercerita
yang dia ni hebat memasak
tiap kali ke rumah mertua, aku akan selalu teman dia dapur
(sebab aku tak pandai masai, jadi aku perlu buat buat sibuk di dapur)
HAHAHAHAHAHAH
banyak benda aku belajar dengan dia di dapur
paling kegemaran aku masakan kakde; SUP TULANG
adeessssss ... menjilat pinggan

Tak sangka, cepat sangat masa berlalu
sudah mahu kahwin
berapa hari saja lagi, sudah jadi milik orang
lepas ni, dah tak boleh nak kacau sangat di whats app
tak boleh nak borak lama lama di rumah mertua
banyak dah tak boleh la senang cerita
huhuhuhuhuh

Harapan aku
semoga suami dapat jaga dan sayang kau sampai bila bila
terima semua kekurangan dan kelemahan kau
dilimpahi kasih sayang yang melimpah ruah
dapat menjadi isteri yang setia pada suaminya
menjadi isteri yang membahagiakan suaminya
dapat menghadap semua dugaan yang bakal datang nanti
apa pun terjadi, berpegang lah tangan dengan erat
moge tidak terlepas, moge tidak terlerai
Bahagia itu bukan saja dengan wang ringgit
tapi percaya lah, dengan kasih sayang yang tidak pernah putus
insyallah



dan oh ye,
jangan lupe kakak mu ini ye
jangan berhenti sayang aku anak beranak ye
(^___^)
aku akan selalu ada untuk dengar semua cerita kau
aku tetap pendengar setiamu


i luv u, buddy
aku sayang kau selalu
Insyallah


August 15, 2014

:: shaklee di hati ::







ASSALAMUALAIKUM

mungkin ramai yang tidak tahu
dan mungkin sebab aku pon tidak beritahu
yang aku ini adalah pengguna tegar :: SHAKLEE ::
jujurnya aku baru saja kenal shaklee ni dalam tahun lepas
selalu nampak orang cerita pasal dia, tapi tak pernah pon cari info
lagi satu aku risau harga nya mungkin mahal
itu yang seram nak cari tahu

hinggalah dalam tahun 2012 lepas aku melahirkan Affan
masa aku dalam pantang, aku menggunakan produk NONA ROGUY
tidak lah aku kata NR itu tidak bagus, tidak sama sekali
tapi penggunaan nya agak terbatas lah

lepas beberapa bulan, lebih kurang 3 bulan lepas pantang
baru lah aku diperkenalkan dengan :: SHAKLEE ::
tujuan utama adalah untuk menambahkan susu badan
ada seorang SID yang teramat lah baik hati nya
tunjuk ajar dari segi pemakanan, pantang larang dan sebagainya
Alhamdulillah, susu lebat
dan tidak di sangka pula, secara tak langsung badan aku aku susut
begitu pantas
masa mengandungkan aryan ambil masa yang panjang untuk kurus
tapi lepas consume SHAKLEE, penurunan begitu ketara

Masa itu aku mengamalkan
ESP
ALFALFA
LECITHIN
walaupun tiga tiga benda ajaib ini
aku ambil untuk tujuan penyusuan,
tapi macam macam masalah lain pula yang aku dapat selesaikan
keputihan, lemak terlebih, susah buang air
alhamdulillah selesai
^__^
tapi jika untuk menyusu itu perlu kurang kan sedikit pengambilan ALFALFA
sebab ALFALFA sedikit panas
dengan minum air yang cukup (2-3 liter sehari)
dan juga mengamalkan Eat Clean
Alhamdulillahaku mengambil masa dalam 5 bulan sahaja untuk kembali ke berat asal
teruja..!!!
Korang pon tahu kan, aku naik lbh kurang 30 kg masa mengandung
dulu masa aryan pon sama
jadi, hati begitu risau untuk turunkan balik
Alhamdulillah, dengan SHAKLEE laju betul penurunan nya




Untuk yang mahu mencuba
jangan malu segan
contact aku; 016 7702781
aku akan guide sampai korang kurus
oke?

(^__^)

:: tiga bulan ::




entry terakhir aku adalah pada bulan may
ini bermakna sudah 3 bulan aku tinggal kan ruang ini
beberapa kali sudah terjadi begini
berjanji untuk terus update, tapi tetap juga terlupa
sibuk?
ye. aku rasa aku begitu sibuk untuk 3 bulan ini
tiga bulan pertama bekerja di tempat baru
balik rumah bergelumang dengan dapur + rumah + suami + anak
tidur selewat 1 @ 2 pagi
Kemudiannya perlu bangun seawal 5 @ 6 pagi
Aku tahu, bukan hanya aku
aku tahu, semua isteri seperti aku
Yang hidupnya di dedikasi kan sepenuhnya untuk yang tercinta

berkenaan tempat kerja baru
tidak begitu seronok di sana
entah lah. mungkin sebab waktu kerja nya
mungkin sebab persekitarannya
mungkin kerana rakan sekerja
atau mungkin sebab aku yang memang tiada hati untuk kerja ?
tapi sedaya upaya cuba untuk ikhlas kan hati
sekuat hati cuba untuk cinta kerja ini
Dan seusaha habis untuk belajar dengan lebih banyak

berkenaan anak anak
bulan pertama di KL, anak anak di letak di rumah mertua
hati tiada risau
bulan kedua, anak anak di hantar di taska tempat suami bekerja
minggu pertama oke
minggu kedua juga oke
masuk minggu ke tiga sudah mula merepek
balik dengan bekas gigitan
pulang dengan bekas cakaran
sudah lah kalau begitu
tidak mahu saling menuduh
tidak mahu saling menyalahkan
sebulan sahaja lah anak anak di taska
bulan ketiga di KL, letakkan mereka di rumah jiran
pengasuh yang berumur lebih kurang ibu mertua
orang nya nampak kasar
tapi anak anak nampak nya suka
mungkin sebab memang ada aura keibuan
ALHAMDULILLAH
sudah sebulan di sana dan rasanya anak anak serasi
tiada lagi nangis pekik
malahan peluk cium bila dihantar
kita boleh tahu, anak kita gembira atau tidak
kan?
kita boleh rasa
Moge kekal begitu lah hendaknya

oh ye, mungkin belum terlambat untuk ucap

SELAMAT HARI RAYA ..!!!

tahun ini beraya di rumah mertua 
tahun ni tema di rumah mertua adalah biru
dan aku pilih "royal blue" untuk kami 4 beranak
baju aku dari zalora
baju suami dari jalan tar
baju anak anak dari manjakuhappy
raya ke lima baru pulang ke JB
itu pon tidak lama sebab aku di serang denggi
perlu pulang segera ke KL
kalau sakit teruk pon biar di KL
jujur, memang tidak begitu seronok ketika pulang ke JB
tidak banyak masa dengan keluarga
hanya terlantar di rumah sebab badan terlalu bisa
masih terbayang renungan sayu si ibu
Allah ... jagakan dia untuk aku
moge di beri kesempatan untuk berjumpa lagi
moge di panjangkan umur untuk bersua lagi
terlalu singkat kita berjumpa, mak bapak
tiga bulan terpisah, begitu lama aku nantikan hari raya ini
tapi rupanya Allah itu ada rancangan yang lain
Insyallah nanti kita jumpa lagi ye, mak ?

aku share sedikit kenangan di hari raya, ye?
^--^








selamat hari raya semua
moge maafkan atas semua kesalahan
**gud nite kamu kamu**

May 26, 2014

:: hi Kuala Lumpur ::

bismillahirrahmanirrahim
lama sangat di tinggalkan
entah mana hilang rasa untuk bercerita
entah mana pergi seronok menulis
entah lah

sekali lagi cuba untuk berkongsi
semoga kekal untuk update hari hari

Alhamdulillah
syukur Alhamdulillah
pada ketika aku menaip ini, diri sudah di Kuala Lumpur
diri sudah kembali sebumbung
Tidak pernah merancang untuk pilih mana-mana
Johor Bahru atau Kuala Lumpur bagi aku sama saja
Asalkan berdua sudah cukup
Asal berempat sudah bahagia
dan akhirnya aku kembali ke sini. Kuala Lumpur.

sekarang kerja di Jalan Tar
tapi aku dalam proses untuk cari kerja yang lain
bukan tak bersyukur
cuma kerja di hari sabtu tu dah tak relevan pada aku
insyallah
akan ada rezeki lain nanti
sabar
moge dipermudahkan
insyallah

February 7, 2014

:: selepas 10 bulan ::

10 bulan. dah 10 bulan rupanya aku tinggalkan ruang ni
pada hal ni lah tempat favourite masa sedih masa gembira
ini lah tempat luah segala
entah lah. entah kenapa hari ni macam terpanggil untuk lihat-lihat sini
usha page kawan-kawan blogger
usha cerita-cerita lama
seronok betol. hahahah

kau apa cerita? sihat?
ada cari aku? rindu?
hari tu ada sekali minta tolong Fynnjamal promo kan IG shaklee
ada sorang tu komen "cha..bile nak blogging balik?"
hahahah
terkejut betol. kenal pulak dia
siapa yang komen tu meh komen kat sini
nak tengok awak yang mana satu

eh..jari macam kaku nak type. macam tak biasa
apa nak cerita ni?
banyak sangat nak cerita sepanjang 10 bulan sepi
aryan dah nak masuk 4 tahun (21 mac)
affan dah setahun
aku pulak nak masuk 33 tahun (3 mac)
suami aku 32 tahun (9 apr)
dan usia perkahwinan kami masuk 5 tahun, 2mei nanti 

sekejap sangat masa berlalu
pejam celik, pejam celik, dah ber empat sekarang
tapi itu lah .. masih berjauhan. 
kami di JB , suami di KL
impian; tahun ni bersatu di bawah satu bumbung
tak kira lah, JB atau KL
yang penting di bawah satu bumbung

oke. cukup lah ini dulu untuk 1st entry ni (lepas 10 bulan)
harap di maafkan lah
hihih

oke.. aku belanja sikit gambar masa birthday affan haritu
sikit je la
^-^

____________________________________________________________








March 19, 2013

:: ouuuwwhhhh ::






ape yang gemok sangat niii ??
stress
oke bai

March 12, 2013

:: rutin ::

anak dah masuk dua. alahai baru dua
tapi aku rasa, Tuhan bagi 24 jam tu macam tak cukup
can i have more hour?
penat. penat. penat
eh. jangan nak menegeluh sangat
kau ingat, kau sorang je ke yang macam ni
kau ingat takde orang lain yang lagi teruk ke rutin hidup dia?

bangun seawal 4.30 pagi - 5.00
kadang terlajak sampai pukul 5.30
pernah juga pukul 6.00 baru bangun
kalau boleh sebelum pergi kerja harus mengepam
sempat atau tidak, pukul 6.40-6.45 pagi mesti gerak
kalau tak, kau hadap lah jem
kalau tak, memang van tinggal lah
kalau tak, kau drive la sendiri ke ofis yang kat hujung dunia tu
kalau tak, lari lah budget petrol kau
kalau tak, merah lah thumb print kau
ah..banyak nye risiko kalau aku keluar lambat
jadi..nak atau tidak kau kena keluar waktu yang di tetap kan

sampai ofis, harus mengepam at least 2 kali
tapi kalau menurut tuan guru (si aya) harus la pump tiap 3 jam sekali
memandangkan aku memang tiada stok untuk affan
tapi aku pam 2 kali sahaja sebab segan pula asek hilang kat ofis
selalu nya kalau pump 2 kali,
dapat lah aku bawak balik 16 oz atau 4 botol untuk si dobot aku tuh
alhamdulillah
syukur pada tuhan dengan rezeki ini
cita cita memang nak bagi fully BF at least 6 bulan untuk affan
kalau di panjang kan rezeki, sampai 2 tahun lah
harap harap susu tidak berhenti

balik dari ofis, lebih kurang pukul 7.30 sampai rumah
kalau jem, jejak la pukul 8.00 malam
sampai sampai, main2 kejap dengan affan & aryan
lepas tu terus mengepam lagi
at least kene ade 6 botol sehari untuk affan (waktu siang sahaja)
lepas tu..terus mengemas mengemas mengemas
lepas tu..tidur kan affan dan aryan
sekarang xde la nak tidur awal
pukul 12 baru masuk tidur
fuuhhhhhh.....

Alhamdulillah
affan tak pernah bangun malam
last menyusu pukul 11 gitu
lepas tu terus tidur sampai pukul 4 lebih
4 lebih dia mesti bangun untuk nyusu
kalau mata terbukak, aku main main jap dengan dia
kalau tak, dia terus sambung tidur
then kadang aku pon sambung tidur
tapi kadang aku terus bangun,  siap kan apa yang patot
then terus pergi kerja
macam tu la rutin aku sekarang

penat. penat sangat sebab rasa macam tak cukup rest
terkejar-kejar
kalau dapat call kate susu affan tinggal sebotol,
lagi lah aku drive macam x cukup pedal nak tekan minyak
paling sedih sebab tak cukup masa layan budak dua orang tu
kesian
aryan main lori sorang sorang
affan bual sorang sorang
mummy banyak benda nak buat
sebab nya, mak aku tak sihat
jadi, aku nak waktu siang tu dia jaga anak2 aku saje
tak perlu buat benda lain da
cuma masak je aku memang tak sempat nak buat

--------------------------------------------------------------

eh.. ini bukan nak meraih simpati
ini bukan nak harap orang komen "kesiaann nya"
ini cuma nak kongsi dengan kamu kamu
rutin aku
mungkin ada yang lebih teruk dari aku
kawan aku yang kat kl tu lagi teruk
keluar rumah 4.30 pagi
pukul 10 mlm baru sampai rumah
masing masing ada rutin sendiri
antara larat tak larat je
tapi, kalau dah jadi mak lah nama nya
kau mesti larat punya
you have to!
the power of mummy
hahahah

eh
sampai sini dulu lah
banyak kerja sebenarnya ni
mesti korang rindu i
kan kan kan
ok bye



:: ber empat sudah ::


:: jantung hati ::