July 14, 2009

:: ^-^ ::

belum ada tanda-tanda yang aku akan kena "morning sickness"
tapi aku ada rasa yang sangat malas dalam diri
sampai je rumah lepas balik kerja,
aku paling sukar mahu mandi
di tambah pula, aku selalu rasa sejuk bila hampir malam
kadang kadang, baru sampai rumah aku terus baring atas katil
siap selubung dengan selimut
bukan demam, tapi aku cepat betul rasa sejuk bila hampir malam


dan aku rasa sangat terharu semalam
bila dia susah payah masak kan aku air untuk mandi
susah payah kat sini sebab
kami tiada cerek (betul ke aku eja nie?)
kami cuma ade "water dispenser"
jadi nya, dia kena tekan punat tu untuk penuh kan jug
lepas tu masuk kan dalam baldi
banyak pulak tuh
kesian dia
sepanjang aku jadi isteri dia
belum pon aku buat macam tu kat dia
sayu pula hati bila dia kejut aku
"sayang..air dah siap, meh mandi"


aku rasa, lepas lepas ni
aku nak cuba lawan rasa sejuk tuh
aku tak nak susah kan dia lagi


aniwei, tenkiu encik suami
*peluk kuat kuat*

July 10, 2009

:: Anugerah dari Tuhan ::

lama sungguh meninggal kan ruang blog ini
sibuk sangat sampai tiada masa nak coret apa2


sudah pindah ke kg baru
seronok hidup berdua, walau belum lengkap rumah kami
seronok hidup berdua sebab berkongsi segala
seronok hidup berdua walau tiada hiburan apa apa
bagi aku, dia itu adalah penghibur aku
walau kadang kadang dia lebih banyak bebel dari aku
tapi, kalau tak dengar apa apa dari dia sehari
macam tak lengkap pulak

buat masa ini memang belum masak apa apa untuk dia
sebab memang belum beli gas pun
nanti lah. best pulak hari hari makan luar
heh
walau aku tau dia tak suka pon
insyallah, bila dah ada gas nanti, gua masak untuk lu
oke sayang?

sekarang ni, pegi keje naik putra
walau bersesak-sesak, aku lebih rela dari hadap jem hari hari
cuma nak jalan kaki dari stesyen tu ke opis
adoi laaa... haus da tapak kasut aku
letih sungguh
tapi xpe laa..dari sampai opis lambat
tak pe la letih sedikit

_______________________________


hari ini, 10/07/09 genap 70 hari aku menjadi seorang isteri
dan siapa sangka
tidak lama lagi, aku akan menjadi seorang ibu

aku hamil. sudah 4 minggu

*senyum paling lebar*

walau niat di hati mau merancang, tapi Tuhan mahu beri juga
alhamdulillah
rezeki jangan ditolak
terima kasih Tuhan.
atas anugerah yang engkau beri
lepas Kau beri suami, kini zuriat pula
alhamdulillah
moga Kau permudah kan segalanya
aku tak sabar nak lihat ia membesar


cuma yang seram nya, selera aku maken bertambah sekarang
dan aku semaken malas
moga encik suami dapat bersabar & bertahan


oke da.
mummy nak tido dalam toilet kejap
kan aku dah kate, aku malas sekarang
toilet pon jadi la
heh


*sekarang dah susah nak upload pic
nanti2 perot aku dah besar
aku akan usahe kan untuk letak
oke?