November 15, 2010

:: OUR TRUE LOVE STORY {CST PRODUCTION} ::

hari ini, 18nov 2010;
sudah 1 tahun, 6 bulan, 16 hari usia ikatan kami.
semua nya berlalu begitu pantas. seakan tidak percaya.

bermula pada 15mac 2008 aku dan dia bertemu.
masing-masing sudah berpunya.
tapi, masing-masing sedang dalam dilema.

aku cuba,
semampu boleh, sekuat boleh untuk pertahankan hubungan yang sedia ada.
dan aku yakin dia juga begitu.
tapi Tuhan itu sudah merancang sesuatu untuk kami.
aku dan dia; akhirnya masing-masing berpisah dengan pasangan kami.

aku terjatuh.
jatuh di satu sudut yang sangat dalam.
sebab aku, letak harapan yang tinggi dalam percintaan itu.
aku tahu, dia juga begitu.
dia juga sedih dengan apa yang terjadi dengan hubungan dia.
sekali lagi aku yakin,
Tuhan itu sudah tentukan jodoh kami.
Tuhan beri dia pada aku.
pujuk aku. tabah kan aku. kuat kan aku.

kami bercinta jarak jauh
johor bahru - kuala lumpur
nak jumpa? susah.
nak dating? payah.
aku selalu bilang pada dia
dia macam pelangi.
susah sangat nak nampak.
macam mana aku teruja bila lihat pelangi
macam tu juga lah aku teruja bila nk jumpa dia
heh.

kami tidak mengambil masa yang lama untuk bercinta.
cukup untuk kami tahu,
dia untuk aku;
aku untuk dia.
kenapa perlu tunggu lebih lama?
kenapa perlu ambil masa yang lama untuk bercinta?
bukan kah bercinta lepas halal itu lebih indah?
bukan kah bercinta lepas akad itu lebih manis?

2mei 2009 menyaksikan 2 hati disatukan.
alhamdulillah, Tuhan jodoh kan aku dengan dia.
alhamdulillah, Tuhan cipta dia untuk aku.

dengan ikatan pernikahan ini,
aku terpaksa membuat keputusan yang drastik.
terpaksa meninggalkan keluarga tercinta, demi dia.
terpaksa berpindah, demi dia.
dan akhirnya, 1jun 2009 aku sudah berada di bumi Kuala Lumpur.
Sumpah; kalau bukan demi dia,
aku takkan hidup di bandar ini.
di sini bukan tempat aku.
di sini bukan jiwa aku.
tapi; aku gagah juga, aku kuat kan juga.
semua demi dia.
sebab aku percaya,
Tuhan sudah merancang yang terbaik untuk aku.
Tuhan sudah susun yang indah-indah untuk aku.

Hidup berdua, di bumi yang asing bagi aku,
bukan lah sesuatu yang mudah.
keluarga jauh di mata.
tiada siapa untuk bercerita.
tiada siapa untuk berkongsi.
sebab kadang-kadang,
kita perlu seseorang yang bukan suami.
dan bagi aku yang sangat rapat dengan keluarga,
ini semua begitu asing.
Tapi dia begitu sabar dengan segala karenah aku.
begitu tabah melayan segala kehendak aku.

permulaan untuk hidup berdua dengannya,
tidak seperti yang aku bayangkan
tidak seperti yang aku idamkan
untuk bulan pertama, aku terpaksa menumpang di rumah mertua
segala aktiviti kami terbatas
segala gerak geri kami agak terhad
kami tidak dapai menikmati kemanisan perkahwinan di bulan-bulan pertama
sebulan selepas itu, kami berpindah
hidup sendiri.berdua
dan pada ketika itu lah aku di sahkan hamil.

dan juga pada ketika itu lah, kami benar-benar di uji.
perubahan emosi aku yang mendadak.
setiap hari, pulang kerja aku menangis
tanpa sebab apa, aku menangis
terlalu rindu pada keluarga di kampung juga aku menangis
aku mejadi seorang yang sangat sensitif
kadang-kadang hanya sedikit punca menyebab kan kami berbalah berhari-hari
dan aku tahu, semua berpunca dari aku
oh ye, aku juga jadi seorang yang sangat takut
untuk mandi lepas pulang kerja
air terlalu sejuk bagi aku
hampir setiap hari aku demam
sekali lagi, dengan sabar dia yang selalu
mengangkat aku ke bilik air
untuk di mandi kan
ah. dia terlalu baik
aku tahu, itu betul-betul mencabar kesabaran sang suami.
tapi dia begitu sabar.
sabar dengan semua sikap aku.
demi tuhan, cinta aku pada dia makin kuat. makin erat.

hari yang di nanti-nanti kan tiba
aku akan melahirkan
sekali lagi Tuhan menduga kami
mungkin ada dosa aku di mana-mana yang tidak terampun
aku begitu sukar sekali untuk melahirkan
sungguh sebak bila dia kata;
"sebagai suami lu, gua maaf kan semua dosa-dosa lu
gua halal kan segala yang pernah gua beri
kalau pun lu mati hari ini
gua redha, sebab lu dah jadi isteri yang paling baik"
akhirnya,
pada 21mac 2010 putera sulung kami selamat dilahirkan.
walau aku terpaksa melalui kaedah pembedahan,
tapi aku syukur kerana semua nya selamat.
walau aku terpaksa merasa pengalaman
yang paling menyakitkan dalam hidup aku,
paling menakutkan,
tapi aku bersyukur sebab ada dia
yang tak pernah berhenti menyokong aku.

Tuhan itu maha kaya,sayang benar Dia pada kami
sebab kami tidak henti-henti di uji
lepas melahirkan, aku hilang pekerjaan
hidup di bandar ini, dengan hanya dia yang bekerja
kerja yang biasa-biasa
bagaimana hendak hidup lebih selesa
bagaimana hendak memberi kesenangan pada anak yang satu itu
seringkali kami bercatu-catu, berjimat-jimat
yang penting pada kami, anak kami cukup makan nya, cukup pakainya
yang lain tidak perlu
cukup kami ada rumah kecil untuk berlindung
dan kereta comel untuk bergerak
itu sahaja sudah cukup
yang penting, kami punya banyak kasih sayang
selama 7 bulan aku menjadi suri di rumah
menjaga putera tersayang
dan akhirnya, aku di terima untuk bekerja
berat.berat sangat nak lepas anak pada orang lain
tapi, aku terpaksa.ini semua untuk dia juga
pada 18oct2010, aku memulakan tugas untuk bekerja
walau gaji yang tidak begitu banyak,
tapi aku syukur, Tuhan beri aku ini
niat aku cuma satu, mahu bantu suami.
itu sahaja
mungkin nanti, Tuhan akan duga lagi dengan cara yang lain
tapi buat ketika ini, tolong ye Tuhan, beri aku peluk sebentar bahagia ini
sebab ini terlalu membahagiakan

terima kasih Tuhan,
kerana Kau sudah beri aku dua putera yang paling manis.
terima kasih Tuhan,
kerana Kau beri aku kasih sayang yang tak pernah putus.
terima kasih Tuhan,
kerana beri aku anugerah-anugerah ini.
dan terima kasih Tuhan,
kerana sudah atur jalan cerita hidup aku dengan begitu indah.

semoga;
hujung nya juga indah, ye Tuhan.
semoga;
anugerah ini tidak berhenti sampai sini, ye Tuhan.
dan semoga,
Kau lindungi kami dan tolong
beri kasih sayang yang tak pernah putus, ye Tuhan.
Sesungguhnya, Engkau maha memberi dan maha mengasihani

Kepada, suami ku, arjuna ku, kekasih ku, Aswad Putera;
moge cinta kita tak kan pernah padam.
moge cinta kita tidak berpaling pada yang lain.
dan moge cinta kita makin utuh.
hingga kini, hingga nanti, kau tetap pelangi aku
demi Tuhan, aku cinta kau.

Kepada, anak aku, buah hati aku, cinta aku, Aryan Rifqy Putera;
moge jadi anak yang disayangi semua orang.
moge jadi anak yang soleh.
dan moge jadi anak yang selalu mengenang budi.
demi Tuhan, mummy cinta Aryan



::chenta hati::

*p/s :: kepada kamu kamu
walau kadang-kadang
selalu timbul rasa tidak puas hati
dalam diri aku
tentang, aku dan suami kurang masa untuk bersama
tentang, aku dan suami yang tidak sempat berbulan madu
tentang, hingga kini kami benar benar belum merasa nikmat perkahwinan
tapi percaya lah, aku bahgia dengan segala itu
aku bahgia sengan setiap apa yang diberi
dan aku percaya, masa untuk aku dan dia pasti ada
nanti.insyallah

______________________________________________

aku tujukan entry khas ini untuk
www.facebook.com/cstproduction


12 comments:

Anonymous said...

ni bru lu..

-icha03- said...

hikss..
kire oke la ni?
laju nye rep

Anonymous said...

sgt jujur..
sgt icha..

^^AnGGun^^ said...

gud luck icha!!
sebak sangat bace citer cha :(

annamollydean said...
This comment has been removed by the author.
-icha03- said...

mels :: tenkiu
budakmalas :: hey. mane ilang?

Anonymous said...

apa kata ko wat part time tulis novel lak weh.. heee.. 'true story"

selamat meneruskan mengharungi hidup dgn dugaan. moga tabah selalu!! xpe kita xdek duit.. tp kita ada kasih syg yg byk tu je dah cukup.

*zam ckp dia rindu dak kecik tu*

-icha03- said...

chem
tulis novel? kang damya hanna bungkus pulak.. hahhaha
tenkiu. moge ko pon camtuh. tabah hadap semua mende yg dtg ;)

*ksian zam, tp x tau bile dpt jmp. nnt kite arrange oke.

^^AnGGun^^ said...

welkem cha..
ingat nak terai gak karang our true love story..tp mcm kurang besh jek..
sebab kesah kami ni taktau ape kesudahannye :|

mochitsuki said...

*xterkata*
:'(

Anonymous said...

cha - ok² nnt set.. kitorg pon busy je skrg.. xdok umah.. lotih.

chi - xleh kata .. ko taip je.. ekekeke..

annamollydean said...

icha; ada je cuma kurang publishkn diri..hehe~

baby icha chomell.. gerammmm!~