September 30, 2011

:: Johnson's baby of the year - 2011 ::



ari tu, dalam bulan puasa gitu
aku ada masuk contest "Johnson's Baby of the Year 2011"
saja suka suka masuk kan aryan
sebab tak pernah try pon apa apa contest sebelum ni
pernah la dulu kat FB
tapi tak berapa gemar kalau konsep "like" ni
tak begitu adil pada aku
hihihihihih

sooo...semalam result dah keluar untuk top-20
dan mungkin memang bukan rezeki aryan
dia tak terpilih
lagipun, berpuluh ribu yang hantar penyertaan
dan berpuluh ribu budak yang cute cute masuk
memang mungkin belom sampai rezeki aryan




1) Akif Aiqal Irfan
2) Ang Lee Ler
3) Arshiya Daniya
4) Christian Isaac Gallyot
5) Claven Lee Zanxhi
6) Chtherea Ho Nga Hue
7) Hugo tang Tze Xuan
8) Isabelle Lai Lok Yi
9) Ivan Lam Jun Yin
10) Izz Damia Iman
11) Koemi Ooi Lee Yern
12) Meor Haizal Hazami
13) Millen Teo Yuen Jee
14) Muhammad Amsyarullah
15) Muhamad Imran
16) Nur Aliesya Maisara
17) Puteri Nurkamilla Nuwairah Alatrash
18) Santosh Gope
19) Sashvithaa Saseetharan
20) Suzanne Lucy Gavilano Batham


Aku paling suke baby no 4 / 17 / 19
harap harap antara salah satu tu ade peluang laaa
kepada semua baby; gud luck all ..!!!
korang semua cute sangat..!!!
^-^


dan yang ini, si comel saya "Aryan Rifqy Putera"
pic ni yang aku hantar
tak pe ye sayang,
aryan tetap paling comel di hati mummy & daddy
*hug hug*


September 29, 2011

:: Roost Cafe ::




hari tu, lepas sessi ber-photoshoot aku ajak incik suami, ella dan paiz keluar
sebab esok nya(ahad) diorang sudah mau pulang
jadi, mahu bawak orang rompin (ella) jalan2 JB la
nanti kang, kateeee.. "JB xde tempat bestt laaa.."
benci oke?

aku ni rajin mengugel. lagi2 pasal tempat2 yang cool
dah lama juga aku gugel pasal jln dhoby kt JB ni
kalau dulu, orang kenal jln dhoby sebab nyah bersepah kat situ
memang terkenal la if kate nak pegi Jln Dhoby, "elleehh..nak usha pondan la tuuu"
tapi sekarang ni, aku terkejut tengok perubahan jln dhoby
(nanti korang gugel la sendiri ye?)
sekarang ni aku nak cerita pasal cafe yang cool kat situ
aku tahu pon dari ehsan gugel
hihihihhi
aku teruja nak pegi situ sebab aku tengok kedai tu penoh dengan barang2 lama
pada aku, sangat la cool sebab susah nak jumpa cafe macam tu
kebanyakannya semua nak tunjuk perabot yang paling cantik dan paling standard

okay, nama cafe tu ROOST CAFE
kalau tak puas hati dengan pic sini, sile gugel
aku ade sikit je pic
dan oleh kerana kegagalan incik incik suami,
untuk bawa DSLR mereka yang mantap itu
(sindir ni..sindir)
jadiiii, pic kami kami tu hanya dari ehsan blekberi puan ella
pic2 lain itu aku rembat di gugel. harap maklum

dan oh ye, pasal menu memang agak kurang la
bukan tak sedap
tapi kurang pilihan...
but untuk try try tempat & suasana baru pada aku,
memang sangat oke laa..
santai jek kat situ...
serius.
korang kene cuba if datang JB
dan if yang memang dah duduk kat JB ni,
ape lagi? pegi la try...
^-^



"ihsan incik google"

"ihsan incik google"

"puan ella & incik paiz"


"bekas air yang sangat cumil"


"cool kan??"


"kami-in green"

_______________________________________

banyak lagi kedai yang best kat situ
tapi sebab dah lewat
dengan aryan yang sudah mau tidur
dan puan ella yang sedang ngandung
tidak elok rasa nye kalau nak pulang lewat sangat
lagi lagi rumah aku yang agak hujung dunia itu..
hihihihihihih
nanti ada masa aku usha lagi apa yang best kat situ
okee
^-^

September 28, 2011

:: post-wedding by FDM ::



last week @ 24 sept, incik suami beserta paiz dan ella dtg jb
ade photoshoot post-wedding untuk anak saudara aku
aku di tugas kan untuk carik tempat dan sedia kan prop
tapi incik suami mcm tak berapa setuju dengan tempat tuh
bukan tak ada tempat lain,
tapi mikir kan petang tu ade open house kat umah boss
so terpakse la cari yang dekat2 saje
prop nye pula, tak begitu menarik pada aku
sebab ade lagi nak tambah sebenarnya
takpe la, pengalaman pertama kot
kena lebih kreatif lepas ni
eceh

gambar2 lain tak dapat nak di upload sebab sudah jadi hakmilik FDM
aku cuma nk letak pic krew saje
tengok tu perempuan yang berlegging kelabu
entah siapa
boooooooooooo...GEMOK!!!!



pada anak saudara aku - Amin
semoga jadi suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab
pada Seri, moge jadi isteri yang membahagiakan suami
insyallah
maaf kalau sessi hari itu sangat meletihkan
moge kalian berpuashati

pada juli, amat, alia, daniel, kak ziza
terima kasih kerana membantu
jasa kalian amat di hargai
tanpa kalian, mungkin sessi ini tak berjaya
dan pada FDM
moge rezeki kalian semakin melimpah
moge makin ramai yang akan percaya kalian
dan moge kalian maken rajen untuk belajar sesuatu yang baru
moge kalian akan punya skill skill yang baru
insyallah

September 27, 2011

:: kenapa ye? ::

aku selalu berangan nak rajin update blog
sebab aku rasa macam aku dah malas nak update apa apa
tak tahu la kenapa sekarang jadi malas macam ni sangat?
nak kata tiada cerita menarik, ade je sebenarnya
tapi entah lah. kenape ye?
kawan kawan aku yang lain pon ramai dah malas nk update blog
tapi seriusly, aku paling rajin baca blog
dari satu blog ke satu blog aku baca
yang paling aku suka yang pasal fashion & baju & photography
dan aku juga ada beberapa blog yang aku follow dan tak kan missed untuk tiap hari
agak2 ada tak orang yang tunggu update blog aku ye?
hahahahha
aku nak cuba buat macam dulu. hari hari update. baru la ade follower.
hahahahhahaahhahahahah. tiba tiba

aku tak tahu mana hilang rajin aku
laki aku tu rajin je tanye "bile nak update, bile nak update"
tapi tu la. kadang tu malas. kadang tu xde idea. kadang tu memang xde cerita
nanti lah ye, aku akan mula jinak kembali dengan blog ni. hhiihihi
sampai sini dulu. adios.

September 9, 2011

:: hari raya yang tak begitu raya ::


hye. selamat hari raya. terlambat ucap ke? maafkan la ye?
hihihih
takde apa pon nak update sangat
macam aku cakap, raya tahun ni tak berapa nak rai
jadik xde rasa excited nak cerita
nak kongsi potret? boleh :) tapi tak banyak

raya pertama sambut di rumah mertua
dan pertama kali aryan naik kapal terbang ke kuala lumpur
alhamdulillah dia tak meragam
cuma meragam masa menunggu nak naik
letih sungguh sebab dengan beg yang berat. nak handle sorang2
perrghhh...!!!
sampai je KL, aryan cirit dan muntah
pagi pagi dah sampai pusrawi. tapi lepas tu dia oke
alhamdulillah

beraya macam biasa. bermaafan. berziarah. berfotogedik
tahun ni tema kaler pink+pepel
aryan asek ngamok di KL
hati panas membara. sebab geram sangat dengan perangai dia
padahal dia tak pernah macam tuh. ini, pantang aku hilang. melalak saje
mungkin sebab dah lama sangat tak balik kl
dah tak kenal sedara mara. haaihh

raya ketiga@1 aug balik JB naik si putih
sampai JB pon orang semua dah balik. bosan
pegi beraya rumah sedara mara pon tak banyak sangat. nak pegi spore tak jadi
banyak duduk rumah. luang kan masa dengan suami dan anak
seronok dapat jumpa incik suami lama lama

entah apa aku update pon tak tahu. tak best langsung. huh
layan je la pic yang tak seberapa ni ye?? :)




*baru perasan takde gambar kami dengan family di JB
huhuhuhuhuh :(


________________________________________



"hanya ku sampaikan doa
dan kiriman tulus ikhlas
dari jauh ku kirimkan ampun maaf
jangan sedih pagi ini
tak dapat kita bersama
meraikan aidilfitri
yang mulia"

tuhan; kuat kan hati nya. tabah kan hati nya
sesungguhnya kami juga rindu
kami juga terasa kehilangan tanpa mereka
sungguh tidak terasa raya kali ini

kalian; kami terlalu rindu
rindu dengan gelak ketawa kalian
rindu dengan segalanya tentang kalian
tak sabar tunggu detik itu
kita semua kembali bersama
bersabar la sayang

tuhan terlalu mencintai kalian
ye?