July 14, 2011

:: yiieehaaaa ::






ingat tak dulu aku pernah cakap,
yang aku teringin sangat bawak suami & anak bercuti?
hahahahahahahahha.. akhirnya..akhirnya...
dapat weeeh... dapat tiket murah
alhamdulillah. nasib baik chem update dan dapat booking kan
tenkiu cheem.. maken sayang sayang sayang kat kau
hahahah
yang best nya dapat amik date yang sama dengan chem n hubby
takpe lambat skit untuk 1st day tuh
so, dapat la bersama-sama bercuti. double date orang kate
impian nak triple date dengan si ella & hubby
tapi tak kesampaian sebab masa tuh ella baru lepas 2 or 3 bulan melahirkan
mesti dia tak nak tinggal baby dia yang masih kecil & comel iteewwww
hihhihihihhi
tak pe ella.. next time kite buat triple date okay?
by the time, aku arap chem pon bawak anak
insyallah ye chem? rezeki tuhan, mane nak tahu. kan?

Tenkiu AirAsia sebab buat jualan murah ni
kalau tak, tak ke mana mana la saye ini
dan nasib baik ade chem yang begitu pantas membuat booking
caya laahh... next time tolong lagi yeee.. ;)

yang penting impian nak naik kundasang semakin hampir
weeewww...weeewwww...weeewwww
seronok betol. macam nak pergi bulan depan
pada hal APRIL 2012
hahahahahahh

ape pon, aku harap, semua jalan lancar
semoga tiada aral yang melintang
semoga semua baik baik saje
semoga aku dapat pergi sane bersama suami, anak, chem & nizam
insyallah. insyallah
doakan kami ye?

mulai hari ini dah kene saving
huk huk huk

_______________________________

dan oh ye,
cik puan ella semakin bulat ye
hahahahahah
perot dah nampak skit
jage diri ye

July 13, 2011

:: kesah seorang ibu ::



ni cerita lama. aku tahu pon masa dengar talk pasal kebakaran kat ofis
ni cerita pasal seorang ibu yang keletihan balik rumah (sebab dia shift mlm)
lepas tu dia mintak anak anak dia duduk diam diam dan jangan buat bising
sebab dia nak rest. dia nk tidur sebab letih sangat
masa dia tengah tidur tu, berlaku kebakaran yang mula dengan asap
tapi, anak anak tidak langsung kejut kan ibu ni
sampai lah, ibu mereka tersedar sendiri dan masa tu memang dah lambat

masa kelam kabut tu, ibu ni lupa letak kunci rumah kat mana
mungkin juge sebab terlalu panik
dalam keadaan tak tahu nak buat apa tuh
entah datang mana idea dia untuk pecah kan cermin tingkap rumah
dan sumpah aku tak tahu, entah dari mana kekuatan dia datang
untuk bengkok kan besi cermin tingkap tu untuk keluarkan anak anak dia
gile. serius besi tu keras. lelaki pon belom tentu boleh bengkokkan
dan dia berjaya keluar kan ketiga-tiga anak nya
dan pada ketika itu, baru dia ingat yang dia letak kunci dalam bilik.
dia sempat ambil
tapi memang bukan nasib dia, masa dia lari keluar dari bilik,
dia jatuh dan kunci tu entah ke mana hilang
sebab asap dah terlalu tebal dia langsung tak nampak mana kunci tu
dan kat depan gate tu, dia mintak jiran jiran bawak anak anak dia pergi dari situ
dia tak nak anak anak dia nampak dia mati dalam keadaan macam tu
tapi, anak dia pergi juga depan dia untuk ucap "selamat hari ibu"
dan akhirnya, ibu malang tu pergi juga

___________________________________

seriusly, masa awek cina tu tengah cerita airmata aku mengalir macam hape
dan bukan aku sorang. ramai lagi yang nanges iye2
aku cuba letakkan diri aku kat tempat ibu tu
mungkin aku pon akan buat benda yang sama
yang penting nyawa anak tu
sebab sedangkan kene gigit nyamuk pon aku dh bising macam ape,
lagi pule kene api yang marak. kan ?
semua ibu mungkin punya rasa yang sama
kan?

bila hujung hujung talk tu nak abes, dia tanya
banyak mana sayang kita kita pada keluarga? pada anak?
dan aku jawab "lebih dari diri aku sendiri"
huhuhu .. mase aku jawab tu memang air mata laju laju turun
hahahahahha

________________________________

aceli, pompuan cine tu nak jual gas pemadam api
tapi dia cerita punye la buat orang lain sebak
tak nafikan memang penting lah pemadam api ni dalam rumah
tapiiiii .. mahal sangat la amoi
mane saye ade duet..
huhuhuhuh

July 11, 2011

:: kecewa yang tak terluah ::



aku tak dapat nak cerita apa apa pasal GEGO yang aku heboh2 sangat tu
sebab, semua terjadi tak seperti yang aku rancang
tak seperti yang aku angan kan
aku tak mahu cerita apa yang terjadi pada hari itu
sebab, tak payah la nak cerita..
aku tak tahu nak luah macam mana
kecewa dan sedih yang amat sangat
kecewa sangat sampai aku tahan rasa aku untuk lihat dia
mungkin aku bukan siapa siapa
:'(

cuma nya, hari itu seronok sangat dapat kumpul dengan anak2 saudaraku
lihat orang berniaga
tapi rasa down giler sebab duet takde
kalau tak, mau aku soping banyak2
hihihihihih
oke. senyum sikit :)

July 4, 2011

:: GEGO @ jb art festival ::





lame betol la tak update. sekarang ni memang amek masa untuk update
kadang tu takde la busy sangat, cuma seriusly memang takde mood nak update
kadang tu, ade je cerita yang nk di update tapi malas
entah la kenapa
macam biasa la, since dah lama tak update so banyak cerita nak kongsi
tapi tu la kan, tak kan aku nk update semua nya
memang tak laa

cuma nak ajak siapa siapa yang dok area JB
jom kite ke bukit timbalan jumaat ni @ 8july
kita kasi GEGO <---- bahasa melayu nye "gegar" hihih
bile baca ikot slang JB jadi gego
ini 2nd time aku nak tengok fynn perform
tapi kali ni lagi gempak sbb dia dtg dengan band
auummmmmmm ... !!!
jom ah.. jom ramai ramai :)