August 2, 2011

:: 2 ramadhan ::

ramadhan datang lagi
hari ni masuk hari ke-dua berpuasa
semalam aku cuti. public holiday untuk johor
ade 2 benda yang buat aku tidak begitu teruja tahun ini
pertama; rasa lain kali ini, sebab aku berpuasa tanpa suami
kasihan suami aku
bersendirian berbuke. dan mungkin bersendirian bersahur (kalau dia bangun la)
aku taknak pikir sebab nanti aku jadi sebak
dan aku tak nak selalu sebak dan bersedih sepanjang masa
aku dah letih selalu begitu
aku cuma harap dia redha dengan situasi ini
semoga aku dan dia sama2 tabah nak hadap ini semua yang entah bile akan berakhir
aku sendiri tiada jawapan
semoga tuhan pelihara cinta kami. hubungan kami. kasih kami

yang kedua; sangat sangat lain berbuke dan bersahur,
tanpa riuh rendah suara buah hati aku
jangan di tanya siapa, cukup aku kate mereka insan tercinta
walau sudah 2 tahun aku berpuasa di KL tanpa mereka,
tapi mendengarkan ragam mereka sudah buat aku gelak sentiasa
tapi kini, bila aku di sini tapi mereka pula tiada, buat aku rase sakit tidak terperi
entah bagaimana keadaan mereka
sedap kah juadah berbuke. enak kah juadah bersahur?
ingat kah mereka dengan kami kami di sini
terjerit terpekik bila ingin berbuka
bergadoh bagai bile di kejut bersahur
ingat kah mereka?
(aku menangis tulis ini)
aku selalu berdoa, semoga mereka tabah di sana
semoga mereka kuat di sana
dan semoga mereka tidak terlalu rindukan kami
sebab; sepertimana mereka; aku tahu rindu itu sakit sekali

maaf suamiku, jika aku lebih merindui mereka dari kamu
walau kita jauh, sekurang-kurang nya aku tahu kabar beritamu
tidak seperti mereka yang tidak diketahui pokok cerita
ini sangat menyesakkan
entah berapa kali aku bisikkan
entah berapa kali aku minta tuhan sampai kan
betapa aku merindui mereka
semoga titipan rindu itu sampai kepada kalian, sayang
semoga bingkisan cinta ini dapat kalian rasakan
kamu pasti rasa. pasti. sebab kasih sayang kita ini sangat utuh

kepada kamu kamu
selamat berpuasa
semoga ramadhan kali ini menjadi sangat bermakna untuk kamu kamu
arap di maaf kan kesalahan aku
dan maaf juga tidak lama menulis di sini
bukan tiada idea, bukan juga tiada masa
cuma tiada rasa

assalamualaikum semua
selamat berbuke
selamat bertaraweh

3 comments:

Anonymous said...

x perlu ckp pun gua tau jek.. :)

.::WaNiE::. said...

waalaikumsalam

(o_0) said...

byk kn berdoa dan sujud kpd Allah.. saat perit dan sedih yg kita lalui tak kita sedar.