June 28, 2012

:: june june june ::


dah hampir seminggu kot private blog
entah apa motif ?
heh

cuma nak cerita apa apa yang berlaku
masa beberapa minggu lepas
minggu kedua june, sepupu aku kahwin
majlis di belah pihak perempuan di simpang renggam
kemudian minggu ketiga june, majlis di pihak lelaki
memang tak boleh nak lari la kan
sebab rumah sepupu aku tu memang sebelah je rumah aku
mane mau lariiii ?? hahahah
cuma minggu lepas saje yang aku betul betul rest
sebab hujung minggu ni anak saudara aku pulak kahwin
adooiihhhhhh
semua nak kejar kan sebelum puasa ni
letih weehhh
tapi seronok sebab semua setel sekali jalan
rasa nya lepas ni lama juga rest la
sampai tahun depan
anak saudara aku yang lain pula kahwin
aku cuma nak share sedikit saja gambar
sebab incik cameraman a.k.a incik suami tak benar kan publish dulu
sebab pengantin pon belum tengok lagi
hihihihihi









bosan
hahahahah
tiada cerita yang menarik
harap maaf
^-^
owwhh..esok cuti..
sudah mahu rewang..
apa apa saye update nanti ye
adiooossssss....
^-^

June 21, 2012

:: stress ::

kepala otak sakit
macam stress
nak bangun tidur pon susah sangat
perot sakit mendadak
nak jalan pon susah
ambil masa untuk gerak
nak mc
tapi macam rugi mc hari khamis
kalau jumaat or isnin, jalan terus
hahah
aryan pulak bangun awal sangat
semalam dia tidur cepat benar
jam loceng bunyi pukul 5.30, dia pon celik mata
tak nak turun katil, tapi berkepit saje
aku sama tersedar tapi itu lah, tak boleh nak bangun
pukul 6 lebih baru bangun
selepas rilex sebentar
bangun perlahan-lahan
selepas susah payah

malas betul nak pegi klinik
lagi pon sekarang dah oke
tunggu sakit lagi nanti la kot baru pegi
hikksss
esok je la mc
bole sambung sampai sabtu n ahad
baru la seronok
tapi memang kene pegi cek perot ni
maken hari maken kerap pula sakit nya
macam ada benda nak jatuh
jalan pon kene ampuh perut
harap tiada apa
oke lah. adioss
^-^

June 20, 2012

:: -------------------- ::




kadang kadang menyampah dengan diri sendiri
kadang kadang benci dengan diri sendiri
kadang kadang kesian dengan orang keliling
yang punya seseorang seperti aku
kesian aryan punya mummy macam aku
kesian suami punya isteri seperti aku
kesian mertua punya menantu seperti aku
kesian mak bapak punya anak seperti aku
kesian kesian kesian

stress. kepala sakit. hati sakit. perut lagi lagi la sakit
makan tak boleh telan
aduh. cerita banyak nanti kata asyik mengeluh
mengadu banyak nanti kata mengada ngada
paling sakit hati kalau ada yang berkata;
"dulu sanggup sangat nak hidup sorang2. hadap je lah"
ha ah. betul la tuh. jangan lah asyik mngeluh je
kan?

benda paling sukar untuk di laksanakan
menjaga hati semua pihak
susah. sangat
dan percayalah. kau tak kan boleh
kau sangat hebat kalau kau boleh
sebab kita hanya manusia biasa
manusia yang selalu berkata tanpa berfikir terlebih dahulu
manusia yang selalu mementingkan kepuasan diri sendiri dari orang lain
kadang kadang diri sendiri selalu tersepit
tersepit dalam buat keputusan
tersepit untuk menjaga hati dua pihak
dan penghujung nya, salah seorang mengalah
dan salah seorang akan dipersalah
dan masih, ada hati yang terluka
pasti ada

kata sahabat; sebaik baik tempat mengadu cuma satu
"ALLAH"
tiada yang sebaik DIA
tiada yang semulia DIA
walau kita tak nampak, tapi kita tahu DIA dengar
jadi, mengadu lah pada DIA
menangis lah mengadap DIA
persoalannya; macam mana mahu mengadap
kalau hati sedang tidak bersih
kalau hati sedang penuh rasa curiga
kalau hati penuh dengan rasa tidak puas hati
busuk hati. tamak

kata sahabat; bersyukur lah dengan apa yang kau ada
punya suami yang baik hati
punya keluarga kedua yang sangat dan terlalu mengambil berat
apa lagi yang tidak cukup?
apa lagi yang kurang?

kata sahabat; ALLAH tak bagi sesuatu pada kita dengan mudah
orang beriman pon diuji apatah lagi kita manusia biasa
ALLAH pasti akan uji sebab DIA mahu kita sentiasa beringat
ye. dan ALLAH takkan uji kalau dia tahu kita tak mampu nak hadap
sebab DIA tahu kita mampu, jadi dia usik sedikit
cuma kadang kadang, kita hanya berfikir yang jahat jahat
berfikir yang di luar dari akal yang sihat
selalu mencari silap orang lain
sampai kan kadang kadang kita cuba nafikan;
orang itu ambil tahu. masih peduli. masih sayang

susah sungguh nak ikhlas
satu benda paling sukar untuk aku buat
ikhlas
fuuhhhhh
maaf kan atas keterlanjuran. maaf kan atas kekerasan
maafkan.maafkan.maafkan
sekuatnya; aku cuba untuk ikhlas
insyallah

__________________________


entah apa aku merepek
sila abaikan
^-^

June 19, 2012

:: __________ ::




"cakap lah yang benar
 walau itu menyakitkan"




tapi, bila kau dah tahu yang benar
bila dah tahu yang betul
sakit pula rasa 
kan?

tak apa lah
dah kalau itu yang benar
dah kalau itu yang jujur nya
terima je la
ape pon yang orang lain rasa, itu tak penting
yang penting rasa puas hati
sebab dapat luahkan kebenaran
kan?

^-^


June 14, 2012

:: si cutie II ::

ermmm.....
ermmmm ...
errmmmm ...
yang si cantik molek dah sampai
yang di nanti nanti sudah tiba
si cutie pie sudah di genggaman
hik hik hik hik



......................................................................................
















*sila abaikan wajah saye yang semakin bulat*



terima kasih kepada pemberi
insyallah nanti
saye beri anda pula
doa kan saye murah rezeki ye
doa kan bonus saye mantap tahun depan
saya banyak utang barang dengan awak
insyallah nanti akan di lunaskan
^-^

June 13, 2012

:: si cutie ::





cantik tak? cantik tak? cantik tak?
huuhuhuhuhuh .. 
*berangan*

June 11, 2012

::sendu di pagi hari ::



"cik, i really want u to know,
your marriage is very inspirational to me
sebab cik have to go through hardship
berpisah dengan your husband just to lead a better life
i'm living my life and leading my marriage,
taking u as my best example
susah susah dulu, senang senang kemudian
i know this is random
but i envy and  proud of what u have done
and go through all this while
love you"


----------------------------------------
----------------------------------------





ini aku dapat dari anak saudara aku
tiap kali aku baca ini, airmata akan jatuh
entah kenapa
mungkin sebab aku rasa tersentuh sebab dia paham
mungkin aku rasa dihargai sebab dia tahu 
bukan senang berjauhan dengan suami
bukan senang untuk berdikari sendiri
bukan senang nak tengok anak membesar tanpa suami bersama


all this while,
untuk setahun lebih berjauhan ini
jarang sekali untuk aku mengalir airmata
aku cuba tabahkan diri
aku cuba untuk tidak menangis
sepenat macam mana pon,
sebolehnya aku mahu tersenyum bila ngadap aryan
pernah dia nampak aku nangis,
tapi ah..budak nakal itu, sudah pandai mengusik
dia ajuk aku menangis bersama
dan akhirnya aku tergelak besar
haaihh .. pengarang jantung buah hati intan payung

entah apa motif cerita begini di sini,
 di pagi isnin, di hari pertama bekerja ni
jujur. aku sedang down
jadi, aku perlu ayat ayat motivasi seperti di atas
untuk tenteram kan hati aku
untuk sedap kan hati aku
untuk ingat kan aku,
jangan pernah buat keputusan terburu-buru
jangan pernah silap membuat perhitungan
dan jangan pernah kesal dengan apa yang pernah terjadi
face it!
bear it!
enjoy it!
sebab aku percaya, tuhan tak kan uji aku,
kalau dia tak sayang aku
kan?
sekurang nya Dia masih ingat aku,
sebab tu dia duga aku
kan?
walau baru sebentar tadi aku cakap dengan laki aku
"kenapa tuhan tak nak bagi kita peluang untuk bahagia?"
oke. maafkan aku
itu ayat orang sedang tak betul akal fikiran nya
itu ayat orang yang sedang tersasar sangat pemikiran nya
mungkin aku sedikit melupakanMu, Tuhan
mungkin sebab itu kau duga aku?
mungkin. mungkin. mungkin

wake up! be strong!
aku tahu, aku lebih kuat dari yang aku sangka
oh tuhan, terima kasih
kurniakan aku seorang lelaki yang sangat kuat hati nya
beri aku seorang lelaki yang selalu cuba memenuhi kehendak aku
pinjamkan aku seorang lelaki yang terlalu menyayangi aku
oh tuhan, bantu aku
moga kami tabah untuk lalui ini semua
moga kami tak kan terlepas genggaman tangan
dan moga ikatan kami semakin utuh



moga rasa kita tetap sama
dari dulu hingga nanti
^-^ 

June 6, 2012

kosong




tak tahu nak mula dari mana
tak tahu nak mulakan dengan apa
dulu dah janji akan selalu update
tapi aku mungkiri .. (ewaahh)
hisshhhh..rase nyampah betul ngadap ni
sori eekk..
nanti mood dah mari aku cerita cerita

take care all
^-^