January 7, 2013

:: pengalaman 25 dec 2012 ::




dulu..masa belum beranak
aku pasang niat, nak update hari hari lepas balik hospital
tapi..harapan tinggal harapan
aku pandang sayu je laptop kat sebelah katil tu
seriusly, aku takde masa. langsung
kalau ada,br pon, masa untuk aku tidur sebentar
atau pon untuk aku mengepam susu
hahahah

___________________________________________________

tadi dah taip panjang panjang
cerita pasal pengalaman kat hospital
tapi lepas tu aku padam
entah. macam malas nak cerita

cukup lah aku panjat kan rasa syukur setelah semua selesai
dan seperti pengalaman lepas
rasa nya sama saja perjalanan nya
masih juga aku di duga Tuhan
sampai aku tanya suami aku
kenapa setiap kali nya, aku harus hadap ini semua ?
dan setiap kali nya juga akan ada rasa kesal dalam diri aku
suami aku cakap,
 cuba fikirkan orang yang langsung tidak di beri peluang untuk berzuriat
dugaan itu lagi berat dari aku
ade betul apa yang dia cakap
dan hingga ke saat ini
aku betul betul respek pada setiap wanita yang gagah melahirkan secara normal
kalian memang hebat
kalian memang insan yang terpilih
tapi tidak aku,
aku hanya seorang wanita yang begitu takut untuk hadap kesakitan
seorang wanita yang tidak kuat untuk merasa perit melahirkan

dan sekarang
sudah 2 kali aku melakukan operasi untuk melahirkan
dan sekirang ada rezeki lagi untuk anak ke-tiga
aku sudah tidak boleh melahirkan normal
aku hanya boleh melahirkan dengan kaedah operate juga
dan di mana,
operate untuk kali ke-tiga begitu tinggi risiko nya

kalau kau tanya aku sekarang;
sumpah! hanya dua itu saja lah zuriat aku
cukup lah dua putera
tidak perlu putera lagi untuk aku lahirkan
 tdak perlu puteri untuk melengkapkan keluarga aku
cukup lah
cukup lah hanya aku, suami dan dua putera

tapi,
kita hanya merancang
yang di atas itu lebih mengetahui segalanya
kalau dia mahu beri, dia beri juga
entah lah
biar masa saja yang menentukan
tapi; jujurnya
dari hati aku yang paling dalam
cukup lah. ini saja.

________________________________________________________



ini gambar masa 7 hari Affan di lahirkan
hari ke tujuh adalah hari paling terafdal di beri nama & di cukur
selain mengikut sunnah nabi; dapat pahala
tiada orang ramai
tiada buai cantek cantek macam masa aryan dulu
tiada juga makan makan
hanya aku dan orang dalam rumah
juga kakak aku se family
sebab dia yang jadi tukang cukur
memang serba sederhana
tidak apa lah, yang penting ini memang niat aku sejak di awal kehamilan
aku dah niat untuk cukur rambut anak aku di hari ke-7
dan juga menghebah kan nama nya di hari ke-7
alhamdulillah. tercapai juga

_____________________________________________



sekarang
aku ada tiga putera dalam hidup aku
aswad putera
aryan rifqy putera
affan rayqal putera

harapan aku
moga cinta dan sayang antara kami
tidak akan pernah padam
tidak akan pernah lupus
tidak akan pernah kering
moga; kasih sayang sentiasa berlegar di sekeliling kami
insyallah



(ini sudah lama aku draft, baru hari ni dapat publish)
^-^

6 comments:

Emynz said...


congrats once ahgain heee....
yayan pun cukur sekali..dah macam hero prison break hehe

-icha03- said...

mynz
ha ah..
abes si diddy yg sebok sgt soh cukur
klu ikot aku, jgn arap laaa
ni x sbr tunggu anak2 tumbuh rmbot
baru la sedap mata memandang
hahahahah

annapeje said...

tahniah icha ..wpon melahirkan anak secara normal tetap juga mcm kamu buat masa ini cukup la 2 putera kerna x dpt puteri ahaha tp x tau la plak kemudian ari sbb skrg kita tgh kepenatan n keletihan menguruskan ank kecik2 + bekerja...selamat berpantang dgn jayanya

.::WaNiE::. said...

congrats cha ... yang lepas biar jadi memori. :)


SayaBudakPemalas said...

Tahniah!! ;)
Taktau nak wish apa..hehe
Jaga kesihatan ya?
Jaga emosi juga..
:)

mochitsuki said...

Beb.. laen org laen dugaan..
ko paham kan maksud aku .
Aniwei.. tahniahhh .
Ko akan kekal cantek smpi bebila..
Sbb ko gojes dikalangan putera ko..