June 18, 2009

:: aku dah tiada nenek ::

semalam, 17 jun 2009
nenek saudara aku meninggal
nun kat johor bahru
setelah beberapa hari di wad atas sebab strok
akhirnya dia pergi juga
aku terlalu sibuk semalam sampai
tak sempat pun nak angkat telefon
hanya dapat pesanan yang kata dia dah pergi


memang dia bukan nenek betul aku
memang dia bukan nenek yang rapat dengan aku
tapi, sekurang-kurang nya dia tetap nenek aku


bayang kan, aku kene tahan nangis dalam tempoh yang lama
sebab aku terlalu sibuk
dada sakit sebab rasa nak nangis tapi tak boleh
masa aku telefon balik kakak aku
air mata aku bergenang, tapi aku cuba dongak ke atas
supaya ia tidak jatuh. dan aku berjaya


masuk kereta. aku cuba untuk senyum
cuba untuk ketawa
tapi, bila masing masing senyap
aku asyik terpikir pasal dia
baru aku teringat yang aku tak jumpa dia pon lepas aku kahwin
sudah lah dia tak datang majlis aku
aku pulak tak ambil inisiatif pon untuk jumpa dia
malah, encik suami pon tak pernah jumpa dia


itu yang buat aku menyesal sangat
nampak macam aku tak peduli kan dia pon
nampak macam aku tak hirau pon dengan keberadaan dia
nampak macam aku tak anggap yang dia tu nenek aku
nampak macam aku campak dia jauh jauh


oke. aku cucu saudara yang derhaka
ape ape pon
tolong
sedekah kan al-fatihah untuk dia
ye?
terima kasih

2 comments:

^^AnGGun^^ said...

Al-fatihah...
muga rohnya ditmptkan dikalangan org yg beriman..ameen

AyAres151 said...

salam takziah cha...