January 12, 2012

:: tak percaya..!!! ::


ini sambungan cerita semalam
pasal kek
okay, cerita nya macam ni
2 hari lepas aku ada bawak suku kek karamel ke ofis
aku bagi rasa kat orang orang yang rapat je dengan aku
tapi, si budak department aku ni, si nana
dia kata tak cukup
sebab dia ni begitu manja dan suka rengek rengek;
sampai aku rasa nak sepak muka dia
hahahahahha
(mati aku kalau dia baca)
jadi, sebab nak layankan si nana tu
aku bawak sebiji kek semalam
separuh bahagian aku letak di department aku
bagi budak budak operation makan
yang lagi separuh aku suruh budak atas bawak naik
pandai pandai la berbagi rasa
niat aku memang ikhlas, nak kasi semua orang rasa
lagi pon aku bukan pandai sangat pon buat
tapi sebab begitu excited sebab percubaan kali kedua ini berjaya
tu yang berangan bagi semua orang rasa
hahahah

dan ini cerita yang seronok nya
1st call : "akak, ika nak oder bole tak ? "
aaahhhh
camane ni? aku tak tahu nak letak harga berapa
memang kalau tengok resepi bahan tak berapa mahal
tapi tapi tapi
nak layan kan kek ni, leceh bukan main
serius. tak percaye tanya zana
sampai malas si zana tu nak buat
hahahahahah
setelah di campur di tolak di bahagi
aku letak harga sebiji tu rm35
jangan tanya aku berapa kg sebab aku tak timbang pon
so; 1st call tu aku terima. dia pon setuju. deal. order = NO. 1
2nd call :: "akak, kak ina pon nak oder juga
dia nak buat befday anak dia"

haaah ? oh my!! ini tuhan mahu duga aku kah ?
dengan senyum lebar, aku terima
deal. order = NO. 2
3rd call :: "eehh..shida...ni kau jual berapa. aku nak oder laa"
vavavavavavava.... rezeki tuhan beri. kan?
jangan tolak. aku amek
deal. oder = NO. 3
4th call ::"amboii.. hotline nampak. tak dapat saya call"
ohhh tolong laa jangan dia oder; aku cakap dlm hati
"saya nak order juge ni shida. bole tak? "
aduuhh.. gugup aku!!
"ermm..takpe en. rahim, utk en rahim saye bagi free oke? "
dia marah. dia xnk kalau free. serba salah
jadi aku setuju. deal. order = NO. 4
(en rahim = cikgu yang ajar aku editing)
5th call :: "akak. shade nak juga "
????? apa lagi nak kata ?
terima kasih tuhan. atas rezeki ini
deal. order = NO. 5


Sepatutnya, aku cuma boleh buat sebiji untuk sehari
sebab aku start buat pon dah malam
nak siap kan kek ini ambil masa lebih kurang 3 jam la
jadi, aku cakap kat customer2 aku (cewaaaahhh )
diorang kene ikot turn
sehari satu je aku boleh buat. dan diorang semua setuju
so deal

tapi semalam, aku berjaya buat 2 biji kek
alhamdulillah
aku siap tertido lepas bakar tu
sementara tunggu kek tu sejuk,
(untuk di keluarkan dari loyang)
aku tidur jap
tak sangka terlajak sampai pukul 3 pagi
bangun bangun terkejut, terus setelkan kerja
dan masuk kan kek dalam fridge
setel. tidur dengan aman
:)

tak sempat ambik kedua-dua pic kek tu
hari ini nak buat lagi 2 bijik
doa kan aku tegak berdiri
hahaha
dan oh ye
alhamdulillah, aryan begitu baik semalam
tak kacau pon
kalau dia nak aku, dia datang, tepuk2 bontot aku,
dia senyum, pastu dia masuk dalam semula
comel kan? (macam mummy dia) kan kan kan
hahahahha






eh eh eh eh
ari ni. ari ni. pagi tadi
"kak..kita nak juga. untuk befday mak kite!!"
deal. order = NO. 6
*tepuk dahi*
thank you, Allah..!!!

^-^

15 comments:

SayaBudakPemalas said...

Wah~

Nak order gak?
:P

#hulurpisau

^^CHenTa^ said...

Alhamdulillah..
rezki permulaan yg amat mberangsangkan..cayalah cha!! =)

e!ya said...

rajin ko..ok tuee rezeki sampingan..
tapiii aku taww
mmg leceh skit kek nie
coz akak aku selalu buat
tp aku mmg mls nk buat hehehe
so lps nieh nak order ngan ko laa
hahahaaaa bulehh?

Anonymous said...

mulai skang lu dah kene timbang..
takot nnti ader org yg enquiry..
pastu trus fix rege..

p/s - utk cik rahim tuh.. lu kasik diskaun.. lu amek jek upah pnat.. RM10 dah kalo dia tamo free.. tp.. bonos taun lps dia pun x abes gune lg kan.. hahahahha

-icha03- said...

dyana
jauuuuuuuuhhhhh
:'(

mels
tenkiu
:)

aya
jaaaaauuuuhhhhh
huk huk huk

incik somi
oke.
baik!

mochitsuki said...

waaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh
air tangan da menjadiiiiiiii
ko memangggggggggg

Es hash ei Ka Ei en said...

setuju dgn incik wawadddd
kena timbang..

tp ko 1st time kan bisnes hope diorg phm la kan .. heheh

congrates!! semoga jd usahawan berjaya.

remember dulu ko xdek keje..
wawad keje sorg..
hidup pon mcm kais pg mkn pagi je.

see now..

Allah tu maha mendengar maha pengasih maha pemberi.

DIA xbg free dia bagi ko susah dulu.

Tahniah sebab berjaya atasi semua halangan dan keperitan yg dulu.

dan tahniah sbb jd org yg sabar.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)" - Surah Ash Sharh/Insyirah

-icha03- said...

chi
aaaahhh
malu la ai....

chem
jgn ah wat aku menangis
sebak dah ni :(

Es hash ei Ka Ei en said...

aku sendiri sebak bila lihat kejayaan seorg yg pernah merasa keperitan.

kerana kelazatan terhadap kenikmatan itu tak terkata indahnya.

kan??? pasni blh bukak blog khas utk bisnes la pulak.. (psssttt dah xde masa pulak nanti nk editing eh?? heheh)

-icha03- said...

chem
tenkiu.
sbb selalu ada masa aku susah
teringat masa nk buat befday aryan
bukan main berkire-kire
sebab x cukup duit
tapi tetap nak buat
syukur sbb ada kawan2 dan family yg sayang kat aku
yg sudi ampuh aku ms tgh jatuh
*hug*

oit oit
editing ttp kene buat
bos aku dh tny tadi
bile nk start kelas
adoiihh
hahahahha

Anonymous said...

jgn lupe editing..
nnti lappy kene tarik blik.. huhauhua

-icha03- said...

yeeeeee..
isnin ni start kelas semula..
:p

Es hash ei Ka Ei en said...

hug*..

hahaha.. busy women dah skrg..

Fafau De Craft ( Zana ) said...

alhamdulillah...masyhukkkk dgn kek karamel!!! :) malas aku daa ok,so tghari td aku wat eksperimen..alhamdulillah success.. :) wlpn agak leceh rite..

-icha03- said...

chem
agak busy laaa
huhuh

zana
dah cuba?
nak tgk. nak tgk!