October 22, 2012

:: minggu yang menyesakkan ::







dah hampir semingu lebih tinggal kan dunia blog
sibuk yang teramat buat aku tak sempat nak coret apa apa
nak jengah blog kawan kawan pon kadang tak sempat
mana sempat tinggal komen, sempat la
mana yang tak sempat tu, harap maaf
baca; cuma tak sempat tinggal komen

sibuk dengan kerja
tak payah lah cerita detail
cukup aku cakap, memang sibuk sekarang ni
ini pon aku sempat makan jap tadi
ingat macam nak sambung kerja
tapi otak jadi buntu
jadi nya bukak entry baru

kemudian, aku makin bertambah tak cukup masa
sebab nya, last week ada check up
dan memang dapat khabar yang tak baik
bermula dari hari selasa lepas
hingga ke ari ahad
selang seli aku kene check up
penat + stress + takut + bercelaru

pernah dengar darah cair?

ada waktu tertentu masa check up
darah akan di ambil untuk diperiksa
aku tak pernah pon nak ambil tahu untuk apa
sebab ikut pengalaman masa aryan
memang tak pernah ada masalah apa apa
(kecuali berat aku naik + ambil air gula)
tapi hari tu bila check, bacaan untuk Hb (hemoglobin) aku adalah 8g
bila nurse makmal tu cakap "cair nye darah?"
aku masih oke oke
sebab aku tak tahu apa pon
tapi bila masuk jumpa nurse untuk check up
teruk juge kena marah
dia kata bacaan 8g tu dah teruk sangat
dah ke arah "anemia"

"anemia ialah kekurangan sel darah merah atau Hb
anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi
tetapi sekiranya keadaan anemia ini teruk
bayi juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir"

dan untuk aku yang kandungan sudah 7 bulan ke atas
"sifat bayi telah sempurna dalam usia begini
tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah Hb
Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang dari 9g
jantung tidak kuat
dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan
jika jantung mampu bertahan
tetapi anggota badan lain bayi akan lebih kecil saiznya
dan mungkin selamat dilahirkan"

"dan kesan pada ibu ialah
akan berasa cepat letih, kadang kadang sesak nafas
rasa nak pitam, jantung bergerak laju (berdebar)
jika semasa mengandung atau semasa bersalin
 ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair
dan boleh membawa kerosakan jantung, paru paru
buah pinggang dan membawa maut"

jujur. aku takot sangat
macam; apa yang aku dah buat pada anak aku?
kenapa boleh jadi macam ni
sepanjang minggu lepas bukan waktu yang baik untuk aku
aku boleh nangis dengan tiba tiba
aku boleh stress dengan tiba tiba
aku jadi takut sebab simptom2 tu semua aku ada
aku cepat sesak nafas
aku cepat berdebar
aku selalu rasa macam pitam
(selalu nampak bintang bintang)

lepas tu lagi satu masalah dengan lesen aku
aku tak boleh renew lesen sebab aku tak bayar saman
arggghhhhhh ... kenapa lah masalah datang mendadak
aku tak boleh drive tanpa lesen
kawan aku cakap
"alaaa..wat bodo je..aku dulu bawak keta takde lesen 3 bln"
dia lain. aku lain
kalau suami aku ada dan aku tidak perlu bawak kereta
aku pon tak kan peduli
masalahnye, aku drive pergi balik keje sendiri
pergi mana mana sendirik
di buatnya ade roadblock
kene tahan sebab lesen tak renew
tak ke haru???
sampai sekarang aku tak setel lagi dengan JPJ
entah lah nak buat macam mana
masih buntu
nanti lah aku pikir lepas kerja opis siap

ini semua buat aku makin kalut
sebab aku nak hadap ni sorang sorang
aku nangis masa mandi
aku nangis masa nak tidur
aku nangis masa peluk aryan
dan aku pernah sekali nanges masa incik suami call aku
dan aku rasa bersalah sebab nanges masa tu
aku tak tahu dia dengar atau tidak
tapi aku tak suka nangis depan dia
sebab aku nak selalu kuat bila ada masalah yang macam ni

mak mertua adalah orang yang paling risau aku rasa
(selain suami aku)
macam macam pesanan dia beri
macam nasihat
terima kasih ye mak
dot dah buat semua dah

oleh sebab masalah aku ni,
minggu lepas adalah minggu paling penat sekali
aku kena pegi check up selang sehari
dan bile check up, maknanye aku kene drive terus sampai opis
itu memang jauh lah kan
bila pegi check up
aku masuk lambat
kerja banyak tertangguh
aku jadi makin stress lagi lagi hujung bulan nak menjelma da ni

tadi aku check up lagi
dan alhamdulillah
Hb aku dah oke
terus naik 11.6g
nurse pon senyum
but still, aku kena monitor lah
tak boleh lepas pandang
tak boleh missed makan ubat
apa pon, aku bersyukur sebab ia kembali normal

_____________________________________

ari ni minggu baru
pagi pagi dah setel check up
terus masuk opis
dalam perjalanan, ada kawan call
kabarkan berita gembira tru wassap
tapi hati tak tahan
terus call dan borak panjang
ah.. gembira sangat
moge dipermudahkan semua la ye
sila tabah dan selamat gagah kan diri
lepas letak tepon terus senyum tanpa henti
ahh .. selepas gundah, ada juga cerita yang indah

terima kasih tuhan untuk sepanjang minggu yang menyesakkan
terima kasih tuhan untuk kesihatan yang makin pulih
terima kasih tuhan atas ketabahan hati yang Kau beri
terima kasih tuhan untuk semuanya
^-^



oke. back to work
adiooosssss

October 11, 2012

:: tentang ::





aku tak ingat, bila exact date aku kenal dia
tapi yang aku ingat, aku kenal dia dari blog fynn
aku rasa dah lama dah. bertahun juga
dan seingat aku, lepas aku kahwin
dan pindah ke KL
aku terus terputus hubungan dengan dunia blog
dan aku stop follow blog fynn, juga blog dia
dan aku kembali aktif di dunia blog masa tahun 2010,
masa aku kembali bekerja lepas melahirkan aryan
banyak betul yang tertinggal
dan aku rasa dia update semula blog dia
dan banyak entry yang lama dah hilang
agak frust la kan
sebab aku tahu dia muda sangat masa tu
tapi aku tak nampak pon tulisan dia macam budak budak
aku suka betul gaya penulisan dia

 dia cakap
"aku tak suka tulis dalam protokol segala.
kerana ia membataskan perasaan sebenar untuk menulis,
bila kau terlalu berpandukan format.
pada pendapat aku, tulisan yang jujur,
adalah tulisan yang bukan untuk dibaca orang.
bila kau rasa tak ada orang akan baca,
kau akan tulis segalanya secara terang, jelas & nyata.
terpulang pada penerima
untuk terima cara yang bagaimana"

aku hanyalah silent reader di blog dia
tak pernah sekali pon aku letak komen apa apa
sebab aku tak tahu nak komen apa
kadang aku sedih baca
kadang aku gelak baca
kadang tu aku rasa geram
dalam umur semuda itu,
aku rasa dia cukup tabah untuk hadap segala masalah
aku rasa dia cukup kebal untuk tadah segala cabaran
bukan senang jadi dia
ada satu entry dia tajuk "kasut ini"
sangat menyentuh
dan di hujung nya dia kata
"kalau kamu, kamu masih pakai kasut itu?
atau kamu terus lempar 
dan 
tak mahu ambil tahu?"
betapa cubaan demi cubaan
betapa dugaan demi dugaan
aku yakin, itu semua buat dia kuat untuk hadap dunia

dulu dulu, mula mula aku baca blog dia
aku rasa (maaf) dia macam seorang budak liar
budak liar yang bijak
tapi bila lama lama baca
aku yakin dia bukan yang macam tu
dia hidup untuk emak dia
berdua tanpa lelaki

dalam banyak banyak entry dia
yang paling menyentuh ialah
"Dosa benci :: jumaat, 1 julai 2011"


___________________________________________

oke
"Tentang" ialah zine hasil tangan dia sendiri
di mana dalamnya ada koleksi entry entry blog dia
dari umur 16 tahun hingga 23 tahun
ada entry yang dia pernah coret di blog
dan ada yang tiada
seronok baca sebab aku memang suka air tangan dia
dan aku harap
satu hari nanti
dia akan keluarkan lagi
sebab sungguh. tak puas
^-^

dah lama dia keluar kan zine tu
tapi aku belum lagi mahu membeli
baru minggu lepas rasa nak beli
tak mahal. rm10 sahaja
semalam aku baru dapat
sebab servis pos express tersangat lah lemau
dah habis baca
best. 
best untuk follower blog dia macam aku
orang lain. aku tak tahu lah
^-^


oke
dah
itu saja review dari aku
untuk awak ; awin
semoga awak berjaya dalam hidup awak
semoga awak bahagia dengan emak awak
dan semoga awak jumpa lelaki yang betul betul sayang awak 
gud luck
^-^

October 9, 2012

:: aryan gud boboy ::



entah apa nak cerita
tak tahu nak type apa
tapi rasa macam tak best tak ber update
cerita pasal last weekend je la
^-^

last weekend,
abg dan 2 orang akak aku dari singapore datang
diorg 3 beradek tu memang selalu datang sama sama
kalau diorg datang memang full la aktiviti
ada saja rancangan nya
hik hik hik
seronok layan diorg
ala..bukan selalu pon
macam minggu lepas
kitorang pegi makan steamboat
satu rumah lah pegi
mula mula bapak aku tak nak
abang aku pujuk punya pujuk, ikut juga dia
dan aku pon mula nya tak mahu juin
memikirkan tempat situ panas
sebab kan dengan wap nya
nak bakar membakar lagi
aku takut aryan tak boleh duduk lama lama
kot kalau dia ngamuk
mesti dah ganggu diorg yang tengah sedap santap
tapi akak aku cakap
pergi je..kot mana tau aryan oke kan
soo.. aku nekad pegi je la

alhamdulillah
aryan sangat behave
mula mula bagi dia makan mee
pastu suap kan nasi goreng
lepas tu hotdog
lepas tu dia da macam angin sikit
okee...terpakse mummy upah eskrim
seronok la dia
then dia ok kejap
pastu bukak kan utube upin ipin
terus diaaammmm
aku suap ape pon dia ngap je
hik hik hik
gud boboii...<--- ni ayat dia
aku selalu ajar dia sebut "aryan is a good boy
tapi  dia pandai2 tukar "aryan is a good boboy..
terpengaruh dengan kartun boboy la tu
lantak laaa

layan sedikit gambar ni







ahad nye pula
majlis bertandang untuk anak saudara aku
sebenarnya dah berapa bulan lepas dia kahwin
tapi belah lelaki baru nak buat
anak saudara aku pon dah pregnant
2 bulan kot
hik hik hik

sile layan pic. 
baru perasan, pic dengan pengantin tarak
^-^




eksen betul dengan kasut baru
naseb muat n ngam
^-^

_____________________________________

oke
sori sebab pic semua same je dari FB
tu la sebab takde apa yang menarik 
ni je la kot
oke
bye
^-^

October 3, 2012

:: oooppssssss ::








masuk kali ni, dah tiga kali dah benda sama jadi
saket betul hati. saket betul jiwa
entah lah kenapa, benda yang mudah pon boleh silap
dan aku yakin, aku dah cek dah before proceed
salah juga
arrrghhhhhhh
seriusly, rasa nak maki
tapi cuba tabahkan hati
lagipon, nak maki sape? maki diri sendiri? tak berbaloi
bukan salah orang lain. salah sendiri kot
yang aku tak paham, kenapa benda ni asek jadi je

cerita nya macam ni
aku dari department OPERATION
almost every week,
department FINANCE akan bagi aku invoice untuk kurier
contoh : at the same time dia akan bagi aku 2 invoice
company A & company B
dan aku, kena masukkan invoice dalam sampul surat
dan akan kurier kan ke each company
masalah aku ialah
dah tiga kali aku buat silap di mana
invoice A aku kurier ke company B
invoice B aku kurier ke company A

masalah besar nya ialah
kadang kadang ada perbezaan charges untuk each company
sooo, kalau benda ni jadi kantoi la kan?
company A boleh tahu berapa harga company B dapat
dan sebaliknya
arrgghhhhh .... stress betul la
lagi stress kalau, department MARKETING pulak dapat tahu
lagi lah kecoh
kalau ini antara aku dan Finance
masih boleh di runding lah
tapi kalau sampai ke MARKETING
memang haru biru laaaa
ade chance nama naik kat meeting HOD nanti
sudah lah meeting HOD tu aku attend
stupid..!! stupid..!!

ada antara kalian yang handle part kurier kurier ?
ada cara macam mana nak elak benda ni jadi ?
aku punya plan, lepas ni aku tak nak buat da
aku nak suruh clerk ni buat
then aku cek
dah confirm semua baru proceed
aku macam dah trauma ni
fuuuuuuuuuuhhhhh
tolong..tolong....!!!!

October 1, 2012

:: kasut oh kasut ::




last week. ade majlis hari lahir anak budak department aku. si nana
pergi kejap. tapi agak segan sebab tak bawak hadiah
plus aku terlupa nak bagi duit yang dah masuk kan dalam sampul
malu nyeee
huk huk huk
tapi aku dah cakap dia awal awal
aku mintak postpone hadiah
next month la ye adam amsyar

sedikit pic masa majlis hari tu


*cooopppp
nampak tak kasut biru yang adam pakai
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tu kasut kat payless yang aku kenan tu
baru nak beli utk newborn baby
adam dah dapat pule
buwweeeeeeekk adam
:p

lepas tu
on the way mahu pulang
singgah kejap kat jusco bukit indah
niat di hati nak beli kan kasut aryan
kat payless tu
(plus geram tengok si chem tu soping sakan)
tapi
yang aku kenan semua takde size
tensen betul
kesian aryan

terus rasa macam saket hati
terus keluar
pusing pusing
masih juga usha kasut aryan
then incik somi kate try tengok kat satu kedai tu
aku memang tak pernah masuk pon
dia cakap ada kasut budak budak dalam cermin tu
aku pon try la usha
rupa rupanya
kasut idaman hati ada dalam tuh
perrghhhhhhhh
susah payah aku cari selama ni kat internet
rupanya ada di bumi johor ni
oowwwhhhhhh
pada hal masing masing tengah rabak
tapi gagah kan juga beli untuk aryan
hahahahahahahhaha




ade dua yang berkenan di hati mummy
tapi mummy lagi berkenan dengan si superman
tapi, sebab putih nanti susah nak jaga
sooo..mummy bagi 2 pilihan kat aryan
suruh dia pilih
sambil dengan gaya poyo aryan
"jari telunjuk di mulut... mata tengok kasut"
"buat suara.. huuuurrrmmmmm "
(konon macam tengah pikir)
then aryan pilih batman
dua kali kitorang wat test tu
ahhahahahahaha
soooo ... finally.... 


ini lah kasut aryan
beli size besar sikit. 6"
biar bole pakai lama sikit
sebab converse taxi tu size 5"
tapi nampak macam dah sendat
so...bergaya la anak mummy dengan hi-cut all star ni
hik hik hik

*ape cerita myn & chem dah terjebak kat payless
story la sikit

______________________________________

lagi satu sekarang ni
tengah kemaruk H&M kan
yang baru bukak kat LOT 10 tu
dah lama aku usha n tunggu dia bukak
walaupun aku tahu aku tak dapat pegi
tapi dapat follow perkembangan pon oke la kan

minggu lepas adalah minggu kedua pembukaan H&M ni
dan kawan aku si zu ade ke KL nak tengok Lawak Ke Der
aku ada kirim dia short untuk aryan
dan kasut untuk aku
but then, aku cancel n juz kirim short aryan je
tapi yang aku nak tu takde
so cancel la dua dua
cerita dari dia; orang ramai gila
masa dia pergi hari sabtu ramai sangat
then dia return datang lagi hari ahad
hari ahad terus kene beratur nak masuk
hahahahahhaha
gile betol penangan H&M ni yee??
mau tak gila, sebab yang terdekat cuma Singapore je
plus harga nya memang mampu milik
korang dah pergi?
wanna share?

dan oh ye,
sesiapa yang mahu pergi
hati hati
1 of my frend, ada pegi semalam
handbeg dia kene seluk
handphone hilang
so, korang be careful yaaa....
jaga beg elok elok

untuk aku
memang lambat lagi la dapat jejak
buat masa ni
if mahu apa apa
aku order dengan incik somi je la
tu pon kalau dia nak jejak sane
if tak, kirim la sapa sapa yang sudi
hik hik hik 

^-^


how's ur weekend??