October 11, 2012

:: tentang ::





aku tak ingat, bila exact date aku kenal dia
tapi yang aku ingat, aku kenal dia dari blog fynn
aku rasa dah lama dah. bertahun juga
dan seingat aku, lepas aku kahwin
dan pindah ke KL
aku terus terputus hubungan dengan dunia blog
dan aku stop follow blog fynn, juga blog dia
dan aku kembali aktif di dunia blog masa tahun 2010,
masa aku kembali bekerja lepas melahirkan aryan
banyak betul yang tertinggal
dan aku rasa dia update semula blog dia
dan banyak entry yang lama dah hilang
agak frust la kan
sebab aku tahu dia muda sangat masa tu
tapi aku tak nampak pon tulisan dia macam budak budak
aku suka betul gaya penulisan dia

 dia cakap
"aku tak suka tulis dalam protokol segala.
kerana ia membataskan perasaan sebenar untuk menulis,
bila kau terlalu berpandukan format.
pada pendapat aku, tulisan yang jujur,
adalah tulisan yang bukan untuk dibaca orang.
bila kau rasa tak ada orang akan baca,
kau akan tulis segalanya secara terang, jelas & nyata.
terpulang pada penerima
untuk terima cara yang bagaimana"

aku hanyalah silent reader di blog dia
tak pernah sekali pon aku letak komen apa apa
sebab aku tak tahu nak komen apa
kadang aku sedih baca
kadang aku gelak baca
kadang tu aku rasa geram
dalam umur semuda itu,
aku rasa dia cukup tabah untuk hadap segala masalah
aku rasa dia cukup kebal untuk tadah segala cabaran
bukan senang jadi dia
ada satu entry dia tajuk "kasut ini"
sangat menyentuh
dan di hujung nya dia kata
"kalau kamu, kamu masih pakai kasut itu?
atau kamu terus lempar 
dan 
tak mahu ambil tahu?"
betapa cubaan demi cubaan
betapa dugaan demi dugaan
aku yakin, itu semua buat dia kuat untuk hadap dunia

dulu dulu, mula mula aku baca blog dia
aku rasa (maaf) dia macam seorang budak liar
budak liar yang bijak
tapi bila lama lama baca
aku yakin dia bukan yang macam tu
dia hidup untuk emak dia
berdua tanpa lelaki

dalam banyak banyak entry dia
yang paling menyentuh ialah
"Dosa benci :: jumaat, 1 julai 2011"


___________________________________________

oke
"Tentang" ialah zine hasil tangan dia sendiri
di mana dalamnya ada koleksi entry entry blog dia
dari umur 16 tahun hingga 23 tahun
ada entry yang dia pernah coret di blog
dan ada yang tiada
seronok baca sebab aku memang suka air tangan dia
dan aku harap
satu hari nanti
dia akan keluarkan lagi
sebab sungguh. tak puas
^-^

dah lama dia keluar kan zine tu
tapi aku belum lagi mahu membeli
baru minggu lepas rasa nak beli
tak mahal. rm10 sahaja
semalam aku baru dapat
sebab servis pos express tersangat lah lemau
dah habis baca
best. 
best untuk follower blog dia macam aku
orang lain. aku tak tahu lah
^-^


oke
dah
itu saja review dari aku
untuk awak ; awin
semoga awak berjaya dalam hidup awak
semoga awak bahagia dengan emak awak
dan semoga awak jumpa lelaki yang betul betul sayang awak 
gud luck
^-^

8 comments:

Anonymous said...

aku dah agak..huh!!!

SayaBudakPemalas said...

camne nak beli?
Nak jugak walaupun dah lama tak baca blog dia. ;(

-icha03- said...

dyana
ce tgk blog dia
ade step
tak pon
emel je kt dia gdsjht@gmail.com
nnt baru dia bagi acc no.

:)

.::WaNiE::. said...

"Dosa benci :: jumaat, 1 julai 2011"


menarik

ringkas, padat, menyentuh hati.

Emynz said...


ohhh ...igt kan citer drama klasik ke hehehe

Es hash ei Ka Ei en said...

sama ah myn ..kin igt tiket wyg hahahha

NURUL JAMIAN said...

fynn jamal kah?

gdsjht said...

Terima kasih. :)